Almy Nadia Nekad Enggan Terjerat Dengan Kontroversi

Pelakon Almy Nadia mengambil pendekatan enggan membuka mulut mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz selepas kenyataannya sebelum ini telah disalahertikan.
Almy, 25, berkata, pendekatan itu diambilnya kerana dia tidak mahu terus terjerat dengan kontroversi sedemikian rupa pada masa akan datang.
"Apabila wartawan bertanya mengenai lamaran Fizz untuk memperisterikan saya, jawapan yang diberikan adalah jujur dan ikhlas daripada hati saya.
"Buat apa saya hendak menipu atau menokok tambah perkara yang tidak berlaku tetapi rupa-rupanya apa yang keluar daripada mulut saya telah ditafsirkan dengan cara berbeza sehingga banyak pihak menghentam saya.
 
"Sebab itu saya tidak mahu lagi bercakap mengenai hal-hal peribadi kerana enggan lagi dituduh dengan macam-macam tohmahan," ujarnya kepada mStar Online.
 
Almy Nadia.
 
 Tambah Almy, dia perlu berkorban bagi memperbaiki situasi yang keruh dan tidak menafikan kelantangannya memberikan kenyataan mengenai hubungan mereka telah menyumbang kepada kekecohan tersebut.
Dalam pada itu, Almy memberitahu hubungannya dengan Fizz masih berada dalam keadaan baik dan mengakui ada bertemu dengannya untuk berbincang mengenai perkara berbangkit yang timbul di antara mereka berdua.
Almy bagaimanapun enggan mendedahkan kedudukan sebenar hubungan itu dan biarlah perkara itu diketahui oleh mereka berdua dan Allah sahaja.
"Rasanya biarlah antara kami dan Allah sahaja yang tahu dan tidak perlu lagi kecoh-kecoh dan sejujurnya saya lebih senang dengan keadaan begini.
"Hubungan kami pun masih baik dan sering bertemu untuk berbincang malah kami ada melakukan aktiviti sukan bersama selain Fizz ada datang ke hospital untuk melawat semasa saya menjalani pembedahan apendiks tempoh hari," katanya.
Bagaimanapun kata Almy, di sebalik kekecohan itu, dia mengakui ada hikmah tersembunyi kerana mereka lebih banyak berkomunikasi bagi menyatakan rasa yang terpendam di dalam hati masing-masing.
"Kejadian itu ada hikmahnya apabila kami lebih banyak berkomunikasi untuk menyatakan apa yang terpendam supaya tidak lagi timbul salah faham," katanya.
Hubungan kedua-dua pelakon itu menjadi panas selepas Almy memberikan kenyataan dengan mengatakan hubungannya dengan Fizz Fairuz diibaratkan seperti retak menanti belah.
Ia disebabkan mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini.
Reaksi itu dibuat dua minggu selepas Fizz memberitahu media hasratnya untuk memperisterikan Almy.

Gambar - Wang Kertas Baru Diedar Mulai 16 Julai Ini

KUALA LUMPUR – Wang kertas Malaysia siri baru akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, menurut Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu menyatakan, selepas pengumuman awal Mei lalu, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baru itu.
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan
 
.
"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.
"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.
 
"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," menurutnya dalam satu kenyataan.
Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baru itu, hubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepadancs@bnm.gov.my. – BERNAMA

Heliza Helimi Tempuh Pelbagai Pengalaman Kerana Makanan Halal

KUALA LUPUR: Penyanyi Heliza Helmi menjelaskan, bergelar pengacara bagi rancangan Rasa Halal Antarabangsa siaran Astro Oasis merupakan satu peluang luar biasa apabila dia dapat meneroka pelbagai jenis makanan di lima buah negara.
Heliza berkata, pengalaman berada di Turki, United Kingdom, Perancis, Australia dan Korea Selatan itu amat menarik kerana dia juga dapat melihat perkembangan Islam di negara berkenaan.
"Ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga dan bernilai buat saya. Bukan mudah untuk saya merasai kepelbagaian makanan halal yang terdapat di tempat orang. Ia amat menakjubkan," katanya pada sidang media program berkenaan di sini, Isnin.
Heliza Helmi
 
 
Hadir sama Pengurus Saluran Astro Oasis, Izlan Basar serta wakil agensi pelancongan negara berkenaan.
Heliza berkata, antara pengalaman menarik lain apabila dia menjadi minat terhadap Kimci iaitu sejenis makanan tradisional daripada sayur-sayuran di Korea selepas menikmatinya kerap kali sedangkan dia tidak menyukainya sebelum ini.
Dalam masa yang sama dia juga berhadapan dengan cabaran apabila sukar mencari lokasi untuk mendirikan solat sehingga terpaksa menunaikan ibadah di set penggambaran.
"Pernah juga saya berhadapan dengan masalah untuk bersolat tetapi saya dapat juga melaksanakannya kerana saya percaya terhadap kepentingan perkara itu walaupun di negara mana sekalipun kita berada," jelasnya,
Heliza (bertudung) dan Izlan Basar (empat dari kiri) bersama wakil agensi-agensi pelancongan dan wakila Astro yang terlibat dalam program Rasa Halal Antarabangsa.
 
Sementara itu Izelan berkata, sambutan penonton terhadap program itu yang diperkenalkan pada tahun 2008 menyebabkan Astro Oasis terpaksa melanjutkannya sehingga ke musim yang keempat.
Program terbaru selama 26 episod itu kata beliau antara lain bertujuan untuk memudahkan rakyat negara ini yang ingin melancong ke lima negara terbabit mendapatkan informasi berhubung lokasi yang menyediakan makanan halal serta kemudahan beribadah.
"Berdasarkan kepada kajian kami, rakyat Malaysia gemar melancong ke lima negara berkenaan dan tentu sekali mereka tercari-cari di manakah lokasi makanan halal.
"Jadi, pihak kami telah mengambil pendekatan untuk memberi pengetahuan kepada mereka dengan menerbitkan rancangan ini," kata beliau.
Rasa Halal Antarabangsa terbitan syarikat produksi E-Style Sdn Bhd ini bakal menemui penonton pada setiap Khamis bermula 28 Jun ini di Astro Oasis (saluran 106) pukul 7.30 malam.

Zed Zaidi Ucap Tahniah Aaron Aziz Dapat PR Malaysia

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengucapkan tahniah kepada aktor Singapura Aaron Aziz selepas sah bergelar penduduk tetap (PR) negara ini, awal bulan ini.
Aaron, isteri Diyana Halik dan tiga anak pasangan itu diberikan hak taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zed dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia menerima berita itu pada tiga atau empat hari lalu dan menyifatkan ia sebagai rezeki buat keluarga aktor itu biarpun baru tujuh tahun dia menetap di negara ini.
"Tahniah Aaron kerana bergelar PR negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu.
"Tanpa sebarang niat saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami baru-baru ini" katanya.
 

Zed Zaidi
 
Pada April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Zed yang mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Genting Highlands.
 

Aaron Aziz
 
Sementara itu, Aaron berkata dia bersyukur selepas doanya sewaktu menunaikan umrah pada bulan lalu dimakbulkan Allah.
"Terima kasih Zed atas ucapan itu. Lega rasanya dengan kejayaan ini (bergelar PR) dan kami (keluarga) tidak perlu bersusah payah pergi dan pulang ke Singapura lagi.
"Saya anggap berita ini rezeki anak dan isteri serta doa di Makkah dimakbulkan," kata aktor dari Pasir Ris, Singapura itu.
Aaron berkata, permohonan mendapatkan taraf PR bermula pada Ogos tahun lalu dan kini barulah ia berjaya.

Daphne Iking Mahu Dedah Kepincangan Rumah Tangga

PETALING JAYA: Pengacara televisyen, Daphnie Iking akan mendedahkan kepincangan dalam rumah tangganya termasuklah pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui pementasan Super Kam & The League of Extraordinary Femmes.
Daphnie berkata, selama ini ramai pihak yang tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam rumah tangganya sehingga menyebabkan hatinya benar-benar pedih dan terluka.
"Ya, hati saya pedih apabila bekas suami menyaman lelaki lain kerana mengurat saya tetapi saya cuba melupakan peristiwa itu dengan ketawa.
"Ramai yang tidak tahu cerita sebenar tentang masalah dalam rumah tangga saya tetapi menuduh saya yang bukan-bukan, jadi saya mahu menggunakan pentas teater untuk mendedahkan semua itu," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
 
Daphne Iking
 
Teater komedi itu bakal dipentaskan di Black Box @ MAPS KL, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur bermula dari 28 Jun hingga 1 Julai depan, pukul 8.30 malam.
Ia mengambil ilham daripada kes mahkamah yang membabitkan bekas suaminya dan seorang tokoh korporat yang didakwa menggoda Daphne.
Pementasan itu turut diterajui oleh pelawak handalan iaitu Joanne Kam Poh Poh, Jo Kukathas, Joanna Bassey, Maya Tan dan Shamaine Othman.
Dalam pementasan itu beliau akan memegang watak wanita idaman lelaki (wet dream girl) yang akan diterjemahkan dalam sebuah komedi spontan.
Daphnie atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan iaitu Azmi Abdul Rahman pada 8 Januari 2011 dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah keluarganya di Penampang, Sabah.
Menyedari akan kritikan yang bakal diterima terutama selepas memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu, Daphne berkata; "Saya tidak peduli apa yang orang lain akan kata. Allah tahu siapa sebenarnya diri saya."
Sementara itu Joanne mengakui turut simpati dengan tohmahan yang terpaksa ditanggung oleh teman rapatnya itu sehinggalah dia terpanggil untuk menjadikan kisah tersebut sebagai bahan jenaka melalui pementasan terbabit.
"Saya suka menggunakan kisah peribadi sebagai bahan jenaka. Sebagai sahabat, saya banyak menggunakan Daphne sebagai 'mangsa' lawak jenaka saya.
"Untuk pementasan kami kali ini, saya mahu Daphne menjadi gadis GRO yang dilanggan bekas suaminya," ujarnya sambil ketawa.
Diterbitkan oleh ToniQ Creative, Super Kam & The League of Extraordinary Femmes turut memaparkan sketsa yang menyentuh isu-isu politik dan sosial semasa.
Tiket-tiket berharga RM58 dan RM68 boleh diperoleh dengan menghubungi TicketProhotline di talian 03-7880-7999, atau layari www.ticketpro.com.my

Album Hujan ‘Sang Enemy’ Dilancarkan

Album terbaru kumpulan Hujan yang bertajuk Sang Enemy dilancarkan dengan rasminya di Black Box, Publika, Solaris Dutamas malam tadi.
Dianggotai Noh Salleh (vokalis, pemain gitar), Hang Dimas (pemain keyboard), Hezry Hafidz "AG Coco" (gitar utama), Izzat Huzaini (gitar bass) dan Azham Ahmad (pemain drum), album Sang Enemy merupakan album keempat kumpulan tersebut yang ditubuhkan pada tahun 2006.
Antara lagu yang dimuatkan termasuk Janji Kita yang turut menampilkan penyanyi wanita popular tanahair, Yuna yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat. Turut dimuatkan adalah Ke Selatan, Mana Mungkin, Rumah Kita, Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, Kembara dan DBS.
 
 
Tetamu yang hadir turut diperdengarkan setiap lagu yang terkandung dalam album di majlis tersebut.
Saluran TV9 merupakan penyiar rasmi dan Hot FM sebagai stesen radio rasmi untuk majlis tersebut.

Bront Palarae Akui Cristina Suzanne Tepati Citarasa

Jika sebelum ini, pelakon hebat Bront Palarae tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana artis.
Tiba-tiba muncul pula gosip mengenai Bront Palarae yang dikatakan sedang bermain cinta dengan pelakon baru Cristina Suzanne.
Kedua-dua mereka bakal digandingkan di dalam filem Jwanita yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.
Namun begitu adakah gosip cinta Bront Palarae dan Cristina ini sekadar untuk melariskan filem atau sebagai menarik perhatian umum?
Bront yang ditemu pada majlis perlancaran filem Jwanita agak terkejut dengan gosip yang berterbangan itu.
Bagaimanapun dia tidak cepat melatah dan menjawabnya dengan tenang sekali.
 
Namun dalam pada itu dia menjelaskan Cristina menepati citarasa kaum lelaki di luar sana.
"Saya baru sahaja mengenali Cristina, itu pun disebabkan atas urusan kerja.
"Memang kami ada berbalas Tweeter, tetapi tiada sebarang kata-kata yang menunjukan kami bercinta.
"Mungkin orang yang melihat dan membaca mengatakan kami ada hubungan istimewa.
"Cristina seorang yang menepati citarasa ramai lelaki kerana perwatakan dirinya.
"Tapi untuk saya komen tentang hubungan kami, lebih baik saya jelaskan di sini kami memang dan hanya berkawan.
"Saya tidak mahu cakap apa-apa yang tidak pasti kerana saya tidak mahu mengguris perasaan sesiapa atau Cristina sendiri. Tetapi secara jujur saya senang bekerja dengannya,"terang Bront kepada pertanyaan yang diajukan kepadanya.
 
Dia bakal membawakan watak Dr Farhan dalam filem Jwanita dan menjadi suami kepada Julaika lakonan pendatang baru Cristina Suzanne.
Bagi Bront Palarae, dia merasakan watak itu sebuah watak yang menarik untuk dibawakannya kerana ia berbeza dengan watak yang diberi oleh Osman Ali kepadanya dalam filem-filem terdahulu.

Klip Video Sami Yusuf & Siti Nurhaliza Buat Peminat Kecewa?

Sudah lama kita tidak mendengar lagu dendangan Datuk Siti Nurhaliza yang berunsur dakwah.
Kali ini, Datuk Siti telah berkolaborasi bersama Sami Yusuf dengan menampilkan lagu dakwah terbaru mereka, 'You Came To Me'.
Penyanyi serta komposer yang menerima jolokan 'Islam's Biggest Rockstar', Sami Yusuf telah berbesar hati untuk berduet dengan Datuk Siti dalam lagu itu pada masa yang sama ia dimuatkan dalam album keempatnya, 'Salaam'.
 
 
Sebelum ini, Datuk Siti telah merakamkan rasa keterujaan beliau apabila dapat bergandingan bersama Sami Yusuf.
Gabungan suara yang lunak, bait-bait lirik yang amat bermakna serta melodi yang menenangkan jiwa pastinya akan membuat anda terpaku.
Tambah menarik, lagu yang mempunyai gabungan bahasa Melayu, Inggeris dan Arab itu telah dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.
Namun, klip video lagu itu telah menjadi bualan di beberapa blog hiburan apabila ramai peminat Datuk Siti yang kecewa dengan penampilannya yang tidak menutup aurat secara penuh.
 
Jika dilihat pada maklum balas klip video lagu 'You Came To Me' yang telah dimuat naik menerusi Youtube, rata-rata di antara mereka kecewa dengan penampilan yang dibawa oleh Datuk Siti dalam lagu dakwah tersebut.
Bagi penulis, apa yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan. Namun, pada masa yang sama janganlah mengabaikan prinsip dari segi penampilan apabila ingin berdakwah.
Saksikanlah video klip tersebut dan anda menilainya sendiri.

“Disoal Lebih 4 Jam, Bukan Kerana Buku Saya!” – Pekin Ibrahim

Pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim terkejut apabila buku tulisannya yang berjudul Memoir Bukan Memoir dirampas oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan di pejabat syarikat penerbitan buku itu pada 12 Jun lalu.
 
Buku tersebut merupakan antara buku yang dirampas kerana dikatakan menyebarkan fahaman yang merosakkan akidah umat Islam oleh pihak JAIS.
Dalam serbuan tersebut, seramai lebih 30 pegawai yang terdiri daripada wakil JAIS, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan serbuan di premis tersebut.
 
Setelah diambil keterangan selama lebih empat jam, pelbagai persepsi dan salah faham yang timbul telah diselesaikan dengan baik.
"Insiden itu berlaku kerana salah faham. JAIS membuat serbuan di syarikat penerbitan itu kerana buku lain dan bukannya buku saya. Oleh kerana buku saya berada di situ, mereka turut merampas tiga naskhah untuk tujuan siasatan."
 
 
Selain buku terbaru Pekin, turut dirampas adalah buku tulisan Zahiril Adzim yang berjudul "Bogel Menuju Tuhan".
"Saya amat terkilan kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik sewaktu memberi keterangan kepada pihak JAIS. Saya tahu kandungan buku tersebut tidak salah dan telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), jadi saya telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu memberikan keterangan." tambah Pekin menceritakan pengalaman disoal-siasat selama lebih 4 jam.
 
Pekin ditemui selesai majlis pelancaran Buku "Memoir Bukan Memoir" yang berlangsung petang semalam di The Annexe, Central Market.
Menurutnya, buku tersebut lebih berkisar pengalaman hidupnya sebelum bergelar artis hingga sekarang.
"Dalam hidup kita melalui proses pembelajaran setiap hari. Saya mahu berkongsi pengalaman saya untuk dikongsi dengan golongan muda agar tidak cepat berputus asa dalam kehidupan." ujar Pekin yang turut bersama penyanyi Danny X-Factor berkongsi pengalaman zaman remaja mereka.
Rakan senegeri Pekin, Danny X-Factor pernah bekerja di A&W Petaling Jaya sewaktu zaman remaja mereka bersama-sama. Danny merupakan antara rakan yang mengajak Pekin untuk datang ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan.
"Saya mahu pembaca faham apa yang insan seni lakukan. Saya juga mahu rakan-rakan pelakon bersama saya menilai perbezaan antara artis dan penggiat seni sebenar." tambah Pekin yang merapati insan-insan seni seperti Khir Rahman dan Sofi Jikan untuk menambah pengalamannya dalam bidang seni.
 
Turut dilancarkan adalah buku pelakon Faizal Hussein yang berjudul Limelight. Diterbitkan oleh Merpati Jingga, buku berharga RM30 itu boleh dibeli secara online di http://tokobuku.fotopages.com

Maya Karin Dilihat Mesra Dengan VIP Bergelar Datuk

 
Maya Karin akui masih belum temui pengganti selepas hampir dua tahun bercerai

Gambar - Kereta Will.I.Am Dirampas Polis

 
Will.I.Am
 

Anzalna Nafi Raih Populariti Ekoran Kes Gaduh Dengan Neelofa

 
 
Anzalna

Gambar - Azwan Ali Sudah Serik, Mahu Hentikan Semua Kontroversi?

 
 
Azwan Ali mahu menghentikan semua kontroversi yang pernah dicetuskannya pada tahun ini.  

Gambar - Dian Sastrowardoyo Bawa Pengisar Makanan Ke Paris

 

Gambar - Aaron Aziz Seronok Dapat Meraikan Hari Bapa

 
Aaron Aziz.

Gambar - Juliana Evans Lunas Rindu Pulang Ke Malaysia

 
PERASAAN rindu setebal salji putih yang terbentuk meliputi Tasik Orion pada musim sejuk. Manakala hari dilalui pula ibarat mengira helaian daun kering berguguran pada musim panas di Forest Hill. Selepas hampir lima bulan di Michigan, Amerika Syarikat (AS), Juliana Sophie Johari Evans akhirnya kembali ke tanah air untuk mengubat rindu terpendam.
Juliana yang popular menerusi filem Hantu Bonceng, baru kembali dua minggu lalu sempena cuti musim panas. Katanya, sejak kembali, dia langsung tidak sentuh makanan Barat. Yang paling diimpikannya ialah teh ais, nasi, sambal sotong dan paru goreng.
Foto 
Foto 
Foto 
Foto 
Foto 

‘Bukan Bidadari’ Taruhan Terbaru Slot Lestary

 
Barisan pelakon drama bersiri Bukan Bidadari. (dari kiri) Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Azlee Khairi dan Sara Ali.
 
SUBANG JAYA: Stesen TV3 bakal menyajikan drama bersiri terbaru berjudul Bukan Bidadaridalam slot Lestary dan akan menemui peminat bermula 19 Jun ini, setiap Selasa pukul 9 malam.
Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail yang mengisahkan mengenai kehidupan seorang gadis yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah hidup mewah.
Faisal ketika ditemui berkata, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.
"Insya Allah ia akan mendapat sambutan kerana jalan cerita dan lakonan para pelakon cukup mantap dan saya sendiri berpuas hati dengan hasilnya," ujarnya.

Barisan pelakon drama bersiri Naziha yang telah pun menemui peminat pada 15 Jun.
 
Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).
Dalam pada itu, TV3 juga turut memperkenalkan drama bersiri berjudul Naziha untuk slot Zehra dan telah pun memulakan siaran pada 15 Jun, setiap Jumaat pada pukul 9 malam.
Naziha membariskan barisan pelakon seperti Izara Aishah, Ryzal Jaafar, Erry Putra dan sebagainya.
Bagi penonton yang ketinggalan untuk menyaksikan dua buah drama bersiri hebat ini, boleh melayari laman web Tonton di www.tonton.com.my selain Facebook dan Twitter untuk mendapatkan berita terkini mengenai drama tersebut.

Madonna Tunjuk Wajah Sebenar?

 
Madonna tampil dikhalayak tanpa mengenakan sebarang solekan. 

Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda

Ebby Yus
 
KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.
"Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.
"Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.
"Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.

Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.
 
"Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.
"Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini," luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.
Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.
"Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komediasebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan," kongsinya.
Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.
Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.
Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Pengumuman Pernikahan Adila Di Propaganza

Sebelum ini, penyanyi yang kini sibuk menjadi pelakon, Nas AdilaMd Dan atau Adila AF7 pernah kecoh dengan cerita pertunangan bersama kerabat dari Kedah.
Namun, pertunangan itu putus ditengah jalan dan dia kini dikhabarkan bermadu kasih dengan pengurus peribadi.
Sungguhpun merancang untuk menamatkan zaman solo bersama pengurusnya itu pada 2012, tetapi ia tidak kesampaian apabila hubungan mereka dikatakan tidak direstui keluarga.
Apa sudah terjadi? Bagaimana dengan perniagaan Car Wash yang diuruskan bersama sebelum ini?
Dalam pada itu, Adila secara tiba-tiba dikhabarkan telah berkahwin secara senyap di Masjid Besi Putrajaya tanpa menjemput pihak media, baru-baru ini.
Untuk mengenal pasti status Adila sama ada benar dia sudah menjadi isteri orang, ejen murai.com.my iaitu Ajieb telah mewawancara Adila menerusi segmen Mulut Murai di Propaganza.
Lebih eksklusif Adila telah mengakui dia sudah berkahwin dan telah memperkenalkan suaminya itu. Jadi, jangan lupa untuk menonton Propaganza Ahad ini jam 12 tengah hari di Astro Ria (saluran 104).
Sementara itu, ikuti kritikan pedas Detektif Stailista, Ayie Ali menerusi segmen Stailista di Propaganza yang mana pada minggu ini Ayie telah menjengah fesyen yang telah diperagakan artis-artis yang terlibat dengan sambutan ulang tahun KRU.

Kilafairy Buka Butik ‘Rack’

 
Kilafairy menunjukkan koleksi pakaian di butiknya.
 
SUBANG JAYA: Pelakon dan penyanyi, Kilafairy menjelaskan pembukaan butik 'Rack' yang dimiliki bersama kakaknya iaitu, Shakira Idora adalah sebagai satu permulaan agar masa depan hidupnya lebih terjamin.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan berkata, nasib dirinya sebagai pelakon dan penyanyi masih belum menentu dan sebagai persediaan dia perlu bermula daripada sekarang untuk merancang masa depannya dengan berniaga.
"Akan sampai satu tahap nanti mungkin saya tidak diperlukan lagi dalam industri seni dan saya perlu bersedia untuk itu. Perniagaan butik pakaian adalah yang paling saya minati dan kebetulan bidang yang saya ambil semasa di universiti adalah pemasaran fesyen.
"Segala apa yang saya pelajari sebelum ini telah dicurahkan untuk butik Rack dan berharap ia akan mendapat sambutan," ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran butik tersebut di sini, Rabu.
Butik Rack terletak di The USJ City Mall, Subang Jaya yang antara lain turut menyediakan pelbagai pakaian, kasut dan aksesori wanita.
Dalam pada itu Kilafairy berkata, keistimewaan produk di butiknya apabila rekaan yang ditampilkan adalah berlainan serta berbeza di antara satu sama lain.
 
Melayan pelanggan dengan berhemah.
 
Dia juga turut menghasilkan kasut khusus untuk pelanggan yang gemarkan tapak tinggi.
"Susah sebelum ini nak cari kasut yang bertumit lebih daripada lima inci. Ia telah memberi idea untuk saya mereka sendiri kasut sebagai salah satu jenama asli Rack," ujarnya.
Sementara itu, Kilafairy memasang azam untuk membuka beberapa lagi cawangan termasuk butik khas untuk lelaki.
Malah dia berharap Rack akan dapat menembusi pasaran antarabangsa dan dapat memperkenalkan produk itu di luar negara.
Dalam perkembangan lain, Kilafairy bakal berangkat ke Melbourne, Australia awal Julai depan selama sebulan kerana mahu menghantar kakaknya yang melanjutkan pelajaran sambil mengambil kesempatan bercuti di negara itu.
"Sambil bercuti boleh juga mengintai peluang atau mencari idea bagi mempelbagaikan produk Rack," ujarnya.

Gambar - Super Model Australia Kini Sudah Bertudung

 
Ini bukan keputusan yang mudah bagi setiap orang untuk menempatkan dirinya pada kedudukan seseorang yang berlainan agama dan kepercayaan yang berbeza.
Kebanyakan orang lebih suka berada pada kedudukan 'zon keselesaan' (comfort zone) nya masing-masing, yang pada gilirannya akan menumbuhkan perasaan pasif mereka terhadap "orang lain" di sekitarnya.
Tetapi, selalu ada pengecualian!
 
Salah seorang di antara mereka yang cuba keluar dari 'comfort zone' adalah Rachael Finch. Rachael merupakan seorang Top Supermodel Australia, bintang televisyen, sekaligus bekas Miss Universe Australia.
 
Ia meluangkan masa sehariannya dengan cuba mengenakan pakaian jilbab muslimah menutup aurat. Bukan itu sahaja, ia juga cuba menyelami kehidupan umat Islam di Australia selama satu hari untuk lebih mengenal secara dekat orang-orang muslim secara langsung.
Rachael memakai tudung dan memulakan langkah eksperimen aktiviti sosial  'kebiasaanya' dimana ia berinteraksi dengan komuniti Islam.
Rachael cuba mengikuti jejak langkah Rebecca Kay, seorang Muslimah Australia yang taat dan seorang ibu beranak empat. Rebecca lahir di Australia dan menjadi Muslim sekitar lapan tahun yang lalu. Sebelumnya, Rebecca adalah seorang peluncur wanita Wollongong.
"Sebelum saya menjadi seorang Islam, saya merupakan seorang anti Islam. Saya dulu biasa mendengar radio, dan mempunyai sikap yang sama seperti kebanyakan anti Islam yang lain. Saya dulu suka berkata kepada orang lain 'jika kamu (orang muslim) tidak senang di sini, maka silakan kamu kembali ke tempat asal kamu ', "kata Kay seperti dilaporkan Muslimvillage.com.Mengulas eksperimen aktiviti sosialnya, Rachael mengatakan, "Senang rasanya saya boleh masuk dan mengikuti jejak kedudukan Rebecca, dan menyaksikan dengan sendiri bahawa stereotaip terhadap wanita Islam Australia (yang kerap digemborkan media_red) tidak terlalu benar," katanya.
"Ini merupakan kejayaan-untuk melihat multikulturalisme adalah tentang melihat pada masa kini, kita semua warga Australia tidak peduli apa warna kulit kita, atau apa yang kita anuti, atau apa latar belakang kita-kita semua sama." ceritanya.
"Mereka bijak, mereka pintar, mereka ingin kerjaya dan mereka menginginkan sebuah keluarga, dan bagi saya itu semua menipu," ulasnya.
Rebecca berharap bahawa sesuatu yang baik boleh datang dari pengalaman Rachael, dan hal itu diharapkan dapat mendorong orang untuk lebih berfikiran terbuka.

Cara Pelajar Dapat Diskaun Untuk Konsert Maher Zain

 
Maher Zain
PETALING JAYA: Para pelajar di negara ini boleh menyaksikan konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia 2012 yang bakal berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka, dekat sini dengan potongan harga sebanyak 20 peratus.
Perunding Wonderland Artistry Sdn Bhd Goh Yoke Leng berkata, para pelajar perlu menunjukkan kad pelajar masing-masing di semua kaunter jualan TicketCharge yang dilantik untuk urusan penjualan tiket.
"Pihak kami mendapati Maher Zain turut diminati oleh golongan pelajar dan adalah wajar diskaun untuk mereka diberikan bagi menyaksikan persembahan tersebut nanti," katanya.
Menurutnya, konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu adalah satu acara istimewa kerana penyanyi yang popular dengan lagu Insya-Allah tersebut akan membuat kemunculan khas.
Dalam masa yang sama, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef yang turut dijemput.
Sementara itu selain tiket untuk para pelajar, pihak penganjur masih lagi menyediakan tiket kepada orang ramai bagi menyaksikan persembahan berkenaan.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM138, RM238 dan RM298.
Ia boleh dibeli dengan melayari www.ticket-charge.com.my
Konsert berkenaan ditaja oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfume serta disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records dan Warner Music Malaysia.

Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis

Shila Amzah Labur RM40 Ribu Kerana Album Sendiri

Tasha Shila, Neelofa, Anzalna mungkin di denda Seniman

 
Pelakon muda Tasha Shila, Neelofa, Anzalna yang dilaporkan bertelagah sesama sendiri kemungkinan disekat tawaran berlakon ke atas mereka sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya.

Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

Johan As’ari Sedia Dikaitkan Dengan Siti Saleha

 
 
Johan dan Siti Saleha bergandingan dalam filem Pencinta

Aiman Hakim Enggan Dedah Kisah Bersama Seorang Wanita

 
 

Beego Mengaku Pegang Tangan Rozita Che Wan?

 
BEEGO mengaku berpegang tangan dengan Rozita Che Wan, namun ia terjadi atas dasar kerja sewaktu sama-sama terbabit dalam drama Chef Cinta.

Sambutan ulang tahun ke-20 KRU meriah

 
Meriah sungguh sambutan ulang tahun ke-20 KRU di kelab hiburan Neverland. Peminat setia KRU berkumpul bagaikan sebuah konsert bagi meraikan kebangkitan semula kumpulan KRU dan artis-artis di bawah naungannya.

Seawal jam 7.30 petang, ruang masuk kelab hiburan berkenaan sudah mula dipenuhi peminat dan ketika muzik memainkan lagu-lagu popular kumpulan itu peminat tidak henti-henti bersorak sambil menyanyikan bersama.

Itu yang berlaku sebelum persembahan bermula dan sebaik saja para penari mengambil tempat, gandaan sorakan memenuhi segenap ruang sekali gus bagai memberi isyarat malam yang lebih hebat akan menanti setiap peminat.

KRU yang terdiri daripada Norman, Edry dan Yusry tampil di tengah-tengah pentas bersama lagak bagaikan watak menerusi filem Men In Black memberikan ucapkan selamat datang kepada peminatnya sebelum dirancakan lagi dengan persembahan yang lebih gah.

Ternyata memang benar, seperti apa yang dijanjikan sambutan ulang tahun KRU kali ini nyata lebih gempar dan meriah apabila kesemua 15 artis di bawah naungan KRU tampil membuat persembahan. Tidak kira yang baru, mahupun yang lama.

Kemunculan kumpulan Elite dan X-Factor antara yang paling mendapat perhatian. Tenaga dan aura mereka nampaknya masih lagi kuat untuk menarik perhatian peminat yang membanjiri ruang tengah, depan, belakang dan atas Neverland.

Ritma rancak lagu-lagu sensasi kedua-dua kumpulan itu seperti G.I.G dan Sehangat Api masih menjadi siulan setiap tetamu meskipun masing-masing sudah lama meninggalkan dunia nyanyian yang pernah menaikan nama mereka sekitar 90-an.

Mungkin inilah platform terbaik untuk kedua-dua kumpulan berkenaan menunjukkan belang masing-masing dan membuktikan bahawa mereka masih mampu menghiburkan peminat mereka sama seperti di awal kemunculan mereka dulu.

Bukan sahaja dua kumpulan itu saja, malah hampir semua artis yang bernaung di bawah lembayung KRU turut mendapat sorakan serupa yang mungkin sangat taksub dengan lagu-lagu mereka yang sangat dekat di hati peminat.

Antaranya Mojo, Fourteen, Tomok, Sofazr, VIP, Tilu, Kamila Rizwanis, Baby Shima dan tidak ketinggalan Jaclyn Victor yang tidak ketinggalan membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu yang pernah menaikan nama KRU.

Gandingan Sofazr dan Tomok menghangatkan acara apabila masing- masing memilih irama lebih rancak iaitu Pencinta Terbaik dan Arjuna yang membawa peminat berhayun bersama.

Namun kemuncak sambutan ulang tahun ke-20 KRU pastinya dengan kemunculan ' the all timer' empayar itu sendiri iaitu KRU yang segak bersut keemasan dan masih bertenaga menyanyikan lagu-lagu terhangat mereka.

Tiada Bakat Menulis, Que Haidar Tumpu Pada Pengarahan

 
 
Que Haidar.
 
PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar mengakui tiada bakat dalam penulisan skrip telah menyebabkan dirinya lebih cenderung terhadap kerja-kerja belakang tabir seperti pengarahan.
Que berkata, sebelum ini dia pernah mencuba untuk menulis skrip selepas digalakkan oleh rakan-rakanya namun gagal kerana tidak pandai bermain dengan ayat.
"Kerana tidak dapat watak yang saya inginkan sebagai pelakon, saya cuba menghasilkan skrip bagi mewujudkan jalan cerita dan watak yang sering saya idamkan sebagai pelakon.
"Bagaimanapun gagal kerana saya sebenarnya tiada bakat sebagai penulis," ujarnya.
Que yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu, baru-baru ini memberitahu mStar Online dia akan kembali berkalon dalam sebuah teater berjudul Primadona…Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan.
Dalam pada itu, Que memberitahu dia juga teruja dengan kemunculan filem Rock 2 arahan Mamat Khalid penghujung tahun ini dan menganggap ia adalah sebuah karya terbaik daripada pengarah tersebut.
Que berkata, kesempatan menonton sebahagian filem berkenaan baru-baru ini telah menyentuh hatinya sebagai pelakon.
"Saya tidak bersara tetapi mencari naskah baik seperti filem Rock 2. Jika ada saya pasti akan kembali," ujarnya.
Que turut menyarankan semua bintang rock di negara ini keluar menonton filem berkenaan dan yakin mereka akan menangis di penghujung cerita tersebut.
"Amy Search kalau datang tengok saya jamin beliau akan menangis selepas menonton filem itu," katanya.

Keputusan Final Mentor 6 - Caroline Juara

 
Caroline juara Mentor 6 di konsert final Mentor 6 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Caroline selaku juara Mentor 6 membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala Zatul naib juara (RM30,000) dan Anas tempat ketiga (RM10,000).

Undian Final Mentor 6
Caroline - 15 + 43 + 13 : 71
Zatul - 17 + 34 + 9 : 60
Anas - 16 + 26 + 8 : 50

Gambar - Kilafairy

Kilafairy mengakui menghabiskan masanya dengan menonton cakera video digital (DVD) hampir setiap hari. 

Justin Bieber Tutup Muka, Lari Daripada Paparazi

 
 
Justin Bieber
 
POPULARITI Justin Bieber yang melonjak terlalu cepat menjadikan dia kerap diperhatikan dan hal tersebut membuatkan dia sudah mula menghindarkan diri daripada dikejar peminat termasuklah paparazi.
Baru-baru ini, pelantun lagu Boyfriend itu menyamar dengan menutup wajahnya menggunakan penutup muka dan cuba bersembunyi di belakang kerusi teksi.
Menurut laporan Dailymail Justin mengenakan penutup muka berwarna hitam sejurus selepas keluar daripada studio BBC London pada Rabu.
"Ternyata usahanya untuk menyembunyikan diri tidak menjadi. Kenapa dia perlu beraksi begitu kerana sebelum ini dia tidak mempunyai masalah dengan perhatian paparazi dan umum.
"Peliknya, ketika Justin menyembunyikan diri dalam teksi, adiknya Jazmyn ada di sebelah dan dia nampak tenang sahaja walaupun paparazi cuba mengejar mereka," kata sumber.

Tahniah - Lan Kristal dapat anak perempuan

Lan Kristal mendapat anak perempuan selepas isterinya, Nur Sheila Hassim, selamat bersalin di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju, dekat sini kira-kira pukul 5.29 petang, Rabu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, anak keduanya yang diberikan nama Nur Amna Qeesyara itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram.

"Walaupun ia adalah anak kedua saya, perasaan berdebar tetap ada lebih-lebih lagi dua minggu sebelum bersalin kandungan isteri menjadi songsang.

"Saya risau apabila doktor kata Sheila mungkin perlu dibedah, bagaimanapun dia diberi rehat secukupnya dua hari sebelum bersalin dan syukurlah kandungannya normal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Lan, dia mungkin akan mengadakan kenduri doa selamat, namun perancangan itu masih lagi belum dibincangkan dengan isteri dan keluarga.

"Saya belum fikir apa-apa lagi, cuma yang penting isteri dan anak selamat.

"Isteri saya juga akan menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di rumah kami di Puchong dengan bantuan ibunya," ujar Lan.

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Nur Amna Qaleesya yang kini berusia setahun 10 bulan.

Gambar Baby Shima

Farid Kamil Tidak Minat Sertai Persatuan Artis

 
 
Farid Kamil.  
 
KUALA LUMPUR: Pelakon Farid Kamil tidak berminat untuk bergiat aktif melalui mana-mana persatuan seni di negara ini walaupun sudah sembilan tahun terlibat dalam industri hiburan tempatan.
Farid berkata, keputusan tidak menyertai persatuan adalah kerana kedudukannya sebagai seorang artis yang terlalu sibuk dan merasakan dia tidak mampu untuk memikul tanggungjawab besar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
"Saya tidak aktif dalam persatuan kerana saya boleh dikategorikan sebagai penggiat seni yang aktif dan memiliki visi dan misi secara individu.
"Berbeza pula dengan persatuan, mereka mewakili seluruh industri seni tempatan dan ia bukanlah satu tugasan yang ringan untuk dilakukan, kerana banyak perkara yang membabitkan hak artis yang perlu diperjuangkan," katanya pada majlis Pelancaran 'Kembara Menjejak Al-Hamra' bersama Farid Kamil di restoran Rebung, di sini, Isnin.
Tambah Farid, walaupun tidak aktif, sebagai ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), dia tetap menyokong dan mengambil berat tentang isu-isu semasa yang membabitkan persatuan tersebut.

Farid dan pengarah saforgotravel.com, Muhamad Abd Latif.
 
Sementara itu, mengenai 'Kembara Menjejak Al-Hamra', Farid mengajak para peminatnya untuk bersama-sama bercuti di dua buah negara yang penuh dengan sejarah keislaman dunia iaitu Sepanyol dan Maghribi bermula pada 11 hingga 22 November depan.
Antara destinasi yang akan dikunjungi di Sepanyol ialah Kota Madrid, stadium bola sepak Real Madrid, Toledo, Cardoba, Costa De Sol dan Algreciras.
Manakala di Maghribi pula, peminat-peminat Farid akan dibawa melawat ke ibu negaranya iaitu Casablanca, Fez, Old Medina, Marrakesh, Rabat dan Tangiers.
"Negara yang saya tidak sabar-sabar untuk lawati ialah Sepanyol dan stadium bola sepak Real Madrid adalah lokasi pertama yang ingin dilawati.
"Saya percaya para peminat pasti akan seronok dengan percutian ini dan akan membawa ibu untuk turut serta. Ia merupakan hadiah daripada saya selepas menghantarnya menunaikan Umrah pada Mac lalu," ujarnya yang menjadi ikon kepada pakej percutian tersebut anjuran safirgotravel.com.
Bagi yang ingin menyertai 'Kembara Menjejak Al-Hamra', pakej bagi seorang dewasa adalah sebanyak RM9,990 manakala bagi golongan warga emas, diskaun diberi dengan harga RM9,880 (seorang).
Tempahan boleh dilakukan dengan melayari safirgotravel.com atau menghubungi talian 03-83204090, 03-89203040 dan 019-3151038.
Orang ramai juga boleh membuat tempahan dengan berkunjung terus ke pejabat urusan Speed Travel & Tours Sdn Bhd, 45B jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Masterchef Selebriti Malaysia: Artis Popular Tunjuk Kehebatan Memasak

 
 
Thanuja
 
PETALING JAYA: Seramai 16 selebriti tempatan menunjukkan kepakaran mereka di bidang masakan menerusi program realiti Masterchef Selebriti Malaysia (MSM), terbitan stesen televisyen Astro.
Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, program yang sudah pun mula disiarkan sejak 26 Mei lalu berjaya menarik perhatian penonton yang ingin melihat artis kesayangan mereka memasak, selain pakar di bidang seni.
"Jujurnya, para penonton berasa teruja untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing selebriti-selebriti popular ini 'berperang' di dapur MSM.

Tomok
 
"Menariknya, para selebriti ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga berpeluang untuk beramal yang mana setiap selebriti akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili," katanya.
Tambah Nizam pihaknya juga berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MSM.
Antara barisan selebriti yang menyertai MCM ialah datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.
MSM ditayangkan selama empat kali seminggu sepanjang 28 episod.

Siti Sarah
 
Program ini dalam memperlihatkan barisan selebriti ini berdepan dengan pelbagai ujian menarik dan kritikan yang pastinya menguji kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental mereka di dapur.
MSM bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria menerusi Saluran 104

Hari keputeraan Agung - Aznil terima Darjah Johan Setia Mahkota

Penasihat Kreatif Astro/ Pengacara TV Aznil Nawawi 101 penerima bagi Darjah Johan Setia Mahkota (JSM).
Tahniah kepada Pak Nil

GAMBAR - Skandal Seks Zhang Ziyi, aktres China

Nama Zhang Ziyi, selebriti dari China tiba-tiba meletup bukan kerana projek filem baru, sebaliknya kerana dakwaan 'projek seks' beliau bersama beberapa pegawai tertinggi kerajaan China.

Berita tersebut kini menjadi bahan utama hampir semua media China dan Taiwan. Malah berita tersebut juga kini merebak ke seluruh dunia menerusi beberapa laporan di internet.

Ziyi didakwa merupakan 'teman setia tidur' seorang pegawai tertinggi kerajaan bernama Bo Xilai, dan hal itu diakui sendiri oleh Bo Xilai kepada satu sumber.

Untuk servis pertama kali dengan Ziyi pada tahun 2007, Bo Xilai memberitahu beliau telah membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktres tersebut. Mereka kemudian telah tidur bersama lebih 10 kali sepanjang tahun 2007 hingga 2011.

Bo Xilai turut mengatur temu janji aktres yang terbabit menerusi filem hebat seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Rush Hour 2 dan Memoirs of a Geisha itu dengan seorang lagi pegawai tertinggi kerajaan yang turut membayar Ziyi dengan jumlah RM4.9 juta untuk hubungan seks mereka.

Ia menjadi bertambah hangat kerana 'projek seks' Ziyi bersama Bo Xilai dan beberapa pegawai kerajaan lain serta orang kenamaan China sepanjang 10 tahun berkecimpung sebagai aktres didakwa bernilai RM300 juta!

Segala persoalan tersebut bagaimanapun belum mempunyai jawapan. Ini kerana aktres yang sepatutnya hadir ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk mempromosi filem terbaharunya, Dangerous Liaisons tidak menghadiri majlis berprestij tersebut. Jika beliau hadir ke majlis tersebut, barangkali berita yang sedang hangat diperkatakan ini akan menemui jalan penamat dengan kenyataan yang diberi Ziyi.

Zhang Ziyi, aktres China

Sebaliknya, aktres berusia 33 tahun itu memberi alasan bahawa ketidakhadirannya ke majlis tersebut kerana beliau kini sedang sibuk di lokasi penggambaran filem The Grangmasters.

Realitinya, menurut laporan beberapa media China, Ziyi kini tidak dibenarkan meninggalkan republik tersebut sehingga siasatan ke atas kes tersebut selesai.

Beliau juga gagal dihubungi pihak media yang mahu mendapatkan pengesahan mengenai pendedahan skandal seks tersebut.

Bagaimanapun dalam blog peribadi miliknya, Ziyi pada 30 Mei lalu hanya menulis: "Banyak orang boleh membuat angin menjadi hujan". Ia umpama satu penafian terhadap isu yang sedang dihadapi kini.

Sebelum ini, pada tahun 2010, Ziyi telah dituduh menyalah guna duit kutipan dana untuk tabung gempa bumi di Sichuan, China. Dana tersebut dilaporkan berjaya dikutip sebanyak RM3 juta, bagaimanapun Ziyi mendakwa beliau hanya mampu mengutip sebanyak RM1.2 juta sahaja.

Malah pada tahun 2009, aktres tersebut tersangkut dakwaan menipu seorang ahli perniagaan yang pada waktu itu mempunyai skandal dengannya melibatkan nilai jutaan ringgit. Padahal, pada waktu sama, beliau sedang bertunang dengan seorang jutawan bernama Vivi Nevo.

Mereka bagaimanapun berpisah pada tahun 2010. ~ Kosmo

TAHNIAH - Zizan Juara Super Spontan, Bawa Pulang RM100,000 Dan Toyota Camry

Sebentar tadi telah pun berlangsung pusingan akhir Super Spontan. Keputusannya ialah Zizan berjaya merangkul gelaran juara, Johan berada di tempat kedua dan Tauke mendapat tempat ketiga. Dengan kemenangan ini, Zizan membawa pulang RM100,00 tunai dan sebuah kereta Toyota Camry.
 
Sementara itu Johan yang mendapat naib juara membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi. Manakala Tauke pula mendapat wang tunai RM25,000 dan trofi. Peserta-peserta final yang lain membawa pulang saguhati RM5,000 dan trofi. Kesimpulan yang boleh dikatakan daripada final ini ialah ianya pertarungan di antara Zizan dan Johan. Tahniah kepada Zizan atas kemenangan ini. Stay lawak forever.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...