Aaron Aziz, Zizan dan Johan Kini Milik Astro

 
 
KUALA LUMPUR:Tiga selebriti popular, Zizan dan Johan (Raja Lawak) serta Aaron Aziz secara rasminya menjadi artis di bawah naungan stesen televisyen berbayar, Astro selama tiga tahun.
Menurut naib presiden perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pengurusan karier ketiga-tiga artis berkenaan kini menjadi tanggungjawab pihak Astro, namun mereka masih lagi bebas untuk bekerjasama dengan stesen televisyen lain.
"Pemilihan Zizan, Johan dan Aaron sebagai artis eksklusif Astro berdasarkan bakat dan pencapaian yang diperoleh, selain perjanjian menyebelahi dua belah pihak.
"Kami amat percayakan bakat-bakat mereka yang berpotensi besar daripada segi mengembangkan cabang seni yang diceburi," katanya pada sidang akhbar pengumuman tiga selebriti eksklusif Astro, di sini Rabu..
Tambah Khairul, pihaknya juga berharap Zizan, Johan dan Aaron turut menyumbangkan kreativiti masing-masing sebagai cara menguatkan produk Astro dan mereka sendiri mampu bertahan lebih lama dalam industri seni tempatan.
Selain itu, ketiga-tiga artis ini bakal meneroka pelbagai peluang di bidang seni.
Aaron Aziz misalnya kini sedang menjalani pengambaran untuk sebuah drama dengan 80 episod yang bakal ke'udara di Astro selain kemunculan di filem filem tempatan yang masih dalam perbincangan.
Malah, lebih menarik lagi, Aaron turut bekerjasama di bidang muzik dengan menerbitkan lagu-lagu dan penyampaian radio.
Zizan dan Johan Raja Lawak pula akan diberikan peluang untuk memiliki program kendalian sendiri termasuklah yang terbaru, Superspontan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...