Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Video Marilah Menari arahan Gambit Saifullah

"Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana
tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran
Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan," kata pelakon dan
pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa
selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip
video berbaur seks.


Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video
nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan
mengghairahkan.


Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas
memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami
isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing
mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

"Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan
kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak
berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


"Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube
untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk
menilai sama ada menerimanya atau tidak," katanya.



Tulah kata2 Gambit semalam selepas menyalahkan blogger atas apa yg berlaku.
Ada ke kata blogger salah, ko yang buat salah, ko tanggung sendiri le
Gambit ooo.. tapi respek le kat Gambit sbb muda lagi dah jadi pengarah kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...