Adam, Fiza sah bergelar suami isteri

TAHNIAH kepada kedua selebriti, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30 dan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul halim, 32 yang telah sah bergelar pasangan suami isteri, hari ini.

Fiza yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.

Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya.

Rita Rudaini sah bercerai talak satu

SEREMBAN – Konflik rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar dengan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak berakhir semalam selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pemain bola sepak itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Hakim Syarie Hamizan Mohd. Nor membuat keputusan tersebut selepas berpuas hati dengan keterangan pasangan berkenaan berhubung lafaz cerai yang dibuat Mohd. Aidil Zafuan melalui SMS.
Dalam prosiding itu, Mohd. Aidil Zafuan, 26, memberitahu mahkamah dia menghantar SMS tersebut kepada Rita Rudaini, 37, antara pukul 4 hingga pukul 5 petang pada 4 Ogos lalu.
Katanya, dia menghantar SMS tersebut dalam keadaan sedar dan waras tanpa dipengaruhi sesiapa.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...