Zizan sarung kostum cicak

Selepas mencatat kejayaan dengan dua judul terdahulu, filem adiwira tempatan, Cicak Man, akan kembali menemui penonton dengan episod terbaru tidak lama lagi. Filem yang sekali lagi mendapat sentuhan pengarah, Yusry Abdul Halim, itu dijangka memulakan penggambaran pada 15 Ogos ini.

Memasuki siri ketiga penerbitan, Cicak Man 3 juga akan tampil dengan pembaharuan apabila menyandarkan muka baru bagi membarisi filem terbitan KRU Studios ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, yang dihubungi HIP Jumaat lalu, berkata pihaknya tidak berniat mengenepikan pelakon yang pernah memantapkan filem terbabit sebelum ini, sebaliknya pemilihan wajah baru dilakukan bagi memberi suntikan kelainan kepada jenama berkenaan.


Antara barisan pelakon yang dipilih membintangi filem susulan ini ialah Lisa Surihani, Zizan Razak, Fizz Fairuz dan Yus Jambu.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai filem berkenaan hanya akan didedahkan pada majlis sidang media yang bakal diadakan Rabu ini.

"Memang ada beberapa elemen pembaharuan dalam judul ketiga ini, tetapi kita masih lagi mengekalkan kesinambungan cerita di antara filem yang pertama hingga ketiga. Logo Cicak Man juga masih kita kekalkan, cuma mungkin ada pembaharuan dari segi kostum.

"Walaupun menampilkan wajah baru, kita tidak mengenepikan pelakon lama yang pernah menjayakan filem Cicak Man sebelum ini. Tidak bermakna apabila khidmat mereka tak diperlukan, kita terus mengetepikan mereka. Watak mereka langsung tidak kita matikan.
Sekiranya kami berhasrat untuk melanjutkan filem ini pada masa akan datang, berkemungkinan pelakon lama seperti Saiful Apek, Sharifah Amani dan yang lain-lain boleh kita panggil lagi," katanya.

Lisa dipilih bukan kerana Yusry

Diminta mengulas mengenai pemilihan Lisa sebagai teraju utama, yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi berikutan pertalian pelakon itu dengan KRU Studios, Norman menjelaskan, tidak wujud dasar pilih kasih sebaliknya kredibiliti wanita berbakat itu sebagai pelakon popular menjadi faktor utama syarikat produksi berkenaan memilihnya untuk membintangi filem terbabit.

"Kami memilih Lisa bukan sebab dia isteri Yusry, tetapi kita turut mengambil kira kedudukannya sebagai antara pelakon yang masih lagi popular dan relevan dengan industri perfileman hari ini.

"Begitu juga dengan pemilihan Zizan, dia juga antara pelakon yang cukup popular pada masa kini. Dengan pemilihan pelakon yang ada nama, ia akan memudahkan kami dalam soal tajaan," katanya.

Pungutan hampir cecah RM10 juta

Bakal memulakan penggambaran selepas Aidilfitri nanti, penggambaran Cicak Man 3 dijadualkan memakan masa selama 45 hari.

Menurut Norman lagi, dia difahamkan penggambaran akan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur serta di beberapa negeri lain.

Cicak Man diperkenalkan buat kali pertama pada 2006 dan ia mencatat kejayaan luar biasa dengan catatan pecah panggung RM6 juta. Dua tahun kemudian, Cicak Man 2 - Planet Hitam menemui peminat di pawagam dan mencatat kutipan RM2.84 juta.

Selain Apek dan Amani, antara barisan pelakon yang pernah membintangi filem Cicak Man termasuklah Fasha Sandha, Datuk Aznil Nawawi, Adlin Aman Ramlie, Datuk AC Mizal, Yusry dan Tamara Blezinsky

Beyonce belanja RM23,904 buat anak Kim

PASANGAN selebriti, Jay Z dan Beyonce dilaporkan berbelanja AS$7,500 (RM23,904) untuk membeli sejumlah hadiah mewah sempena kelahiran bayi pertama selebriti televisyen Kim Kardashian dan kekasihnya, Kanye West yang juga seorang penyanyi.
Antara barangan mewah diterima bayi yang diberi nama North West itu ialah sarung kaki jenama Christian Dior dan set mangkuk bayi jenama Elsa Peretti Padova.
 
Menurut satu sumber, Jay Z dan Beyonce turut membawa anak mereka ke rumah ibu Kim yang terletak di kawasan perumahan elit Beverly Hills, California.
Selain membawakan hadiah, Beyonce dikhabarkan memberi Kim panduan agar tubuhnya segera langsing.
Kim dipercayai belum terdesak untuk menguruskan badan memadangkan dia baru bersalin pada 15 Jun lalu, kata jurulatih peribadinya, Tracy Anderson kepada media Barat baru-baru ini.
 
"Pada mulanya saya ingat Kim akan runsing dengan berat berlebihan selepas bersalin namun andaian itu ternyata meleset," kata Anderson.
Tambahnya, kebanyakan wanita akan runsing dengan kegemukan selepas bersalin namun, Kim kelihatan gembira dengan kelahiran North West sehingga dia seperti terlupa sedang berhadapan masalah berat badan
 

Benjy didakwa miliki dadah jenis syabu

AMPANG: Pelakon Benjy yang pernah didakwa kerana memiliki dadah pada 2010, bersama lima lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu, minggu lalu.

Majistret Ayuni Izzati Sulaiman membenarkan setiap tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes, sebentar tadi

Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe

 Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni.
Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012). Bagi melengkapkan impiannya, Sam memilih SS4M sebagai nombor pendaftaran kereta itu sehingga sanggup menjejaki dan menemui pemilik asal nombor terbabit di Sabah.

"Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja.

"Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas 'pemberian' peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya.
Tak mimpi lagi

Hadiah paling bermakna

"Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya," katanya ketika ditemui HIP.
Walaupun sudah memiliki dua kereta hasil pencapaiannya sebagai Bintang Paling Popular ABPBH, Sam tidak akan sekali-kali menjualnya.

Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat.

Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin.

"Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga.

Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun.

Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri," katanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...