Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Gambar - Salam Rindu Datuk Siti Daripada Mekah

datuk siti

GAMBAR - Berseri-Seri Wajah Marion Caunter Yang Mengandung

marion caunter mengandung

Betul ke - Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH


raja azmi
 
Untuk anda yang belum tahu, Raja Azmi sudah pun didapati TIDAK BERSALAH atas tuduhan khalwat bersama Roslin Hashim semalam.  Sebelum ini punca penceraian Roslin Hashim dan bekas isterinya, Norhayati dikatakan berpunca daripada isu khalwat Roslin Hashim dan Raja Azmi. Namun setelah didapati tidak bersalah, Raja Azmi pada petang ini akan membongkarkan segala-galanya yang berkaitan hal ini.

Gambar - Cantik Gila Baju Kahwin Memey Rekaan Hatta Dolmat

baju kahwin memey

Tarikh Perkahwinan Ezlynn

 
pix_gal0
TARIKH 11.11.11 semakin hampir. Buat insan lain barangkali ia sekadar angka menarik namun berbeza dengan penyanyi, Ezlynn apabila pada tarikh itulah dia bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan sekaligus mengucapkan 'bye, bye' kepada zaman solonya.
 
Sejak tahun lalu sememangnya penyanyi lagu lagu Hi! Hi! Bye, Bye itu secara terbuka sudah memilih tarikh untuk hari keramatnya cuma hingga kini masih belum bersedia mendedahkan siapa bakal suaminya.Puas memujuk, si jelita yang bakal menyambut ulang tahun ke-30, September ini masih berahsia malah mengakui hanya bersedia merungkai segala persoalan sebaik kad undangan perkahwinan siap.Adakah si dia jejaka yang sentiasa berada di sisinya sejak dulu atau Ezlynn sudah menemui insan baru? Hanya tawa kecil kedengaran sebaik persoalan demi persoalan diajukan kepadanya.
 
"Ya! Perancangan ke arah (kenduri) itu sedang berlangsung sebab harinya sudah semakin hampir. Saya bersyukur mempunyai ahli keluarga banyak membantu terutama ibu yang menjadi perancang utama majlis.
"Begitupun, siapa bakal suami akan saya perkenalkan kemudian… apabila segala-galanya sudah dipastikan nanti terutama kad jemputan," katanya ketika ditemui selepas majlis peragaan fesyen hari raya di sebuah pusat beli belah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Gambar - 3 Wanita Paling Cantik Di Asia

Berikut adalah senarai dan gambar 3 Wanita Paling Cantik Di Asia.Majalah online 'Global Beauties' telah mengeluarkan senarai wanita paling cantik di asia melalui undian.

Berikut adalah wajah-wajah mereka yang paling cantik di asia pada waktu ini:
 

1. Nicole Faria dari India
 

2.Venus Raj dari Filipina

3. Diem Huong dari Vietnam

GAMBAR - Nanu Baharuddin Pegang Anjing!

nanu baharudin dan anjing

Perang Twitter Antara Azwan Ali Dan Didie Alias La Pulak.. dah dah le tuh.. dah tua tu kan

Sememangnya tweet Azwan Ali agak pelik dan agak kurang senang untuk dibaca. Yang terbaru, Azwan Ali telah memanggil Didie Alias sebagai "cimpanzi" di dalam Twitternya. Memang agak kasar dan agak kurang sopan tetapi itulah kenyataannya.
 
azwan ali didie alias
Beberapa lagi tweet Azwan Ali dan reply daripada Didie Alias dengan membaca entri ini sepenuhnya.
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias
azwan ali didie alias

Sempat lagi ni - Resipi Biskut Almond London

 

Sekarang ini sudah melangkah ke 10 hari terakhir Ramadhan.Ini juga bermaknanya Ramadhan akan meninggalkan kita dan hari raya bakal menjelang.
Tidak lengkap rasanya hari raya jika tiadanya kuih raya dan antara yang menjadi kesukaan ramai adalah Biskut Almond London.Best ke biskut Almond London ni??
Baiklah,saya ingin kongsikan resepi ringkas untuk membuat Biskut Almond London bagi mereka yang berminat.Jangan lupa untuk mencuba k. =)

Bahan-bahan

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (Dibakar/digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • 700 gm coklat

Cara-cara

  • Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  • Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  • Masukkan serbuk badam, kacau
  • Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  • Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  • Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  • Bakar pada suhu 200′c.d selama 20 minit
  • Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  • Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  • Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Sinopsis Aku Bukan Tomboi , cerita baru nihhh


 
 
 
Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Disebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percintaan tiga segi di antara 2 lelaki iaitu Harry dan Burn.
 
Senarai Pelakon Aku Bukan Tomboy
Harun Salim Bachik, Scha Al-Yahya, Sam Shaheizy, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina, Syamsul Yusof dan ramai lagi.
 
Pengarah
Samsul Yusof

Gambar - Kad Hari Raya Datuk Siti Nurhaliza .. mak aiiii

Dah lama rasanya tak merasa dapat kad raya. Bila tengok kad raya Datuk Siti Nurhaliza nie, terasa macam best pulak kalau dapat. Rasa-rasa sudi ke tak Datuk Siti hantar satu kepada diri ini? Nak simpan buat koleksi.
 
kad raya datuk siti
kad raya datuk siti
Korang ada hantar lagi ke kad raya? Ke sekadar SMS atau buat ucapan ikut Facebook je? Ce citer ce citer.

Abby Dan Zul Saling Sayang Menyayang kat fb

Perghhh. Jiwang karat. Pengakuan paling kacak daripada Zul dan paling cute daripada Abby. Masing-masing meluahkan rasa sayang di Facebook page masing-masing. Kalau tak silap, Zul telah meluahkan rasa sayangnya terlebih dahulu kepada Abby di Facebook Page Zul Ariffin. Memang jantan la lu bro
zul abby
Adakah kasih sayang Zul hanya bertepuk sebelah tangan? Ternyata tidak apabila Abby Abadi turut meluahkan rasa sayangnya kepada Zul di Facebook Page Abby Abadi. Memang romantis la korang dua nie.
zul abby
Sila kahwin cepat-cepat. Rasanya ramai yang merestui perhubungan anda berdua. Tak gitu?

Siti Nurhaliza Akan Menunaikan Umrah Bersama-Sama Suami!

 
"Saya rasa bulan Ramadan saya seperti tidak lengkap jika tidak ke sana (Mekah) Saya merasai suasana yang berbeza setiap kali berada di sana pada bulan yang berbeza. Tetapi pahala lebih berganda jika kita mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan berbanding bulan biasa," kata Siti yang juga telah mengerjakan haji pada awal tahun 2008.
Siti dan suaminya akan menunaikan umrah bermula 19 ogos 2011 - 28 Ogos 2011.Walaupun sibuk dengan kerja sehariannya ditambah pula dengan bisnes SimplySiti tetapi beliau masih pandai mencuri masa untuk mengerjakan Umrah.Ini adalah satu sikap artis yang patut di contohi oleh artis-artis yang lain.
"Saya juga mengambil berkat sempena bulan Ramadan ini untuk berkongsi rezeki SimplySiti dengan anak-anak yatim dan orang lain dengan harapan semoga perniagaan ini terus berjaya dan diberkati Allah," ujarnya.
Menurut Siti lagi,dia berharap agak semua pengguna SimplySiti tidak ragu-ragu dan keliru dengan pengesahan halal yang telah dilakukan oleh JAKIM.
Kita doakan agak pemergian Datuk Siti  dan suami menunaikan Umrah dirahmati Allah dan selamat pergi dan selamat pulang.Insya-Allah.

Gambar - Perkahwinan Ashraf Muslim Dan Dayana 1 Syawal 2011

 
Saya rasa tidak sabar-sabar menantikan 1 Syawal untuk melihat gambar-gambar perkahwinan Ashraf Muslim dan tunangnya Dayana yang akan berlangsung di Mekah.Jika orang mengatakan majlis kahwin Norman Hakim adalah Wedding of The Year tetapi bagi saya,perkahwinan Ashraf Muslim lah yang layak digelar Wedding of The Year.
 
 
Diatas ini adalah gambar yang diambil ketika majlis pertunangan mereka.Majlis pertunangan pun dah meriah.Apatah lagi dengan majlis perkahwinan nanti.
 
Mari kita sama-sama tunggu majlis perkahwinan Ashraf Muslim ini.

Benjy Didenda RM5,000 Kerana Memiliki Syabu, Tiada Hukuman Penjara

benjy
 
Sian mak ko Benjy oooo...

Gambar - Erin Malek Akui Bertatoo Dan Bertindik Di Lidah

erin malek tatoo tindik

Cam siot je kan..

4 Hot Mom Yang Super Hot, Hot le bulan-bulan puasa ni..

Kalau tak tahu, kemungkinan anda akan mengganggap 4 wanita jelita di bawah ialah anak-anak dara. Hakikatnya masing-masing sudah berumah tangga dan memiliki anak. Paling vogue sudah tentu Kak Ziana Zain yang sudah pun berumur tetapi still maintain macam anak remaja gitu.
 
4 hot mom

Iklan Raya Nurul Yang Tidak Sesuai Pemakaiannya...Agak-agak Le..

Sekali tengok memang dah tahu tak sesuai pakaian dan tajuk iklannya. 2 kali tengok terus geleng-geleng kepala. 3 kali tengok, terus tak tahu nak cakap apa.
 
iklan nurul

Kalau iklan raya kenalah sopan sikit ye tak? Pakai baju kurung pun cantik gak. Tak gitu?

Yusry KRU Dan Lisa Surihani Akan Berkahwin Tahun Depan Hanya Khabar Angin, Iya ke?

Menurut Hmetro hari ini,berita mengenai Lisa Surihani dan Yusry KRU akan berkahwin tahun hadapan adalah khabar angin semasa-mata.Menurut Yusry,dia tidak pernah membuat kenyataan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan kepada mana-mana media massa.
Walaubagaimana pun Yusry mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.Insya-Allah.
"Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. "Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan.
Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. "Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu," katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios.-Hmetro
Rupa-rupanya ada media yang cuba menghangatkan berita mengenai percintaan mereka berdua.Pada masa yang sama,Lisa Surihani juga tidak memberikan sebarang respon mengenai khabar angin ini.
Insya-Allah,jika ada jodoh tidak akan kemana.Betul tak?Akhir persoalan yang dikemukan pada entri sebelum ini sudah terjawap.Alhamdulilah.Kita tunggu perkembangan seterusnya daripada mereka berdua kelak.

Lisdawati - Jual Songkok 5 Inci Sempena Hari Raya, harga tak tahu le berapa

 
Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini,Lisdawati pula memilih untuk menjual songkok tinggi.
Menurut Lisdawati @ Lis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.
"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.
"Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini,"
Lisdawati hanya menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan.Siapakah Muna?Mungkin pembantunya kan?Tolong promote sikit.
Apa-apa pun kita doakan Lisdawati berjaya didalam apa jua yang dilakukannya.Insya-Allah rezeki ada dimana-mana.

Ashraff Muslim - Sungguh Unik Kad Kahwin

kad kahwin ashraff muslim
 
Untuk makluman, Ashraff Muslim bakal bernikah pada 1 Syawal ini di Mekah. Tarikh untuk majlis persandingan tidak pulak diketahui. Saya doakan agar persiapan majlis perkahwinan Ashraff Muslim dan Dayana berjalan dengan lancar.

Confirm Wedding Of The Year!!! Yusry Dan Lisa Surihani Bakal Berkahwin Tahun Depan

Akhirnya, berita yang ditakuti oleh ramai pria-pria terhebat di luar sana menjadi kenyataan jua. Yusry KRU mengakui yang dia dan Lisa Surihani kini sedang bercinta dan sedang merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Sila jangan kecewa sebaliknya bergembiralah untuk mereka berdua.
 
yusry dan lisa berkahwin
 
Marilah kita sama-sama doakan agar perancangan perkahwinan mereka berdua berjalan dengan lancar. Saya yakin ramai yang patah hati kerana di dalam menaruh hati kepada Lisa Surihani, tetapi apakan daya, Yusry sememangnya lelaki yang layak untuk Lisa anda. Tahniah kepada mereka berdua.
Tak sabar nak tunggu tahun depan sebab nak tengok wedding of the year yang pastinya jadi milik Yusry dan Lisa Surihani. Tak gitu?

Jom tengok pulak Wajah Selebiriti Maskulin

Sejak pelakon kelahiran Singapora ini berhijarah ke Malaysia, rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurahRamai anak gadis cair bila tengok hero Malaysia ini beraksi atau berlakon di kaca TVPelakon yang berbulu di dada ini mula dikenali ramai setelah membintangi drama popular 'Nur Kasih'Melihat dari bentuk badan dan imejnya yang sporty itu pun sudah menunjukkan pelakon dan pengacara ini minat bersukanImej macho yang selalu dibawa oleh Hans Issac betul-betul menunjukkan dirinya itu seorang lelaki yang maskulin.Bila sebut sahaja nama vokalis daripada kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman ni, pasti ramai sudah terbayangkan tubuhnya yang berketul-ketul dan rambut ikalnya dengan fesyen yang tidak terurus itu.

Wajah selebriti lelaki manakah yang akan anda bayangkan bila di kaitkan dengan lelaki maskulin? Sudah pasti anda bayangkan lelaki yang berbadan sasa dan berbulu di dada serta berpenampilan menarik. Kali ini murai.com.my bawakan anda beberapa pelakon lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki maskulin.
 
Fahrin Ahmad
Ramai anak gadis cair bila tengok hero Malaysia ini beraksi atau berlakon di kaca TV. Lebih-lebih lagi, Fahrin adalah di antara pelakon lelaki yang mempunyai paras rupa yang menarik dan tubuh yang besar dan berketul. Di sebabkan aura kelelakiannya itu, dia telah bverjaya mencairkan hati dua selebriti jelita wanita sebelum ini iaitu Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Namun, percintaannay dengan kedua-dua selebriti wanita ini tidak menjadi. Fahrin juga gemar ke gym. Dia berpendapat, ia adalah satu kewajipan, Lebih-lebih lagi,dia adalah seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian ramai.
 
Aaron Aziz
Sejak pelakon kelahiran Singapora ini berhijarah ke Malaysia, rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah. Ramai penerbit serta pengarah drama dan filem yang berebut-rebut untuk menga,bilnya berlakon. Namun ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolaknya kerana memenuhi jadualnya sebagai seorang pelakon serta suami dan ayah kepada keluarganya. Sikap komited Aaron terhadap keluarganya juga membuatkan perempuan di luar sana kagum dengannya.
 
Awie
Bila sebut sahaja nama vokalis daripada kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman ni, pasti ramai sudah terbayangkan tubuhnya yang berketul-ketul dan rambut ikalnya dengan fesyen yang tidak terurus itu. Badannya itu, bukan sahaja menunjukkan yang dirinya seorang maskulin tetapi ia turut menonjolkan imej rocknya. Untuk memiliki tubuh badan yang sebegitu, Awie gemar menghabiskan masa di gym. Ia juga sebagai salah satu cara untuknya meningkat staminanya sewaktu beraksi di atas pentas.
 
Remy Ishak
Pelakon yang berbulu di dada ini mula dikenali ramai setelah membintangi drama popular 'Nur Kasih'. Sungguhpun begitu, dia sudha pun terpalit dengan beberapa kontroversi yang melibatkan hubungan percintaannya. Pada awalnya, kontroversinya hanya melibatkan pergaduhannya dengan abang kepada bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon iaitu Ummi Nazeera. Tak lama selepas itu, dia dikaitkan pula dengan aktres jelita Maya Karin yang ketika itu masih lagi bergelaristeri orang. Namun dia hanya berani mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya hanya sekadar kawan.
 
Norman Hakim
Berlainan pula dengan Norman Hakim, disebabkan imej maskulin serta tubuh badannya yang sasa itu, dia dipilih oleh pengarah Datuk Yusof Haslam untuk memegang watak polis dalam drama 'Gerak Khas'. Norman juga gemar ke gym untuk mengekalkan bentuk badannya yang 'tough' itu kerana dia berpendapat aktiviti ke gim bukan hanya untuk bersukan malah boleh menenangkan fikirannnya.
 
Jehan Miskin
Melihat dari bentuk badan dan imejnya yang sporty itu pun sudah menunjukkan pelakon dan pengacara ini minat bersukan. Ini diakui sendiri oleh Jehan yang kerap bersukan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Tidak hairanlah, mengapa terpilih untuk mengacarakan program yang berbentuk kesihatan.
 
Hans Issac
Imej macho yang selalu dibawa oleh Hans Issac betul-betul menunjukkan dirinya itu seorang lelaki yang maskulin. Walaupun Hans bukan jejaka berdarah Melayu, namun kefasihannya berbahasa Melayu dalam setiap lakonannya membuatkan ramai yang menggilainya. Hans juga seorang yang meminat bersukan kerana dia akan meluangkan masa untuk menyelam di tengah lautan untuk melihat keindahan alam.

Jom tengok Wajah-Wajah Pan Asia Selebriti

Julia Ziegler tampak selesa berambut pendekAyu wajah pan-Asia Aishah SinclairSharifah Sofea kini bahagia disamping suami tercintaJuliana Evans dah putus cinta dengan Sam Bunkface?Diana Daniele kini menuntut di University of Nottingham(Malaysia)Maya Karin yang berdarah kacukan German dan MelayuFaradhiya popular dengan lagu Bertahta Di Hati
 
 
Wajah-wajah selebriti kacukan Pan-Asia selalu dilihat menghiasi ruang-ruang iklan, drama mahu pun filem di Malaysia. Keunikan paras rupa mereka yang dilihat sebagai komersil dikatakan punca utama mereka menjadi tumpua lensa kamera di mana-mana saja mereka berada. Malah mereka juga gah dpilih sebagai duta serta jurucakap produk kecantikan bertaraf antarabangsa.
 
Diana Danielle Beeson (19 tahun)
Gadis Pan Asian ini berdarah Melayu di sebelah ibunya serta Amerika Syarikat di sebelah bapanya. Malah, dia sendiri dilahirkan di Hosutan, Texas, Amerika Syarikat serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Penglibatannya sebagai model pelakon sudah bermula sejakusianya kanak-kanak lagi. Antara drama lakonannya yang mendapat sambutan adalah Air Mata Maria, Janji Diana, Farah Shakira, Sembilu Kasih, Gol & Gincu, Takbir Terakhir dan Cinta Bulan Dan Mentari. Manakala filem yang dibintanginya adalah Idola, Evolusi KL Drift, Setem, Maut, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Kecoh Betul, Magika, ....Dalam Botol serta Hanyut.
 
Sharifah Sofea Syed Hussein (25 tahun)
Aktres kelahiran Liverpool, Englad yang berdarah Melayu di sebelah bapanya dan Scottish di sebelah ibunya ini pernah menggemparkan masyarakat apabila gambarnya bermain dengan 2 ekor anjing peliharaan rakannya tersebar di laman sosial. Namun Sofea yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya menjelaskan dia tahu hukum hakam memegang anjing dia juga juga telah mekukan samak selepas memegang anjing tersebut. Antara drama lakonannya adalah Pesona Bintang, Astana Idaman, Badai Polis, Spanar Jaya, Akademi, Skuad Elit dan Nur Kasih. Filem lakonanya pula adalah Gong, Cinta Yang Satu, Orang minyak, Pisau Cukur, serta Berani Punya Badak.
 
Maya Karin Roelcke (31 tahun)
Dilahirkan di Bayreuth, Jerman, Maya Karin memiliki darah campuran Melayu, Cina dan India sdi sebelah ibunya, manakala Jerman di sebelah bapanya. Buat ketika ini, Maya sedang dalam proses untuk mendaftarkan perkahwinannya di Malaysia bagi membolehkan proses cerainya dengan suaminya Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali dilakukan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Maya berkahwin dengan Steven yang juga seorang guru matematik di sekolah antarabangsa The Alice Smith School di Itali pada 2008. Namun tidak lama selepas itu perkahwinan mereka mengalami masalah dan Maya menyebut ianya berkaitan dengan perbezaan budaya antara mereka.
Maya memulakan kerjaya seninya sebagai model Pantene. Sejak itu dia banyak mendapat tawaran untuk berlakon filem. Antaranya ialah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella, Pontianak Harum Sundal Malam, Pontianak Harum Sundam Malam 2, Waris Jari Hantu, Duyung, Punggok Rindukan Bulan, Pisau Cukur, Cun dan Taming Sari. Maya juga pernah menjadi hos dan VJ untuk program Wavelength, Ratu Sehari, Beauty Secrets From The East , Channel [V] serta Nona. Manakala sebagai penyanyi dia pernah menghasilkan 2 album iaitu Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.
 
Yasmin Hani Richardson (31 tahun)
Model, hos dan aktres acukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini mual dikenali menerusi ancangan Muzik @Ria di Astro Ria suatu ketika dulu. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Yasmin Suraya yang pernah membintangi filem Penyair Malam suati ketika dulu. Namun berbanding kakaknya, kerjaya seni Yasmin Hani lebih menyinar lagi.
Antara drama yang dibintangi adalah Ampang Medikal, Cinta Tak Bertepi, Neon, Campus Rock, 3 + 1, Skuad Elit, Chili Jus Pedas, Astana Idaman dan Dilema, manakala antara filem yang dijayakannya pula adalah Ratu, Gentayangan, 2 Hati 1 Jiwa, Duyung, Cicakman dan Bilut.
 
Juliana Sophie Johari Evans (21 tahun)
Bermula sebagai model iklan komersil Pringles pada tahun 2005, gadis berdarah kacukan Melayu di sebelah ibunya dan Inggeris di sebelah bapanya ini sedang hangat menjalinkan percintaan dengan vokalis Bunkface, Sam. Biarpun begitu, kerjaya seninya tidak diketepikan begitu saja terutama sekali apabila mengendalikan program Era TV setiap Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.
Antara drama yang dijayakannya adalah Kami The Series, Ghost, Kasut Tumit Tinggi dan Sayang Cendana, manakala filem pula adalah Kami The Movie, Hooperz, Adik Manja Returns dan Halilintar. Di bidang pengacaraan pula, selain menjayakan Era TV, Juliana pernah terlibat dalam program E-Zone, Majalah Moral, Bintang Kecil Raya dan Remaja.
 
Julia Binti Bob Fauzi Ziegler (25 Tahun)
Model dan aktres kelahiran Melayu-Inggeris ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada produser serta pengarah filem Datuk Yusof Haslam. Siapa lagi kalau bukan Syamsul Yusod yang juga bekas kepada teman lelaki Diana Danielle. Sejauh mana kebenaran tersebut, tidak diketahui. Namun sejak mula menjadi model untuk TV komersial seperti Pringles, Nokia, Celcom, Olay Pantene dan Sendayu Tinggi, erjaya seni Julia semakin menyinar.
Banyak drama yang sudah dibintangi. Antaranya ialah Ampang Medikal, Halimah Juling, Cuci The Series dan Mat Bunga, manakala dalam filem pula, Julia pernah membintangi filem Momok The Movie, Jangan Tegur, Cicakman 2: Planet Hitam, Kayangan dan Jangan Tegur.
 
Faradhiya Mohd Amin (26 tahun)
Dilahirkan di Sarzana Itali, penyanyi serta pelakon berdarah kecukan Melayu-Inggeris yang berbakat besar ini penah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan penyanyi Hattan. Malah, namanya juga turut menjadi perhatian apabila abangnya, AMin dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Norish Karman yang berusia lebih tua daripadanya. Apapun, kehebatan Faradhiya sebagai penyanyi memang tidak boleh dipertikaikan. Menerusi label NAR Records,d ia pernah muncul dengan album iaitu Bertakhta Di Hati dan Yang Ku Puja. Sebagai pelakon, dia cukup menyinar Spanar Jaya, Senario Raya, Mencari Arah Kiblat, Spa Q dan Spa Qistina.
 
Aishah Jennifer Mohamed Sinclair (30 tahun)
Model, hos dan aktres kacukan Melayu-Inggeris ini merupakan adik kepada aktor Ashraf Sinclair yang kini sudah mengahwini penyanyi serta pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari. Tidak seperti abangnya, Aishah yang juga sudah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya nampaknya lebih selesa menceburi dunia pengacaraan berbanding lakonan.
Antara program yang dikendalikannya adalah Life Traits, Voice Your Choice, 8TV Quickie, Red Carpet for Anugerah Juara Lagu 2007, Rock Unite, Venus, So You Think You Can Dance, Double Exposure - Photography Reality Show Online

Frank Welker pelakon terkaya di dunia




LOS ANGELES 14 Ogos - Frank Welker (gambar) mungkin tidak dikenali ramai tetapi dia merupakan pelakon yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood sejak 1980 berjumlah AS$6 bilion (RM18 bilion) melalui 95 buah filem, lapor akhbar The Guardian.
 
Welker berjaya mengenepikan pelakon hebat, Samuel L. Jackson yang memperolehi AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion) daripada 85 buah filem yang dibintanginya.
Tom Hanks pula berada di tempat ketiga apabila meraih pendapatan sebanyak AS$4.4 bilion (RM13.2 bilion) untuk 44 buah filem lakonannya.
 
Walaupun kurang dikenali, Welker sebenarnya adalah orang penting dalam industri perfileman Hollywood kerana dia merupakan penyumbang suara untuk pelbagai watak dalam filem-filem Hollywood.
 
Terbaru, Welker menyumbang suara bagi watak kucing Azrael di dalam filem Smurf dan turut menyumbang suara bagi keenam-enam penguin di dalam filem Mr. Popper's Penguins.
Antara watak yang paling terkenal pernah dibawanya menggunakan suaranya ialah bagi watak Megatron dan Soundwave dalam filem-filem Transformers.
 
Dia turut menyumbang suara bagi watak Fred dan Scooby dalam filem dan drama Scooby-Doo serta pelbagai watak lain di dalam dunia hiburan Hollywood.
 
Cara kerjanya yang profesional mampu menyampaikan setiap watak seperti yang dimahukan oleh pengarah tanpa perlu mengulang rakaman banyak kali membuatkan dia digelar raja penyumbang suara. - Agensi

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah saya ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
 
nabil raja lawak nazirah ayub
 
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri.
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah.

Cinta maya Yassin-Farah

 
Uuik... baru ku tahu ko dah kawin Yassin, tahniah le ye


Trend artis rampas hak orang makin menjadi-jadi

Tak habis-habis cerita artis rampas suami orang. Ke hulur ke hilir, dari zaman dulu hingga zaman serba canggih, hal macam ini tak pernah sunyi di persada seni kita.
 
Setahu Gayah, lelaki dalam dunia sekarang semakin ramai. Malah jika diikutkan, purata dan nisbah seorang wanita boleh memiliki empat orang lelaki. Nah, semestinya ramai lelaki bujang di luar sana yang bersedia pasang dua tiga? Jadi, kenapa mesti memilih dan merampas suami orang lain? Gayah rasa, artis kita tidak ada kerja lain. Yang mereka tahu, jadi perampas! Masya-Allah. Kenapa perlu jadi begini? Bukankah meruntuhkan rumah tangga orang lain itu besar dosanya? Mengapakah perlu memilih hak orang untuk dijadikan hak sendiri? Berpakaian seksi, menggoda dan cuba merampas milik orang lain itu bukankah besar dosanya? Kalau iya pun mahukan kekasih, cari yang masih bujang dan jika berkenan, jadikan sebagai suami. Ini tidak, yang sebaliknya pula berlaku.

Baru-baru ini, perkara yang sama turut terjadi kepada keluarga penyanyi dan pelakon tanah air. Nak dijadikan cerita, keretakan rumah tangga mereka dikatakan berpunca daripada orang ketiga.
Akhirnya, pasangan itu bercerai dan kini tinggallah si isteri dengan anak tanpa bimbingan. Bagi Gayah, wanita yang merampas suami orang ibarat muka tak tahu malu dan kejam! Sampai hati kau buat kerja macam ini sampai memusnahkan mahligai orang lain? Gayah tak mahu cerita panjang. Namun ingatlah, dunia ini ibarat roda. Malah, hukum karma juga ada waktu pembalasannya.

Mungkin hari ini hari malang si isteri. Namun esok lusa siapa tahu? Bila terkena batang hidung sendiri, baru padan muka! Gayah tumpang gelakkan saja.
 
Sumber: Hmetro
 
" tak baik tau"

Ekslusif - Dokumen Sahih Campur Tangan Pimpinan PR Menghalang Ops Sita Oleh MBPJ Ke Atas DUMC

 

KLIK IMEJ

Dokumen SAHIH dan lihatlah bagaimana campur tangan oleh mereka yang berpekepentingan dalam Kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR terhadap Majlis Tempatan.


KLIK IMEJ


Dokumen diatas adalah dokumen sahih tentang apa yang berlaku pada hari Khamis didalam bangunan MBPJ yang mana satu taklimat mengenai operasi SITA yang akan dilakukan Pengkuatkuasaan MBPJ dan Pihak Polis keatas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya.

Dalam laporan tersebut jelas menunjukkan kepada kita semua bagaimana pimpinan DAP telah campur tangan keatas tugas yang sepatutnya dijalankan oleh MBPJ dalam penyitaan DUMC tersebut.

Khalid Gagap yang memang kita tahu seorang yang penakut pada DAP turut sama bertindak Jahil dengan mengarahkan agar MBPJ membatalkan operasi tersebut sedangkan beliau Khalid Gagap mengetahui bahawa Bangunan DUMC adalah Dewan Komuniti dan bukan lah Gereja dan ianya adalah salah sama sekali.



Semalam Gomo ada menyatakan Pesanan Ringkas SMS
yang dierima dari Pegawai MBPJ KLIK DISNI

Jika anda semua masih ingat bagaimana laporan Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang bermati matian menafikan operasi Sita akan dilakukan pada Khamis lalu dan anda juga pasti ingat bagaimana MBPJ ditekan apabila kenyataan:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan pihaknya mahu menjalankan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.
Sambil mengakui premis itu tidak pernah diluluskan, Timbalan Datuk Bandar MBPJ Puasa Md Taib berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan agar menyita Gereja Methodist Damansara Utama.
Petikan The Malaysian Insider

Timbalan Dato Bandar dalam kenyataan nya juga secara jelas dan nyata menyatakan bahawa Bangunan DUMC tersebut tidak pernah diluluskan oleh MBPJ. Jika sudah jelas melanggar undang undang kerajaan Tempatan jadi mengapa MBPJ tidak mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas bangunan tersebut?


Apa motif soalan sebegini dalam Majlis Gereja?

Apakah tidak jelas kepada kita semua bahawa tangan tangan Ghaib yang tertera pada dokumen tersebut sudah melakukan Salah Guna kuasa dengan mengancam MBPJ?

Laporan yang dikeluarkan buat tatapan umum ini bukanlah satu rekayasa semata mata kerana kami bercakap atas yang Hak demi kebenaran dan Keadilan buat umat Islam yang semakin hari semakin ditipu oleh golongan Kafir yang turut dibantu oleh Melayu bangsat yang gilakan kuasa dan undi politik.


Alhamdullilah & Allahuakhbar Untuk Apa dalam Gereja?

JAIS menjalankan tugas adalah berdasarkan laporan dari pengadu dan apabila siasatan dibuat jelas membuktikan memang benar akan aduan tersebut mengenai upacara Memurtadkan umat Islam didalam DUMC yang Haram bangunannya.

Kerajaan Selangor dibawah Pakatan Rakyat seharusnya sedar bahawa Selangor mempunyai Raja Melayu yang mana merupakan Ketua Ugama bagi negeri Selangor. Tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor DAP,PAS dan PKR yang bertindak membelakangkan Islam dan tunduk pada desakan DAP jelas satu perbuatan Biadap.

Kenyataan Sultan Selangor:

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan Anggota Jawatankuasa Masjid di negeri itu agar sentiasa peka dengan perkembangan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah umat Islam.


Baginda bertitah jika terdapat perkara yang mencurigakan, ia hendaklah dilaporkan segera kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut.

"Beta tidak mahu unsur-unsur ajaran sesat ini berlaku dan berkembang di negeri ini," titah baginda



12 orang Islam diatas dipamerkan dan majoritinya anak Gadis.


Gomo nak jelaskan beberapa pekara yang perlu kita ketahui mengenai Majlis Murtad tersebut:

Pertama mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

Kedua, mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ia dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Ketiga, mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?

Keempat, mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Kelima, mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Keenam, mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Ketujuh, mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Kelapan, mengapa dan bagaimana kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Kesembilan, mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Kesepuluh, mengapa penganjur beria-ia cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?



Apakah kita sebagai umat Islam sanggup bersekongkol dengan si Kafir dalam nak menjahanamkan Islam di Malaysia ini?

Apakah kita patut membiarkan sahaja Mereka yang campur tangan dalam Operasi Sita yang sepatutnya dilakukan oleh MBPJ pada Khamis lalu?


Jahat Jahat kita jangan JAHIL bila Bab sebegini. Anak cucu cicit yang bakal terima akibat dari kejahilan kita menyokong agenda si Kafir dalam menjahanamkan Islam.
 
sumber: papagomo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...