Tiga deejay radio Era FM minta maaf

KUALA LUMPUR – Tiga deejay radio Era FM, Johan, Haniff dan Ray semalam mengemukakan permohonan maaf mereka menerusi segmen JoHaRa Pagi Era gara-gara komen negatif mereka yang menyatakan bahawa pasukan bola sepak Sarawak menjadi juara Liga Perdana kerana bermain dalam liga 'cap ayam'.
Permohonan maaf itu dibuat oleh ketiga-tiga penyampai radio tersebut pada pukul 8.38 pagi menerusi satu pengumuman khas dalam segmen JoHaRa Pagi Era.
Permohonan maaf Johan berbunyi: "Dengan rasa rendah diri kami di JoHaRa Pagi Era ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata kami. Permohonan maaf ini dibuat dengan seikhlas hati kami."
Kredit: kosmo
Ucapan maaf tersebut disambung oleh Haniff yang berkata: "Sejujurnya kami tiada niat untuk menyinggung perasaan penyokong Sarawak FA."
Ray pula berkata: "Kami sememangnya penyokong tegar Liga Malaysia."

Rozita Che Wan di katakan bertunang.

Pelakon dan pengacara sensasi, Rozita Che Wan mempertikai motif seorang peminat menyebarkan cerita palsu melalui laman Instagram kononnya dia dan Zain Saidin melangsungkan majlis pertunangan pada hari raya ketiga lalu. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia cam kehadiran pemuda terbabit yang asyik merakamkan gambar keluarganya pada majlis rumah terbuka di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Tindakan individu terbabit yang memuat naik gambar Zain di laman Instagram miliknya sambil meletakkan hashtag #MajlisPertunanganRozitaCheWanDanZainSaidin akhirnya mencetuskan tanda tanya peminat. Malah, beberapa laman portal mula menyiarkan gambar berkenaan lalu mencetus spekulasi di alam maya.

"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian, sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang pelik, dia cukup berani meletakkan hashtag sedemikian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...