GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN MISHA OMAR DAN FIROS

 
Tahniah kita ucapkan kepada Misha Omar kerana sudah menjadi Tunang Orang sekarang ni…Dibawah ini adalah gambar pertunangan beliau dengan Firos.

KHAIRUL FAHMI - Pejabat Apex Disimbah Cat, Dipercayai Angkara Khianat

 
KOTA BHARU – Belum pun reda kontroversi yang melanda penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, selepas dikatakan menjadi punca putusnya pertunangan seorang gadis, semalam pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd pula disimbah cat dipercayai perbuatan khianat.
Pengurusnya, Syed Ahmad Syed Mohd Yusof berkata, beliau mengetahui tentang kejadian berkenaan setelah dimaklumkan pekerjanya yang tiba di pejabat pagi semalam, sebelum mendapati pejabat yang terletak di Jalan Sri Cemerlang, di sini disimbah cat hitam.
"Ini merupakan kejadian ketiga pejabat KFR disimbah cat berwarna hitam. Ketiga-tiga kejadian berlaku dalam bulan ini iaitu pada 5, 10, dan 12 Februari.
"Kami tidak tahu angkara siapa dan apa sebenarnya motif di sebalik semua ini," katanya yang masih terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat berkenaan dipenuhi tompokan cat hitam.
Menurutnya, beliau percayai kejadian tersebut berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi kerana ketika itu suasana di kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.
"Apex (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini, jika sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi dalam kejadian semalam, kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan dalangnya," katanya.
Syed Ahmad berkata, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi, 23, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.
"Saya dan Apex telah membuat laporan polis dan kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu menyelesaikan kes ini," katanya.
Menurutnya, bagaimanapun kini apa yang lebih membimbangkan ialah keselamatan Khairul Fahmi.
"Bila berlaku kejadian macam ni, Apex turut bimbang, manalah tahu dia pula yang dicederakan selepas ini, sebab itulah kami membuat laporan polis, tetapi rasanya tak ada masalah sebab Apex sekarang sudah ada pengawal peribadi yang sentiasa mengiringi pergerakannya," katanya.
Sementara itu, Apex yang juga penjaga gol terbaik Asia, menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, dia akan memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi memudahkan urusan sepanjang siasatan dijalankan.
"Saya tak nak komen apa-apa berhubung kes ini, dan semuanya saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya.

Melia Aimiellia - Video Bogel Melia Aimiellia Nafi Dirinya Dalam Video Lucah Itu

 
Posted: 20 Feb 2012 04:00 PM PST
PETALING JAYA: Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia (Melia) berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut.
Melia atau Noor Melia Aimiellia Zaidi, 19, berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.
"Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?
"Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.
"Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Melia berkata dia agak bimbang dan gelisah ketika mula-mula mengetahui mengenai isu video itu tetapi ia berjaya dihadapi dengan tenang berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan.
"Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.
"Malah, pengarah Karipap-Karipap Cinta, Othman Hafsham sendiri ada menghubungi saya untuk memberikan perangsang kerana tidak mempercayai tuduhan itu.
"Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah," katanya.
Ketika ditanya adakah dia menganggap penyebaran video itu sebagai perbuatan khianat pihak tertentu yang mahu mengaibkannya, Melia berkata perkara itu mungkin berpunca daripada kesilapannya yang pernah mengguriskan perasaan orang lain tanpa disedari sebelum ini.
"Saya tidak mahu tuduh sesiapa dan tidak pasti jika ia adalah perbuatan khianat orang lain terhadap saya. Setiap perkara yang berlaku mungkin berpunca daripada kesilapan saya sendiri sebelum ini.
"Mungkin saya pernah mengguris perasaan orang lain tanpa saya sedari," katanya yang menjalani kehidupan seperti biasa sejak dilanda kontroversi itu.
Terbaru, aktres muda ini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Titisan untuk saluran RTM di Kuala Kangsar, Perak.

Awie Angkat Martabat Silat Dalam Filem Sulung,Jadi Pengarah Filem

 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Awie berkata kecenderungan penggiat filem tempatan yang mengetengahkan seni mempertahankan diri daripada luar menerusi filem-filem mereka membuatkan dia terpanggil untuk memartabatkan seni silat dalam filem sulung arahannya yang dijangka bermula pada Mei depan.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, memberitahu sikap segelintir karyawan filem yang seolah-olah taksub untuk mengangkat elemen "muay Thai", kung fu atau tinju dalam filem aksi tempatan hanya akan meminggirkan seni silat pada mata umum.
"Sebenarnya perancangan untuk mengarah dan menerbitkan filem pertama saya memang sudah lama difikirkan tetapi saya tidak berani kongsikan sebelum ini kerana isu dana.
"Insya-Allah jika segalanya lancar, saya akan memulakan filem sulung yang judulnya buat masa ini saya pilih Merah 2 pada Mei depan.
"Saya sudah lama mengidamkan untuk membuat filem aksi daripada perspektif saya dengan mengangkat ilmu silat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Awie berkata walaupun ia bertunjangkan seni silat, filem yang bertemakan dunia gengster Melayu itu bagaimanapun bakal dihasilkan dengan stail yang segar dan unik berbanding filem-filem silat sedia ada.
"Dalam filem itu nanti, kita bukan hendak menunjukkan bunga dan gerak-geri silat itu secara terperinci. Ia hanya menekankan aspek disiplin dalam seni silat yang disesuaikan mengikut jalan cerita kontemporari.
"Ia akan sarat dengan aksi dan pertarungan seperti filem-filem aksi yang lain tetapi bertunjangkan prinsip persilatan," katanya.
Ketika ditanya adakah penghasilan filem berkenaan dipengaruhi latar belakangnya selaku anak murid persilatan, Awie berkata ilmu dan pengalaman yang dimiliki selama ini wajar diketengahkan bagi menaikkan martabat seni mempertahankan diri itu.
"Secara kebetulan, Allahyarham bapa saya adalah seorang guru silat dan saya sendiri memang mempelajari ilmu silat. Jadi, apa salahnya jika saya mengangkat seni itu ke dalam filem.
"Jika pembikin filem Barat atau Asia yang lain berbangga memartabatkan seni mempertahankan diri mereka, mengapa kita tidak lakukan perkara yang sama," katanya yang merancang untuk mempelawa Afdlin Shauki dan Hans Isaac membintangi filem berkenaan.
Terbaru, Awie bakal beraksi dalam pementasan muzikal Cuci The Musical 3 Last Kopekbermula 2 hingga 18 Mac depan di Istana Budaya.
Dia juga dijangka memulakan penggambaran sebuah filem pada Mac ini, selain turut merancang untuk mengeluarkan album terbaru kumpulan Wings pada tahun ini juga.

TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK PUTUS CINTA HANYA GOSIP MURAH!

 
PETALING JAYA: Pelakon jelita Tiz Zaqyah menyifatkan dakwaan kononnya hubungan cintanya dan aktor Remy Ishak sudah berakhir sebagai gosip semata-mata.
Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 23, berkata spekulasi berhubung keretakan hubungan mereka sekitar dua minggu yang lalu mula tersebar di laman sosial Twitter dan Internet ekoran salah faham yang timbul di kalangan pengikut pasangan itu.
"Ia hanya khabar angin dan gosip. Hakikatnya, tiada apa yang berlaku antara kami.
"Spekulasi yang mendakwa hubungan kami berakhir baru-baru ini adalah salah faham daripada orang ramai sehingga menyebarkan perkara yang tidak berasas itu," katanya
Tiz ditemui pada majlis pra tonton filem terbarunya Cinta Kura-Kura yang berlangsung di Cathay e@Curve, Mutiara Damansara, di sini, malam Selasa.
Ketika diminta untuk menjelaskan secara terperinci mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Tiz bagaimanapun enggan untuk mengulas lebih lanjut.
"Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana dakwaan itu tidak berlaku.
"Apa yang terpampang dalam kemas kini akaun Twitter sebelum ini tiada kaitan dengan hubungan kami," katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon yang melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih ini, berkata pengalaman membintangi filem sulung arahan Nizam Zakaria itu mencabar dan menyeronokkan.
Tiz yang bergandingan dengan aktor Aeril Zafrel, Zizan Razak dan Fizz Fairuz dalam filem tersebut, mengakui berhadapan kesukaran untuk berkomunikasi dengan kura-kura sepanjang penggambaran berlangsung.
"Ini adalah pengalaman pertama saya perlu berkomunikasi dengan haiwan iaitu kura-kura di dalam filem.
"Ia adalah proses yang rumit dan mencabar serta menuntut imaginasi yang tinggi bagi membayangkan watak-watak yang tidak wujud di depan mata," katanya.

Gambar Kad Kahwin Lisa Surihani & Yusry

 
Pada minggu ini, rata rakan media telah pun menerima kad jemputan untuk menghadiri Majlis Resepsi pasangan artis tersohor Lisa Surihani dengan Yusry Abdul Halim.
Dibawah ini adalah gambar-gambar kad kahwin Lisa Surihani dan Yusry:-
kad kahwin lisa
dan semalam, Lisa & Yusry telah merasa menu hidangan untuk majlis besar mereka di PICC Putrajaya.
lisa yusry

SHARNAAZ AHMAD DAN SHILA AMZAH MENGAKU SEDANG HANGAT BERCINTA

 
"Pada ketika ini saya dan Shila memang sedang bercinta. Dia ada ciri-ciri wanita yang saya mahukan. Shila seorang yang sangat memahami diri saya. Dia juga sentiasa memberi sokongan dalam kehidupan dan kerja saya. Paling penting dia mampu membuat saya berasa tenang dalam apa jua keadaan," luah Sharnaaz Ahmad apabila diminta mengulas tentang status perhubungannya dengan Shila Amzah.
Sementara itu, Shila menafikan dia dan Sharnaaz sengaja menyembunyikan hubungan cintanya daripada pengetahuan peminat dan pihak media. Jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Patah Seribu' itu sebelum ini dia dan Sharnaaz hanya kawan biasa.
"Sebelum ini saya bukan sembunyikan status hubungan kami, tetapi ketika itu memang kami tidak punya hubungan istimewa. Hanya berkawan. Jadi, saya menjawab berdasarkan status hubungan kami ketika itu. Kini, saya mengakumemang kami bercinta. Terpulang kepada peminat untuk penilaian. Kami buat pengakuan ini bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk, tetapi mahu berterus-terang. Kami tidak mahu peminat membuat andaian sendiri," ulas Shila pula.
Mengimbas tentang perkenalan mereka, pasangan ini memberitahu mereka pertama kali bertemu pada dua tahun lepas iaitu ketika dipertemukan dalam sesi fotografi yang diadakan oleh sebuah majalah hiburan. Menurut Sharnaaz, ketika itu baik dia mahupun Shila masing-masing tidak menunjukkan sebarang minat untuk berkenalan lebih dekat. Namun, kiriman SMS Shila telah membuka jalan untuk mereka berkawan lebih rapat.
"Sejujurnya, kami tidak saling memikat. Memang ada terjumpa beberapa kali selepas sesi fotografi itu, tetapi tidak berpanjangan sehingga ke tempat lain. Tapi selepas saya hantar satu SMS kepada Sharnaaz selepas menonton lakonannya dalam cerita 'Ungunya Cinta', kami saling berhubungan dan akhirnya menjadi rapat. Memang dah kenal dua tahun, tapi kami baru empat bulan keluar bersama. 'Declare' pun baru-baru ini, sebelum AJL tempoh hari," tambah Shila pula.
Bagaikan menjadi adat, apabila ada artis yang mengaku bercinta, pasti ada yang tertanya sama ada ada perancangan untuk berkahwin atau tidak. Sharnaaz dan Shila tidak terlepas dengan persoalan ini.
Menurut pasangan ini perancangan untuk mendirikan rumah tangga memang ada, tetapi mereka tidak mahu tergesa-gesa. Bagi mereka, perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang cukup besar dan mereka mahu mempersiapkan diri untuk menempuh alam itu.
"Saya sudah berumur 27 tahun dan sudah tentu saya ada terfikir untuk berkahwin. Namun, saya tidak mahu tergesa-gesa. Berkahwin ini bukan perkara main-main. Kami masih dalam proses saling mengenali. Saya tidak memberi tekanan kepada diri untuk melangsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga saya, mereka tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin," ujar Sharnaaz.
Bagi Shila pula, dia berpendapat dirinya belum cukup sempurna untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Jelas anak kepada ND Lala ini, dia dan Sharnaaz masih belajar tentang karektor masing-masing. Jadi, dia mahu memberi masa kepada diri masing-masing untuk mencari keserasian.
"Sama seperti pasangan lain, kami juga ada berbincang tentang perkahwinan dan perancangan untuk melangkah ke alam perkahwinan itu memang ada, tetapi saya tidak mahu meletakkan garis masa kepada hari itu. Biarlah kami betul-betul bersedia. Doa-doakanlah agar perhubungan kami ini berkekalan dan menuju ke arah kebaikan," ujar Shila.

Gambar Ana Rafali Kini Bertudung

 
 
Tahniah kita ucapkan kepada Ana Rafali kerana sudah bertudung.Maklumlah dah nak kahwin tak lama lagi jadi keputusan positif untuk bertudung ini amatlah baik.Betul tak?
 
Cantik kan? Sweet sangat. Mula-mula berdebar jugak nak tengok style tudung Ana Rafali. Almaklumlah zaman sekarang nie banyak sangat stylenya. Good job Ana Rafali. Semoga selepas ini rezeki anda akan lebih dimurahkan. Tahniah sekali lagi atas penghijrahan ini.

Johan (Raja Lawak) Tidak Mahu Disamakan Dengan Din Beramboi

 
PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, menolak tanggapan segelintir pihak bahawa dia bakal menggantikan tempat populariti pelawak tersohor, Allahyarham Din Beramboi.
Johan berkata, dia enggan lawak yang dilakukannya dikatakan sama dengan Din yang pernah menjadi penyampai radio Era FM.Sebaliknya dia ingin mewujudkan fenomena baru di kalangan para peminatnya.
"Saya tak mahu gantikan sesiapa termasuklah Allahyarham Din Beramboi kerana saya ingin memberikan satu pembaharuan dalam bidang komedi industri tempatan kita dan kalau boleh mahu mewujudkan satu fenomena baru buat masyarakat."Bagaimanapun, tak dinafikan, saya mengambil ilmu daripada pelawak-pelawak senior ini dengan belajar cara mereka memperoleh kejayaan yang besar," tegasnya.
Tambah Johan, walaupun dia sering dikatakan antara pelawak muda yang hebat, Johan yang juga penyampai tetap di radio Era FM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff berkata, sehingga kini di sukar menilai dirinya dalam setiap persembahan yang dilakukan.
Namun dia percaya nilaian atau kritikan daripada pemerhatian penonton adalah yang terbaik.
Dalam pada itu, dia sedar, membuat orang ketawa bukannya mudah lebih-lebih lagi jika pengikut setianya sudah tahu idea lawaknya sebelum ini, justeru itu ilham baru sangat diperlukan agar penonton tidak bosan dengannya."Saya seorang yang sukakan pembaharuan dan percaya penonton juga begitu. Jadi saya perlu mempelbagaikan lawak mengikut isu-isu semasa selain kehidupan masyarakat Malaysia yang terkini.
"Oleh itu, saya akan belajar apa sahaja untuk mengasah bakat termasuklah baru-baru ini saya dan Zizan telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui penggunaan bahasa yang sesuai apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak selain mengasah bahasa Malaysia saya," ujarnya.
Johan bergandingan dengan Zizan (Jozan) kini sedang sibuk dengan persembahan 'stand-up comedy' Lawak Ke Der yang telah pun memulakan pementasannya pada 3 Februari lalu.Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2.

Expo Buku 1Malaysia di PWTC (1-6 Feb 2012)

1Malaysia Book Expo
 

FARAHWAHIDA BAKAL BERKAHWIN DENGAN MR R.TAHNIAH!

 
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Penyanyi hitam manis, Farawahida Razali atau Farawahida akui telah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka yang mahu dikenali sebagai Mr. R.
Mula menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu, Farawahida berkata dia bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini.
"Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R .
"Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari.
"Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun.
"Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri.
"Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my.
Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta.
Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan.
"Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah.
"Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin.
"InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga.
"Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi.
Farawahida yang baru tampil dengan single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi itu bakal mengadakan persembahan di Malam Kebudayaan Negeri Perak pda 17 Februari ini.

Ibu Shila Amzah Nafikan Khabar Angin Perkahwinan Shila

 
Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin kan? Zaman sekarang pun mana ada lagi orang mereka-reka gosip, that is sooo 90's.
Terbaru, sayup-sayup terasa angin bertiup di telinga bahawa Shila Amzah sudah merancang untuk berkahwin. Dengan siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad, jejaka kacak yang berjaya menawan hati penyanyi yang popular dengan lagu "Patah Seribu" ini.
Kalau sebelum ini, mereka berdua hanya memberitahu bahawa status mereka cuma 'teman tapi mesra', kemudian sudah ber-'bee' pula di laman Twitter. Baru-baru ini ketika di AJL 26, pasangan muda yang sedang mencipta nama dalam dunia seni hiburan ini dilihat berpegangan tangan tanpa berselindung. Auwww!
Hangat bercinta ya? Disebabkan khabar angin yang bertiup, OHBULAN! dengan segera menghubungi ibu Shila untuk mendapatkan kepastian.
"Aik, macam mana awak tahu perkara yang kami sendiri belum tahu? Setakat ini tak pernah lagi kami bincangkan mengenai hal kahwin. Lagipun Shila mahu fokus dahulu terhadap kerjaya seninya. Sekarang pun jadual dia sangat padat sehingga bulan Mei nanti," ujar ibu Shila tergelak menafikan khabar angin tersebut.
Bukan niat kami mahu suka-suka terjah artis tanya pasal kahwin, tapi apa salahnya kalau benda yang baik seperti kahwin ini dikongsi bersama peminat, kan? Lagipun, ada lebih kurang 170 ribu 'followers' Twitter Shila yang sedang menunggu berita gembira ini.
Tambah ibu Shila lagi, "Buat apa nak berahsia, kalau betul perkara baik ini berlaku, kami akan kongsi dan beritahu pada umum. Benda baik kan tak elok disimpan-simpan."
Biasalah, jawapan-jawapan begini selalu diterima kami ketika temubual. Namun jika benar Shila sudah merancang untuk berkahwin, tahniah dan moga dimurahkan rezeki. Mungkin Sharnaaz Ahmad boleh jawab mengenai spekulasi yang timbul pula selepas ini.
Shila Amzah kini sedang sibuk merakamkan single terbarunya dan sidang akhbar mengenainya akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Anuar Zain - Terima Royalti RM18,859.38

 
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi Anuar Zain.Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurul Nadzia Abdul Aziz membuat keputusan itu di dalam kamarnya. Hari ini ditetapkan untuk keputusan taksiran jumlah royalti yang perlu dibayar syarikat rakaman itu kepada penyanyi itu bagi penjualan dua albumnya.
Peguam yang mewakili Anuar, Aizul Rohan Anuar hadir di mahkamah. Bagaimanapun, Anuar dan wakil daripada Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd tidak hadir.Dalam penghakimannya, Nurul Nadzia berkata jumlah royalti sebanyak RM18,859.38 itu dikira daripada jumlah album yang dijual dari unit 15,000 sehingga unit terakhir yang dijual dan bukannya dikira dari unit pertama penjualan album itu.
"Mahkamah mengguna pakai perkiraan royalti yang dibayar kepada plaintif (Anuar) dalam mengira royalti yang perlu dibayar dan setelah meneliti perkiraan itu, mahkamah mendapati bahawa royalti sebanyak 10 peratus hanya akan dibayar bagi unit yang terjual dari 15,000 ke 29,999," katanya.
Selain itu, mahkamah juga mendapati dalam perkiraan royalti itu, tiada apa-apa rujukan dibuat terhadap penolakan kos produksi dan perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat rakaman itu.
Nurul Nadzia berkata dalam memutuskan jumlah royalti itu, mahkamah tidak mengambil kira hujahan defendan (Syncrosound) bahawa kos produksi dan perbelanjaan adalah lebih tinggi daripada royalti yang telah dibayar kepada Anuar, kerana tiada keterangan yang diberikan oleh defendan bagi menyokong kenyataan itu.
Sementara itu, Aizul Rohan ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau tidak menolak kemungkinan Anuar akan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini."Saya akan berbincang dengan Anuar mengenai perkara ini dan sekiranya kedua-dua pihak, sama ada Anuar atau Syncrosound tidak bersetuju dengan keputusan ini (jumlah royalti), mereka ada hak untuk membuat rayuan," katanya.
Pada 14 Mei 2010, Anuar menang kes saman tuntutan balasnya terhadap Syncrosound Records.Mahkamah Tinggi kemudian memerintahkan syarikat rakaman itu membayar royalti kepada Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 42, hasil jualan dua albumnya.
Syarikat rakaman itu memfailkan satu saman terhadap penyanyi itu pada 21 April 2006, atas dakwaan melanggar perjanjian kontrak kerana tidak merakamkan tiga lagi album dengan syarikat itu. Kes itu ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007.Susulan itu, Anuar pada 20 Jun 2006 memfailkan saman balas terhadap Syncrosound dan memohon diberikan butiran atau penyata penjualan kesemua album yang diterbitkan oleh Syncrosound selain bayaran royalti yang diperuntukkan dalam perjanjian. – Bernama

Diana Danielle - Tidak Kawal Tabiat Makan & GAMBAR BERSAMA ANAK2 SPESEL

Posted: 03 Feb 2012 05:40 PM PST
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 21, mengakui tidak akan menjaga tabiat pemakanan selepas tamatnya sesebuah penggambaran filem.Diana berkata, menikmati makanan merupakan salah satu perkara kesukaannya memandangkan setiap kali menerima tawaran berlakon, dia terpaksa berdiet mengikut watak yang diinginkan selain perlu kekal cerdas ketika di lokasi penggambaran.
"Saya hanya mengawal makan dan minum apabila ada projek baru sahaja dan akan 'lepas tangan' apabila selesai dengan kerja berkenaan."Saya seorang penggemar makanan. I'm American!" selorohnya.
Bagaimanapun, tambah kekasih kepada pelakon Farid Kamil ini, menikmati apa saja makanan bukanlah satu kredit untuk dirinya tetapi dia akan melakukan senaman pada masa terluang.
"Selain itu saya turut amalkan pengambilan makanan tambahan untuk kekal cerdas setiap hari dan mempunyai tidur yang cukup kerana ia dapat membantu diri lebih segar dan tidak mudah jatuh sakit."Beberapa hari sebelum penggambaran pula, saya kembali kepada penjagaan makanan secara sihat dan yang penting sekali, pengambilan air suam perlu diambil dengan kerap.
Sementara itu, Diana juga mempunyai hobi dengan melawat kaum etnik Orang Asli di beberapa lokasi tertentu.Diana memberitahu, kerana kekagumannya mengenai keunikan kaum itu, dia menyimpan impian untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kehidupan Orang Asli.
"Saya berharap sangat untuk menghasilkan sebuah dokumentari tentang mereka dan setakat ini saya sedang menyiapkan sebuah cadangan selain membuat beberapa kajian lain," ujarnya ringkas.

Leuniey Natasha - Gambar Leuniey Natasha,Awek Baru Khairul Fahmi Che Mat?

 
Ini dia gambar Leuniey Natasha yang dikatakan kekasih baru Khairul Fahmi Che Mat @ Apex.Betul ke??Anda boleh membaca berita lanjut disini,Khairul Fahmi Apex Putus Cinta Dengan Dahlia Teck Untuk Leuniey?.
Jika benar,memang malanglah siapa yang jadi kekasih Apex ni.Pasti akan ditinggalkan jika Apex jumpe orang yang lebih cantik.Hahaha…

ANI MAYUNI - PENYANYI DANGDUT, DIPUKUL DAN DITENDANG SUAMI

 
 
KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.
Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.
Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

AirAsia X Promotion to Tokyo and Osaka

 
 

AirAsia X has launched 2 promotion for its route to Japan, i.e Tokyo and Osaka. The details of the offer as listed below :
 
 
AirAsia X will increase its flight frequency to Tokyo (Haneda), Japan, from its current three flights weekly to six effective March 23.  AirAsia X in a statement here also said from June 22, it will operate daily flights from the Low Cost Carrier Terminal in Kuala Lumpur to the Japanese capital.  The airline in addition, currently flies, four times weekly to Osaka.
In conjunction with this sales, AirAsia X is offering guests a promotional all in fare from as low as RM199 one way on economy to Tokyo from Kuala Lumpur. Buy online now to enjoy great discount.
 
 
The Fly flat to Osaka offers premium seat as low as RM599 for 1 way. The booking period is from 30 January 2012 – 29 February 2012 and for travel from 30 January 2012 – 31 March 2012
Fly flat to Osaka now from RM599.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...