GAMBAR - Melia Aimiellia Tarik Balik Saman Terhadap Tuduhan Video Bogel!

 
Posted: 25 Mar 2012 07:00 AM PDT
Sidang akhbar yang berlangsung di Saloma Bistro, Jalan Ampang petang tadi telah menjelaskan segala pertanyaan para peminat dan media apabila Melia Aimielia secara rasminya membuat kenyataan bahawa dia sudah memaafkan dan menarik balik kesilapan penulis blog hiburan berkenaan.
"Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.
"Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu," ujar Melia Aimiellia
Dalam pada itu, pemilik blog hiburan berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar gadis mirip Melia Aimiellia bogel itu juga hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh persatuan Seniman. Pemilik blog, Ismail, telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap Melia.
"Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.
"Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini." – Ismail.
Apa yang menarik disini, CiterPanaz masih belum mendapat apa-apa laporan dan pengesahan samada video tersebut asli ataupun palsu. Isu antara Melia Aimiellia dan pemilik blog hiburan tersebut sudah selesai, tapi betulkah video itu video palsu? Ouh, kita lupakan sajalah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Di Set Propaganza LIVE! ... SURPRISE SIOT

 
 
Pelakon dan Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria tengah hari tadi. (VIDEO)
Ketika melamar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh pertunangan dan kahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
Sama sekali tidak dirancang, pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan berkenaan sebagai tetamu jemputan.
Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Milan Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu.

Artis Jadi Anggota Rela

 
 
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk artis-artis tempatan supaya segala aktiviti kebajikan yang dilakukan melalui agensi itu dihargai.
Timbalan Presidennya, Zed Zaidi berkata, usul tersebut telah pun diberi kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Mac lalu dan ia merupakan salah satu usaha Seniman menjaga kebajikan para artis tempatan.
"Tujuan saya mengusulkan cadangan tersebut adalah kerana senang jika kita ingin meminta apa-apa peruntukan daripada pihak kerajaan jika artis kita terlibat dengan aktiviti seumpama itu.
"Saya mencadangkan artis yang menjadi ahli Seniman, mereka sekali gus akan menjadi ahli Rela dan segala pergerakan aktiviti kebajikan dijalankan dengan lebih mudah," katanya pada sidang akhbar khas yang diadakan di Saloma Bistro, di sini, Jumaat.
Sidang akhbar tersebut diadakan bagi membetulkan usul yang menjadi kontroversi sebelum ini iaitu permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan penggunaan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman.
Zed Zaidi (duam dari kiri) bersama sebahagian ahli Seniman.
Zed mendakwa usul berkenan disalah lapor sehingga membuatkan dia menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati khususnya berkaitan permohonan cermin gelap kereta untuk artis.
Sebaliknya kata Zed, usul sebenar ialah permohonan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri, peruntukan Rumah Rakyat 1 Malaysia selain penubuhan unit khas di bawah Rela.
"Saya terkejut apabila kenyataan saya disalah ertikan lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu cermin kereta gelap, saya tidak pernah menyatakannya.
"Apa-apa pun saya meminta maaf sekiranya memang benar saya menyebut perkara itu memandangkan pada hari saya ditemu bual pada Karnival Muzik Belia 2011 bersama Barisan Nasional (BN) pada 5 Mac lalu, fikiran saya berserabut memikirkan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
"Saya harap, menerusi sidang akhbar ini, ia dapat dijelaskan dengan betul," ujarnya.
Tambah Zed Zaidi, sidang akhbar yang diadakan bukan bertujuan ingin memanipulasikan keadaan memandangkan dia dikritik hebat sepanjang minggu lalu gara-gara tiga usul yang dikemukakan sebelum ini.
"Saya harap, pihak luar tidak salah faham dengan kenyataan yang diberikan hari ini kerana saya hanya ingin menjelaskan situasi sebenar kerana jika tidak ia boleh mengelirukan para artis, kerajaan serta masyarakat di luar sana.
Pada sidang akhbar berkenaan, pihak Seniman turut menjemput pelakon baru, Melia Aimiellia, bagi membersihkan namanya gara-gara fitnah penyebaran isu video lucahnya yang tersebar menerusi blog hiburan.
Persatuan tersebut telah membuat pengesahan bahawa wanita yang beraksi lucah dalam video tersebut bukanlah Melia seperti yang didakwa.

Semakan Daftar Pemilih – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 2012



The upcoming 13th Malaysian General Election (Pilihanraya Umum Ke 13 -PRU 13) is expected to be held this year and many forecasted that the month will be June 2012. For those who have registered before as a voter, you can check your registration status online. Do it now and don't wait till very last minute to check Daftar Pemilih SPR.
To check the Electoral Roll is easy. Do it free at The Election Commission of Malaysia -EC (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia -SPR) website. What you need to have is only your MYKad no. and with a single click you can get your registration status.

Alternatively, you can also check  the Electoral Roll via SMS.

Follow the steps below to check using your mobile phone:
  1. Type SPR SEMAK [IC no.]
    Example: SPR SEMAK 821220122222
  2. Send to 15888
Happy checking and vote for the nation.

Aaron Aziz, Zizan dan Johan Kini Milik Astro

 
 
KUALA LUMPUR:Tiga selebriti popular, Zizan dan Johan (Raja Lawak) serta Aaron Aziz secara rasminya menjadi artis di bawah naungan stesen televisyen berbayar, Astro selama tiga tahun.
Menurut naib presiden perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pengurusan karier ketiga-tiga artis berkenaan kini menjadi tanggungjawab pihak Astro, namun mereka masih lagi bebas untuk bekerjasama dengan stesen televisyen lain.
"Pemilihan Zizan, Johan dan Aaron sebagai artis eksklusif Astro berdasarkan bakat dan pencapaian yang diperoleh, selain perjanjian menyebelahi dua belah pihak.
"Kami amat percayakan bakat-bakat mereka yang berpotensi besar daripada segi mengembangkan cabang seni yang diceburi," katanya pada sidang akhbar pengumuman tiga selebriti eksklusif Astro, di sini Rabu..
Tambah Khairul, pihaknya juga berharap Zizan, Johan dan Aaron turut menyumbangkan kreativiti masing-masing sebagai cara menguatkan produk Astro dan mereka sendiri mampu bertahan lebih lama dalam industri seni tempatan.
Selain itu, ketiga-tiga artis ini bakal meneroka pelbagai peluang di bidang seni.
Aaron Aziz misalnya kini sedang menjalani pengambaran untuk sebuah drama dengan 80 episod yang bakal ke'udara di Astro selain kemunculan di filem filem tempatan yang masih dalam perbincangan.
Malah, lebih menarik lagi, Aaron turut bekerjasama di bidang muzik dengan menerbitkan lagu-lagu dan penyampaian radio.
Zizan dan Johan Raja Lawak pula akan diberikan peluang untuk memiliki program kendalian sendiri termasuklah yang terbaru, Superspontan.

Nidji, D’Masiv & Geisha Adakan Persembahan Di Malaysia

 
PETALING JAYA: Tiga kumpulan popular, Nidji, D'Masiv dan Geisha akan berada di Malaysia selama lima hari bagi mempromosikan album baru masing-masing menerusi persembahan jelajah yang diadakan bermula 8 Mac depan.
Penyanyi solo, Astrid turut memeriahkan siri jelajah yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia dan Rumpun Records selaku syarikat rakaman mereka.
Keempat-empat artis ternama ini akan mempromosikan produk terbaru masing-masing berupa album dan single, khususnya Nidji dengan album Liberty, Astrid (Tentang Rasa) serta D'Masiv (Persiapan).
Geisha yang pernah ke negara ini untuk mempromosikan album Meraih Bintangmenampilkan lagu popular mereka Cinta Dan Benci akan terus meraih sokongan rakyat tempatan, berbekalkan single seterusnya Remuk Jantungku.
Dua persembahan berbeza apabila Nidji dijadualkan membuat persembahan pada Hotfm Big Jam di Kuala Terengganu pada 10 Mac depan manakala D'Masiv, Geisha dan Astrid bakal membuat persembahan secara akustik di AEON Jusco AU2, Taman Sri Keramat pada 9 Mac pukul 8.30 malam.
Tiga bintang itu juga akan menyertai Konsert Nusantara 1Malaysia yang akan diadakan di Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang pada 10 Mac 2012, pukul 8.30 malam, disertai kumpulan tempatan seperti 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.
Pada 11 Mac 2012, bertempat di Redbox Plus, Pavilion Bukit Bintang, dekat sini, acara sesi beramah mesra bersama peminat bertuah diadakan dengan kerjasama penaja, Redbox, dan pemenang bertuah yang memenangi peraduan menerusi Suria FM akan diraikan bersama semua artis terbabit.
Pada sebelah malamnya pula, sebuah persembahan 'Sunday Nite Jam' bersama Nidji dijadualkan berlangsung di The Loft, Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur memandangkan peminat di ibu kota tidak berkesempatan melihat sendiri persembahan kumpulan ini dalam acara sebelumnya.
Kumpulan The Malayan turut dicundang bagi mengadakan persembahan pembukaan, dan bakal ditonton kesemua artis yang turut menyertai rangka promosi kali ini.

Bunohan’ Karya Bersifat Peribadi Dain Said

 
KUALA LUMPUR: Selepas kecewa apabila hasil karya filem Dukun tidak dapat ditayangkan, filem drama-aksi yang ditunggu-tunggu, Bunohan, pula menjadi taruhan buat pengarah hebat Dain Said.
Pada tayangan perdana Bunohan yang perlangsung pada malam Rabu di TGV, Kuala Lumpur City Center (KLCC), Dain berkata, dia tidak sabar melihat respons daripada penonton-penonton tempatan pula selepas mendapat pujian dari negara luar.
"Alhamdulillah, Bunohan mendapat respons yang sangat baik di luar negara. Bagaimanapun, filem ini adalah untuk orang kita (Malaysia), jadi semestinya saya mahu lihat respons daripada penonton-penonton tempatan.
"Tambah pula, hasil karya yang dibuat selama empat tahun ini bersifat terlalu perbadi untuk saya, kerana saya bukan sekadar mengarah semata-mata, tetapi menjaga setiap aspek dalam filem ini.
"Saya dan pihak kru produksi bersungguh-sungguh dalam filem ini. Malah, saya bersyukur kerana mempunyai barisan pelakon yang hebat dan kerana mereka jugalah filem ini dapat 'hidup'," katanya.
Filem yang akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura.
Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.
Bunohan yang mendapat tempat di arena antarabangsa menerima Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.
Dalam pada itu, filem itu telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Ditanya, adakah dia mengharapkan pengiktirafan memandangkan Bunohan disanjung tinggi di peringkat antarabangsa, pengarah ini berkata:
"Sebenarnya anugerah bukanlah satu perkara yang penting, tetapi asalkan filem ini dihargai terutamanya daripada kalangan penggiat-penggiat seni dan para penonton, ia sudah mencukupi."
Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan Selatan Thailand, Bunohan, satu kawasan di daerah Tumpat, menceritakan tentang lelaki ganas yang kental.
Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.

Nabil Terkejut Rumah Dimasuki Pencuri

 
 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil (Raja Lawak) melahirkan rasa terkejut apabila diberitahu kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan telah di pecah masuk.
Nabil ketika ditemui berkata, kawasan perumahannya di Kampung Masjid, Mambau itu sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang kejadian pecah masuk malah sebuah kawasan kejiranan yang cukup aman.
"Saya dulu kadang-kadang keluar rumah tak kunci pintu pun kerana tahu kawasan itu sangat selamat dan tidak bimbang akan ada orang masuk merompak.
"Jadi apabila ibu menelefon memberitahu mengenai kejadian saya cukup terkejut kerana selama tinggal di sana tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti itu," ujarnya kepadamStar Online.
Nabil ditemui pada majlis makan malam oleh Rafflesia The Pearl Centre bagi meraikan artis yang pernah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH di Hotel Le Meridien di sini pada malam Rabu.
Nabil bagaimanapun berkata, dia bersyukur ketika kejadian berlaku tiada penghuni di rumah tersebut.
Dalam kejadian pada Rabu, rumah Nabil yang sekarang didiami bapa saudaranya, Rahmat Abdul Latiff telah di pecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah komputer riba telah dilarikan.
Sementara itu, Nabil memberitahu keluarganya telah setahun berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap bersamanya di Jalan Duta, dekat sini.

LUAHAN HATI LIYANA JASMAY TENTANG PERTUNANGANNYA DENGAN JIRANNYA, FATHUDDIN MAZLAN

 
 
KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Keputusan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay,23, untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 28, pada Mac ini benar-benar telah mengejutkan industri hiburan tanah air.
Malah Liayana Jasmay yang pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan, nampaknya begitu bijak menyimpan kisah cintanya bersama ahli pernigaan tersebut daripada dihidu oleh media dan umum.
Sungguh pun begitu, Liayana Jasmay yang mengaku hanya menjalinkan hubungan percintaan yang agak singkat berkata, keputusan untuk bertunang dan seterusnya mengahwini jejaka yang juga kebetulan jirannya, datang secara semula jadi terus dari hatinya yang tulus.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini, kerana ianya benar-benar bercampur-baur.
"Cuma keputusan untuk berkahwin itu datang secara semula jadi, selepas kami masing-masing mengetahui bahawa hubungan kami harus pergi jauh dengan ikatan perkahwinan.
"Lagipun, saya tidak percaya kepada hubungan cinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak dapat membawa ke mana-mana atau tidak sampai ke tahap perkahwinanan.
"Bagi saya percintaan sebenar adalah bila masing-masing membuat keputusan untuk meneruskaan hubungan itu dalam ikatan yang sah," luahnya ketika dihubungi .
Penyanyi lagu Aku Tidak Percaya Cinta yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu, dijangka akan melangsungkan perkahwinannya pada awal tahun hadapan.
Bercerita mengenai keistimewaan Fathuddin iaitu jejaka yang bejaya meyakinkan dirinya untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, Liyana berkata Fathuddin seorang lelaki yang budiman.
"Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan saya yakin untuk menerima dia sebagai ketua keluarga saya.
"Dia seorang lelaki yang sweet dan gentlemen. Malah sentiasa boleh buat saya gembira dan bahagia apabila bersama.
"Bahkan, hubungan kami berjalan dengan lancar kerana keluarga masing-masing merestui dan gembira dnegan hubungan kami," katanya lagi.
Liyana yang akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan biarpun sudah berkahwin kelak, kini sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janji untuk slot Akasia TV3.

Cahaya Malaika Beri Ketenagan Kepada Mawi

 
PETALING JAYA: Selepas dua hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora'Asikin Rahmat (Ekin) akhirnya bersedia mendedahkan wajah anak kesayangan mereka.
Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.
Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi "nur" pada permulaannya.
Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.
Mawi dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh pihak Astro di sini, Khamis berkata, dia amat teruja dengan kelahiran bayi pertamanya itu selepas Ekin beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini.
"Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini," katanya.
Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya "Abi" manakala Ekin pula sebagai "Ummi" untuk anak mereka itu.
Pasangan berkenaan bernikah pada 21 Disember 2008.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...