GAMBAR REMY ISHAK – LAGU KELIP KELIP

 
KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak mengakui berasa malu menyanyikan lagunya sendiri walaupun single terbarunya iaitu Kelip-Kelip sudah siap untuk di keluarkan.
Remy berkata, dia tidak mempunyai keyakinan untuk menyanyikan single yang dihasilkan untuk filem 29 Februari itu kerana tiada pengalaman membuat persembahan pentas.
 
"Jangankan membuat persembahan di hadapan penonton, semasa penggambaran babak yang memerlukan saya menyanyi pun saya berasa malu. Bagaimanapun, jika ada permintaan Insya-Allah saya akan lakukan," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.
Remy berkata, pada asalnya lagu tersebut dirakamkan untuk dimasukkan ke dalam satu babak filem berkenaan namun Edry Abdul Halim yang juga komposer terlibat mahu melancarkannya sebagai single.
 
Bagaimanapun katanya dengan menyanyi ia berjaya meningkatkan keyakinannya untuk bergelar seorang artis.
"Lagu tersebut adalah sebahagian daripada projek filem tersebut dan tidak terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang penyanyi. Bagaimanapun ia adalah satu pengalaman yang cukup berharga buat diri saya.
 
"Filem 29 Februari adalah sebuah karya cinta yang banyak main dengan emosi dalaman tambahan pula saya perlu menghayati lirik lagu berkenaan.

Bakal Berganding Dengan Kamal Adli, Wajah Olivia Jensen Mirip Intan Ladyana?

 
 
Semalam telah diadakan majlis pra tonton filem Germis Mengundang dan telah berpeluang menyaksikan filem romantik yang menyanyat hati itu.
Sempat juga dikongsikan beberapa foto menarik sepanjang majlis sidang media selepas berakhirnya majlis pratonton berkenaan.
Dalam banyak-banyak gambar, pastinya kami sangat tertarik untuk melihat sejauh mana cantiknya heroin filem ini yang dipegang oleh pelakon muda berbakat besar dari Indonesia iaitu Olivia Jensen.
Alamak sekali imbas, kami sangkakan itu adalah Intan Ladyana yang merupakan kekasih sebenar hero dalam filem berkenaan, Kamal Adli.
Malah ada yang turut bersetuju dengan persamaan antara mereka itu dan katanya persamaan lebih ketara bila dilihat di dalam filem arahan ahmad Idham itu sendiri.
Olivia Jensen, gadis berusia 19 tahun itu mempunyai beberapa persamaan dari beberapa aspek seperti matanya, bentuk wajahnya, senyuman dan fizikal mereka yang masing-masing langsing serta memiliki kulit putih melepak.
Apa yang lebih penting mereka sama-sama cantik dan lembut orangnya.
Bagi firasat kami, mungkin pengarah filem itu sengaja mengambil Olivia Jensen untuk disepadankan dengan Kamal Adli bagi melahirkan keserasian dan persamaan, malah dekat dengan penonton kita di sini.
Maklum sajalah, selama ini peminat sering dihidangkan dengan gandingan Kamal Adli dan Intan Ladyana. Jadi apa salahnya sekarang mereka ambil wajah seiras pelakon jelita itu digandingkan dengan Kamal Adli, meskipun itu bukanlah orang yang sama.
Senanglah sikit untuk Kamal Adli memegang wataknya.
Bila deteliti sekali lagi mungkin juga wajah Olivia ini mempunyai persamaan dengan pelakon drama, Anith Aqilah, pelakon Kau Dan Aku.

Gambar Mulan Jameela, Siapa ni?

GAMBAR - Zed Zaidi Dipilih Sebagai Presiden Baru Seniman

 
Zed Zaidi berjanji akan mengubah Seniman dengan pelbagai program bagi merancakkan lagi aktiviti persatuan itu.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013.
Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu dengan 152 undian.
Selain Zed, dua lagi calon yang turut bertanding merebut jawatan itu adalah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).
Manakala Elyas Iskandar telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru dengan majoriti undian sebanyak 97 undi.
Seramai 220 ahli yang layak telah membuang undi untuk pemilihan jawatankuasa terbaru itu.
Sebelum itu, Zed yang sepatutnya bertanding jawatan tersebut dengan bekas presidennya iaitu Datuk Mustapha Maarof bagaiamanpun beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri sebelum pengundian dimulakan.
Dalam pada itu, Zed ketika ditemui berkata, dia amat berterima kasih dengan semua ahli yang telah mengundinya dan memberitahu ia adalah bukti ahli Seniman telah bersedia untuk menerima pucuk muda sepertinya untuk memimpin persatuan itu.
Zed memberitahu, dia berbangga dapat memimpin Seniman yang telah berusia 38 tahun itu dan berjanji akan memastikan semua ahli akan terbela nasibnya.

Harun tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang selama satu penggal.
 
"Saya akan memastikan semua nasib ahli Seniman akan terbela dan sudah sampai masanya imej para artis di negara ini perlu ditingkatkan," katanya.
Mengulas mengenai pengunduran Mustapha sebagai calon Presiden, Zed memberitahu dia menghormati keputusan beliau dan berharap akan dapat bekerjasama dengannya dalam memperbaiki Seniman.
"Beliau adalah orang lama dan banyak pengalaman. Kami dipihak Seniman akan terus bekerjasama dengannya dalam mengambil kira pandangan dan ideanya sebagai orang berpengalaman dalam Seniman," katanya.
Sementara itu, bekas presiden Seniman penggal 2010/2011 iaitu Harun Salim Bachik yang tidak mempertahankan jawatannya memberitahu dia yakin Zed dapat membawa Seniman ke arah yang lebih baik dan berharap semua ahli akan bersatu hati dalam memastikan persatuan itu dihormati.
"Harap-harap Zed akan dapat membawa Seniman ke tahap yang lebih tinggi lagi," ujarnya.
Tambah Harun, dia juga akan terus setia bersama Seniman sebagai ahli dan sedia memberi pandangan sekiranya diperlukan pada masa akan datang.

Liyana Jasmay mengakui berasa berat hati untuk meninggalkan tunangnya, Fathuddin Mazlan akan mengikuti kursus jangka pendek perfileman di New York, Amerika Syarikat.

 
 
Liyana Jasmay.
 
KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay mengakui berasa berat hati untuk meninggalkan tunangnya, Fathuddin Mazlan selama enam bulan kerana mengikuti kursus jangka pendek perfileman di New York, Amerika Syarikat.
Liyana, 24, berkata, dia bagaimanapun berasa sedikit lega apabila Fathuddin berjanji akan melawatnya di sana jika mempunyai waktu terluang.
"Sudah tentu saya berat hati nak tinggalkan orang yang saya sayang tetapi pemergian ke New York adalah untuk kebaikan dan masa depan saya.
"Saya perlu tabahkan hati untuk mengharungi cabaran ini tetapi dia berjanji akan datang melawat saya," ujarnya.
Liyana bakal berangkat ke negara itu pada akhir Jun depan untuk mengikuti kursus di New York Film Academy dalam bidang pengarahan dan lakonan.
Pelakon itu akan kembali ke Malaysia pada akhir Disember sebelum melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya pada 24 Januari 2013.
Dalam pada itu, Liyana berkata, dirinya telah banyak berubah selepas bertunang dan lebih fokus terhadap sesuatu perkara selain banyak menghabiskan masa di rumah.
Ujar Liyana, sikapnya itu bukan atas paksaan sesiapa tetapi daripada kesedaran dirinya sendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Bukan la kata sebelum bertunang ni saya sering keluar sana sini tetapi bila dah bertunang ni saya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan tunang.
"Saya lebih tahu apa kepentingan dalam hidup saya dan berharap pemergian ke New York akan memberi lebih pengalaman dan fokus terhadap kehidupan dan kerjaya," ujarnya.
Sementara itu, Liyana berkata, dia kini sedang sibuk menghabiskan semua penggambaran filem dan drama yang telah dipersetujui sejak awal sebelum berangkat ke negara itu.
Liyana memberitahu, dia baru sahaja menyelesaikan penggambaran filem Tokan dan akan kembali ke set filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj Azmi dalam masa terdekat.

PENYANYI TO’KI JADI PEMINTA SEDEKAH DI PASAR BORONG SELAYANG?

 
PETALING JAYA: Penyanyi popular era 90 an, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur kecewa apabila ada laporan mendakwa dia menjadi peminta sedekah dan sering merayau-rayau di Pasar Borong Selayang, dekat sini.
To'ki berkata, cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu.
"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai.
"Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
To'ki yang popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman itu diminta mengulas komen seorang individu menerusi satu lambang sembang yang mendakwa melihat dia merayau-rayau di Pasar Borong, Selayang sambil meminta sedekah.
Dalam pada itu kata To'ki berkata, dia tidak menafikan sering berkunjung ke pasar borong tersebut untuk bertemu rakan-rakannya dan bersarapan pagi di kedai berhampiran.
Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.
"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.

Gambar terbaru Najwa Latif, Yuna

 

Ebby Yus Usaha Keras Demi ‘Adam Lai Restoran’

Ebby Yus usaha keras demi 'Adam Lai Restoran'
Sebut sahaja nama Ebby Yus, pasti ramai terbayang wajah pelawak ini yang sering menggunakan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan. Mula melangkah dalam bidang seni sejak 1983, pemilik nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, masih aktif dalam bidang lakonan sehingga kini.
Mengakui masih menerima pelbagai tawaran lakonan, kini aktiviti seninya terpaksa dikurangkan untuk memberi komitmen dalam bidang perniagaan makanan yang baru dikendalikannya. Tidak pernah berhasrat untuk berundur dari bidang seni yang diceburi sejak tiga dekad lalu, perniagaan ini adalah percaturan Ebby untuk melebarkan kerjayanya dalam bidang yang lebih memberi jaminan.
Mempertaruhkan, Adam Lai Restoran, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Ebby mendapat kerjasama daripada tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.
Berkonsepkan masakan Cina Muslim, Adam Lai Restoran, yang baru sahaja diperkenalkan sejak 11 Mac lalu, mendapat sambutan yang menggalakkan. Bukan sahaja pelanggan beragama Islam, restoran ini turut menarik perhatian bangsa lain seperti India dan Cina bagi menikmati hidangan kegemaran mereka.
"Alhamdulillah, untuk tiga bulan pertama, sambutan sangat memberangsangkan. Kami cuba menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengunjung. Lebih 100 jenis menu ditawarkan kepada penggemar masakan Cina Muslim yang mengalami kesukaran mendapatkan hidangan halal.
"Antara menu istimewa yang disediakan ialah Adam Lai Chicken, Golden Pumpkin Taufu, Steam Suen Star Spot with Essense of Chicken, Ling Sim Steam Chicken, Butter Prawn, Sichuan Cold Spicy Chicken, Loo Up Duck dan Coconut Prawn," jelas Ebby yang pernah memiliki restoran di Kampung Baru.
Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis ikan, termasuk siakap, kerapu dan bawal emas yang dihidangkan dalam bentuk stim halia, stim cili padi taucu, kari nyonya serta cheong pao.
Selain itu, terdapat juga daging lembu dan rusa yang dihasilkan dengan tujuh jenis masakan, seperti wok chai, kong pao, black pepper, kam heong serta clay pot.
Restoran yang mampu memuatkan hampir 300 pelanggan dalam satu masa ini beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain itu, terdapat juga dua bilik VIP berasingan yang memuatkan 20 tetamu. Restoran ini juga menawarkan harga yang berpatutan dan lebih rendah berbanding restoran Cina Muslim yang lain.
Pemilihan nama restoran
Walaupun restoran ini melibatkan empat rakan kongsi, namun mereka sepakat menggunakan nama salah seorang daripada mereka yang juga chef, Muhammad Adam Lai Abdullah. Menurut Ebby, nama Adam Lai dilihat lebih sinonim dengan Cina Muslim, bersesuaian dengan konsep restoran.
"Adam telah memeluk Islam sejak tahun 2007 dan pernah bekerja di beberapa restoran Cina Muslim termasuk Mohd Chan. Adam memiliki 20 tahun pengalaman memasak. Dia mempunyai ramai rakan yang berbangsa Cina di Singapura. Jadi, jika terdapat menu terbaru, Adam akan cuba mempraktikkan menggunakan caranya sendiri," katanya.
Jelas Ebby, untuk memastikan kualiti makanan, restorannya mempunyai pembekal bahan mentah sendiri. Bekalan bahan mentah seperti makanan laut akan diambil dua hari sekali, manakala sayur pula, setiap hari.

PANASS!! Abby Abadi Nafi Sertai Pas!!

Aiman Vanila Coklat Top 10 Di Google

Aiman Hakim Ridza atau Aiman memang semakin popular dalam kalangan peminat sejak berlakon dalam drama rantaian popular Vanila Coklat di TV3 dengan episod akhirnya pada Selasa lalu ditonton seramai 4.5 juta penonton.
Jangan ada yang terkejut jika fakta sebenarnya, Aiman, 23, yang mula terjun dalam bidang seni menerusi program realiti nyanyian, Mentor, kini menjadi subjek carian kesembilan tertinggi daripada sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google Malaysia baru-baru ini dan dalam kenyataan mereka, Aiman merupakan selebriti tunggal tempatan yang berada dalam senarai sepuluh carian tertinggi tersebut.
Aiman yang ditemui pada majlis tontonan episod akhir drama Vanila Coklat bersama peminat di Rasta, Damansara, Selangor malam Selasa lalu ternyata cukup terkejut dengan penerimaan peminat terhadapnya bagaimana masih belum meninggalkan cita-citanya sebagai penyanyi.
Kosmo!: Apakah perasaan Aiman apabila diumumkan sebagai satu-satunya selebriti tempatan dalam senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di Malaysia sepanjang bulan Februari lalu?
Aiman: Saya tidak tahu bagaimana nak cakap tetapi mestilah gembira. Saya tahu pun apabila terbaca di akhbar baru-baru ini. Syukur selepas berlakon beberapa buah drama Vanila Coklat drama kelima lakonan saya dan ia benar-benar berjaya melonjakkan nama saya. Terima kasih buat peminat setia Vanila Coklat.
Apabila dikerumuni peminat dan semakin dikenali, Aiman rasa diri makin popular?
Entahlah, saya masih macam dahulu lagi, saya masih orang sama cuba yang bezanya penerimaan orang terhadap saya berubah. Kalau dulu saya pergi ke mana-mana tiada orang yang kisah, sekarang Alhamdulillah ada juga orang kenal (ketawa).
Mungkinkah Aiman menjadi pelakon kerana kerjaya nyanyian yang tidak berapa menjadi?
Apa yang boleh saya katakan adalah peluang yang datang. Saya tidak sangka saya akan dikenali seperti hari ini, tetapi bagi saya lakonan juga satu cabang seni. Walaupun saya lebih dikenali sebagai pelakon hari ini tidak bermakna saya lupakan bidang nyanyian.
Nama Aiman memang semakin popular tetapi ada juga pihak yang mengatakan lakonan Aiman masih kaku. Komen?
Saya akui perkara itu sebab saya pelakon baharu. Masih terlalu banyak perkara tentang ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Bagi memantapkan lagi mutu lakonan, saya telah meminta ibu saya mendaftarkan saya di sebuah kelas lakonan.
Nampaknya Aiman kini semakin sibuk di set penggambaran, ada masa untuk rakam lagu?
Ada. Sebuah lagu berjudul Bicara Hati yang dicipta oleh Adi Six Sense, saya akan nyanyikan lagu itu untuk dijadikan lagu tema sebuah drama. Saya tidak pernah lupakan bidang nyanyian, buat masa ini saya tidak boleh janjikan apa-apa lagi tetapi saya mempunyai perancangan untuk muncul dengan single tidak lama lagi.
Tidak ada sebarang kerjasama dengan bekas mentor dalam program Mentor, Rahim Maarof?
Rasanya tidak kerana dia pernah berkata mahu bersara daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada keluarga, jadi saya tidak mahu menyusahkan Rahim Maarof. Lebih baik saya bergerak sendiri.
Projek terbaharu selepas drama Vanila Coklat berakhir?
Saya ada mendapat beberapa tawaran drama dan filem. Filem itu datangnya daripada produksi yang menerbitkan drama Vanila Coklat sendiri.
Mungkinkah ada sambungan Vanila Coklat versi filem?
Mungkin (ketawa). Saya tidak tahu, harus tunggu dan lihat sahaja.

Neelofa - lancar produk minuman kesihatan Bella Vita. Boleh sihat macam Neelofa ke?

Pelakon dan pengacara, Neelofa bersama kakaknya, Noor Nabila, dan ibunya Noor Kartini, melancarkan produk minuman kesihatan dan kecantikan istimewa buat mereka yang ingin tampil cantik dan sihat. Produk yang dinamakan BellaVita ini adalah hasil penyelidikan selama setahun dan ia menggabungkan kaedah perubatan secara tradisional dan moden.
 
Menurut Lofa, BellaVita adalah cetusan ideanya bersama kakak dan ibunya sendiri. Mereka memilih minuman kesihatan untuk dipasarkan kerana ingin berkongsi amalan diet yang diamalkan sejak sekian lama.
 
"Sejak di bangku sekolah lagi, emak sudah latih saya mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan juga vitamin tambahan. Setiap kali bersarapan, meja makan kami akan dipenuhi dengan pelbagai jenis vitamin dan jus buah-buahan. Selain itu, emak juga sering bersenam untuk memastikan tubuh badannya sentiasa berstamina.
 
Jadi, saya percaya amalan pemakanan dan penjagaan kesihatan sangat menyumbang kepada penampilan seseorang. BellaVita ini boleh dikatakan rumusan penjagaan pemakanan saya, emak dan adik-beradik lain yang ingin saya kongsikan bersama peminat," ujar Lofa yang ditemui ketika pelancaran produk ini di Royale Bintang, Damansara pada Rabu.
 
Dalam masa yang sama, Lofa juga memberitahu kebaikan BellaVita boleh dilihat dalam masa seminggu. Kenyataannya itu berdasarkan testimoni rakan-rakan rapat yang telah mencuba minuman ini terlebih dahulu

Isu Skandal Zahida: Zuraida Terima Notis Saman Dari Shafie Apdal

 
 
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin
PETALING JAYA – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menerima notis guaman daripada Shafee & Co pada 23 April lalu meminta beliau menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung dakwaan skandal membabitkan pemberian wang yang banyak daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis, Zahida Mohamed Rafik.
Menurutnya, surat yang sama turut diterima bekas pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi yang mendedahkan mengenai perkara itu dalam satu laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lalu.
Namun, Zuraida berkata, pihaknya tidak akan menarik balik kenyataan itu sebaliknya masih menunggu jawapan Shafie sejak pendedahan mengenai perkara itu dibuat bulan lalu.
"Noor Azman dan saya menerima surat yang sama. Yang peliknya, surat saman dari pihak Shafee & Co itu daripada Zahida, bukan daripada Shafie.
"Sejak perkara ini didedahkan, Shafie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menjelaskan secara terperinci dari mana datangnya wang sebanyak itu dan kami masih menunggu jawapan daripadanya. Jadi, kita gesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasat perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.
semalam.
Turut hadir, ibu saudara Noor Azman yang juga seorang selebriti, Dayangku Intan Tengku Hamid, bapa saudaranya, Rosman Yahil, peguamnya, Latheefa Koya, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan peguam PKR, Sivarsa Rasiah.
Zuraida berkata, PKR tidak tertarik mengenai isu membabitkan hubungan antara Shafie dan Zahida, sebaliknya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai status wang yang diberikan kepada artis itu.
"Bagaimana dia boleh beri dalam jumlah yang banyak, RM100,000 hingga RM200,000 setiap minggu sebagaimana didakwa? Rakyat mahu tahu perkara sebenar dan beliau perlu tampil menjelaskan mengenai perkara itu.
"Nama Noor Azman yang sebelum ini dituduh melarikan wang Zahida sebanyak RM200,000 juga perlu dibersihkan," katanya.
Menurut Noor Azman,  terdapat beberapa individu tidak dikenali mengganggu keluarganya selepas dia keluar reman pada 16 Mac lalu.
"Selepas saya buat laporan polis berkenaan dakwaan Zahida, saya direman. Ketika reman, saya disoal dengan soalan yang tidak masuk akal. Selepas keluar reman, keluarga saya pula diganggu.
"Kami sekeluarga tidak tahan menerima gangguan sehingga ada yang memecah masuk kediaman kami untuk mencari sesuatu. Mereka juga menunggu di hadapan kediaman sehingga jam tiga, empat pagi," katanya.
Noor Azman ketika ditanya mengapa kini baru mendedahkan perkara itu, berkata, beliau sudah tidak sanggup untuk 'berlakon' dan menyimpan rahsia peribadi yang menyebabkan hidupnya berada dalam tekanan.
"Mereka akan berjumpa sekurang-kurangnya seminggu sekali di mana-mana hotel sekitar ibu negara. Setiap kali bertemu, Shafie akan memberi wang tunai dan jumlah yang paling besar pernah Zahida terima ialah RM1 juta tahun lalu.
"Sepanjang tiga tahun menjalankan tugas itu, saya tidak pernah membawa wang tunai yang diberi Shafie bersendirian, setiap kali melakukan transaksi, Zahida ada bersama saya," katanya.
Menurutnya, perkara itu didedahkan sebulan sebelum beliau memohon untuk berhenti kerja pada 29 Februari lalu.
Dalam laporan sebelum ini, Zahida dan Shafie menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara itu

Sofazr setelah 10 tahun bersama

20 Mei – Mula dikenali dengan lagu "Cintai Aku" yang popular sekitar tahun 2004, Sofazr yang dianggotai oleh 6 pemuda kacak dan berbakat kini kembali dengan buah tangan terbaru mereka yang merupakan filem pertama mereka iaitu "Sofazr The Movie Jiwa Kacau".
Diterajui oleh Zimi atau nama sebenar Zarimi Bin Zahari, berkongsi rahsia mereka dalam mengekalkan momentum bersama selama 10 tahun sebagai satu kumpulan.
 
"Walaupun kami tidak memiliki populariti yang boleh dikatakan begitu hebat, namun kami akan sentiasa tampilkan kelainan dan benda baru untuk diperdengarkan kepada peminat setia kami yang rata-rata masih menyokong perjalanan karier seni kami dari dulu hinggalah sekarang."
Ujar Zimi lagi, mereka bermain muzik untuk mencari rezeki yang halal dan demi minat yang mendalam terhadap muzik. Dia turut menambah bahawa penglibatan mereka dalam industri ini bukan baru, tetapi sejak dari zaman kaset lagi.
 
"Sofazr bukanlah sebuah kumpulan yang hadir seperti cendawan tumbuh seperti kumpulan yang ada sekarang ini. Kami bersama sebagai satu kumpulan ketika kami semua masih tinggal di rumah kos murah. Banyak kenangan yang dijalani bersama, tidak mungkin disebabkan masalah kecil kami akan berpisah."
"Mungkin saya sudah tekankan kepada semua ahli mengenai sejarah kami dan komunikasi antara kumpulan sangat penting, disebabkan itu mereka faham dan kami masih bersama sehingga sekarang."
 
Ditanya mengenai album baru adakah akan kembali dengan sesuatu yang berbeza, Zimi memberitahu mereka kini dalam perancangan untuk merakamkan album baru bersama KRU Studios.
 
"Saya selaku pihak yang bertanggungjawab dalam kumpulan Sofazr ini telahpun berbincang bersama Norman dan juga Edry mengenai perancangan untuk bekerjasama dengan mereka untuk album akan datang. Namun itu semua masih dalam peringkat perbincangan, jikalau jadi, kami akan war-warkan kepada semua."
 
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonan kumpulan ini yang diarahkan oleh Ismaliza binti Ismail (Isma AF7) bersama Zamatul Amri Bin Zakaria (Tauke Raja Lawak) turut dijayakan oleh Saiful Apek, Yassin Senario, Hamid Gurkha dan juga Jepp dalam kumpulan Sepah, yang akan dijangka menemui penonton tahun ini.

Ziana Zain dan produk kecantikan

Ziana Zain berasa sudah sampai masa buat dia mengembangkan sayap untuk membuka perniagaan

PENYANYI tersohor tanahair Ziana Zain baru mencecah usia 44 tahun pada tanggal 2 Mei lalu.  Mencecah angka tersebut, tiada ketakutan yang timbul dalam diri ibu kepada empat orang anak ini. Sebaliknya memegang usia 40-an, Ziana berasa sudah sampai masa buat dia mengembangkan sayap untuk membuka perniagaan.

Perniagaan tersebut berkaitan dengan soal kecantikan. "Saya selalu ditanya tentang rahsia kecantikan. Sejujurnya, tak ada terlalu banyak rahsia kecuali saya selalu berselawat ke atas Nabi, mengambil kolagen serta vitamin C.

"Dan oleh kerana terlalu ramai yang bertanya, saya kini dalam rangka mempunyai produk kecantikan atas jenama saya sendiri untuk dikongsi kepada peminat saya. Insya Allah ia akan berada di pasaran pada hujung tahun ini," katanya yang juga memberitahu mencuba terlebih dahulu keberkesanan produk tersebut sebelum ia dijual di pasaran.

Tambah penyanyi dan pelakon yang terkenal dengan trademark kening terangkatnya ini, dia sentiasa  kekal menarik bukan sekadar hanya kerana memegang status selebriti, sebaliknya berasa bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri iaitu sebagai seorang wanita.

Bagi Ziana, setiap wanita atau individu harus menjaga penampilan dan kesihatan diri sebagai tanda menghargai kehidupan yang telah dikurnia dengan baik oleh Allah. S.W.T.

Sementara itu, saat ditanya apa hadiah istimewa yang diperoleh sempena ulang tahun ke-44nya, Ziana memberitahu hadiah paling istimewa yang diterimanya adalah kad ucapan ulang tahun yang diberi suaminya, Armin Zahari serta dua anaknya, Aiman dan Ammar.

"Sejujurnya, saya lebih menghargai pemberian kad ucapan berbanding barang berbentuk material. Ini kerana, kad ucapan boleh dibaca berulang-ulang kali dan ia mampu menyemarakkan rasa cinta kita terhadap pasangan. Malah saya masih menyimpan semua kad ucapan yang diberi oleh suami kepada saya," ujar Ziana penuh semangat.

Bercakap tentang perkembangan kariernya, Ziana yang telah mempunyai tujuh buah album studio penuh memberitahu, buat pertama kalinya, dia akan menggunakan khidmat adiknya, Anuar Zain untuk menjadi komposer kepada album terkininya.

"Tapi Anuar sangat sibuk sekarang ini, jadi saya harus menunggu dia untuk menyiapkan album saya. Saya tahu, dia juga cerewet tapi saya yakin dia mampu memberi yang terbaik untuk album saya," katanya yang juga memberitahu akan berduet dengan Azlan dari Azlan & Typewriter untuk album tersebut.

7 movies you didn't know Spider-Man was in

Spider-Man movie bomb
 

Fasha Sandha Sudah Hamil

 
Fasha Sandha menerusi laman Facebook'nya telah berkongsi satu berita gembira dimana dia kini sudah hamil. Seperti yang ditulis:-
Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami ber2 dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin
Fasha melakukan pemeriksaan doktor sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu dan dia disahkan sudah hamil 2 minggu.
Perkara ini turut disahkan oleh pengurus Fasha, Nik Yasmin melalui satu kiriman pesanan BBM yang dihantarkan kepada media.
Tahniah Fasha dan Jejai.

Panas - Saiful Apek Melancarkan Perang Terhadap David Teo

Ini memang panas! Saiful Apek telah melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.
 
 
Selain isu tidak melunaskan pulangan pelaburan berjumlah RM200 ribu itu, perkara lain dibangkitkan oleh Apek adalah kegagalan David Teo menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun dan ianya ditandatangani pada tahun yang sama.
Menurut Apek, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.
 
Sehubungan itu, pada Ahad ini jam 2 petang, Apek dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David Teo akan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Nur Fathia - Nak cari bf dah ni

Muka depan B*Pop hari ini.
Pelakon baru akui buat kesilapan hingga jadi bahan teguran dalam media massa

HAMPIR dua tahun memilih jalan sebagai anak seni, Nur Fathia Abd Latiff berdikit-dikit mencuri ruang untuk bersaing dengan pelakon sedia ada dan bakat baru yang seangkatan dengannya. Cuma, sejak setahun lalu baru nama si tinggi lampai berusia 24 tahun ini berjaya mencuri perhatian sekali gus dikenali ramai peminat hingga melayakkannya menjadi finalis kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.
Namun, sayang di saat kehadiran gadis berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini semakin mula diperkatakan secara meluas, kerjaya seninya tak semena-mena dilingkari kisah kurang enak. Ia sedikit sebanyak mencalar reputasi dan kredibiliti profil penuntut jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini.
Sangkakan 'gerhana' pada tahun lalu dapat ditinggalkan dengan harapan 2012 bakal membuka citra baru dalam hidupnya, hujung tahun lalu dan awal tahun ini, bakal peguam ini sekali lagi dicuit dengan kisah tidak bergaul dan menghormati pelakon senior dan 'mengusung kekasih' di lokasi penggambaran selain bersikap demanding.

Persoalannya yang terus bermain di fikiran, tak serik atau tidak berubah lagi finalis ABPBH 2011 ini? Selesai peperiksaan akhirnya dan sekembali dari percutian ke Phuket bersama keluarga, Fathia diundang ke sesi fotografi B*POP, baru-baru ini.

Terdahulu, Ahad lalu, dia turut bersama beberapa rakan artis lain bertemu peminat di Kuching, Sarawak sempena promosi khas ABPBH 2011 menerusi tajaan Lord's Tailor.

Anggun dengan dua persalinan Ariff Shukor, solekan Valshuq dan dua rekaan barang kemas, Golden South Sea Pearls with Diamonds serta White South Sea Pearls With Diamonds dari Rafflesia The Pearl Centre, Fathia ditanya bagaimana dia mahu kembali menagih kepercayaan yang kian terhakis.
"Mungkin apa yang terjadi selama ini ada yang datang dari silap sendiri dan ada yang jelas di luar kawalan saya sebagai manusia biasa. Kalau ia datang dari kelekaan dan kekhilafan diri, saya tak segan tampil mengaku, contohnya macam isu lambat pulangkan baju sebelum ini.

"Saya sedar kontroversi dan gosip ini sudah menjadi mainan dalam dunia seni. Cuma, pada saat ini dan tempoh mendatang, saya seboleh-bolehnya tak mahu mengulangi kesilapan lama. Saya tak boleh terus di takuk lama, saya kena perbaiki diri dan lebih berhati-hati.

"Saya seperti manusia lain yang tak lepas melakukan kesilapan itu dan ini. Saya bukan malaikat atau bidadari. Setiap nasihat dan teguran teman dalam industri saya jadikan pedoman dan dorongan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya," katanya saat pertemuan di premis Jewellery Circles Sdn. Bhd berdekatan dengan Rafflesia The Pearl Centre, Grand Plaza Parkroyal, KL.

Jauh sekali mahu menuding pihak lain, Fathia lebih selesa bermuhasabah diri dan enggan lagi menoleh ke belakang kerana minatnya dalam dunia lakonan yang disifatkan sebagai kerjaya sambilan sudah mula bercambah menjadi cinta.

"Apa yang saya persembahkan selama ini sebagai Fathia, bukan plastik. Ia adalah diri saya sendiri. Tapi kita tidak boleh mengharapkan orang di luar mudah menerima cara kita. Itu adat. Dulu saya akui tidak matang dan cepat bertindak apabila dicuit atau tertekan.

"Saya tidak sedar dan rasa diri ini sebenarnya sudah bergelar figura awam dan hampir setiap inci langkah dan perbuatan kita diperhatikan. Jadi, saya perlu sedar ruang, kena relaks dan berfikir panjang dulu sebelum bertindak membuat kesimpulan sendiri. Saya perlu bersikap memerhati dan tidak boleh terlalu galak dalam setiap langkah atau tindakan. Saya tidak mahu mempersiakan kepercayaan orang.

"Malah, saya mula rasa terharu ada remaja yang melihat saya sebagai idola termasuk memberi kata semangat dalam blog dan Twitter," katanya yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Mahabbah untuk slot Samarinda di TV3 arahan Jamal Khan bergandingan Azley Khairi bakal disiarkan tak lama lagi.

Sudah bersedia cari Mr Right

MENYINGKAP sisi peribadinya, ada cerita yang sudah mula kedengaran mengatakan Nur Fathia kini sedang menjalinkan cinta dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati Marsha dikenali dengan pangkal huruf Z. Sebelum ini, pernah timbul cerita kekasihnya yang memandu Lamborghini datang ke lokasi penggambaran membabitkan Fathia.

Hal berkenaan tidak dinafikan pelakon filem Al Hijab itu. Cuma akui Fathia, dia tidak selesa mengkelaskan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta. Mereka hanya sekadar berteman baik. Namun, tanpa berselindung, Fathia mengakui dia kini sudah bersedia dan masa juga sudah tiba untuk mempertimbangkan soal mencari Mr Right.

"Ikutkan sejak usia 18 tahun lagi saya sudah mengenali dia (Z). Memang dia ada datang ke set penggambaran menghantar makanan. Kebetulan saya teringin nak makan, jadi dia sudi belikan dan menghantarnya. Kami kenal dulu pun melalui kawan.

"Masa dia bercinta dengan Marsha, saya menghormati hubungan mereka dan tidak pernah menghubunginya. Jujur saya katakan selepas kami rapat kembali tempoh ini, hubungan itu masih kekal sebagai kawan. Tak berputik apa-apa langsung perasaan. Kami pernah keluar berdua dan beramai-ramai di tempat terbuka," katanya sambil memberitahu baki pengajian tinggal dua tahun lagi.

Fathia menambah lagi, saat ini juga dia sudah bersedia untuk kembali menghangatkan persada seni. Sewaktu berdepan saat getir menghadapi peperiksaan untuk pengajiannya, Fathia tidak menafikan terlalu rindu untuk berlakon balik.

"Paling mengejutkan apabila menerima pencalonan Top 5 dalam ABPBH 2011 kategori Artis Baru Wanita Popular. Sejujurnya, saya tak sangka. Dengan kontroversi dan gosip, ingatkan satu Malaysia tak sukakan saya. Tapi, Alhamdulillah masih ada yang sokong kewujudan saya.

"Bukan mahu berbunyi klise, tapi menjadi finalis sudah saya anggapkan sebagai kemenangan terbesar. Pencalonan ini mengingatkan betapa impian nak dicalonkan untuk ABPBH sudah lama, cuma belum rezeki. Teringat kembali kenangan ABPBH 2009 dan 2010, saya hadir sebagai tetamu dan tahun ini lain macam sebab bertanding sama," katanya yang sedia menerima tawaran untuk watak bertudung.

Dijangka April ini, Fathia akan ke lokasi penggambaran filem keduanya, Kotaraya arahan Idril Minhat. Filem yang diilhamkan Helmy Hamdan dan Pasha Ahmad ini mendapat kerjasama syarikat Angry Men dan Grand Brilliance. Ia akan turut dibintangi Qi dan Sara Ali.


Profil Nur Fathia

Nama sebenar: NUR FATHIA ABD LATIFF
Tarikh lahir: 1 SEPTEMBER 1987
Umur: 24 TAHUN
Asal: AYER HITAM, PULAU PINANG
Keluarga: ANAK SULUNG DARIPADA EMPAT BERADIK
Filem: AL HIJAB
Iklan: SUNSILK, NESPRAY, BRYLCREAM, HOTLINK, PERODUA DAN PANASONIC

Aroma seksi Marsha + Julie Woon



SAMBUTAN Hari Natal yang jatuh pada hari ini tetap disambut dengan cara tersendiri oleh dua selebriti tempatan, Marsha, 26, dan Julie Woon, 27. Malah, tiada apa bezanya dengan penganut Kristian yang lain kerana saban tahun setiap kali perayaan Krismas ini menjelma, meluangkan masa bersama keluarga antara satu kemestian.
Menyatukan kedua-duanya untuk sesi muka depan B*POP kali ini juga atas alasan mereka mempunyai persamaan yang nyata kerana kecenderungan memilih lelaki Melayu sebagai arjuna hati. Selain kedua-duanya juga mempunyai 'aroma' seksi dalam bergaya dan personaliti.
Demi meraikan keghairahan kedua-duanya, tema color blocking dipersembahkan dengan ilham idea pereka fesyen, Hazree Wahid. Warna rona merah menjerit memang cukup sinonim dengan sambutan Krismas, malah turut menjadi pilihan Santa Claus yang sinonim dengan perayaan ini.

Gandingan ini menjadi pertemuan kali kedua untuk bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan personaliti 8TV menerusi program Quickie itu. Kali pertama mereka bersua ketika Marsha menjadi artis undangan program 8TV Whack It yang dihoskan Julie dan Prem Shankar.

Mengimbas kembali sisi peribadi, Marsha pernah diingati dengan cinta bersama rakan seperjuangannya di AF3, Kefli dan jejaka dengan huruf pangkal Z di mana kedua-duanya sudah pun berakhir. Kini, Marsha sedang bahagia dengan kerabat Pahang, Tengku Burn sejak cinta mereka mula bersemi beberapa bulan lalu.

Julie pernah diingati dengan hikayat cintanya bersama Qushairi atau Qi. Namun, cinta itu yang berputik sejak sama-sama berlakon dalam drama Blogger Boy sudah lama berakhir. Kini, Qi diketahui umum sedang meniti bahagia bersama penyanyi popular, Yuna.
Bagi Marsha yang sedang sibuk melunaskan baki penggambaran drama Bicara Hati arahan Osman Ali bagi siaran Astro Prima (Selasa, jam 9 malam bermula 3 Januari depan), saat ditanya mengenai kamar hatinya, dia memilih untuk tidak terus menyembunyikan status hubungannya dengan Tengku Burn.

"Lebih baik saya berterus-terang dan mengaku. Kalau tak cakap perkara betul selagi itu pasti ada yang akan cuba mencari kesahihan. Tak kisahlah kalau ada yang tak suka jika saya memilih untuk tidak berselindung. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira bersamanya selepas tiga bulan kenal rapat," katanya yang merancang lebih-lebih mengenai fasa hubungannya dengan Tengku Burn kerana bimbang apa dirancang tak menjadi.

Dalam sisi lain, 2011 turut dicemari kontroversi buat wanita kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini. Gimik kononnya berkahwin secara rahsia di di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dituduh cuba melakukan cubaan membunuh diri dengan mengambil pil secara berlebihan antara contoh.

"Ada yang positif dapat saya raikan tahun ini terutama memiliki album dan tidak kurang juga kontroversi yang cukup menyesakkan jiwa. Tahun 2011 tahun cukup mencabar diri. Kontroversi yang terjadi bukan dibuat-buat atau disengajakan terutama berkaitan gimik kahwin itu.

"Tiada niat pun untuk saya mencipta publisiti murahan sebegitu. Cuma apabila disalah tafsir dan jatuh hukum, ia jadi lain. Tapi saya tidak mahu lagi mengenang kisah lalu. Saya nak buka buku baru sempena kedatangan 2012 beberapa hari lagi.

"Musim 2012 juga menjadi tahun untuk saya terus memberi tumpuan terhadap kerjaya. Banyak lagi saya ingin capai sejak tahun lalu, namun belum menjadi kenyataan. Perniagaan jeans saya pun belum terbukti dan lagu dihasilkan pun tidak memberi impak. Harap-harap saya tidak terus dibayangi dan dihantui kontroversi lalu," katanya yang bergandingan dengan Sharnaaz Basir Ahmad dam Cris Cempaka dalam drama Bicara Hati.

Ditanya mengenai sambutan Krismas tahun ini, Marsha yang berada di bawah pengurusan syarikat Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Sdn Bhd diberi pelepasan bercuti daripada berlakon sejak 23 hingga 27 Disember ini. Bagaimanapun tahun ini, Marsha hanya menyambutnya di Kuala Lumpur saja.

"Selalunya saya sambut Krismas di Sabah dan kadang-kadang keluarga saya pun turun Kuala Lumpur. Cuma tahun ini kami tak beraya sakan sangat sebab masih dalam proses berkabung sejak kematian datuk, Basanda Ponguk, dua bulan lalu. Kehilangannya masih dirasai apatah lagi saya cukup rapat dengannya.

"Saya hanya beraya dengan abang dan mungkin lepak dengan kawan-kawan. Rutin biasa bertukar-tukar hadiah tak dilupakan. Mujur saya sempat belikan hadiah sejak dua minggu lalu kerana ada undangan persembahan di Sabah. Jadi alang-alang sudah tahu tak balik beraya, saya sudah belikan hadiah untuk keluarga.

"Sekarang kalau beli hadiah untuk perayaan ini, saya sudah mula merancang bajet. Tidak seperti awal kemunculan AF3, saya memang boros dan beli hadiah sesuka hati. Kenangan bersama mendiang datuk juga masih terasa hingga kini," katanya yang turut diundang berlakon dalam telefilem Penjara arahan Michael Ang bersama pelakon seperti Erra Fazira, Elliza Razak, Zarina Zainoordin, Sharifah Shakinah dan Azza.

Julie tak kisah dapat jodoh lelaki Melayu

BAGI Julie Woon, seperti biasa dia akan menyambut Krismas di Kuala Lumpur. Kali ini, dia meraikannya bersama ibu tersayang kerana bapanya berada di Sabah, abangnya di Manchester, England. Tiada persiapan khusus dilakukan kerana apa yang penting baginya ialah mensyukuri nikmat kehidupan yang dilalui ini.

Kata Julie, makan besar antara yang dinanti-nantikan setiap kali tiba Krismas. Rutin bertukar hadiah sesama sendiri tak sesekali dilupakan. Krismas ini juga masa terbaik untuknya memberi hadiah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Makan besar selalunya bukan hanya pada malam Krismas bersama keluarga dan sanak saudara. Empat hari sebelumnya pun sudah ada sesi makan besar dengan kawan-kawan. Saya juga bercadang untuk menurut jejak kawan untuk membuat amal menjelang Krismas.

"Kawan saya setiap tahun akan membeli apa saja makanan atau barangan untuk dikongsi dengan mereka yang memerlukan atau tidak mempunyai tempat tinggal. Tahun lalu, kawan saya membeli 200 burger untuk diagihkan kepada masyarakat miskin di sekitar tempat tinggalnya. Jadi, saya pun nak buat benda yang sama tahun ini.

"Selain itu, kenangan bertukar hadiah yang dipanggil Secret Santa juga masih diingati. Dulu saya sesama kawan akan melakukan cabutan bertuah dengan bertukar hadiah secara rahsia dengan bajet paling maksimum sebanyak RM50. Bererti, kami menerima hadiah tanpa mengetahui siapa pemberinya," kata pengacara Take Me Out versi Malaysia itu.

Musim 2012 juga menjadi tahun ketiga Julie bersama 8TV Quickie. Julie juga menjadi antara pengacara perintis program berkenaan bersama Prem dan Zher. Kini bilangan hos program terbabit turut bertambah, selain hubungannya dengan kru dan hos 8TV Quickie semakin erat.

Julie mula membabitkan diri dalam bidang pengacaraan sejak enam tahun lalu dan mengakui peluang dibuka 8TV kepadanya menjadi landasan terbaik memasarkan diri dalam liga seni. Selain mengacara, berlakon iklan dan drama, Julie juga aktif menjadi pengacara majlis.

"Kerjaya ini juga membuka ruang mengembara ke negara orang. Tahun ini saja saya dapat ke Sepanyol dan Itali kerana terbabit dalam kerja mengacara. Tahun depan, saya mahu mengembara lagi untuk menimba pengalaman," katanya yang meletakkan soal cinta di tangga kedua selepas kerjaya.

Sambil berseloroh, Julie memberitahu, dia merancang bertunang pada 2013 dan berkahwin sekitar 2014.

Difahamkan selepas putus cinta dengan Qi, dia sempat bertemu pengganti dengan lelaki Cina yang juga kawan kepada pengurusnya. Mereka saling mengenali ketika Julie terbabit dalam penggambaran telefilem Qalbu di Ipoh, Perak. Lelaki itu bukan orang seni dan tinggal di Australia dan sesekali pulang ke Malaysia.

"Tapi hubungan itu sudah putus sejak dua bulan lalu. Kini saya ada berdating dan terbuka dalam soal berkawan. Saya pun tak kisah berkawan dengan lelaki Melayu atau Cina. Kalau ada jodoh dengan lelaki Melayu atau disyorkan sesiapa, saya OK saja," katanya yang cuba berselindung mengenai status sebenar dirinya kini sama ada sudah bertemu pengganti atau tidak.

PROFIL Marsha
Nama: MARSHA MILAN LONDOH
Tarikh lahir: 6 DISEMBER 1985
Tempat lahir: MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT
Filem: CUN, 4 MADU, MAGIKA, SENARIO EPISODE 2: BEACH BOYS, SAUS KACANG, MISI 1511
Drama: MIMI MENCARI CINTA, KUM KUM, AWAN DANIA 3, SERIBU KALI CINTA, DOTTIE, K.I.T.A, HOTEL MANIA, MEGA SEKEPING HATI, KORBAN 44, KERANA KARINA

PROFIL Julie Woon
NAMA KOMERSIAL: Julie Woon
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 21 Julai 1984
PENDIDIKAN: Diploma Pemasaran & Perakaunan Kolej Metropolitan
KARIER: Pengacara, pelakon dan model
IKLAN: HSBC, Sony Handycam, Maxis, Volkswagen, 1Utama, Canon, Myeg

ANTARA DRAMA & TELEMOVIE: Tin Kei Bin, Like Sunshine After Rain (drama Mandarin), Perfect Match (drama Taiwan), Blogger Boy musim pertama dan kedua, Rembak, Qalbu

PENGACARA PROGRAM: Absolute Football menerusi saluran Astro SuperSport (2006), Championship Gaming Series (Astro Star World/ 2007), Motorsports@Petronas (ESPNStarSports/ 2008), Motorsports@ Petronas (ntv7/ 2009), 8TV Quickie, Looking Good With Watson.

Penghargaan
Solekan: Marsha (Jijie Zainal, gg_dayantee@yahoo.com, www.facebook.com/jijie.zainal) dan Julie Woon (Chomel Redza, chomel.redza@gmail.com)
Busana: Hazree Wahid (hazreewahid@yahoo.com, www.twitter.com/hazreewahid

Selebriti Program Realiti TV Rasuah RM100,000 Untuk Undi Diri Sendiri?

Sungguh tidak kami sangka, permainan seperti ini masih wujud di dalam industri hiburan tanah air. Persaingan yang ditonjolkan ternyata mempunyai misi peribadi yang tersendiri. Namun, itulah lumrah industri, meriah dengan pelbagai jenis kontravesi.
 
Demi memancing undi para penyokong, bintang ini sanggup mengeluarkan kenyataan jika menang RM100K menjadi habuan buat fan clubnya. Masakan tidak saban minggu undi yang diperolehi bintang ini begitu tinggi sekali.
 
Dakwaan yang kami terima juga, bintang ini mempunyai masalah bersama tenaga pengajar. Tenaga pengajar kurang berminat untuk mengajarnya kerana sikap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh yang ditunjukkan.
 
Di kalangan bintang seperjuangan yang turut menyertai pertandingan yang sama, bintang ini juga tidak gemar bergaul sesama mereka. Bintang ini merasakan dirinya adalah 'juara' dan tiada siapa yang mampu menggugat kedudukannya. Adoi, kenapa'lah hendak berlagak sangat?
 
Hendak dikatakan persembahan yang ditonjolkan saban minggu itu hebat, biasa sahaja kami lihat. Mungkin apabila diri berasa terlalu hebat maka segala aspek persembahan yang hendak dipersembahkan diambil ringan oleh bintang ini. Jadi kami tidak terkejut apabila bintang ini tidak layak ke peringkat seterusnya.
Mungkin bintang ini adalah superstar di tempat asalnya. Tetapi apabila menyertai pertandingan besar seperti ini, haruslah diingat pelbagai perkara boleh terjadi. Rendahkan ego, ikuti model pembelajaran yang disediakan, barulah boleh jadi bintang yang disegani.

Najwa Latif Kini Duta Portal e-Pembelajaran

Baru-baru ini, penyanyi remaja yang semakin popular dengan lagu 'Kosong', Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Selain berkongsi rasa terujanya, Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.

"Saya sebenarnya berasa agak takut kerana ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama saya sangat teruja kerana saya dapat mengajak rakan-rakan dan adik-adik yang masih bersekolah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih mudah," ujar Najwa.

Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain itu, ortal itu juga menyediakan laman blog khas bagi penyanyi ini berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.

Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang 'sempoi' lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba dan lain-lain lagi.

Digelar "Portal pembelajaran luar waktu sekolah", uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan portal ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.

Didie Alias Fan Club

MELALUI pelbagai dugaan sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni, pelakon yang kini semakin dikenali sebagai pelawak, Didie Alias, tidak pernah berputus asa dalam melayari perjalanan hidup sebagai selebriti biarpun ada kalanya jalan yang dilalui penuh berliku.

Begitu sabar melalui banyak cemuhan dan kadangkala kata-kata nista masyarakat yang mengkritik penampilannya sebelum ini, Didie bagaimanapun tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Percaya akan kesetiaan peminat yang menilainya dari segi bakat, pelawak berusia 38 tahun ini bersyukur apabila usahanya selama ini berhasil dengan kemenangannya sebagai Artis Komedi Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung awal bulan April lalu.

Menyedari kemenangan yang diraih adalah hasil undian peminat, Didie berhasrat ingin menubuhkan kelab peminatnya sebagai tanda menghargai para peminat yang selama ini setia menyokong kerjayanya.

"Alhamdulillah, rezeki yang datang semakin bertambah selepas kemenangan pada hari itu. Namun, saya masih lagi Didie yang dulu dan tidak pernah meletakkan harga yang tinggi hanya kerana kejayaan yang saya raih.

"Sebagai menghargai peminat, saya berhasrat ingin menubuhkan kelab peminat, Lady Didie's Fanclub supaya peminat-peminat saya mudah untuk mengetahui aktiviti yang saya lakukan.

"Sebagai permulaan, saya akan mengambil 50 orang pertama yang akan menyertai fanclub ini untuk menjadi kumpulan pertama Lady Didie's Fanclub," katanya yang berhasrat membuat majlis kesyukuran sempena kemenangannya di ABP2011.

Didie yang ditemui semasa Minggu Setiausaha Datuk Shake baru-baru ini berkata, dia bagaimanapun tidak pernah meletakkan setiap kerjanya semata-mata untuk meraih anugerah.

"Saya sedar selama ini ramai peminat yang menyokong dan saya juga tahu bukannya mudah untuk mereka ini melakukan tugas undian kerana perlu mengumpul keratan akhbar dan ada juga yang menghantar SMS dan mengundi menerusi online.

"Namun, saya anggap ini sebagai hasil usaha keras saya setelah 22 tahun berada di dalam industri. Bukannya saya bermaksud usaha untuk mendapatkan anugerah tetapi pada saya, peminat sudah ramai yang melihat usaha yang saya lakukan selama ini," katanya lagi.

Bakal berganding dengan pelawak terkenal

Bekas pengacara program game show, Kalau Berani 1 VS 0 ini juga sempat memberitahu mengenai tawaran terbaru yang diterimanya.

Katanya, tawaran tersebut bakal menggandingkan dia dengan seorang pelawak lelaki terkenal untuk sebuah rancangan bual bicara.

"Sebuah stesen televisyen swasta ada menawarkan saya untuk bergandingan dengan seorang pelawak terkenal sebagai pengacara sebuah talk show. Namun, kami masih lagi belum sempat berbincang," katanya yang kadangkala terpaksa menolak beberapa tawaran lain kerana terikat sebagai pengacara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...