Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sessi 2012/13

 

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013 adalah seperti berikut :
Kemasukan ke IPTA melalui UPU :
1. Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
2.
Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
3.
Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
4.
Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
5.
Program Pengajian Lepasan Diploma dan setaraf serta STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2010 dan sebelumnya
Progam Pengajian Lepasan SPM dan Setaraf
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :
  • Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
  • Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan – Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Program Pengajian Lepasan SKM dan Sekolah Menengah
  • Ini adalah permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.
Tempoh Permohonan – Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Program Pengajian Lepasan STPM 2011 dan STAM 2010/2011
  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM 2011, STAM 2010/2011 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Diploma, STPM, Matrikulasi dan Asasi bagi tahun 2010 dan sebelumnya bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan – Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012
  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan Matrikulasi dan Asasi Sesi 2011/2012 bagi program pengajian peringkat Ijazah Pertama di 19 buah universiti bagi Ambilan September 2012.
Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012
FASA 2 – Kemaskini Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – Tarikh : 21 Mei Januari 2012 – 28 Mei 2012 (tertakluk kepada pindaan)
Permohonan Kemasukan Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Selaras dengan pelaksanaan dasar autonomi kerajaan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) dan status U-APEX, pengurusan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan ke USM dikendalikan sepenuhnya oleh USM sendiri.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan ke USM melalui laman web http://www.usm.my kecuali untuk program pengajian pendidikan.
  • Penyelarasan penawaran akan dilaksanakan oleh UPU dengan USM bagi calon yang setuju terima atau menolak tawaran.
Untuk keterangan lanjut, sila layari http://upu.mohe.gov.my/

GAMBAR Proton P3-21A Update . Saga FLX Special Edition

Proton Holdings Bhd expects to seal a joint venture agreement with Mitsubishi Motors Corp by year-end to produce Mitsubishi sedan models at its Tanjong Malim plant.
 

 
Its group managing director, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, said under the agreement, Mitsubishi would manufacture 60,000 units a year and via this agreement it would increase the plant's production capacity to 90 per cent.
"The plant currently operates at between 56 and 58 per cent capacity," he told a media briefing after the announcement of the company's second quarter 2011′s results here Tuesday.
Syed Zainal said under the memorandum of understanding it signed with China's car firm, Hawtai Motor Group Ltd, Proton would expand its presence in the Chinese market, where it would sell four Proton models under Hawtai badge.
He said the companies were expected to conclude the agreement by year-end or early next year.
Meanwhile, Proton recorded a lower pre-tax profit of RM47.524 million for the six months ended Sept 30, 2011 versus RM185.914 million chalked up in the corresponding quarter last year.
On the second-half outlook, Syed Zainal said although the Malaysian Automotive Association has forecast a downtrend, Proton would overcome it with the introduction of its Saga face-lift, Saga FLX Special Edition, in December.
"2012 will be an exciting year for us with the introduction of four models — Exora Bold and Exora Prime, Inspira R3 and a sedan codenamed 'P3-21A' — which are expected to be launched early next year," he said.
He said the 'P3-21A' would be the first of Proton's new generation of global cars that are being built according to the latest global rules and regulations which governed various parameters such as emission and safety standards.
"In line with aspirations of becoming a global car manufacturer, the group's fleet of Saga electric vehicles and Exora range extender electric vehicles that are currently being used by the government are also expected to be made commercially available by 2013," he said.

CANDID! LISA SURIHANI JOIN PUTERI UMNO DI P.A.U!!

 


Wah.. awek cun pelakon popular Lisa pun datang ke Perhimpunan Agong UMNO. Dengar kata Lisa join dengan geng Puteri UMNO biar betul ni?? Nak tau apa cerita boleh klik SINI

Gambar Cun Siti Saleha Menghiasi Majalah Jelita Edisi Disember 2011

 
 
Edisi Disember 2011 majalah Jelita menampirkan Siti Saleha sebagai cover depan majalahnya.Semua lelaki pasti tertawan melihat kecantikan Siti Saleha kan???huhu..
Selain gambar diatas,terdapat beberapa keping lagi yang diambil dari Facebook Siti Saleha .

Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) - Lokasi dan pertanyaan

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that the 560 apartments in Putrajaya at Precinct 11 under the Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) is the first project and will be sold for RM120,000 per unit.
No. Location Developer Ekar Total Unit Implementation
1. Presint 11, Putrajaya
7.6
560
Suku ke-3 2011
2. Bandar Tun Razak, Cheras
10
1,320
Suku ke-4 2011
3. Cyberjaya
14.8
794
Suku pertama 2012
4. Bandar Ainsdale, Seremban Sime Darby 142 2,220
Suku ke-4 2011
5. Putra Heights, Subang Jaya
7.4
260
Suku pertama 2012
6. Seremban Sentral MRCB 37.4 3,000 Suku ke-2 2012
7. Presint 11-2, Putrajaya Putrajaya Holdings 3.0 255 Suku ke-2 2012
8. Presint 5, Putrajaya Putrajaya Holdings 11.8
1,062
Suku ke-2 2012
9. Presint 17-1, Putrajaya Putrajaya Holdings 4.1 739 Suku ke-4 2013
10. Presint 17-2, Putrajaya Putrajaya Holdings 8.21 368 Suku ke-4 2013
11. Presint 19-1, Putrajaya Putrajaya Holdings 10.8 970 Suku ke-4 2015
12. Presint 19-2, Putrajaya Putrajaya Holdings 11.9 1,067 Suku ke-4 2015
13. Ara Damansara, Petaling Sime Darby 4.9 560 Suku ke-2 2012
14. Bandar Bukit Raja, Klang Sime Darby 102.9 2,090 Suku ke-2 2014
15. Elmina East, Shah Alam
31.2
420
Suku ke-3 2014
16. Presint 19-3, Putrajaya Putrajaya Holdings 9.1 823 Suku ke-4 2016
17. Elmina West, Shah Alam Sime Darby 620 6,300 Suku ke-3 2017
18. Kota Elmina, Sg. Buloh Sime Darby 400 3,950 Suku ke-3 2017
19. Lagong Mas, Petaling
Sime Darby
620
6,300
Suku ke-3 2018
20. Sg. Besi, Kuala Lumpur
N/A
10,000
Dalam Perancangan

Semua urusan dan pertanyaan berkaitan PR1MA boleh dirujuk kepada Unit PR1MA yang telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri seperti berikut:-
 
Ketua Pegawai Eksekutif
Unit PR1MA
Pejabat Perdana Menteri         Tel: 03-8888 8110
Aras 1, Blok Perdana Putra     Faks: 03-8888 3671 
62502 Putrajaya                      Emel: shiela@pmo.gov.my 

Bumi lot, untung atau rugi besar?

"Encik,  boleh saya tahu berapa diskaun untuk bumiputera?"
Ini adalah di antara soalan yang sangat popular keluar daripada mulut bakal pembeli, di ruang pameran atau pejabat jualan hartanah baru. Ia bagaikan soalan wajib daripada bakal pembeli bumiputera yang berminat menikmati keistimewaan ini.
Lot bumiputra, adakah ia satu keistimewaan?

Apa Itu Lot Bumiputera?

Diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru,  lot bumiputera atau bahasa pasarnya dipanggil  lot bumi bertujuan untuk membantu pemilikan hartanah dalam kalangan bumiputra. Sasarannya adalah pemilikan 30% di dalam sektor hartanah melalui peruntukan khas kuota unit bumiputra bagi sesebuah projek hartanah.
 
Selain kuota, terdapat juga pemberian diskaun 7% kepada bumiputera.
 
doktor mahathir
 
Apabila sesebuah projek hartanah itu digazetkan sebagai lot bumi, ia mempunyai sekatan pemilikan iaitu ia hanya boleh dimiliki oleh bumiputera sahaja. Sekatan ini tertulis di title atau geran unit itu sendiri.
 
Walaupun begitu, di sesetengah negeri seperti Perak, ia tidak tercatat di dalam geran tetapi unit ini tetap memerlukan kebenaran khas daripada Menteri Besar apabila hendak dipindah milik ke bukan bumiputera.
 
Disebabkan sekatan ini, tuan punya hartanah terpaksa menjualnya kepada bumiputera. Ini menghadkan pasaran jualan, berbanding unit terbuka.
Kesannya, harga pasaran lot bumi menjadi lebih rendah daripada unit terbuka. Jika unit yang sama saiznya di sesebuah apartment itu boleh mencecah harga pasaran sehingga RM180,000 misalnya, unit bumi mungkin hanya mencecah RM160,000 ke RM170,000.

Lihat Kembali Tujuan Membeli Hartanah

Ini menyebabkan sesetengah pelabur hartanah bumiputera sendiri tidak berminat membeli unit-unit lot bumi ini. Sudah tentu mereka juga ingin mendapatkan keuntungan yang maksimum, dan membeli lot bumi bukanlah satu keputusan yang bijak.
 
jual beli hartanah
 
Namun situasi berbeza jika mereka membeli dengan tujuan tinggal sendiri seumur hidup mereka. Kalaupun mereka hendak berpindah hak milik, ia adalah kepada anak-anak mereka yang pastinya bumiputera. Tiada isu di sini.
 
Satu situasi lain, unit bumi sesuai dibeli oleh pelabur yang hanya ingin mengambil wang keuntungan sewa, dan menyimpan hartanah itu sehingga tua. Ini kerana mereka dapat membeli dari pasaran kedua (subsale) dengan harga yang lebih murah tetapi menyewanya dengan kadar yang sama dengan unit terbuka.
 
Jadi, bumi lot satu keistimewaan atau kesilapan membeli adalah bergantung kepada tujuan pembelian, dan strategi seseorang pelabur tersebut itu sendiri.

7 Rahsia Para Penyimpan Wang Super Di Amerika!

KALI ini saya bawakan suatu kisah benar yang mengispirasikan. Kisah ini dibawakan oleh Money Magazine. Berkenaan kisah 'super savers' yakni rakyat Amerika yang mampu menyimpan 35% sehingga 60% daripada jumlah pendapatan tahunan mereka. Dimana Money Magazine telah menemubual individu yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan perseorangan untuk mengetahui apakah rahsia mereka sehingga mampu membuat simpanan besar seperti itu.
7 Rahsia Para Penyimpan Wang Super Di Amerika!
 
Seramai 100 telah ditemubual dan kesemua mereka ini sedang menuju ke arah kebebasan kewangan serta bakal mengecapi alam persaraan yang selesa hasil simpanan besar mereka. Mungkin ada di antara anda yang bertanya, berapa super-kah mereka itu?
Kebanyakan daripada penyimpan wang super Amerika ini memiliki sebanyak 2 juta USD dalam simpanan! 7 Rahsia Para Penyimpan Wang Super Di Amerika!
Sebenarnya setiap daripada mereka ini mempunyai teknik unik dan tersendiri, apa yang saya gariskan di bawah ini adalah teknik sepunya mereka. Maksudnya, teknik serupa yang kesemua daripada mereka lakukan.
Rahsia Penyimpan Super #1: Beli di bawah kemampuan sebenar
Sebagai contoh: mereka membeli rumah berharga USD200 000 walaupun mampu membayar rumah berharga USD300 000.
Rahsia Penyimpan Super #2: Simpan atau labur apa-apa pendapatan lebih
Ini termasuklah rebat cukai atau lebihan cukai yang dipulangkan semula (tax refunds).
Rahsia Penyimpan Super #3: Jangan beli apa-apa selagi tidak mampu dibayar tunai
Mereka membeli secara tunai. Jika belum mampu, mereka akan membuat tabungan khas untuk sebarang pembelian. Ini termasuklah pembelian kenderaan dan rumah.
Rahsia Penyimpan Super #4: Menetapkan matlamat yang boleh dicapai
Mereka membuat senarai matlamat kewangan tetapi mendahulukan pencapaian kepada yang paling penting dahulu. Kemudian beralih kepada matlamat lain secara berperingkat.
Rahsia Penyimpan Super #5: Menabung secara automatik
Kesemua mereka menyedari keutamaan menabung dan tahu betapa payahnya menabung. Jadi mereka menjadikannya semudah yang boleh. Malah wang ke tabungan mereka tidak pernah miss kerana ia sampai ke sana tanpa mereka Nampak wang tersebut.
Rahsia Penyimpan Super #6: Mempunyai beberapa sumber pendapatan
Ada yang mempunyai dua gaji (suami isteri), satu untuk perbelanjaan seharian dan satu lagi untuk disimpan. Sementara yang lain, ada yang mempunyai hanya satu sumber pendapatan tetapi mempunyai kerja atau bisnes sampingan.
Rahsia Penyimpan Super #7: Berjimat dalam perbelanjaan seharian
Mereka sering membandingkan harga dan membeli pada harga yang lebih rendah. Menggunakan kupon diskaun. Berbelanja pada waktu jualan murah.
Apabila melihat kepada senarai rahsia-rahsia bagaimana mereka mampu menyimpan sebegitu banyak, tiga perkara terlintas di fikiran saya: disiplin kendiri, simpanan automatik dan matlamat yang jelas!

10 most fuel-efficient non-plug-in cars. No. 1 Toyota Prius dan No. 5 Honda Insight...

 

 
Are you looking for hybrid car for 2012. Don't decide until you read this.  These are the most fuel-efficient non-plug-in cars in America for the 2012 model year, according to the federal government's fuel economy ratings.
 
The Toyota Prius stands at the very top of the list. The iconic hybrid, which accounts for half of all hybrid car sales, remains the stingiest car you can buy without a plug.
 
Plug-in cars like the Mitsubishi i-MiEV, Nissan Leaf and Chevrolet Volt are even more "fuel-efficient," according to the government's rating system. But for those who aren't ready to make the leap from the pump to the plug, these are the efficiency champs.
 
The full list of 10 most fuel-efficient non-plug-in cars :
10 most fuel-efficient non-plug-in cars
1 Toyota Prius
2
Honda Civic Hybrid
3
Toyota Prius V
4
Lexus CT200h
5
Honda Insight
6 Toyota Camry Hybrid
7
Ford Fusion Hybrid
8
Scion iQ
9
Honda CR-Z
10
Smart ForTwo
You can view 10 most fuel-efficient non-plug-in cars here.

GEMPAR!! Bomoh Bola Sepak Indon Di Kesan!!

 

Patut la banyak peluang Malaysia di depan pintu gol Indon sepak tak masuk-masuk. Rupanya puak Indon ni mengunakan sihir ilmu hitam untuk mengelirukan permainan pasukan Malaysia. Walau bagaimana pun, bomoh ni tak cukup kuat untuk mengawal skuad harimau muda Malaysia mengaum di stadium Bung Karno!!

Pemain Harimau Muda Terima RM30,000 Seorang Untuk Emas

 
Pemain dan pegawai Pasukan Harimau Muda yang berjaya membawa pulang pingat emas di temasya Sukan SEA 2011 akan diberikan imbuhan sebanyak RM30,000 setiap seorang.Tahniah diucapkan kepada mereka.FAM telah memberikan satu ganjaran yang begitu besar kepada mereka dan kita harapkan mereka boleh meningkatkan lagi permainan mereka supaya setimpa dengan imbuhan yang diberikan oleh FAM.

Rahsia Pelabur Emas: Tiga Cara Melabur Emas Di Malaysia!

 
ORANG yang paling naif sekalipun tentang kewangan sudah mulai terasa penurunan nilai wang kertas utama dunia – Dolar Amerika. Wang kertas yang menjadi sandaran utama dunia dalam urusan jualbeli dan perniagaan. Ini jelas tergambar dalam kadar inflasi yang semakin meningkat dengan cepat. Apa kaitan kejatuhan ringgit dengan nilai dolar pula? Kerana dolar adalah nilai sandaran kepada ringgit!
 
Rahsia Pelabur Emas: Tiga Cara Melabur Emas Di Malaysia!.
Dalam bahasa mudahnya – wang yang ada ditangan kita menjadi semakin tidak bernilai dari hari ke hari. Bagaimana mengatasi hal ini? Tiada cara mudah melainkan dengan membuat lebih banyak wang untuk kegunaan perbelanjaan. Apa lagi kalau bukan bekerja lebih keras untuk mendapat upah yang lebih tinggi. Mungkin kerja lebih masa, mungkin membuat bisnes sampingan atau mungkin menyimpan ringgit dalam bentuk emas.
 
Di sinilah datangnya keperluan untuk mengetahui bagaimana membuat pelaburan emas. Ia kalis inflasi dan boleh menjadi pelindung kepada nilai ringgit.
 
Saya tidak mahu menghampakan para pembaca blog saya ini. Tajuk kita kali ini ialah rahsia pelaburan emas. Jadi saya akan berkongsikan serba sedikit bagaimana membuat pelaburan emas yang betul kerana saya juga seorang pelabur emas.. Rahsia Pelabur Emas: Tiga Cara Melabur Emas Di Malaysia!
 
Di Malaysia, pelaburan emas boleh dilakukan melalui tiga kaedah yakni:
1. Pelaburan Akaun Pelaburan Emas
Sehingga hari dimana saya menulis artikel ini, sudah terdapat lima jenis akaun pelaburan emas (sebelum ini hanya tiga sahaja), iaitu:
a. GIA
b. MGIA
C. GAI
d. GSA
e. DGA
 
2. Pelaburan Emas Fizikal
Seterusnya, cara dimana menggunakan kaedah pembelian emas fizikal. Secara peribadi, saya amat menggalakkan pelaburan emas fizikal disebabkan beberapa kelebihan. Kaedah ini boleh dilakukan melalui tiga cara:
a. Gold Coin
b. Gold Bullion
c. Barangan Kemas
 
Dimana tempat mendapatkan emas fizikal di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tempat terbaik (institusi utama) untuk mendapatkannya. Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk menerangkannya satu persatu.
 
3. Pelaburan Dalam Perniagaan Emas
Ini adalah kaedah yang jarang-jarang didedahkan orang. Anda memang bertuah kerana menjadi pembaca blog ini.. Rahsia Pelabur Emas: Tiga Cara Melabur Emas Di Malaysia! Melalui cara pelaburan dalam perniagaan emas ini anda akan untung tidak kira harga emas naik mahupun ketika harga emas jatuh! Menarik bukan?
Buat masa ini, hanya ada tiga syarikat yang menawarkan peluang kepada individu untuk melabur dalam perniagaan emas yakni PG, GCP dan NUBEX.
 
Saya tidak akan kata pelaburan emas itu mudah. Saya juga tidak akan kata anda hanya perlu mengetahui suatu rahsia dan anda akan berjaya. Ianya adalah berkenaan pengetahuan – mengetahui maklumat mengenai cara pelaburan emas yang betul. Baharulah boleh menjamin kejayaan dalam pelaburan emas. Diharapkan dengan pendedahan ini, sedikit sebanyak memberi gambaran kasar bagaimana sebenarnya pelaburan emas dilakukan.

Tips and guide of Motor Insurance

Road accidents occurs everyday and we never know when is our time. Those who have been experienced road accidents might know what do's and dont's when such thing happen.  You may be a meticulously careful motorist who has never needed to make a claim, but it pays to have an umbrella ready in case it rains, doesn't it?
Type of Motor Insurance
Motor insurance are compulsory if you buy a motor vehicle, there are many type of motor insurance available, however, the common types are:
Type of Motor Insurance
Third party cover This policy insures you against claims for bodily injuries or deaths caused to other persons (known as the third party), as well as loss or damage to third party property caused by your vehicle.
Third party, fire and theft cover
This policy provides insurance against claims for third party bodily injury and death, third party property loss or damage, and loss or damage to your own vehicle due to accidental fire or theft.
Comprehensive cover
This policy provides the widest coverage, i.e. third party bodily injury and death, third party property loss or damage and loss or damage to your own vehicle due to accidental fire, theft or an accident.
In this post, we share some info what you need to do if an accident occurs, in order to protect yourself.  Firstly, you must stop your vehicle and exchange particulars with all the other people involved in the accident.
What you should do in the event of an accident/loss
  • Take notes of the accident – If you are involved in a motor accident, take notes of the accident, i.e. the names and addresses of all drivers and passengers involved, vehicle registration numbers, make and model of each vehicle involved, the drivers' licence numbers and insurance identification as well as the names and addresses of as many witnesses as possible
  • Make a police report – You are required by law to lodge a police report within 24 hours of a road accident.
  • Notify your insurance company – You must notify your insurance company in writing with full details as soon as possible. Depending on the type of claim you intend to make, you may have to notify other insurance companies (please refer to ' Making a claim against an insurance company' for details). If you fail to report the accident, you will be liable for your own loss as well as any third party claim against you.
  • Select the workshop – You must send your damaged vehicle to a workshop approved by your insurance company. If the accident occurs during office hours, you may call the hotline/ emergency assistance numbers provided by your insurance company. Otherwise, you may call your insurance company for the nearest approved workshop. Should the accident occur outside office hours and you are making a claim against your policy, i.e. an own damage claim, you should ensure that your vehicle is towed to a workshop approved under the Persatuan Insuran Am Malaysia Approved Repairers Scheme [called a PIAM Approved Repairers Scheme (PARS)]. If you are making a third party claim, it is advisable to also send your vehicle to a PARS workshop.
Making a claim against an insurance company Accident claims
When you are involved in an accident, you may either make an own damage claim or a third party claim for the breakdown cover :
Own damage claim
  • This refers to making a claim on your own insurance policy, i.e. you have a comprehensive policy. However, you will lose your NCD entitlement.
  • In notifying your insurance company of the accident, enquire about the names of approved workshops to send your vehicle for repair.
  • Submit the fully completed Motor Accident Report Form together with all supporting documents as soon as possible to your insurance company.
  • The workshop will commence repairs on your vehicle upon the approval of your insurance company.
  • Upon completion of repairs, you will be informed by the workshop to collect your vehicle.
Third party claim
  • You may make a third party claim if you are not the party at fault in the accident and you can retain your NCD entitlement.
  • There are two ways of making a third party claim, i.e. submit the claim directly to the insurance company of the party at fault or, if you have a comprehensive policy, submit the claim to your insurance company. You are encouraged to submit your claim to your own insurance company for speedier claims processing.
  • As the third party claimant, you are required to mitigate your loss i.e. you must act to minimise your loss.
  • Appoint a licensed adjuster to assess the loss. The workshop or the third party insurance company may advise you on this.
  • Submit the adjuster's report and the fully completed Motor Accident Report Form together with all supporting documents as soon as possible.
  • You are eligible to claim from the third party insurance company for `compensation for actual repair time' (CART) and compensation of excess. For the actual repair time of your vehicle, this is based on the adjuster's recommendation on the number of days required for your car to be repaired. Insurance companies, at their own discretion, may allow an additional seven working days for any unforeseen or unavoidable delay. A standard scale of daily CART has been specified by the PIAM as follows:–
Type CART/Day
Private Use Vehicle
Up to 1500cc RM30
Above 1500cc – 2000cc RM40
Above 2000cc RM50
Commercial Vehicle
Up to 1 ton
RM40
Above 1 – 2 tons
RM60
Above 2 tons
RM90
Trailer Lorries
RM120
Buses (Private)
RM90
Other buses (stages/express)
RM180
Taxi/ Hire & drive
RM40
Motorcycles
Up to 250cc
RM10
Above 250cc
RM15
Alternatively, you may also claim the cost of hiring a replacement vehicle of equivalent type and capacity for the recommended number of days of actual repair time as evidenced by a receipt from a licensed car rental company.
Theft claims
  • After submission of the claim form, you must cooperate fully with your insurance company or its representative during the course of investigation of the theft claim.
  • In view that the police and your insurance company will require time to investigate your claim, you will receive the offer of settlement from your insurance company within six months from the theft notification or upon completion of police investigations, whichever is earlier
Principle of indemnity
The principle of indemnity is crucial in insurance. Based on this principle, the insurance cover will compensate your loss by putting you back to the same position you were in immediately before the loss. As you will be compensated only for the loss suffered, you cannot 'profit' from a motor insurance claim. Therefore, if your vehicle is more than five years old, betterment will apply.
Betterment occurs when in the course of repairing an accident-damaged vehicle, an old part is replaced with a new franchise part. In line with the principle of indemnity, you will have to bear the difference in costs as you are in a better position after the accident with the new franchise part. However, the application of betterment is at the discretion of your insurance company. Should your insurance company apply betterment, it will be in accordance with the standard scale of betterment adopted by the industry as follows :
Age of Vehicles / Years Max Rate (%)
Less than 5 years
0
5 years
15
6 years
20
7 years
25
8 years
30
9 years
35
10 years and above
40

Panas!! Ong Kim Swee Kata "Cukup Mengecewakan"!!

 

FOKUS dan tenang itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.

Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.

"Mengecewakan!" kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir.

"Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.

"Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?"

Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.

"Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.

"Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham," katanya.

Yusry Dan Lisa Surihani Kahwin Februari 2012

 
 
Walaupun pernah menafikan akan berkahwin pada tahun ini, desas desus yang sedang beredar waktu ini ialah pengarah filem yang berstatus duda, Yusry Abdul Halim akan berkahwin pada Februari 2012 dengan aktres yang bakal muncul dengan filem terbaru, Istanbul Aku Datang iaitu Lisa Surihani. Mereka dikatakan mula bercinta setelah Lisa menghadiri ujibakat untuk watak Embok dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry.
 
Watak tersebut telah diberikan pada Ummi Nazeera, tetapi hubungan mereka berjalan jua selepas itu.
Seperti yang dilaporkan oleh MalaysianDigest, ada khabar yang Astro telah membeli hak penyiaran eksklusif perkahwinan mereka, yang akan disiarkan dalam salah satu rangkaiannya. Kalau betul berita ni pun bagus juga, sebab siap ada yang meramal mereka takkan kahwin sebelum ini. Ada peminat di pihak Yusry tidak suka dan begitu juga sebaliknya. Tapi kalau sudah jodoh mereka, siapa kita untuk menidakkan ketetapan yang berkuasa bukan? Biar pun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Astro, Yusry mahupun Lisa.
 
Jadi, apa-apa pun, tunggu!
Walaubagaimana pun,tiada pengakuan dibuat oleh pasangan berkenaan…Tunggu jelah.

Cerita Robert T. Kiyosaki Dan Buku Rich Dad-nya

DARI mana rakyat Amerika mendapatkan nasihat kewangan mereka? Merrill Lynch? CNBC? Atau Robert T. Kiyosaki? Kalau anda belum mengenali siapa Robert T. Kiyosaki, beliau boleh ditemui di kedudukan paling teratas dalam kebanyakan senarai penulis best-seller dunia. Pada ketika ini, beliau masih lagi menduduki carta No. 1 untuk New York Times paperback dalam ketegori 'advice'. Sudah berada di kedudukan tersebut lebih daripada 98 minggu. Satu pencapaian yang amat mengagumkan
 
Cerita Robert T. Kiyosaki Dan Buku Rich Dad nya
 
Di Amerika Syarikat, begitu banyak buku-buku nasihat (advice) yang boleh didapati di pasaran termasuk yang berfokus pada kewangan dan lain-lain. Tetapi kenapa hanya buku Rich Dad, Poor Dad ini yang difrancaiskan dan menempa kejayaan sebegini?
 
Inilah dia cerita Robert T. Kiyosaki dan buku Rich Dad, Poor Dad-nya ..
Buku Rich Dad, Poor Dad pada asalnya diterbitkan sendiri oleh Robert T. Kiyosaki sekitar tahun 1997. Ditambah dengan menjalankan siri seminar, maka beliau mampu menjual jumlah yang cukup untuk menarik perhatian Warner Business Books – sebuah penerbit buku besar yang mempunyai edaran yang lebih baik.
 
Edisi terkemudian telah terjual melebihi 2 juta naskah semenjak May 2000. Ini di dalam Amerika sahaja. Buku Rich Dad, Poor Dad juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain dan dikhabarkan terjual lima kali ganda daripada jumlah jualan asal di Amerika itu.
 
Mari kita mendalami sedikit apakah yang menjadikan Buku Rich Dad, Poor Dad ini begitu meledak dalam jualannya. Pertama, Robert T. Kiyosaki dengan terang dan jelas telah mengumumkan bahawa buku ini bukan 'buku cepat kaya'. Kedua, di dalam buku ini beberapa kali diulangi bahawa 'orang kaya' mempunyai 'rahsia' yang menjadi tunjang kekayaan mereka dan akan didedahkan di dalam buku ini. Ketiga, bahan di dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk pengajaran dan cerita. Keempat, pengajaran itu diletakkan sebagai pendedahan yang membatalkan mitos lama kepercayaan tentang wang dan kekayaan.
 
Untuk menambahkan lagi kekuatan buku ini, di kulit belakangnya Robert T. Kiyosaki menulis, 'explode the myth that you need to earn a high income to become rich.'
Bagi menjadikan buku ini perbualan ramai, beliau perlu mencipta gimik. Ini boleh dilihat dalam tajuk buku ini – Rich Dad, Poor Dad. Kalau dalam Bahasa Malaysia ia lebih kurang berbunyi – Bapa Kaya, Bapa Miskin. Adakah beliau memiliki dua bapa? Peliknya. Dan inilah antara penyumbang yang menjadikan buku ini sebuah fenomena.
 
Membesar di Hawaii sekitar 1950an, beliau mengatakan bahawa beliau mempunyai dua orang bapa. Setiap seorang daripadanya mempunyai prinsip dan kepercayaan berbeza tentang wang. Buku ini sebenarnya ditulis bersama Sharon L. Lechter tetapi ia diceritakan sepenuhnya daripada sudut pandang Robert T. Kiyosaki.
 
Pada akhir cerita, beliau mengaku bahawa 'Poor Dad' itu sebenarnya adalah ayah kandungnya. Seorang pendidik yang gagal dalam menguruskan kewangan dengan betul dan pada penghujung hayatnya meninggal sebagai orang miskin (walaupun seorang yang amat terpelajar). Kemudian bapa kepada Mike iaitu kawan baiknya; seorang usahawan yang berjaya yang membina empayar perniagaan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara salah seorang terkaya di Hawaii sungguhpun tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Inilah bapa kaya yang beliau maksudkan.
 
Bapa kaya inilah yang beliau jadikan idola. Pada umur 9 tahun beliau membuat keputusan untuk mengikut jejak langkah bapa kayanya ini. Dan dia berjaya! Hari ini, beliau merupakan seorang jutawan – semuanya kerana nasihat dan kebijaksanaan yang diperolehi daripada bapa kaya tersebut. Secara beransur-ansur di dalam buku ini beliau memprotes sistem pendidikan tradisional Amerika yang tidak menerapkan pengetahuan kewangan kepada generasi muda.
 
Buku Rich Dad, Poor Dad berlandaskan tema utamanya bahawa anda tidak akan menjadi kaya disebabkan gaji atau berpendapatan tinggi. Beliau menyatakan apa yang perlu dilakukan ialah 'menumpukan usaha dan kekuatan dalam membina aset yang menghasilkan pendapatan'. Apa contohnya? Di dalam buku ini beliau kerap memberikan contoh berdasarkan hartanah dan spekulasinya.
 
Dan dalam nasihatnya mengenai hartanah, Robert T. Kiyosaki sering mengulangi keperluan untuk membaca lebih banyak buku, rakaman audio, mengikuti kursus dan seminar. Dalam satu baris ayat beliau mengatakan 'saya menjadi kaya dan tidak perlu bekerja lagi disebabkan kursus yang saya ikuti'. Diikuti dengan pengumuman bahawa beliau juga turut mahu membantu secara part-time dengan mengadakan suatu kursus yang diadakan di Phoinex selama tiga hari dengan kos sebanyak $5,000 per individu.
 
Namun, secara peribadi bagi saya tidak kira berapa banyak wang yang Robert T. Kiyosaki buat sebelum ini, yang pastinya beliau membina kekayaan dengan menjual idea bahawa – beliau memegang kunci kekayaan pada masa depan. Salah satu mesej kreatif logik yang beliau hasilkan di dalam buku ini telah meningkatkan kepercayaan rakyat Amerika bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa membina kejayaan kewangan dan hero dalam diri mereka sudah semakin berkurangan. Saya petik tulisan beliau, 'It's one of the most powerful ways we learn that we often lose as adults,' beliau menambah lagi, 'We lose our heroes. We lose our naivete'.

Gambar Bob Kuman Selepas Mendapat Rawatan Jatuh Di Bilik Air

Ini adalah gambar terbaru Bob Kuman selepas mendapat rawatan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.
 
Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat.Kemalangan ini menyebabkan Bob Kuman tidak dapat menghadiri persembahan Maharaja Lawak Mega pada hari jumaat yang lepas.Pada persembahan tersebut,Sobri terpaksa membuat persembahan solo setelah mendapat nasihat daripada Bob dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.
 
Diharap Bob Kuman cepat sembuh dan kembali aktif untuk meneruskan perjuangannya didalam Maharaja Lawak Mega kelak.

OST Tentang Dhia – Ady putra -Dhia Untukku

Lagu OST Tentang Dhia yang dinyanyikan sendiri oleh Ady Putra.Memang menarik kerana originally atau lagu ini dibuatkan khas untuk drama ini.
 
Lirik Lagu Dhia Untukku
Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakan diriku menjadi milikkmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu…cintamu
Sinar mentari pagi
Menyinar rahsia sunyi
Biarlah ku bermimpi
Terlena dibuai sepi
Dhia khayalan cinta
Selama ini kuharapkan
Cuba engkau fahami
Takkan dirimu dilukai
Info terbaru mengenai Drama Tentang Dhia boleh diketahui di FB Tentang Dhia….

Sinopsis Tentang Dhia Slot Akasia TV3

 
 
Slot Akasia kembali lagi dengan drama bertajuk Tentang Dhia di TV3 setelah drama Soffiya menemui episod terakhir pada 8 November lepas.Tentang Dhia mula memenemui penonton pada 9 November dan mempunyai barisan pelakon yang dikenali ramai seperti seperti Adi Putra, Nora Danish, Tasha Shilla, Izreen Azminda, Ako Mustaphadan Irfan Roslan.Drama ini di arah oleh Feroz Khan dan ditulis oleh Azlina Pa'wan dan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 7.00 hingga 8.00 malam.
 
Sinopsis Tentang Dhia
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangan dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
 
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
 
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.
Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
 
Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.
 
Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.
 
Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.
 
Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir?
Sama-sama kita saksikan kesudahan drama ini di TV3 setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 7.00 hingga 8.00 malam.

MISTERI!! Bayi Berumur 1 Tahun Sudah Mengandung??

 
 



Dunia memang makin pelik dan makin banyak misteri manusia yang tidak masuk akal. Yang ini benar - benar budak 1 tahun tetapi hamil. Awalnya Mc tidak percaya dan Mc menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar - gambarnya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar - benar fakta unik dan misteri kehidupan.

Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: " Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya.

Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan










Seram sejuk bila baca berita ni.. dunia sudah akhir zaman, apa-apa pun boleh jadi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...