PRISM saman Sheila Majid

SHAH ALAM: Selepas memberi peluang kepada Datuk Sheila Majid selama seminggu, Badan Pengutip Royalti, Hak Pelaku Dan Persembahan Artis (PRISM) semalam mengambil keputusan menyaman ratu jazz negara itu sebanyak RM6 juta selepas gagal mengemukakan permohonan maaf.
Ahli Lembaga Pengarah yang juga Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian selepas tiada permohonan maaf daripada Sheila selepas tempoh seminggu dari 24 hingga 31 Julai lalu tamat.

Beliau berkata, imej dan reputasi PRISM tercemar dan sehingga semalam, pihaknya tidak dibenarkan membuat kutipan disebabkan dakwaan Sheila, sedangkan bayaran royalti perlu dijelaskan kepada ahli yang masih ada bagi tahun hadapan.
Isu ini timbul selepas penyanyi itu dalam kenyataan akhbar berbahasa Inggeris pada 22 Julai lalu mendakwa hanya dibayar royalti sekali iaitu RM5,000 pada tahun lalu, itu pun selepas dia meninggalkan persatuan dan menubuhkan badan pemungut royalti baru, Recording Performance Malaysia (RPM).

M Daud berkata, pihaknya tidak mahu berkompromi lagi kerana banyak kesan diterima pihaknya daripada kenyataan Sheila.

"Kesan dakwaan Sheila menyebabkan keahlian PRISM merudum daripada 1,306 ahli kepada hanya 600 orang dalam tempoh sebulan selepas kenyataan berkenaan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam jam 5 petang, semalam.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memanjangkan perkara itu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana isu itu juga membuatkan pembayar royalti tidak lagi percaya kepada persatuan.

M Daud berkata, surat saman akan dikirimkan kepada Sheila dalam masa terdekat, selain akan berbincang memecat keahlian penyanyi itu.
Sementara itu, Sheila gagal dihubungi dan suaminya, Acis memberitahu, kedua-dua mereka kini di Jakarta, Indonesia

Lan (A To Z) Sambut Anak Lelaki

Tahniah diucapkan kepada Lan A to Z dan isteri, Siti Nur Ain Daut yang telah menimang cahaya mata lelaki, baru-baru ini.
Bayi seberat 3.1 kilogram yang diberi nama Muhammad Darwish itu dilahirkan pada 2.45 petang, di Hospital Selayang pada 27 Ogos lalu.
"Perasaan saya tentulah sangat gembira lebih-lebih lagi lahir dalam bulan Syawal dan ini merupakan hadiah raya yang sangat bermakna buat saya dan isteri.
"Ketiga-tiga kakaknya juga sangat teruja dengan kelahiran adik baru mereka dan tidak sabar-sabar untuk skype melihat wajah Darwish," kata Lan.
Lan mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Ain, 24, pada 11 November tahun lalu di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Selangor.

Penangan PSY, Sindrom “Gangnam Style” Kutip Lebih RM31 Juta!

Dunia hiburan ketika ini dilanda fenomena PSY . Atau lebih tepat,  sekarang ni ramai yang dah diserang sindrom "oppa gangnam style". Termasuklah dua rakan sekerja kami, Faizul dan Ida, sambil ketuk stori, sambil-sambil tu diorang praktis menari. Ida siap dah hafal lirik, bersungguh betul dia. Heh. (Ida jangan marah. Happy besday!:p)
Impresif, gara-gara koreografi single tersebut, PSY bukan saja dah 'merasuk' Faizul, Ida dan terbaru Shaik, bahkan sepertimana yang ramai tahu, menerusi Gangnam Style, PSY telah berjaya meraih lebih 50 juta penonton di YouTube (dalam masa 3 hari). Sekaligus lagu itu menduduki tangga no.2 (dibelakang  Carly Rae Jepsen's menerusi lagu Call Me Maybe) dalam carta muzik YouTube. Serta mendapat liputan pelbagai media dunia seperti CNN dan The Huffington Post.
 
Lihat Video:
Dan tenyata, populariti yang dikecapi empunya nama penuh Park Jae-Sang ni, di seluruh dunia menerusi single hitsnya tu menjadikan rapper sensasi kelahiran Korea Selatan ni berjaya mengaut lebih US$10 juta (RM31 juta) sehingga hari ini.
Tolak darab campur bahagi, pendapatan yang diraih single Gangnam Style melalui kontrak pengiklanan komersial yang setiap satunya bernilai mencecah lebih US$400,000 dan sekarang ni PSY mempunyai 10 kontrak. Pehhh!
Manakala konsert Summer Stand beliau yang berlangsung pada 11 Ogos lalu berjaya membawa masuk lebih 3 juta USD ke dalam poket PSY. Itu baru satu konsert. Kaya… kaya… kaya!
Sementara penjualan lagu dan album terbaru PSY yang memuatkan single Gangnam Style berjaya mengutip hampir US$800,000 dan selebihnya datang dari aktiviti seni berkaitan.
Perkembangan lain, dalam pada khabaranya ramai yang iri hari dengan kejayaan PSY, ramai juga yang nak bekerjasama dengan dengan penyanyi berusia 34 ni.
Difahamkan pengurus kepada penyanyi remaja sensasi Justin Bieber, Scooter Braun telah berjumpa dengan PSY dan kemungkinan besar mereka akan berkerjasama menghasilkan 'sesuatu' dalam masa terdekat ini. Berduet dengan Justin Bieber kah? Tunggu…
Beberapa hari lalu, T-Pain juga telah menunjukkan minatnya mahu berkolaborasi dengan PSY. Rapper popular Amerika ni meluahkan keiinginan tersebut di laman Twitternya.

Sheila Amzah dituduh persenda hijab


Akui timbul rasa bersalah di atas keputusannya yang menutup laman sosial itu sejak seminggu lalu, Shila Amzah, akhirnya akur dengan kehendak peminat yang mahukannya kembali ke alam maya.

"Saya sebenarnya sibuk sangat sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.  

Bagaimanapun, anak dara ND Lala ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba  menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata kekasih Shanaarz Ahmad ini.

Walaupun dihantui pelbagai kontroversi, namun Shila tetap menjaga karier nyanyiannya.

Bakal menggegarkan kota Shanghai dengan penyertaan dalam pertandingan Asian Wave, Shila berharap membawa nama negara ke persada dunia.

Bukan calang-calang pertandingan, Asian Wave akan menyaksikan wakil dari setiap negara hebat seperti Jepun dan Korea untuk berentap meraih gelaran juara.

"Pada 31 Ogos ini saya akan berangkat ke sana selama seminggu. Jika saya berjaya melepasi peringkat saringan, saya akan berentap sekali lagi pada 18 September nanti.

"Saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia dalam pertandingan besar ini. Sebelum ini, memang saya berhasrat untuk berkunjung ke Shanghai.

"Saya teringin nak lihat masjid tertua di dunia yang terletak di sana," katanya.

Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
   
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
   
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
   
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
   
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
   
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
   
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
   
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama

Mat Sentol pendam rasa

JOHOR BAHRU: "Bapa saya bukannya hidup senang, tetapi dia tidak pernah menerima perhatian mahupun sumbangan termasuk elaun ihsan daripada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
"Dia tidak menyalahkan sesiapa dan beranggapan mungkin disebabkan terlepas pandang, namun sebagai ahli keluarga, kami berasa dia layak menerima bantuan sebagai simbol penghargaan memandangkan dia pernah mengangkat martabat filem Melayu zaman dulu," kata anak bongsu pelawak Mat Sentol, Roswan Abdul Rasip, 32, di sini, semalam.

Pelajar kolej swasta itu berkata, dia agak tersinggung dengan industri hiburan tanah air yang seakan-akan melupakan kewujudan bapanya apatah lagi menzahirkan penghargaan kepada seniman berusia 79 tahun itu yang banyak berjasa dalam dunia perfileman Melayu.
Menurutnya, bapanya memendam kesedihan kerana merasakan dirinya seperti tidak dihargai dunia seni.

"Kami terkilan kerana dia (Mat Sentol) tidak dihargai. Dia sudah lama berkorban untuk industri seni negara.

"Dia memiliki sifat ketulenan, tidak meniru sesiapa dan sentiasa mempunyai ilham menghasilkan karya baru, tetapi orang tidak sedar semua itu. "Dia tidak pernah inginkan pangkat atau pengiktirafan, tapi sekurang-kurangnya penghargaan daripada industri," katanya ketika ditemui bersama Mat Sentol dan ibunya, Jamilah Karsi, 65, di rumah mereka di Larkin, di sini.
Kekurangan tawaran berlakon menyebabkan hero filem Mat Bond dan Mat Raja Kapur itu kerap dilihat menghabiskan masanya di Plaza Larkin kebelakangan ini.

Filem lakonannya yang lain termasuk Mat Tenggek dan Mat Spy popular pada akhir 1960-an selain pernah menghasilkan iklan televisyen dan radio seperti Jojo, Tora-tora, Apollo dan Ding Dang.
Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip Yahya yang mempunyai empat anak mengaku berbesar hati jika Karyawan menawarkan elaun kepadanya.

Menurutnya, pada masa ini, dia meneruskan kehidupan dengan bantuan anak-anak, namun sekiranya diberikan bantuan, ia secara tidak langsung meringankan bebannya.

Sementara itu, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya tidak pernah dimaklumkan masalah dialami Mat Sentol sebelum ini dan melahirkan kesediaan untuk turun ke Johor berjumpa dan membantu beliau.

Aiman, Izara couple ke?

MENUNTUT di sebuah kolej yang sama, Aamir dan Zara saling membenci antara satu sama lain. Namun, kedua-duanya terpaksa menjadi pasangan suami isteri menerusi perkahwinan yang sudah diaturkan oleh keluarga masing-masing.

Ia merupakan rentetan kisah drama bersiri Vanila Coklat yang pernah disiarkan di TV3 pada awal tahun ini sehingga mempopularkan dua nama pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.
Biarpun mereka baru kali pertama digandingkan bersama-sama menerusi drama tersebut, ternyata keserasian yang ditonjolkan telah memberi impak yang positif sehingga kini mereka semakin dikenali ramai.
 
Malah, kemesraan yang ditampilkan semasa sesi fotografi bersama Kosmo! yang diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor baru-baru ini menunjukkan mereka berdua semakin serasi bersama.
"Saya tidak nafikan drama Vanila Coklat telah berhasil melonjakkan nama saya dan Izara. Malah, saya akui selepas membintangi drama tersebut semakin banyak tawaran berlakon yang diterima.
 
"Mengenai gandingan bersama Izara pula, saya rasa tidak sukar untuk mencari keserasian bersama. Biarpun saya dan Izara boleh dilabelkan sebagai pendatang baharu, tetapi kami telah memberikan yang terbaik dan gembira kerana lakonan kami diterima ramai," ujar Aiman yang baru berusia 23 tahun itu.
Melihat kepada keserasian yang sudah terjalin antara dirinya dan Izara, pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor itu menyatakan dia tidak kisah untuk terus digandingkan bersama dalam mana-mana drama, asalkan mendapat watak dan jalan cerita yang menarik.
Malah, kedua-duanya juga baru-baru ini turut digandingkan dengan sebuah telefilem khas Vanila Coklat Raya sempena Aidilfitri yang telah ditayangkan pada hari raya pertama yang lalu.
 
"Berkenaan dengan filem Vanila Coklat yang pernah dirancang untuk dihasilkan, saya memang masih lagi mengharapkan agar ia dapat direalisasikan kerana ia merupakan permintaan daripada peminat sendiri," jelasnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan lebaran pada tahun ini, Aiman menjelaskan ia pastinya memberi kelainan apabila buat kali pertama dapat meraikannya sebagai seorang artis.

 
"Kalau diikutkan memang terdapat banyak perbezaan ketara kerana kini orang lebih mengenali diri saya dan tidak dinafikan perasaan berdebar itu tetap ada kerana semakin ramai yang sudah mengenali diri saya.
"Bagaimanapun, saya tetap berasa gembira dan seboleh-bolehnya mahu dapat mendekati lebih ramai peminat yang menyokong kerjaya saya dan cuba untuk melayan sebaik mungkin kalau ada yang berkesempatan datang beraya ke rumah," ujarnya.
Menurut Aiman, pada tahun ini juga dia tidak pulang berhari raya ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Sebaliknya dia sekeluarga menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja.
 
Masih menyanyi
Sebelum berkecimpung dalam dunia lakonan, pastinya ramai yang sudah tahu bahawa Aiman terlebih dahulu mencuba terbabit dalam bidang nyanyian dengan menyertai Mentor musim kelima pada tahun lalu.
Bagaimanapun, nasibnya dalam program realiti TV nyanyian tersebut tidak menyebelahinya apabila dia gagal meneruskan saingan ke peringkat seterusnya, biarpun mendapat bimbingan daripada penyanyi terkenal, Rahim Maarof.
Ditanya sama ada dia masih lagi berminat untuk menceburi bidang nyanyian memandangkan sudah dikenali sebagai pelakon, Aiman memberitahu dunia nyanyian masih lagi tersemat dalam jiwanya.
"Selepas tamat menyertai rancangan Mentor 5 dahulu saya masih tetap mendapat undangan untuk membuat persembahan termasuk muncul dengan single berjudul Khalimah Janji. Cuma sekarang ini rezeki saya nampaknya lebih terarah kepada bidang lakonan pula.
"Buat masa ini biarlah saya tumpu kepada lakonan sahaja terlebih dahulu. Sekiranya ada tawaran untuk menghasilkan album atau single, mungkin saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu," jelasnya.
 
Makin selesa
Bagi Izara pula, sambutan lebaran pada tahun ini ternyata lebih bermakna dan menganggap tahun ini cukup bertuah buat dirinya.
Berbanding dengan pasangannya dalam drama tersebut yang pertama kali merasai nikmat Aidilfitri sebagai seorang artis, Izara mengakui gembira kerana dia semakin dikenali ramai gara-gara impak terhadap drama berkenaan serta tawaran berlakon yang semakin banyak diterimanya.
"Tidak dinafikan menyambut hari lebaran sebelum bergelar artis dan sekarang memang jauh berbeza. Namun, kini saya berasa semakin selesa dan tidaklah terlalu kekok kalau meraikannya bersama peminat.
"Bagaimanapun, persiapan untuk menyambut lebaran pada kali ini terpaksa dilakukan pada saat-saat akhir memandangkan sepanjang bulan puasa saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan penggambaran," jelasnya.
Bercerita lebih lanjut mengenai sambutan hari raya pada tahun ini, Izara memberitahu dia sekeluarga menyambutnya di Johor Bahru, Johor selama beberapa hari sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai pengalaman paling menarik yang pernah dilalui sewaktu menyambut lebaran, Izara menyatakan saat-saat dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain termasuk bersama sepupu merupakan kenangan paling indah yang dirasai.
Bagaimanapun, suasana kemeriahan tersebut kini semakin kurang dirasai memandangkan kebanyakan sepupunya sudah ramai yang mendirikan rumah tangga dan pulang berhari raya ke kampung pasangan masing-masing.
"Kalau dahulu setiap kali tibanya Aidilfitri saya antara individu yang paling teruja. Yang paling menarik sehingga ke hari ini saya masih lagi mendapat duit raya, meskipun usia saya sekarang sudah mencecah 20 tahun," ujarnya.
Sementara itu, pelakon berkenaan menyatakan selepas cuti berhari raya dia akan terbabit dengan penggambaran dua filem, malah memberitahu jadualnya lakonannya agak padat sehingga hujung tahun ini.
Menurut Izara, biarpun dirinya agak jarang dipalit dengan sebarang cerita kontroversi, namun dia gembira kerana tawaran lakonan yang diterima sehingga kini masih lagi tidak putus-putus.
 
"Saya bersyukur kerana kerjaya seni saya sekarang semakin berkembang, namun ia tidak bermakna saya sudah berada di zon selesa. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan berharap agar mendapat lebih banyak tawaran dengan watak-watak yang berbeza.
"Lagipun sebagai seorang pelakon baharu saya perlu mencuba apa sahaja watak memandangkan saya masih lagi dalam proses pembelajaran.
"Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih kepada peminat yang memang banyak menyokong kerjaya seni saya," ujarnya.

Kekayaan David Beckham

KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.
 
Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.
 
Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M.
"Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur," ujar seorang sumber kepada The Sun.

Maya kembali menyanyi

DIA pernah hadir dengan album pertama menampilkan lagu Erti Cinta ciptaan Ajai yang berjaya menambat hati peminat. Bagaimanapun, impian Maya Karin untuk terus mengorak langkah dalam bidang nyanyian tidak kesampaian apabila album keduanya berjudul Bukan Qalamaya terkandas di tengah jalan.
Justeru, ada sebab untuknya bergembira kerana selepas lapan tahun, komposer Yassin Sulaiman mengajaknya berduet menerusi lagu Sinar Ini yang kini rancak disiarkan di pelbagai stesen radio tempatan.
"Saya rasa teruja dan bersyukur. Dulu orang lupa saya sebagai penyanyi.
Generasi sekarang pun ada yang tak tahu saya pernah menyanyi. Mereka hanya tahu saya sebagai pelakon.
"Apabila Yassin beri peluang ini, saya anggap ia bagai impian yang lama terpendam kini menjadi kenyataan. Lagu yang dihasilkan sememangnya kena dengan cita rasa dan suara saya.
"Yang menariknya, Yassin bukan saja bagi peluang untuk saya menyanyi, tapi dia nak saya terbabit dalam penghasilan melodi dan lirik serta proses rakaman di studio. Kiranya nisbah pembabitan kami ialah 50:50.

"Kalau dulu saya rasa kekok ketika masuk studio kali pertama, kali ini saya bertambah yakin. Apatah lagi dengan kepercayaan yang diberi menambahkan lagi keyakinan untuk saya buat yang terbaik.

"Saya tak terkilan dengan kegagalan terdahulu. Yassin juga terbabit dengan pembikinan album itu. Mungkin bagi menebus kekecewaan lampau, dia hadir dengan projek single ini.

"Saya akui dalam aspek tertentu berasa gementar juga untuk merakamkan lagu ini. Bagaimanapun, dulu lagu Erti Cinta boleh diterima peminat dengan baik membuatkan saya berasa bersemangat.

"Sekarang Yassin ajak saya berduet dengannya. Apabila dia hubungi saya untuk cakap mengenai projek ini, saya rasa terkejut. Tak sangka juga apabila lagu ini mula dimainkan di radio, ramai peminat yang suka.

"Konsep lagunya yang pelbagai tapi ringkas sangat kena dengan suara saya.
Penerimaan peminat buatkan saya kembali bersemangat nak menyanyi.

"Sekarang dalam proses berbincang dengan beberapa syarikat rakaman yang berminat nak ambil saya sebagai artis. Persetujuan akan diberi kemudian kerana yang penting sekarang ialah penerimaan peminat terhadap single ini terlebih dulu.

"Diharap ramai yang sukakan gandingan kami. Saya tak nak fikirkan populariti sangat kerana tujuan saya ikhlas nak menyanyi. Ramai yang suka saya, tapi tak dinafikan ada juga yang mengutuk. Saya faham bukan semua orang sukakan kita," katanya pada majlis berbuka puasa bersama media, baru-baru ini.

Aktres cantik berusia 33 tahun yang mencipta nama menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam dan terbaru Ombak Rindu itu kini menantikan tayangan filem terbarunya, Lagenda Budak Setan 2.

Dia juga baru selesai penggambaran filem Jwanita yang dikatakan menuntut komitmen sepenuhnya. Tanpa berselindung, Maya mengakui begitu tertekan menjayakan watak Jwanita sehingga mengambil keputusan untuk bercuti sebaik penggambarannya selesai.

"Jwanita seorang insan yang jiwanya kacau dan tak boleh menghadapi dugaan dengan tenang. Apabila tertekan, dia akan jadi agresif. Saya kena buat karakter ini nampak seperti betul-betul hidup.

"Selain itu, saya juga kena buat perkara yang fizikal. Ia sangat memenatkan dan membuatkan saya perlu berehat sepenuhnya sebelum kembali bekerja untuk projek lain.

"Selepas sambut Aidilfitri, saya akan terus sambung bercuti ke luar negara mungkin ke pulau peranginan. Di sana saya boleh lupakan tekanan kerja dan lupakan mengenai Maya Karin yang glamor dan jadi orang biasa.

"Itu yang bestnya bercuti kerana kalau di tanah air kadangkala saya bekerja sehingga 24 jam. Saya seorang yang ringkas dan suka berada di tempat yang orang tak kenal saya," katanya yang sudah ditawarkan berlakon tiga filem selepas ini dan salah satunya mungkin memulakan penggambaran pada November ini.

Yassin yang turut hadir mengakui gandingannya dengan Maya ibarat menebus kehampaan dulu. Impian yang tidak kesampaian menyebabkan dia sentiasa mencari jalan untuk meneruskan impian Maya.

"Rasanya segala perancangan terbantut dan seakan-akan tak puas curahkan tenaga untuk album kedua ini. Itulah sebabnya saya rasa terpanggil untuk buat lagu yang dirasakan bagus untuk diketengahkan.

"Suara Maya pun semakin bertambah baik dan ada dinamik tersendiri. Mungkin dia sudah banyak pengalaman sehingga berjaya menunjukkan kemajuan dalam nyanyian.

"Lagu yang dihasilkan perlu kena dengan suaranya. Bukan saja untuk Maya, malah artis lain juga begitu. Saya ada banyak perancangan untuk Maya tapi biarlah ia berjalan satu demi satu," katanya yang menunggu respons peminat terhadap Sinar Ini.

Raya makan roti canai - Acha

AGAK lama juga gadis genit kelahiran Jakarta, Indonesia ini menyepikan diri daripada dunia hiburan. Acha Septriasa kalau tidak tersenyum, bibirnya lebih banyak berbicara dengan gaya yang menyenangkan.

Semasa diperkenalkan melalui filem Heart pada tahun 2006, Acha masih berusia belasan tahun. Kini pada usia 23 tahun, Acha boleh menjawab dengan lebih matang dan tenang.
Usai belajar dan menggenggam Ijazah Komunikasi Massa Multimedia dan Penyiaran daripada Universiti Limkokwing di Cyberjaya, dia pulang ke kota kelahirannya di Indonesia.
 
Merindukan Kuala Lumpur terutamanya roti canai dan lebuh raya yang lancar serta sistematik, Acha menyusun pelbagai aktiviti seni dan peribadinya di Jakarta.
Terbaru, dia selesai menjalani penggambaran filem Rectoverso The Film, sebuah adaptasi daripada novel nukilan Dewi Lestari. Acha turut menyanyi untuk single runut bunyi filem tersebut.
 
Apa perbezaan beraya di Malaysia dan Indonesia? Apa ciri khas lebaran di sana?
Di Indonesia ada lebih banyak mercun berbanding Malaysia. Di sana, ketupat dimakan bersama gulai kambing atau opor ayam. Kalau Malaysia ada duit raya, kami ada istilah salam tempel yang bermaksud angpau lebaran.
 
Biasanya semua individu yang bekerja atau punya sumber pendapatan, harus memberi salam tempel kepada kanak-kanak.
Di Jakarta pula, cuti hari raya selalunya selama dua minggu, jadi kota itu sunyi sepi dan bebas daripada kesesakan lalu-lintas dalam tempoh raya.
Berlainan dengan Malaysia, makan lemang atau ketupat akan berlaukkan rendang. Di sini saya suka makan roti canai dengan kuah kari termasuk pada hari raya. Cuti di Malaysia juga cuma seminggu dan trafiknya lancar sekali.
 
Hari raya dikaitkan dengan kemenangan, apa takrifan lebaran buat Acha?
Makna raya buat Acha ialah hari kemenangan bagi umat Islam yang menjalankan ibadat puasa dengan iman dan takwa.
Ia hari penuh berkat kerana umat Islam dapat merapatkan silaturahim dengan mengunjungi sanak saudara. Hari itu juga dilimpahi rahmat kerana mereka akan kembali kepada fitrah selepas sebulan berpuasa.
 
Boleh ceritakan perkembangan terkini Acha?
Sekarang saya sedang mempromosikan filem Test Pack: You Are My Baby yang akan dilancarkan 6 September ini. Saya juga sibuk dengan rakaman lagu runut bunyi untuk filem seterusnya berjudul Rectoverso The Film yang bakal dilancarkan Oktober ini.
Kongsikan sedikit tentang single Curhat Buat Sahabat.
 
Single tersebut diterbitkan oleh Universal Music manakala penyusun muziknya Tohpati, sang gitaris. Dalam album itu juga ada sebuah lagu nyanyian Glenn Fredly iaitu Malaikat Juga Tahu.
Bagaimana dengan kegiatan di luar bidang seni?
Saya harap dapat bekerja di Petronas Jakarta pada Oktober tahun ini.

(Gambar) Mohamed Haqaish Anak Teruna Dynas

Setelah berpantang selama 44 hari, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sudi untuk berkongsi dengan pembaca wajah bayi lelaki yang telah dilahirkan seberat 3.2 kg pada 15 Jun 2012, tepat jam 3. Tahniah portal Murai ucapkan kepada Dynas dan keluarga.
Sebelum ini Dynas memilih untuk tidak mendedahkan wajah atau sebarang foto anak lelaki pertama yang diberi nama Mohamed Haqaish bin Mohd Hafizy itu kerana menuruti permintaan dan pantang larang yang telah ditetapkan oleh ibunya.
 
Namun yang menarik mengenai kelahiran putera sulungnya itu adalah tarikh lahirnya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahir bapanya, pelumba kereta Mohd Hafizy Hafiz yang juga jatuh pada 15 Jun. Ketika dihubungi Dynas mempunyai 3 hari lagi untuk menamatkan tempoh berpantang.
"Tinggal 3 hari lagi saya akan habis tempoh berpantang dan selepas itu saya boleh berkongsi dengan peminat gambar Qaish (Mohamed Haqaish). Walaupun dah lepas 44 hari saya masih akan menjaga segala petua kerana kalau nak ikutkan pantang yang betul adalah sampai 100 hari.
"Saya menghabiskan tempoh pantang di rumah sendiri dan dibantu oleh seorang pembantu. Lagipun Qaish semenjak dalam kandungan sampai dah dilahirkan senang untuk dijaga dan tidak banyak ragam,"ujar pelakon dan pengacara popular ini.
 
Ditanyakan mengenai keadaan fizikal selepas bersalin, Dynas begitu positif keranaberat badannya senang untuk turun.
"Kalau ramai yang perasan ketika saya mengandungkan Qaish saya sangat aktif dengan melakukan macam-macam aktiviti seni dan pelbagai aktiviti lain.
"Walaupun saya rasakan berat kandungan saya lain macam tetapi fizikal saya tidak mengembang seperti ketika saya mengandungkan Khyra Khalyssa. Kali ini lebih mudah untuk saya kuruskan badan dan ada yang ingat saya sudah kembali kurus,"ujarnya lagi.
 
Dalam masa yang sama Dynas akan kembali aktif menguruskan Dynas Nursing Attire (DNA) miliknya yang mempunyai butik di The Curve. Dia juga akan terlibat dengan International Baby Expo yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 hingga 12 Ogos ini.
Berbicara mengenai hari raya yang bakal menjelang, Dynas dan suami akan meluangkan masa beraya di Shah Alam, Ulu Langat dan Bentong, Pahang. Menurutnya lagi lokasi yang berdekatan ini seringnya dihabiskan dalam masa satu hari sahaja

Gambar - Bajet Hari Raya Diana Danielle

Pelakon jelita Diana Danielle lebih teruja memperuntukkan bajet yang besar untuk membeli makanan berbanding pakaian pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson, 21, ini berkata, personaliti dirinya yang ringkas membuatkan dia tidak peduli soal pakaian Hari Raya tetapi lebih mengutamakan soal makanan dan minuman setiap kali pulang ke kampungnya di Perak.
"Saya jenis orang yang ringkas dan tidak kisah mengenai jenis pakaian untuk Hari Raya. Saya tidak tempah apa-apa pun tetapi hanya beli baju yang murah-murah di pasar raya.
"Buat apa hendak pakai baju yang mahal-mahal tetapi duduk di kampung dan tiada siapa yang nampak? Saya beli baju sepasang dua pun untuk beraya dengan kawan-kawan di Kuala Lumpur sahaja
"Saya lebih suka berbelanja untuk makan dan minum ketika kami bercuti di kampung," katanya yang menyambut Hari Raya di kampung ibunya selama tiga hari.
 
 
Aktres filem Hantu Gangster ini berkata, dia kini memberikan tumpuan kepada pakaian dan hal ehwal adik angkatnya Halley Hayden, 4, yang semakin membesar.
 
"Adik saya Halley semakin membesar dan dia kelihatan cerdik. Hari Raya kami menjadi lebih meriah dengan gelagat dan kerenahnya.
"Saya tidak kisah berbelanja lebih untuk adik. Biarlah dia dimanjakan sikit asalkan dia gembira sepanjang musim perayaan ini," katanya.
Mengenai komitmen seni, Diana hanya diberi cuti selama lima hari dan bakal menyambung penggambaran filem Kami Histeria.

MP3 PERCUMA DARI LOONAQ RECORD – JOM DAPATKAN SEKARANG!

Dalam suasana umat Islam seluruh dunia bersungguh-sungguh beribadah terutamanya di hari-hari berakhirnya Ramadhan yang penuh berkat dan mulia ini, Loonaq Records mengambil kesempatan menawarkan satu Mp3 PERCUMA bagi setiap produk-produk terbaru dari kami iaitu SAFIYA, HUFAZ dan OZONsebagai hadiah dari kami/artis untuk semua peminat muzik pop puisi & 'Islamic music' dan pop rock (masih rocking with kapak!)
 
Sila lawati page facebook Loonaq Record di: https://www.facebook.com/pages/Loonaq-Records/197891390294380 untuk preview lagu-lagu album-album terbaru dari SAFIYA (Pop), HUFAZ (Nasyid Kontemporari) dan OZON (Pop Rock) dan seterusnya klik LIKES untuk melayakkan anda menerima Mp3 percuma tersebut. Jangan lupa untuk inbox alamat email anda kepada kami bagi membolehkan kami menghantar Mp3 percuma ini kepada anda.
SAFIYA, HUFAZ dan OZON serta seluruhwarga LOONAQ RECORDS/LOONAQ SDN BHD mengucapkan selamat beribadah untuk mengejar rahmat dan berkat Allah SWT di saat penghujung Ramadhan ini dan Selamat Hari Raya Aidilfitri di kala Syawal menjelang tiba.
 
Untuk membeli naskah-naskah murni terbitan dan edaran Loonaq Records, kunjungilah Kedai Online kami yang terdapat di tab FB Loonaq Records atau terus dari http://loonaq.my/
 
Mp3 PERCUMA LAGU 'KURNIA SAKTIMU' DARI KUMPULAN HUFAZ
Mp3 PERCUMA LAGU 'CINTA MUALLAF' DARI KUMPULAN SAFIYA
Produk-produk kami hanya dijual secara eksklusif menerusi Kedai Online sahaja atau menerusi artis sendiri khususnya semasa majlis-majlis persembahan mereka.Untuk tempahan persembahan di majlis-majlis rumah terbuka Aidilfitri dan majlis yang lain sila email kami di loonaq@gmail.com atau telefon sdr Jebat Suhairi +6011 1248 6525
InsyaAllah kami akan mula menjelajah keseluruh negara bagi mempromosikan produk-produk Loonaq Records. Nantikan kunjungan kami!

Lebaran Bakal Menjelma Satukan Apex Dengan Siti Saleha?

Bukan propaganda tapi benar belaka. Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, telah disatukan bersama pelakon cantik, Siti Saleha dalam kempen baju berjenama Puma sempena sambutan hari raya yang bakal menjelang tiba.
Foto gandingan Apex dan Saleha telah diabadikan dalam sampul raya keluaran Puma yang mana ia boleh diperolehi di kedai Al-Ikhsan di seluruh negara.
Mengulas mengenai gandingan ini, Apex yang kini berada di Austria kerana menjalani latihan bersama Skuad negara berharap jangan ada pihak yang cuba membuat spekulasi negatif terhadap gambar ini.
 
"Saya harap masyarakat tidak salah faham dengan gandingan ini. Saya dan Saleha hanya disatukan untuk sesi fotografi pakaian Puma. Memandangkan kami berdua adalah duta produk ini, jadi tidak salah kami bekerjasama untuk memeriahkan kempen Aidilfitri ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Apex menerangkan bahawa dia hanya bertemu dengan Saleha dalam beberapa majlis yang dianjurkan Puma saja.
"Sebelum perkara ini berkembang menjadi agenda yang tidak diingini, lebih baik saya jelaskan terlebih dahulu. Apapun terima kasih kepada pihak berkenaan yang bertanya dulu kepada saya tentang gambar ini.
 
"Saya hargainya. Alhamdulillah, saya menjalani latihan di sini dalam keadaan baik. Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang sentiasa mengambil berat tentang saya walaupun saya tidak berada di Malaysia.
"InsyaAllah, saya akan pulang ke tanahair pada 17 Ogos ini. Setelah tiba di Malaysia, saya akan pulang terus ke kampung halaman untuk membuat persiapan hari raya pada saat akhir," katanya.
 
Sementara itu, selain menampilkan gambar Apex dan Siti Saleha, sampul raya berkenaan turut menyelitkan aksi Apex dalam 4 gaya yang berbeza. Apa yang pasti, gaya Apex semakin matang sebagai model peragaan dan mampu berkembang untuk setaraf gaya David Beckham yang menjadi idolanya dari bidang sukan kepada bidang peragaan.

Senyum yang bernilai US$1.5 Juta

 
Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan berdurasi 45 saat itu, Julia hanya akan mempamerkan senyum sahaja.

Dalam iklan tersebut, aktris berusia 43 tahun itu tidak akan mengucapkan sepatah kata apa pun. Dia tampil sebagai Venus yang ada di lukisan Sandro Botticelli. Ceritanya, Venus tidak mahu tersenyum jika belum mendapatkan secawan kopi Lavazza.

Rihanna Puji Kehebatan Yuna Di Laman Twitter

Jika di arena sukan dunia kita 'bintang' raja dan ratu atlet' yang cukup kita bangga iaitu, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, yang mana mereka sekarang menjadi topik perbualan hangat ramai. Tak kurang juga di persada hiburan, kita ada Yunalis Zarai @Yuna. Anak Malaysia yang kini sedang rancak mengembangkan empayar seninya di benua Amerika. Yuna sekarang sibuk dengan konsert jelajahnya di sana.
Rata-rata pencinta muzik tanah air memang sedia mengagumi bakat serta kredibiliti yang dimiliki penghibur bertaraf antarabangsa ini. Dan bukan saja kita rakyat Malaysia, malahan Yuna sudah membuktikan dia mampu mencuri hati ramai peminat muzik tak kurang selebriti terkenal Hollywood.
Malam tadi, sekali lagi Yuna mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat perhatian daridada penyanyi antarabangsa popular, Rihanna.

Farah Asyikin Hanya Sokong Islam, Sangkal 100% Dakwaan Sertai PAS

Selepas beberapa minggu lalu timbul dakwaan Ning Baizura kononnya menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) (dan penyanyi itu telah pun menafikan). Terbaru, penyanyi yang baru berhijrah sejak awal tahun ini, Farah Asyikin, di'kaitkan pula dengan penglibatan beliau dengan parti yang sama.
Ironinya, penyanyi yang kini bergelar guru perbahasan & drama di sebuah sekolah ini menafikan penglibatan beliau secara langsung dengan PAS.
"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya sepertimana yang dipetik kenyataan dari Harakah Daily.
Farah Asyikin turut meluahkan yang beliau tidak risau akan persepsi orang ramai tentang penghijrahan beliau selama ini & menyertai parti politik merupakan hak peribadi.
"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.
Bagi saya, saya suka Islam," tambah beliau lagi yang pertama kali mengikuti sebuah majlis anjuran PAS kelmarin.

Awas! Perfume tiruan ada campuran air kencing

Parfum dari Air Seni?, Percaya atau tidak? Ketika ini sebahagian besar parfume "palsu" ternyata terbuat dari urine atau air kencing. Majalah gaya hidup Harper's Bazaar yang telah 6 tahun rutin membahas barang-barang tiruan, dalam edisi bulan Januari kelmarin membahas tentang parfume palsu.
"Bahan-bahan aktif yang ditemukan dalam produk parfume  tiruan antara lain adalah urin, bakteria dan cairan anti beku (yang biasa dipakai untuk mesin)," kata Valeri Salembier, Wakil Presiden Senior dan Penerbit Harper's Bazaar.


"Anda menyapukan sesuatu di wajah, leher, dan pergelangan tangan. Semuanya itu adalah bahagian paling sensitif dari tubuh anda. Jadi jika ada bahan aktif berbahaya, bererti itu akan menjadi masalah serius bagi kesihatan," jelasnya.
Pihak berkenaan di Britain dan Ireland menguji parfume-parfume tiruan yang mereka sita. Hasilnya, mereka mendapati adanya air kencing dalam cairan parfume. Para pakar memperkirakan, air seni dipakai sebagai penstabil kadar asam dan untuk mengatur warna.

Ahli dermatologi Jeannette Graf dari Great Neck, New York, mengatakan, dirinya belum pernah melihat adanya reaksi dari parfume asli. Tapi parfume palsu boleh menimbulkan alergi di kulit atau membakar kulit." Orang akan mengatakan, hal yang berbeza tentang apa yang mereka rasakan setelah memakai produk itu. Mereka merasa seperti terbakar. Mereka melihat ada tanda-tanda kemerahan. Rasanya tidak nyaman, dan baunya aneh. Dan reaksi itu langsung boleh dirasakan," kata Graf.

Parfume palsu ada di mana-mana, tidak hanya di kios-kios pasar gelap yang menjual banyak barang tiruan. Sebahagian ada yang masuk ke kedai-kedai di pusat perbelanjaan. Selain itu juga banyak dijual melalui internet. Anda termasuk penggemar parfume tiruan ternama tapi berharga murah? Boleh jadi parfume anda mengandung air kencing.

Kumpulan K-Pop cetus kontroversi

SEOUL - Sebuah kumpulan nyanyian Korea Selatan, T-ara mencetuskan kontroversi apabila membuat keputusan mengejut untuk menyingkirkan salah seorang anggotanya.
Bagaimanapun, kira-kira 300,000 orang melancarkan kempen di internet bagi membantah pemecatan tersebut.
Perbalahan itu bermula apabila lima daripada lapan anggota wanita kumpulan tersebut menghantar mesej dengan mengkritik sikap seorang ahli T-ara, Hwa-Young.
Pada Isnin lalu, agensi pengurusan kumpulan tersebut, Core Content Media mengumumkan ia menamatkan kontrak Hwa-Young.
Para peminat kumpulan tersebut kemudian mengesyaki bahawa Hwa-Young dibuli oleh anggota-anggota lain kumpulan tersebut.
Isu tersebut telah mencetuskan perhatian media di negara berkenaan.
 
Korea Selatan mempunyai peningkatan bilangan belia yang membunuh diri kerana dibuli oleh rakan-rakan.
Namun, pihak pengurusan kumpulan tersebut menafikan Hwa-Young dibuli.
Sejumlah peminat yang tidak berpuas hati kemudian mewujudkan sebuah laman web yang meminta kebenaran didedahkan berhubung pemecatan Hwa-Young.
Laman tersebut berjaya menarik seramai 330,000 pelanggan.
 
Bagaimanapun, Hwa-Yoong mengambil langkah dengan menafikan kontroversi tersebut.
"Saya meminta maaf kepada semua peminat kerana mengecewakan anda. Tolonglah berhenti (memberi kritikan)," katanya di akaun Twitternya.
Dia turut meminta maaf kepada agensi pengurusan kumpulan tersebut.
Pemecatan itu masih menjejaskan kumpulan itu.
Kelab peminat T-ara kehilangan 6,000 anggota, lapor agensi berita Yonhap. - AFP

Trend Fashion Wanita Yang Dibenci Lelaki

Majoriti lelaki  bukanlah sahabat terbaik untuk memberikan idea atau kritik tentang cara berpakaian. Jika tidak percaya, tanyakan saja bagaimana penampilan Anda hari ini atau bagaimana kasut baru Anda menurut mereka.. Kami pastikan hampir semua menjawab "Ok!", "Kasutmu bagus," atau  "Kasutmu aneh," tetapi mereka tidak akan boleh memberi alasan kenapa memberi pendapat kasut Anda buruk. 


 Berbeza dengan sahabat wanita Anda, mereka selalu boleh memberi kritik dan idea yang bagus tentang penampilan Anda. Mereka boleh menjelaskan kenapa kasut ini sesuai untuk Anda, mana yang tidak sesuai, entah warnanya, model atau bahannya yang tidak ok dengan kulit Anda ,kerana itu kita lebih memilih sahabat wanita saat membeli berbagai fashion . Tetapi, lelaki tidak seburuk itu mengenai fashion. Mereka boleh mungkin tidak dapat menjawab panjang lebar 'mengapa' tetapi inilah  trend fashion yang digilai wanita tetapi jelek di mata para lelaki.


 1. Ugg


Kasut ini mirip dengan boot dan para lelaki membencinya kerana terlihat sangat berat dan tidak nyaman dipakai para wanita.


 2. Sesuatu Dengan Warna Neon


 Memakai gelang warna-warna neon masih dimaafkan, tetapi jika Anda memakai atasan atau bawahan warna neon, bagi para lelaki.,Anda benar-benar nampak seperti lampu berjalan.


 3. Kacamata Hitam Besar


 Memakainya akan membuat seseorang merasa bagai selebriti terkenal. Sayang ramai lelaki tak menyukainya entah dengan alasan apa. Mungkin.. keranana kacamata itu menyembunyikan mata Anda.


 4. Jegging


 Bentuknya mirip legging, hanya saja memiliki motif jeans. Bagi beberapa pria, wanita yang memakai jegging nampak aneh dan bodoh.


 5. Seluar Harem


 Tak semua wanita sesuai memakai seluar jenis ini, tetapi majoriti lelaki nyata juga tak menyukainya. Alasan mereka? Bentuknya membuat tubuh wanita nampak aneh.


 6. Skinny Jeans


 Ini agak mengejutkan, ternyata ramai lelaki yang tidak menyukai wanita yang memakai skinny jeans. Alasan mereka.. seluar ini memang bagus dipakai sesekali, tetapi jika dipakai terlalu sering, imajinasi mereka akan bentuk tubuh Anda menjadi loya kerana terlalu sering melihatnya tercetak sempurna pada skinny jeans.


7 . Gladiator Shoes


 Alasan para lelaki membenci kasut ini cukup aneh: sulit memakainya dan buang-buang waktu. Hmm.. sepertinya para lelaki tidak tahu cara memakai gladiator.


   Sumber : http://www.vemale.com/relationship

Noryn akui jadi isteri Raja Bahrin

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.
Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.
 
Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.
 
"Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.
"Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini," kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.
Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya.
 
 

Hafiz AF7 disaman (cederakan bekas pengurus pentas)

 "Akibat kejadian itu saya hilang peluang pekerjaan dan malu dengan apa yang berlaku. Antara saya dengan penyanyi Adira hanya rakan sekerja," kata Nur Haniza Mohd Azhar, 25, yang memfailkan saman menuntut ganti rugi RM200,194 terhadap juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz.

Nur Haniza memfailkan writ saman itu melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.


Dia sebagai plaintif menamakan Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am iaitu RM100,000 kecederaan dan kesakitan, ganti rugi kehilangan RM50,000, ganti rugi teruk RM50,000, ganti rugi khas RM194, faedah, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus pentas mengenali defendan menerusi kenalannya ketika menjalankan kerja berkaitan rancangan di bawah kelolaan Astro Holding Sdn Bhd.

Nur Haniza mendakwa pada 17 Mei 2011, jam 3.15 petang, ketika dia menjalankan tugasannya untuk rancangan yang diadakan di Studio Filem Negara, Petaling Jaya, defendan datang dan menepuk bahunya dari belakang serta menyatakan hasrat berjumpa secara paksa.

Namun, dia mendakwa menolak pelawaan itu dengan baik kerana sibuk dengan tugas.

Menurut Nur Haniza, Hafiz sekali lagi mendesak berbincang bagaimanapun dia menolak kerana sibuk bekerja memandangkan rancangan dikendalikan berlangsung.

Bagaimanapun, ketika plaintif menuruni tangga di studio, defendan menolaknya sehingga dia jatuh dan tersungkur di hadapan rakan sekerja lain dan mengakui terkejut.

Nur Haniza mendakwa, dia yakin Hafiz yang menolaknya dan tidak membantunya bangun sebaliknya menghamburkan kata-kata kesat serta cuba memukulnya sebelum dihalang mereka yang berada di situ serta menarik defendan keluar dari tempat kejadian.

Dakwa Nur Haniza lagi, akibat kejadian itu, dia cedera di ligamen kaki kanan dan dinasihatkan berehat sebulan selain menyebabkan dia hilang mata pencarian tambahan kerana disenarai hitam daripada bekerja untuk rancangan Astro.

Dia juga mendakwa akibat kejadian itu dia tidak dapat bergerak aktif serta terpaksa menanggung malu di hadapan keluarga, rakan serta orang awam apabila insiden itu dipaparkan di televisyen dan akhbar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...