REMAJA ALAMI PENYAKIT KETUMBUHAN MISTERI PERLUKAN BANTUAN KEWANGAN

 
KUANTAN 30 Jan. – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Begitulah diibaratkan penderitaan yang ditanggung oleh seorang pemuda, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, yang mengalami penyakit ketumbuhan misteri sejak enam bulan lalu.
Ketumbuhan misteri seberat kira-kira 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.
Menurut ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, sebelum itu Mohd. Zulhafiz mengadu bahu kirinya sakit sehingga ke bahagian belakang.
"Saya ingatkan dia tersalah tidur, jadi saya urut menggunakan minyak panas namun lama kelamaan sakitnya itu semakin teruk.
"Saya kemudian membawanya mengurut di rumah seorang pengamal perubatan tradisional tetapi lama kelamaan bahunya menjadi bengkak dan semakin membesar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Felda Bukit Goh di sini hari ini.
Katanya, dia kemudian membawa anak bongsunya itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
"Doktor memberitahu dia mengalami penyakit barah tulang dan dirawat selama sebulan di HTAA sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.
Menurutnya, doktor di HKL telah menjalankan pelbagai rawatan termasuk kemoterapi namun semuanya tidak berkesan.
"Sepanjang tiga bulan menerima rawatan di sana, akhirnya doktor menasihatkan supaya Mohd. Zulhafiz dibawa pulang kerana penyakitnya itu tidak dapat disembuhkan," katanya.
Katanya, dia ada membawa anaknya itu mendapatkan rawatan tradisional selepas keluar daripada HKL namun didapati tidak berkesan.
Menurut Safiah, dia sudah kehabisan ikhtiar apatah lagi dengan kekangan kewangan kerana tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
"Saya harapkan ada pihak yang datang untuk membantu memulihkan penyakit Mohd. Zulhafiz kerana saya sudah kehabisan ikhtiar," katanya.

INDIA HARAMKAN FILEM NAMPAK PUNGGUNG & PAYU DARA, DRAGON TATTOO

 
MUMBAI – Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbusterThe Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.
Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh.
"Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.
"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.
Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. – AFP

Awan Nano Cipta Kejutan Menangi Juara Lagu

 
Kini tamat sudah majlisAnugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) yang boleh kami katakan sebagai satu malam yang paling hebat.
Membariskan barisan lagenda muzik Jamal Abdillah, Awie danSheila Majid sebagai persembahan pembukaan,Anugerah Juara Lagu 26 kali ini bukan main main.
Gimik gimik yang di'lakukan pada malam ini semuanya menjadi dan tiada gimik murahan sepanjang pemerhatian kami di'sini.
Jika di'beri pilihan, persembahan Kisah Hati dariAlyah — dengan hiasan pentas indah sebegitu dan kemunculanRemy Ishak, ia'nya menjadi persembahan kegemaran.
Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung dengan jaya'nya di Stadium Putra Bukit Jalil 29 Januari 2012 yang lalu. Enjoice!
Juara Lagu Ke 26 – Awan Nano (M Nasir/Budi Hikayat/Hafiz)
Naib Juara Lagu Ke 26 – Beribu Sesalan (3 Suara)
Tempat Ketiga Juara Lagu Ke 26 – Karma (Audi Mok/Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik – Kisah Hati oleh Alyah
Vokal Terbaik – Hafiz (Awan Nano)
Anugerah Juara Mobile CELCOM – Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim

Kad Kahwin Yusry Dan Lisa Surihani Sangat Simple And Sweet

 
 
Sangat simple dan sangat sweet. Itu perkataan yang terkeluar daripada mulut kami apabila melihat kad kahwin Yusry dan Lisa Surihani. Kami respek sangat dengan pilihan mereka berdua kerana bukan senang untuk memilih kad yang simple kerana taraf selebriti yang dimiliki. Anda berdua memang sangat awesome.
Bagi kami, kad kahwin tak perlulah nak over the limit sangat. Bukan orang simpan pun. Kang tak pasal-pasal banyak bajet lari sebab harga kad kahwin sekeping dah RM1. Tak gitu? Moga-moga kesimplean Yusry dan Lisa menjadi ikutan orang ramai di luar sana nanti.

ANA RAFALI BERNIKAH DENGAN PENGURUS PERIBADINYA PADA 25HB FEB 2012

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan bernikah dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.
Difahamkan, majlis akad nikah Ana atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim itu akan berlangsung di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, dekat sini, kira-kira pukul 10 pagi.
Ana yang dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengesahkan tarikh tersebut sebaliknya memberitahu akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
"Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.
"Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini," katanya.
Kecil hati
Sementara itu Ana menyifatkan tuduhan kononnya dia mahu menyembunyikan majlis pernikahannya seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak adil buat dirinya dan keluarga.
Dia mengakui berkecil hati dengan dakwaan tersebut, berkata pihaknya memang sudah merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila berita perkahwinan itu sudah tersebar dalam ruangan gosip sehingga disalah ertikan oleh segelintir pihak.
"Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.
"Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.
"Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu," katanya.
Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku ini, berkata kesan daripada dakwaan itu memberikan gambaran yang tidak manis kepada dia sekeluarga.
"Apabila timbul cerita saya tidak jemput media dan rahsiakan perkahwinan, ia memberikan impak yang tidak baik kepada kami sekeluarga.
"Sampai hati pihak yang menyebarkan dakwaan itu. Ia seolah-olah menggambarkan yang kami tiada adab dan teruk sangat sehingga menyembunyikan berita baik ini daripada masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Ana kini sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacarannyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, malam Ahad ini.

PENYANYI TERKENAL PERDAYA PASANGAN SUAMI ISTERI HINGGA BERHUTANG RM1 JUTA

 
KUALA LUMPUR: "Bukan mahu mengaibkan dia, tetapi perbuatannya yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kami sekeluarga hidup sengsara sejak lapan tahun lalu," kata sepasang suami isteri yang menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis, didakwa akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal.
Abang Yusuf Abang Daud, 36, yang juga bekas vokalis kumpulan Baji dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30, mendakwa mereka hidup tertekan selepas diisytiharkan muflis pada 2008 disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503.
Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.
Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat," katanya ditemui selepas membuat aduan kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, di sini, semalam.
Menurutnya, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima pada tahun sama.

Lirik Lagu Karma – Faizal Tahir

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Chorus

Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lirik Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol

Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
 
Kau buat ku gila
Bila kau menggoda
Bila kau mengada-ngada
Oh lirikan mata senyuman manisnya
Oh kau buat aku tergoda

Chorus
Oh wanita seluruh dunia ku ingin kau tahu
Yang aku cinta kamu semua
Wahai permaisuriku
Dan walaupun ku tak mampu membahagikan diriku
Kepada wanita seluruh dunia
Lagu ini lagu cinta untuk kamu semua
Untuk kamu semua
 
Wahai wanita
Adakah kau mengerti apa yang aku kata
Kamu semua adalah inspirasiku bila ku berkarya
Ku tuliskan lagu hanyalah untukmu
Untuk buat hari kau ceria
Dan aku tak kisah mana kau berada
Ku ingin kau dengar ku berkata
 
Ulang Chorus
 
Wahai wanita
Wanita yang berada di seluruh dunia
Tak kira bangsa
Umur atau rupa
Oh asalkan kau wanita
 
Ulang Chorus
 
Lagu ini lagu cinta
Untuk kamu semua

Lirik Lagu Sungai Lui – Aizat Amdan

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
 
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
 
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
 
Selama ini ( 7x )

Lirik Lagu Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
 
Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
 
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
 
Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
 
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
 
Ulang korus
 
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
 
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
 
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
 
Ulang korus 2x

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
 
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
 
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
 
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini

Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
 
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
 
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
 
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku

Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Lirik Lagu Cinta Muka Buku – Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
 
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
 
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
 
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
 
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
 
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
 
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
 
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
 
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
 
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Aaron Aziz Jadi Cover Depan Majalan Maskulin!

 
Aaron Aziz yang kini di'puncak populariti terpilih untuk menjadi wajah penghias muka hadapan edisi Februari 2012 yang bakal berada di'pasaran tidak lama lagi.
Dan, Aaron Aziz sebagai lelaki yang mementingkan keluarga bercakap tentang isteri & anak anak beliau yang beliau anggap sebagai suatu yang menjadikan hidup beliau kini sempurna.
Sedikit perkembangan terkini Aaron Aziz, selain sibuk dengan pengambaran filem KL Gangster 2, beliau kini sudah pun memasuki set filem terbaru beliau berjudul Kerat 14 terbitan White Merpati Entertainment.
Filem Kerat 14 yang turut di'bintangi Siti Saleha ini menyaksikan Aaron Aziz memegang watak pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian kerana tidak tahu cara terbaik untuk melupuskan bukti.

GAMBAR dan Pesanan Terakhir Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa

 
Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.
Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.
"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.
"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; 'Kau ni bila nak pandai lipat baju'?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.
Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.
Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7), penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.
Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.
"Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada," ujarnya ringkas.
 
Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.
Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.
"Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.
"Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan pada pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.
"Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat," kata Farhan.
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.
"Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini," ujarnya.
Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.
Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album "Erti Kasih" yang memuatkan lagu "Kembali Senyum", sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama "Full House" dari Korea Selatan.
Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.
Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka.

GAMBAR RANJANG ISTERI HATTAN PUNCA CERAI

 
 
Terkejut juga dengar berita perkahwinan penyanyi Hattan yang baru berusia 2bulan kini sudah tiba di penghujungnya… Aik kejap je? Cerita panas  mengatakan,punca penceraian Hattan dan isteri barunya itu kerana gambar ranjang isterinya itu… Oh mungkin betul juga ya,kalau terjadi kepada kita pun,mungkin kita buat keputusan yang sama juga kan..
 
Sebaik baiknya lah kan,selidik dulu siapa bakal pasangan kita,detail…. Nie main kawin kawin umpama masa bebudak dulu,main kawin kawin pengantin bawah pokok kelapa..
 
Menurut seorang pengguna forum hiburan, Farah Asyikin sebenarnya mempunyai banyak masalah sebelum berkahwin dengan Hattan lagi.
Dikhabarkan, isteri baru Hattan ni pernah berhutang dengan seseorang dalam jumlah yang banyak. Tidak cukup disitu, dia turut dituduh pernah menggugurkan kandungan hasil hubungan sulitnya bersama kekasih ketika berada di Indonesia. Dan kini, masih tidak dapat dipastikan apakah yang menjadi punca perceraian mereka berdua.

Rumah Wardina Saffiyah Di Samun & Wardina Saffiyah Masih Trauma!

 
AMPANG: "Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.
"Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati," kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.

ALASAN PERKAHWINAN AWAL ASHAARI DAN SCHA ALYAHYA DI TUNDA

 
KUALA LUMPUR, 12 JAN 2012: Memilih tarikh yang sama dengan pasangan popular Lisa Surihani dan Yusry KRU telah menyebabkan pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan pelakon Scha Alyahya menunda majlis perkahwinan mereka.
Terkejut apabila mendapat tahu tarikh nikah tersebut serentak dan berhampiran dengan majlis bersanding, telah membuatkan Awal Ashaari mengalah dan membiarkan pasangan tersebut mendirikan rumah tangga terlebih dahulu.
"Sebenarnya saya telah memilih 23 Februari untuk tarikh nikah dan bersanding pada 25 Februari pula. Kemudian saya dengar kawan-kawan ada cakap bahawa Lisa dan Yusry akan bernikah pada tarikh tersebut.
"Manakala mereka akan bersanding pada 26 Februari pula. Untuk mendapatkan kepastian saya menghubungi Lisa kerana kami rapat saya terus bertanya kepadanya.
"Saya beritahu dia, tujuan saya bukannya mahu menghebohkannya sebaliknya takut tarikh kami sama. Apabila diberitahu Lisa, memang tarikh nikah sama dan hanya bersanding saja sehari selepas itu.
"Setelah berbincang dan mengetahui persiapan dia sudah banyak, sebaliknya saya hanya 30 peratus saja, jadi saya mengalah dan ambil keputusan untuk menunda perkahwinan kami," katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25, di Hotel Holiday Villa, semalam.
Meghormati situasi Lisa dan Yusry, jelas Awal Ashaari sebagai sahabat dia wajar memahaminya.
Lantas dia dan Scha kini sedang mencari tarikh yang paling sesuai dan besar kemungkinan memilih pertengahan tahun untuk melansungkan perkahwinan mereka.
"Mungkin kami akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mei, Jun atau Julai tahun ini. Saya masih mencari tarikh yang sesuai dan harap tidak lagi bertindih dengan tarikh rakan lain.
"Kami kini lebih fokus dan sedang mengambil masa untuk membuat segala persiapan kahwin serta mahu pergi kursus nikah dan sebagainya," jelasnya yang selesa mengadakan majlis yang ringkas.
Sementara itu, jelas Scha pula, dia juga enggan mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran.
Dengan memilih konsep kotemporari Scha, terang Scha alasan mengapa dia enggan mengadakan majlis secara besar -besaran kerana baginya apa yang penting adalah kehidupan selepas diijabkabulkan.
"Saya memang mahu yang majlis yang ringkas sahaja. Kalau ada orang kata majlis kahwin hanya sekali dalam hidup dan perlu dibuat secara besar-besaran, saya pula berfikiran sebaliknya.
"Saya lebih mementingkan hal kehidupan selepas perkahwinan. Itu yang menjadi fokus utama saya dan bukanlah majlis kahwin sehari yang menjadi tumpuan saya," katanya.

SAINTIS RAMALKAN DUNIA SEMAKIN HAMPIR MENUJU KIAMAT. Best ni kalau baca skit

 
 
WASHINGTON – Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.
Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.
 
Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.
 
Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.
Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.
 
"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. – AFP

GEMPAR!! Rumah Wardina di ceroboh Perompak dan dipukul?

 



Mc ada terbaca twitter Wardina subuh tadi, namun blog 1 Peluru lebih cepat membuat artikel dari Mc. he he..

menurut twitter yang dikirim oleh Wardina kira-kira sejam lalu (jam 5 pagi) rumahnya telah dirompak oleh sekumpulan 3 orang indon bertopeng dan bersenjatakan parang. Suaminya ikhwan telah dipukul.


Sama-sama kita mendoakan keselamatan Wardina dan keluarga... semoga polis cepat-cepat dapat memberkas perompak tersebut!

Bila dekat Chinese New Year, banyak kejadian sebegini berlaku. Tah la kenapa, saban tahun pun macam tu.

Pada Wardina harap bersabar, ini satu lagi ujian dari Allah untuk hambanya.

Banyak-banyak bersabar dan berdoa.

Yusry Tidak Kekok Berlakon Dengan Bakal Isteri

 
 
Pengarah dan pelakon, Yusry Abdul Halim tidak berasa kekok digandingkan dengan bakal isterinya, pelakon Lisa Surihani dalam filem terbaru terbitan KRU Studios,Ular.
 
Yusry berkata, di dalam filem tersebut dia memegang watak sebagai jurukamera manakala Lisa sebagai wartawan dan bukan berperanan sebagai pasangan kekasih.
 
"Soal kekok tidak timbul kerana kami tahu untuk membatasi soal profesional dan peribadi dalam kerja. Jadi saya tidak merasakan berlakon bersama akan membawa masalah," ujarnya ketika kepada mStar Online.
 
Ular arahan Jason Chong mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau.
 
Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri.
 
Dalam pada itu, ditanya adakah dia akan mengambil peluang untuk mengenali bakal isterinya setelah dapat bekerja dan menghabiskan masa bersama-sama, Yusry berkata dia tidak perlu berbuat demikian kerana telah mengenali hati budi pasangannya itu.
 
Yusry berkata, Lisa juga telah cukup mengenalinya secara peribadi dan profesional apabila sering melawatnya di lokasi penggambaran filem Vikingdom.
 
"Rasanya kami tidak perlu menjadikan peluang berlakon bersama-sama ini sebagai peluang untuk mengenali hati budi masing-masing kerana telah pun memahami antara satu sama lain," ujarnya.
 
Sementara itu, Yusry berkata dia mengambil keputusan untuk berlakon dalam Ular bukan kerana bakal isterinya tetapi merasakan skrip dan jalan cerita filem itu yang menarik dan berbeza.
 
Tambahan pula katanya, dia tetap akan berada di lokasi penggambaran di Pulau Pangkor jika tidak berlakon dalam filem itu kerana terlibat sama bagi membantu Jason dari segi aspek visual kesan khas.
 
"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Cicakman dan terbuka hati nak berlakon filem ini kerana jalan cerita dan skrip yang berbeza.
"Hampir seminggu juga saya memikirkan tawaran berlakon ini sebelum membuat keputusan," ujarnya.

Permohonan Baru Ke UiTM Sesi Akademik 1 2012/2013 Kini Dibuka!

 
 
Berita baik kepada kepada anda semua kerana bermula 9 Januari 2012,pihak pengambilan pelajar UiTM telah membuka permohonan baru kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meneruskan pelajaran ke UiTM.Tawaran ini boleh dibuat secara online bermula 9 Januari 2012 sehingga 10 Februari 2012.
Untuk permohonan kali ini,pihak UiTM membuka tawaran bagi:-
  1. Kursus Profesional
  2. Kursus Penerapan
  3. Kursus PJJ
  4. Kursus Setara Sepenuh Masa
Maklumat penuh mengenai iklan ini boleh diperoleh menerusi link yang disediakan dibawah ini:-

AARON AZIZ CEDERA KETIKA RAKAMAN KL GANGSTER 2

 
 
Dikatakan, Aaron Aziz telah mengalami kecederaan ketika menjayakan babak dilanggar kereta. Malah difahamkan juga Aaron Aziz telah melakukan babak aksi tersebut tanpa mahu menggunakan khidmat pakar lagak ngeri atau stuntman.
 
Menurut sumber lagi, difahamkan Aaron Aziz telah tersalah landing, lantas menyebabkan dia mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke hospital.
 
Namun daripada hasil imbasan X-ray yang diterima, tiada kecederaan kronik dialami pelakon yang membawa watak Malek itu, cuma badannya saja lebam-lebam dan sakit.
 
Malah doktor menasihatkan supaya Aaron memerlukan rehat yang secukupnya.Bagaimanapun, besar kemungkinan dia akan sedaya upaya mahu memasuki set penggambaran semula kerana enggan menyusahkan pasukan produksi filem berkenaan.
 
Kami harap Aaron Aziz akan cepat sembuh dan meneruskan pembikinan Filem KL Gangster 2 ini.

Neelofa Reka Kasut Persandingan Ezlynn RM20,000

 
 
Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.
 
Neelofa berkata dia menerima peluang untuk menghasilkan kasut bernilai RM20,000 itu daripada perunding perkahwinan Bill Bora yang memberikan platform untuk memperagakan kreativitinya dalam rekaan kasut.
 
"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.
 
"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya kepada mStar Online selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.
 
Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.
 
"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
 
"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya.
 
 
Ilham rekaan muktamad kasut bernilai RM20,000 ini muncul secara spontan sebelum Neelofa melelapkan mata pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.
Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.
 
Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini.
 
Sementara itu dalam perkembangan lain Neelofa mengakui berasa teruja mengendalikan Nona bersama Fara Fauzana pada Ahad lalu bagi menggantikan Vanidah Imran.
 
"Saya berasa seronok dengan pengalaman baru ini. Walaupun kami tidak bergandingan secara langsung sebagai pasangan pengacara, sekurang-kurangnya waktu-waktu yang terluang di antara rakaman program itu dapat saya gunakan untuk bertanyakan tip daripada Fara yang jauh lebih berpengalaman.
 
"Saya bertuah kerana Fara seorang pengacara yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam melancarkan pengendalian saya dalam program tersebut," katanya.
 
Dalam pada itu, duta produk kecantikan Avon ini juga sempat berkongsi kegembiraannya apabila tersenarai sebagai calon lima teratas bagi kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011), April depan.
"Saya tidak harapkan kemenangan, tersenarai dalam kategori ini pun sudah cukup menggembirakan bagi orang baru seperti saya," katanya.

GAMBAR TERBARU TEH SYUHADA. KINI BERTUDUNG

Beberapa hari ini tersebar berita mengenai Teh Syuhada iaitu pengacara Wanita Hari Ini di TV3 yang telah bertudung.Penampilan baru yang ditonjolkan oleh Teh Syuhada mendapat pujian ramai kerana dia kelihatan begitu cantik ketika memakai tudung.
 
Dibawah ini antara gambar-gambar terbaru Teh Syuhada…..
Macam mane?Menarik tak Teh Syuhada yang bertudung diatas?

Gambar Seksi Nur Amalina Che Bakri Pelajar Cemerlang SPM

 
Sejak daripada semalam lagi berita ini sudah tersebar di Internet.Berita mengenai seorang pelajar cemerlang SPM 2004 yang mendapat 17A1.Kami agak sedih apabila mengetahui mengenai berita ini kerana Amalina merupakan antara belajar yang begitu cemerlang dan dibanggakan oleh seluruh warga Malaysia.Jika saya tidak silap,terdapat sebuah buku yang menceritakan kejayaan beliau dalam SPM dulu.Tetapi hari ini,apa dah jadi kepadanya?
 
Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang telah ditapis.

BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA UNTUK PELAJAR IPT BOLEH MULA DITUNTUT

 
 
Seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen, kerajaan akan memberikan baucer buku bernilai RM200 kepada pelajar IPT. Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
 
Kerajaan bercadang memperuntukkan RM260 juta bagi melaksanakan inisiatif pemberian baucar buku itu. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian pelajar. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
 
KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
Warganegara Malaysia;
  • Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
  • Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
  • Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
  • Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
  • Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
  • Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
 
TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
  • Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
  • Baucer ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
  • Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
  • Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
  • Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
  • Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
  • Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
  • Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
Maklumat lanjut KLIK SINI.

Average Keuntungan Tahunan Dana-dana Terpilih Public Mutual ( Sumber: Market Wrap : Week Ended 30/12/2011 by Public Mutual )

 Average Keuntungan Tahunan ( Sehingga 30/09/2011 )
 
P ITTIKAL-9.34
PIEF-10.55
PIOF-9.08
PISSF-15.16
PIDF-13.39
PIOGF-9.49
 
Remarks:
Public Ittikal Fund (P ITTIKAL)
Public Islamic Equity Fund (PIEF )
Public Islamic Oppournities Fund (PIOF )
Public Islamic Sector Select Fund (PISSF)
Public Islamic Dividen Fund (PIDF)
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF)

Average Keuntungan Tahunan Dana-dana Terpilih Public Mutual ( Sumber: Market Wrap : Week Ended 30/12/2011 by Public Mutual )

 Average Keuntungan Tahunan ( Sehingga 30/09/2011 )
 
P ITTIKAL-9.34
PIEF-10.55
PIOF-9.08
PISSF-15.16
PIDF-13.39
PIOGF-9.49
 
Remarks:
Public Ittikal Fund (P ITTIKAL)
Public Islamic Equity Fund (PIEF )
Public Islamic Oppournities Fund (PIOF )
Public Islamic Sector Select Fund (PISSF)
Public Islamic Dividen Fund (PIDF)
Public Islamic Optimal Growth Fund (PIOGF)

Dividen ASB 2011 - 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.
 
Pada tahun lalu, PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit manakala bonus pula sebanyak 1.25 sen seunit.
Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, PNB memperuntukan bayaran sebanyak RM7.04 bilion melibatkan 7.3 juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 95.9 bilion unit ASB.
 
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB.
 
Ahmad Sarji berkata, sehingga 15 Disember ini, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion, yang mana pendapatan dividen pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion.
 
''Keuntungan dalam penjualan saham syarikat-syarikat pula menyumbang sejumlah RM2.25 bilion atau 31.3 peratus kepada jumlah pendapatan kasar dan selebihnya RM0.85 bilion melalui pendapatan pelaburan instrumen-instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan,'' kata beliau ketika mengumumkan agihan pendapatan ASB hari ini.
Sumber : Utusan Malaysia

Akhirnya Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik Menyertai UMNO!!

 

Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.


Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan 'double standard' kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

"Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.


"Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langsung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan," ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.

"Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

"Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO," terangnya. -MediaUMNO

Che Wan Tutup Akaun Facebook Kerana Dimaki Hamun Dan Dikutuk

 
 
 
Selebriti masakan terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 53, atau lebih popular dengan panggilan Chef Wan menutup akaun Facebook miliknya iaitu Chef Wan Fan Club mulai hari ini kerana ia dijadikan tempat oleh segelintir pihak untuk mencemuhnya.
 
Menurut Chef Wan, dia berbuat demikian kerana sudah tidak tahan lagi dengan maki hamun orang ramai berikutan komennya sebagai juri dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang disiarkan Astro.
 
"Tujuan saya mewujudkan fan page Chef Wan Fan Club di laman sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan bersama peminat sehingga ia berjaya mengumpulkan lebih 80,000 peminat.
 
"Namun, apa yang saya lihat ia sudah menjadi punca kepada wujudnya sifat hasad dengki, tikam belakang dan kutuk-mengutuk terutamanya terhadap diri saya. Oleh itu, lebih baik saya tutup terus akaun Facebook tersebut," ujarnya ketika ditemui selepas berakhir saingan program MLM di sini kelmarin.
 
Antara komen yang dilemparkan di akaun Facebook tersebut ialah Jangan bersikap prejudis wahai DCW berhati mulia. Harus terbuka dengan pemikiran yang bijak dan saksama dan Jangan jatuhkan maruah orang lain.. hati busuk!!!.
 
Kami doakan yang terbaik untuk Che Wan.Semoga Success selalu =)

SITI NURHALIZA SAH MENGANDUNG-TAHNIAH DATUK SITI

 
 
 
Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan telah mengandung dan beliau telah membuat pengumuman itu di Singapore National Television sempena persembahan ambang tahun baru 2012 di Singapura seperti yang dilaporkan melalui laman twitter @CARIMalay dan juga forum CARI.COM.
"Siti announced over Singapore national television yang dia mengandung selepas dia buat persembahan countdown di Singapore."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...