Penggodam dipenjara papar gambar bogel selebriti AS

LOS ANGELES: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang penggodam komputer kerana menceroboh emel selebriti terkemuka, termasuk gambar bogel Scarlett Johansson dan membocorkannya di laman online.

Hakim Mahkamah Persekutuan Los Angeles juga mengarahkan Christopher Chaney, 36, dari Florida, membayar sejumlah AS$76,000 kepada Johansson, Christina Aguilera dan Renee Olstead, antara berpuluh selebriti yang digodamnnya.
Chaney mengaku bersalah atas tuduhan pada Mac lalu selepas berunding dengan pendawa raya.


Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 121 tahun jika didapati bersalah atas semua 26 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Hakim S James Otero, berkata Chaney terbukti menganiaya mangsanya terutama dua selebriti yang diekorinya sejak 10 tahun lalu. - AFP

SOS pop diva rock metal

UMMER On September (SOS) mula mengorak langkah pada pertengahan tahun 2009 dengan membawa konsep lagu progressive metal core.
 
Terdiri daripada enam orang ahli iaitu Nurlisa Azizul (vokal), Nor Asyraf Azizi (gitar), Ahmad Fitri Kamarullizam (gitar), Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen (keyboard), Razlan Shah Abdul Hamid (dram) dan Muhammad Fauwaz Fitri Othman (bes), SOS kini berubah ke arah progressive hard rock selepas pertukaran beberapa ahli kumpulan.
 
Nama kumpulan ini mula menjadi sebutan ramai pada awal 2010 selepas menyiapkan EP bertajuk Brainforest, yang memuatkan lagu Tonight I Cant Sleep, Brainforest, The Tears, Sandiwara dan Remember This. Malah pada tahun itu juga mereka giat membuat persembahan gig di seluruh Malaysia dan pernah melangkah ke peringkat akhir pertandingan The Global Battle Of The Band.

Siti: 'Alhamdulillah saya di sisi Datuk K sekarang'

SUSULAN kemalangan yang menimpa  Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kelmarin, Datuk Siti Nurhaliza sudah tiba di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand yang merawat suaminya itu, pagi ini.

"Alhamdulillah... bersyukur sampai dengan selamat untuk perjalanan 27 jam... tak dapat menahan apabila suami asyik bertanya bila nak sampai... akhirnya... alhamdullillah Me di sisi B...," kata Siti dalam laman Twitter kira-kira 10.40 pagi tadi.

Terdahulu, beliau yang memaklumkan perkembangan perjalanan dari semasa ke semasa berkata telah tiba di  Dunedin awal pagi tadi.

Penyanyi itu menaiki kereta selama dua jam untuk ke hospital.

"Alhamdulillah sudah berada di Dunedin, New Zealand... sekarang menempuh perjalanan dua jam dengan kereta untuk ke hospital... semoga selamat sampai," katanya dalam mesej sekitar jam 4.26 pagi tadi.

Penyanyi nombor satu negara itu berangkat ke New Zealand tengah hari semalam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Kelmarin, Khalid yang turut dikenali sebagai Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand.

Melalui Twitter, anak lelakinya, Muhammad Azief berkata, Datuk K mengalami patah bahu dan kaki serta patah tiga batang gigi.

Anak Datuk K akan berangkat ke New Zealand hari ini untuk menziarah beliau.

Siti Nurhaliza - 27jam perjalanan pegi tengok suami di Australia

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K yang terlibat dalam kemalangan motosikal pada Khamis lalu dijadual menjalani pembedahan ekoran kecederaan serius pada bahagian belakang badan di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand esok.
Anak ketiganya, Muhammad Asyraf, 20, berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya dalam perbualan telefon kira-kira pukul 11 pagi semalam.

190 kilometer dari bandar Queenstown
Muhammad Asyraf menyifatkan kecederaan bapanya agak serius tetapi beliau dalam keadaan stabil.
"Ayah beritahu bahawa dia akan dibedah pada hari Isnin (esok), pembedahan itu mungkin melibatkan bahagian belakang badannya.
"Ayah minta kami supaya tidak terlalu risau keadaannya, malah cadangkan agar kami adik-adik tidak perlu ke New Zealand. Bagaimanapun, saya maklumkan bahawa tiket penerbangan sudah dibeli dan kami akan ke sana pada pukul 2 petang hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Datuk K yang merupakan suami penyanyi popular Siti Nurhaliza kini dirawat di hospital itu yang terletak kira-kira 190 kilometer dari bandar Queenstown. Di bandar itulah Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal ketika bersiar-siar bersama rakan pada Khamis lalu.

Beliau mengalami kemalangan setelah motosikal Harley Davidson yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pagar di tepi jalan dalam kemalangan pada pukul 12 tengah hari Khamis waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu New Zealand).

Siti Nurhaliza & 27 jam perjalanan
Muhammad Asyraf memberitahu, dia dan adik-beradiknya, Muhammad Adib, 22, dan Muhammad Aazief, 14, dijangka tiba di negara tersebut malam ini dan berharap dapat bertemu dengan bapa mereka sebelum pembedahan dilakukan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza, 33, pula selamat tiba di hospital itu kira-kira pukul 10 pagi waktu Malaysia semalam (pukul 2 petang waktu New Zealand) setelah menempuh perjalanan udara dan darat selama 27 jam dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton.

Komplot bunuh Bieber gagal

LOS ANGELES: Satu rancangan sulit untuk menculik, memotong kemaluan dan membunuh penyanyi pop remaja, Justin Bieber, berjaya digagalkan polis.
Menurut laporan media semalam, rancangan itu sepatutnya dilaksanakan ketika Bieber, 18, mengadakan konsert di Madison Square Garden, New York, bulan lalu.

Sumber berkata, dua lelaki ditahan dan seorang daripadanya didapati memiliki sepasang gunting pemangkas di dalam kereta.
Kata sumber, suspek dikenali sebagai Mark Staake dan anak saudaranya, Tanner Ruane.

"Staake dan Ruane diupah untuk membunuh Bieber oleh seorang banduan, Dana Martin, yang kini menjalani hukuman penjara selama 978 tahun atas kesalahan merogol dan membunuh," katanya. Martin sebelum ini disabitkan kesalahan merogol dan membunuh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada 2000.

Menurut sumber, Staake adalah rakan satu penjara Martin dan rancangan itu dibuat ketika mereka sama-sama ditahan di Las Cruces, New Mexico.
Selain Bieber, katanya, Staake turut dilatih untuk membunuh tiga individu lain.

Sumber lain berkata, Martin menawarkan imbuhan bernilai AS$2,500 (RM7,600) bagi setiap zakar mangsa yang diserahkan Staake dan Ruane kepadanya.
Katanya, Staake dan Ruane merancang menculik Bieber sebelum membunuh penyanyi itu menggunakan tali leher.

"Mereka juga akan memotong kemaluan Bieber," katanya. Sementara itu, polis berkata, Martin dipercayai terlalu taksub kepada Bieber, malah dia turut memiliki satu tatu yang sama seperti yang ada di kaki penyanyi Kanada berkenaan. Kata polis, Martin mengarahkan Staake melaksanakan "pembunuhan dan memotong kemaluan Bieber serta pengawal peribadi selebriti terbabit." Bagaimanapun, rancangan itu terdedah apabila Martin sendiri membocorkan maklumat mengenainya kepada polis, membolehkan pihak berkuasa kemudian menahan Staake di Vermont.

Ruane pula diberkas ketika dalam perjalanan ke New York. Kata polis, mereka mencuri dengar perbualan Ruane ketika dia menghubungi Martin.

Dalam perbualan itu, kata sumber, Ruane meminta maaf kerana banduan terbabit rancangan mereka belum dijalankan seperti sepatutnya.

Sementara itu, ibu Ruane, Kristin Cashman, menganggap kes itu "mengarut." - TS

Afiq Muiz - Jual burger sebelum popular

Memiliki seraut wajah tampan serta tubuh yang menarik, namun itu bukanlah jalan mudah buat pemilik nama sebenar Muhamad Afiq Muiz Azman Shah mencipta nama sebagai pelakon yang dikenali ramai.
Buktinya, setelah tiga tahun bergelar pelakon dan sudah muncul dalam banyak drama bersiri dan telefilem seperti Aishiteru, Tiara, Tanah Kubur, Mak Pengantin Tak Popular dan Maafkan Aku Mama, hanya sekarang namanya mula meniti di bibir peminat.
 
Bagaimanapun, di sebalik usaha kerasnya untuk bertapak kukuh dalam bidang lakonan, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa pelakon berusia 20 tahun itu pernah berniaga ketika zaman persekolahannya dahulu.
"Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan sudah dididik oleh ibu supaya mencari duit belanja sendiri. Jadi, saya ambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sejak berada di tingkatan tiga.
Biarpun kehidupannya semasa menjadi pelajar dahulu tidak seperti kebanyakan rakan-rakannya yang lain, dia menganggap apa yan
g dilaluinya dahulu banyak mengajar erti kehidupan yang sebenar.
Menurut anak kedua daripada empat adik-beradik itu, dengan pengalaman yang diperoleh dirinya itu telah membuatkan dirinya lebih serius dan bersungguh-sungguh terhadap kerjaya lakonannya.

 
"Bermula dengan kerja menjual burger secara kecil-kecilan, kini saya sudah bergelar seorang pelakon pula. Sejujurnya saya tidak menyangka akan berada di tahap sekarang ini.
"Saya akui memang tidak berapa bagus dan pandai dalam pelajaran, namun itu tidak bermakna saya sudah gagal dalam kehidupan.
"Apa yang lebih penting, saya perlu pilih bidang yang diminati serta memberi komitmen dan bersungguh-sungguh sekiranya mahu berjaya," tuturnya.
Ketika ditanya apakah perubahan yang berlaku terhadap dirinya selepas dikenali ramai, Afiq menyatakan kini sudah ramai peminat yang mahu bergambar dengannya.
Namun begitu, pelakon berkenaan menjelaskan keadaan itu tidak akan membuatkannya cepat lupa diri, sebaliknya ia sebagai satu pemangkin semangat untuk dia terus maju dalam bidang yang diceburi.
"Sebelum ini tidak ramai menyedari kehadiran saya dalam industri, tetapi sekarang sudah ada yang mahu bergambar dengan saya. Cuma yang agak kelakar apabila saya masih lagi kekok untuk berhadapan dengan peminat.
 
"Dengan perubahan terhadap diri saya sekarang ini, pastinya ia menjadi satu titik permulaan kepada kerjaya lakonan saya.
"Pengalaman lalu sememangnya menjadikan saya lebih matang dan berharap karier saya akan terus berkembang," ujarnya.
Berkenaan dengan impak terhadap lakonannya dalam drama bersiri Mimpi Cinderella bersama Eina Azman, jelas pelakon itu dia sendiri tidak menyangka wataknya sebagai Emir mendapat maklum balas positif daripada penonton.
Menurutnya, ia telah memberikan satu kepuasan tersendiri kepada dirinya memandangkan kebanyakan drama dan telefilem lakonannya sebelum ini masih belum mampu menyerlahkan dirinya sebagai pelakon.
 
Belum sedia
Sudah menempa nama sebagai seorang pelakon selama tiga tahun dengan pelbagai drama dan telefilem, tetapi wajah Afiq sekadar dilihat tampil di kaca TV.
Bukan tidak pernah mengimpikan untuk tampil di layar perak bagi mengembangkan lagi prospek kerjaya lakonannya, pelakon itu mendedahkan dia masih lagi belum bersedia berlakon filem.
"Tawaran berlakon filem memang pernah saya peroleh sebelum ini, tetapi saya tidak bersedia dan merasakan masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari.

"Lagipun, berlakon filem dan drama pastinya satu situasi yang sangat berbeza dan tidak mahu orang memperkatakan pembabitan saya sekadar bersandarkan rupa semata-mata, tetapi lakonan sangat teruk," jelasnya.
Dalam usaha memantapkan lagi mutu lakonannya, Afiq memberitahu dia telah pun mengambil kelas lakonan selama enam bulan untuk mendapatkan sijil lakonan dan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
 
"Matlamat utama saya menyertai kelas tersebut pastinya mahu menimba ilmu tentang asas dalam lakonan. Selain itu, menerusi kelas berkenaan memberi peluang kepada saya memperbaiki lagi cara lakonan serta penghayatan sesebuah watak supaya tidak kelihatan kaku," ujarnya.
Ditanya mengenai watak yang digemarinya dalam sesebuah lakonan, Afiq secara jujurnya mendedahkan dia gemar membawakan watak yang romantik, meskipun memiliki bentuk tubuh yang sesuai untuk filem bergenre aksi.

Siti Nurhaliza - Datuk K cedera kemalangan di New Zealand

BANJARMASIN 13 Dis. - Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
 
Menurut Siti Nurhaliza, suaminya yang menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.
 
"Doakan suami saya beransur pulih," kata Siti Nurhaliza kepada Utusan Malaysia di sini.
Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di sini malam ini memberitahu, beliau terpaksa membatalkan persembahannya.
Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Zakiah Anas pilih kawan lama jadi suami

PETALING JAYA - Personaliti TV3, Zakiah Anas sah bergelar isteri kepada ahli peniagaan berstatus duda, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di Masjid Kota Damansara di sini semalam.
Berpakaian serba putih, Zakiah, 46, dan Raja Shahrul, 42, dinikahkan oleh kadi Mohd. Arip Johdi pada pukul 11.35 pagi dengan berwalikan abangnya, Mohd. Adnan Anas.
 
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh sanak-saudara dan rakan taulan terdekat itu, Zakiah menerima mas kahwin sebanyak RM13,500.
Zakiah ketika dihubungi semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan dia (Raja Shahrul)," ujarnya.
Walaupun mereka berkenalan sejak 21 tahun lalu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara, pasangan itu hanya mula bercinta pada tahun lepas.

Nik Aziz akan nikahkan Apex, Leuniey

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini.
Khabar gembira bagi perkahwinan pasangan yang dinanti-nantikan peminat seluruh tanah air itu dinyatakan Nik Abdul Aziz hari ini menerusi laman sosial Facebook beliau.

Persetujuan berkenaan dimaklumkan kepada keluarga Nur Eilunie ataupun lebih mesra dengan panggilan Leuniey menerusi surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan kepada, Nazri.

Menurut surat bertarikh 10 Disember yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Rushdee Abdullah itu, majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance di sini, pada 30 Disember jam 8 malam yang berkonsepkan Melayu Kotemporari.

Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

Sementara itu, pada 13 Januari depan majlis resepsi bagi meraikan rakan-rakan Apex  pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara dengan memilih konsep English Style.

Dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang itu mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur.

Difahamkan, keempat-empat majlis berkenaan akan disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).

Majlis gilang-gemilang pasangan berkenaan yang berlangsung di Hotel Royale Bintang turut mendapat liputan ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey.

Tidak ketinggalan, stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan yang bersejarah bagi pasangan itu di Kelantan.

Kedua-dua pasangan sejoli itu akan diserikan dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail, manakala untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey sendiri.

Arrora Salwa kaki bomoh?

NAMANYA mula diikuti peminat selepas single pertamanya berjudul Ahmad mendapat tempat di hati peminat. Bagaimanapun selepas beberapa ketika perhatian terhadap penyanyi ini mulai sepi, tanpa khabar berita.
 
Terbaru nama Arrora Salwa sekali lagi menjadi carian utama di laman sembang gossip. Ini gara-gara dakwaan secara terang-terangan bekas teman lelakinya yang memburuk-burukkan Arrora. Arrora juga dengan secara terbuka dikatakan seorang yang kuat mengamalkan ilmu hitam.
 KENYATAAN-kenyataan 'mencabar' bekas teman lelaki Arrora di laman sosial jadi buah mulut banyak pihak.
Cuba melihat kembali kenyataan yang dikeluarkan Alloi yang juga bekas ahli kumpulan Max:247 melalui laman sesawang. Ada kata-katanya turut diselangi dengan sumpah bahawa kenyataannya benar belaka.

Justin Bieber buat kejutan

RAMAI penonton terkejut dengan pengumuman Justin Bieber ketika konsertnya di Los Angeles, baru-baru ini.

Bintang remaja terkenal dengan lagu Boyfriend itu mengumumkan, kekasihnya, Selena Gomez adalah gadis cantik yang setia menemani hidupnya.

Menurut sumber, sepanjang berada di konsert tersebut, Bieber turut melayani Gomez seperti seorang puteri.

"Ketika menyampaikan lagu Love, Justin kelihatan sering memandang kekasihnya itu dengan penuh kasih sayang.

"Justin turut memberitahu kepada peminatnya, segala keputusan dan juga urusan peribadinya akan diserahkan kepada kekasihnya itu," kata sumber itu.

AES - Cara periksa saman AES melalui online dengan cepat dan percuma

Sistem Penguatkuasa Automatik atau dalam nama singkatannya adalah AES (Automated  Endforcement System) . AES adalah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas mengunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan raya di kawasan tertentu.. Semak saman boleh di buat melalui SMS dan Online...
.


Hari ni nak kongsi kat korang macam mana korang nak cheak saman AES dengan cara mudah dan pantas...


Melalui SMS

1.  Cara semak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis adalah dengan menaip 
      POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan dan hantar ke 32728 .Caj rm0.50 akan dikenakan


Melalui online
  1. FREE service direct by Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), but please be aware that the database is not up to date
  2. You can check you saman free at RILEK website. RILEK stands for rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan
Jom check saman AES!

PSY jutawan YouTube

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.
Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.
Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.

Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

Amyza promosi diri guna Facebook, Twitter

AKTRES Amyza Adnan sudah terlibat dalam dunia lakonan sejak berusia 16 tahun. Kini pada usia 36 tahun, ibu kepada dua orang anak ini masih lagi ligat berlakon.
Meskipun cukup terkenal dengan drama komedi selepas membintangi Tiga Dara: Tan Tin Tun namun, Amyza juga mampu membawakan watak-watak yang serius dan berat seperti dalam drama Trilogi Cinta.
Ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Spy M, Amyza mengakui kerjaya lakonannya tidak tergugat langsung walaupun industri seni kini dibanjiri oleh pelakon baharu dan muda.
 
Kosmo!: Bolehkah cerita tentang perkembangan terkini kerjaya lakonan Amyza?
AMYZA: Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran lakonan. Setakat ini belum pernah saya berasa resah gelisah kerana tidak ada kerja. Kehidupan saya sentiasa sibuk ditambah dengan tugas sebagai ibu kepada dua orang anak.
 
Tidakkah anda rasa tergugat dengan kemunculan ramai pelakon baharu yang lebih muda?
Sejujurnya, saya tidak pernah rasa tergugat kerana saya sentiasa ada kerja. Rasanya saya masih ada pasaran untuk televisyen dan filem (ketawa). Tambahan pula, saya tidak akan memegang watak yang sama berulang kali untuk menjaga kualiti lakonan sebagai langkah untuk memanjangkan usia kerjaya saya.
 
Maknanya kini anda lebih memilih?
Ya, sekarang memang saya agak memilih watak berbanding 10 tahun dahulu ketika mula-mula berlakon. Dahulu apa sahaja watak yang ditawarkan, saya terima tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kini, saya lebih matang dan saya harus memilih supaya penonton tidak jemu menonton lakonan saya.
 
Nama anda cukup sinonim dengan cerita komedi. Apakah pandangan anda?
Sebenarnya saya tidak hanya membawakan watak komedi. Banyak juga watak berat yang saya bawakan. Mungkin watak komedi yang saya bawakan lebih meninggalkan kesan kepada penonton, sebab itu orang ingat saya pelakon komedi semata-mata. Sebenarnya, saya tidak kisah asalkan mereka terhibur apabila menonton lakonan saya.
 
Adakah sukar untuk anda mendapatkan perhatian daripada peminat apabila semakin berusia?
Kalau zaman dahulu memang susah, tetapi zaman sekarang teknologi sudah semakin canggih. Banyak medium untuk mempromosikan diri serta kami lebih dekat dengan peminat. Contohnya, Twitter dan Facebook. Jadi, apa sahaja projek terbaharu dan berita mengenai diri sendiri, saya boleh terus sampaikan kepada peminat. Memang teknologi amat membantu dalam kelangsungan kerjaya saya.
 
Khabarnya watak sebagai Madam J dalam drama Spy M merupakan watak idaman anda, betul dan kenapakah?
Saya macam tidak percaya apabila pada usia begini saya ditawarkan watak sebagai Madam J yang memerlukan saya berlawan dan melakukan sendiri pelbagai aksi lagak ngeri sendiri. Ini kali pertama saya pegang watak sebagai penyiasat. Waktu muda-muda dahulu tidak pula ditawarkan sebegini (ketawa).

Kate Middleton hamil

LONDON - Isteri kepada Putera William, Kate Middleton atau Duchess of Cambridge, Catherine, terpaksa bermalam di hospital untuk dirawat akibat alahan mengandung yang teruk selepas pengumuman bahawa pasangan diraja berkenaan dijangka menyambut anak pertama mereka.
Keluarga diraja Britain itu mendedahkan berita gembira tersebut pada Isnin, sekali gus menamatkan spekulasi hangat mengenai bayi yang bakal menjadi raja Britain sama ada ia lelaki atau perempuan.
 
Ratu Elizabeth II dan seluruh keluarga diraja nyata gembira dengan berita kehamilan Kate. William dan bapanya, Putera Charles telah melawat Kate di Hospital King Edward VII di tengah London, jelas sumber istana.
Bayi itu bakal menjadi pewaris takhta diraja Britain selepas Charles dan William tanpa mengira jantinanya berikutan kerajaan Britain mahu menggubal undang-undang lama yang sebelum ini memberi keutamaan kepada pewaris lelaki.
Menurut sumber istana, pasangan tersebut baru sahaja menyedari kehamilan Kate. Agensi berita The Press Association melaporkan kehamilan itu masih belum memasuki minggu ke-12, tetapi pengumuman itu didorong oleh kondisi perubatan Kate.
Kate dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana mengalami hypermesis gravidarum, iaitu alahan teruk yang memerlukan hidrasi dan nutrien tambahan.
"Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, beliau dijangka berada di hospital untuk beberapa hari lagi. Kate juga memerlukan masa untuk berehat," jelas kenyataan dari istana.
 
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan isteri, Michelle yang ada bertemu dengan keluarga diraja itu ketika lawatan mereka ke Britain tahun lalu menyampaikan ucapan tahniah mereka. - AFP

Nyda sedia pamer aksi ‘goyang gerudi’

KUCHING – Peserta Soulstar 2012, Harnida Shazila Haron, 17, mengakui tidak sabar untuk menunjukkan aksi 'goyang gerudi' Inul Daratista apabila mendendangkan lagu Kopi Dangdut pada konsert mingguan kelima Sabtu ini.
Dia yang lebih mesra disapa Nyda berkata, penampilan seksi penyanyi dangdut terkenal Indonesia itu bakal mencabar kebolehannya untuk menyanyi sambil menari.
 
Nyda bagaimanapun meletakkan faktor menjaga kesusilaan atas pentas sebagai keutamaan meskipun yakin dengan kemampuan yang ada pada dirinya.
"Bagi saya, irama dangdut ada keistimewaannya meskipun ramai berpendapat irama ini boleh mengundang berahi ketika melakukan persembahan.
"Gelekan saya mungkin tidak sekencang Inul, namun saya sangat teruja apabila dipilih untuk mendendangkan lagu ini," katanya di sini semalam.
 

Gabungan sulung Jamal dan Jay Jay

BUAT julung-julung kalinya bagi peminat penyanyi legenda, Jamal Abdillah dan Jay Jay, mereka bakal menyaksikan gabungan dua penyanyi tersebut dalam satu pentas yang sama pada 24 Disember ini.
Diberi nama Jamal Abdillah And Jay Jay Live Concert, konsert yang bakal diadakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort tersebut memberikan sedikit kelainan. Ini kerana kedua-dua penyanyi itu akan menghiburkan para peminat sambil menikmati hidangan barbeku antarabangsa di tepi pantai yang dinamakan sebagai Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Around The World di Kuala Rompin, Pahang.
Konsert tersebut juga akan membawa peminat dan pengunjung yang hadir melalui perjalanan nostalgia mereka dari dahulu hingga kini. Dalam konsert yang akan berlangsung selama dua setengah jam, Jamal akan menyampaikan sebanyak 22 lagu hit miliknya, manakala Jay Jay akan mendendangkan sebanyak tujuh buah lagu.
 
Bercakap mengenai konsert tersebut yang telah mempertemukan dirinya dengan Jamal di atas satu pentas, Jay Jay menyifatkan ia sebagai sebuah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.
"Sepanjang berdekad saya berada di dalam industri, saya belum pernah diberi peluang sebegini. Justeru apabila ditawarkan, saya menjadi teruja dan terkejut kerana ini merupakan penghargaan yang sangat besar buat saya untuk bergandingan dengan Raja Pop kita iaitu Jamal. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur atas undangan ini," ujar Jay Jay ketika sesi sidang akhbar yang bertempat di Gloria Jeans, Wisma Nusantara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambahnya, pada konsert itu nanti, dia akan menyampaikan lagu-lagu hit dari kumpulan lamanya, Carefree dan beberapa lagu solonya.
Jika Jay Jay melahirkan rasa terharu kerana dapat berkongsi pentas dengan Jamal, penyanyi tersebut juga tidak menafikan bahawa dia amat teruja untuk mengadakan konsert bersama rakan seperjuangannya itu.
 
Selain itu, kata Jamal, dia gemarkan konsep konsert yang dipersembahkan kerana ia sangat berbeza daripadaa apa yang dilakukannya sebelum ini.
Ujarnya: "Selalunya saya melakukan konsert tertutup, tapi kali ini, konsepnya sedikit berbeza apabila ia dibuat di tepi kolam dan santai. Malah saya akan menyanyi di atas pentas terapung dan ia jarang dilakukan dalam persembahan sebelum ini. Saya amat berharap agar persembahan kami berdua akan dapat memuaskan pengunjung yang hadir.
Gabungan Jay Jay dan Jamal dalam persembahan tersebut merupakan kerjasama di antara pihak Lanjut Golden Beach Resort & Golf Resort dan PNB Commercial Sdn. Bhd.
 
Sementara itu, wakil penganjur resort, Ghani Syah Rahim, berkata perancangan untuk menggabungkan dua orang legenda seni tersebut adalah tepat kerana masing-masing mempunyai peminat yang tersendiri.
"Pihak kami amat yakin peminat akan gembira dengan konsert yang dianjurkan dan ia akan memberi kepuasan kepada mereka. Walaupun sudah lama bertapak dalam industri dan banyak bakat baharu muncul, harus diakui aura Jay Jay dan Jamal masih tebal. Mereka masih diminati ramai dan kekal hebat," kata Ghani.
Bagi peminat yang berminat untuk menonton persembahan mereka, tiket konsert boleh didapati dari harga bermula RM399 hingga RM699 (bersama barbeku) dan boleh ditempah melalui talian 09-414 5113.
Selain itu, diskaun bagi harga bilik penginapan turut diberikan bagi mereka yang ingin bermalam di resort tersebut.

Kardashian paling dicari di Yahoo!

LOS ANGELES - Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan item yang paling dicari manakala selebriti Kim Kardashian dari AS ialah orang paling dicari di Yahoo! untuk tahun ini, kata enjin carian internet berkenaan semalam.
Perkataan pilihan raya mengungguli senarai pencarian di Yahoo! hasil liputan besar-besaran oleh pihak media di samping perbincangan meluas topik tersebut di platform-platform media sosial.
Perkataan 'pengundian politik' berada di tempat kelapan senarai 10 teratas pencarian Yahoo$21 sepanjang tahun ini.
"Pilihan raya 2012 mendominasi carian di internet dan ia menakjubkan kerana jika sesuatu itu menjadi tajuk berita, orang ramai tentu sudah maklum mengenainya tetapi topik tersebut terus menjadi perkataan utama yang ditaip di laman web Yahoo! sepanjang tahun ini," kata penganalisis trend Yahoo!, Vera Chan dalam satu persidangan video.
 
Menurutnya, hanya dua laporan berita lain pernah pengungguli senarai tersebut sejak sedekad lalu iaitu laporan kematian Michael Jackson pada 2009 dan tumpahan minyak BP pada 2010.
iPhone 5 berada di tempat kedua senarai berkenaan yang disifatkan oleh Chan sebagai satu keputusan menarik.
Katanya, walaupun iPhone sentiasa berada dalam kedudukan utama senarai carian Yahoo! sejak 2007, ia adalah kali pertama sesuatu model spesifik seperti iPhone 5 menduduki antara tempat teratas senarai itu.
 
Menurutnya, ia berlaku selepas kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs.
Berada di tempat ketiga senarai yang sama ialah Kardashian yang juga merupakan orang paling dicari di laman web Yahoo!.
Kardashian mengungguli enam wanita popular yang berada dalam 10 teratas senarai tersebut termasuk model Kate Upton, anggota keluarga diraja Britain, Kate Middleton, penyanyi Whitney Houston dan Lindsay Lohan.
Ujar Chan 'kenakalan' Kardashian yang antara lain melibatkan kisah perceraian dengan bekas suaminya, Kris Humphries dan hubungan cinta selebriti itu bersama bintang rap, Kanye West telah membantu mengekalkannya sebagai orang paling dicari menerusi Yahoo!

'Grandpa Style' saingi Gangnam Style?

MEMAKAI cermin mata hitam dan skirt ketat pada paras peha, Liu Qianping, 72, telah menyebabkan sedikit kekecohan di China.
Beberapa minggu lalu, gambar bekas petani dari Hunan telah muncul dalam Taobao, eBay versi China, pasaran pakaian untuk Yecoo, sebuah perniagaan yang dikendalikan cucu perempuan Lv Ting dan empat rakannya.

Lv memberitahu CNN, dia menjemput datuknya  melawatnya di wilayah selatan Guangzhou awal bulan lalu, dan ketika mengeluarkan pakaian untuk dijual, datuknya telah menarik keluar dan terjatuh atas jubah merah jambu panas.

Melihat Liu berpakaian sedemikian, rakannya mula mengambil gambar yang kemudiannya dimuat naik ke laman web.

Liu memakai seluar ketat berwarna putih, skirt merah jambu dan kot berbulu yang dibarisi merah polka dot. Dalam gambar lain, dia menyamar malu-malu dalam 'leggings' hijau terang, memegang beg tangan dan memakai selendang merah jambu berlapis. Kadang-kadang dia memakai rambut palsu, kadang-kadang tidak, tetapi cermin mata hitam sentiasa ada.

Liu telah menarik perhatian di Weibo, Twitter versi China.

"Itu contoh yang baik untuk 'menikmati hidup pada masa ini'. Orang tua itu menikmatinya dan itu membuat saya juga gembira," kata seorang pengguna, yang mengendalikan terjemahan "kite walking on the ground."
@S_ziming menulis: "Saya suka datuk ini. Dan saya berharap hidup semua orang berusia boleh menarik dan berwarna."
Tetapi yang lain tidak begitu pasti: "dia gila ke, menjadi pelik dan buat perangai macam ini?"

Stevie Wonder batal persembahan untuk Israel

LOS ANGELES - Penyanyi popular Amerika Syarikat (AS) yang juga Wakil Keamanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Stevie Wonder telah membatalkan persembahan untuk Rakan Tentera Pertahanan Israel (FIDF) selepas beberapa organisasi meminta agar dia tidak meneruskan niat itu.
Penyanyi irama soul berusia 62 tahun itu dijadual mengadakan persembahan pada 6 Disember depan dalam satu majlis mengumpul dana di sini. Majlis tersebut dianjurkan oleh FIDF, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu anggota tentera Isreal dan keluarga mereka.
 
"Disebabkan oleh situasi semasa di Asia Barat dan hati yang sentiasa ingin melihat dunia ini aman damai, saya tidak akan membuat persembahan pada malam Gala FIDF," jelas Wonder dalam satu kenyataan.
Wonder bagaimanapun menyatakan akan memberi sumbangan kepada badan-badan yang membantu kanak-kanak cacat di Israel dan Palestin.
 
Menurut kenyataan pihak Kempen AS untuk Menamatkan Serangan Israel, keputusan Wonder itu hadir selepas mendapat tentangan daripada banyak organisasi dan tiga petisyen antarabangsa. - Reuters

Panik tidak sesantai lagu lain - Bunkface

KEMATANGAN fikiran dan hala tuju membawa tiga anak muda yang berpayungkan nama Bunkface ini untuk terus meluncur laju.
Bukan hanya sekadar menjadi peserta industri nyanyian tanah air, lebih daripada itu Youk, Paan dan Sam meneroka jauh dalam bergelar anak seni.
 
Buktinya, pelancaran album Bunkface yang bertajuk Bunk Not Dead dalam bentuk Augmented Reality. Pelancaran album Blippable-Augmented Reality (AR) ini merupakan album pertama di Malaysia dan Asia dan dibawakan khas oleh Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd.
 
Berlangsung di Restoran Teeq, Kuala Lumpur, majlis ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri, Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Dalam ucapannya, Mukhriz menganggap penggunaan AR bukan sahaja membantu penyelesai masalah cetak rompak tetapi menambah nilai sektor kreatif.
Teknologi itu bukan percuma sebaliknya Bunkface yang terkenal dengan lagu Revolusi itu melaburkan sebanyak RM200,000 untuk sistem interaktif baharu itu.
 
Boleh ceritakan sedikit tentang album dan sistem interaktif ini?
 
AR merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mengimbas kulit album terbaru kami di telefon pintar dan peminat boleh berinteraksi dengan kumpulan secara digital. Peminat hanya perlu memuat turun aplikasi Blippers ke dalam telefon pintar yang menggunakan sistem IOS dan Android bagi membolehkan mereka berinteraksi terus tanpa perlu memasuki laman web lain untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Bunkface.
 
RM200,000 merupakan pelaburan besar. Sejauh mana keyakinan kalian dan kesedaran khalayak tentang sistem dan teknologi sebegini?

 
Kami tahu ini risiko dan tidak harapkan pulangan. Ini sebuah perjudian tetapi kami sedar bahawa teknologi di Malaysia sendiri bergerak dengan cepat. Anak muda sekarang memang meminati gajet dan mereka pastinya mahu mencuba teknologi baharu. Lagi pun Blippers dan teknologi AR senang digunakan.
 
Boleh sentuh sedikit tentang kegagalan Bunkface masuk ke Anugerah Juara Lagu di sebalik kekuatan lagu tersebut dan persembahan kalian?
 
Kami tidak kisah kerana sudah dua kali ke AJL. Beri peluang wajah baharu yang tercalon.
 
Mungkinkah kegagalan itu berpunca daripada perkataan 'celaka' dalam lirik lagu Panik yang dipertandingkan?
 
Sudah tentu. Lagi pun lagu kami tidak santai dan tidak dalam arus perdana.
 
Maksudnya lagu yang masuk rata-rata adalah lagu santai? Adakah ini adil?
 
Tentang lagu-lagu santai, dengarkan sahaja dan anda pasti bersetuju. Kalau kata adil, memang tidak adil kerana lagu kami bukan kutuk siapa-siapa. Nampaknya mereka seperti tidak pentingkan lirik dan jalan cerita. Mungkin lebih pentingkan rating. Kami sudah buat sehabis baik. Sepertinya mereka mahu mengurangkan kuota grup dalam AJL kali ini.
 
Sepertinya ada nada kecewa di situ. Mungkin Bunkface kecewa dengan industri tempatan sekarang?
 
Industri sekarang suram. Apresiasi terhadap artis tempatan sekarang sudah lesu. Ini semua kerana pendedahan lagu luar. Kita tidak salahkan pendengar tetapi pihak berkuasa perlu bentuk polisi mapan. Ini perjuangan kami kerana tidak mahu anak-anak muda lupakan industri tempatan. Kami berjuang untuk grup. Ramai artis baharu tidak diberi peluang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...