Rihanna bertudung di UAE

ABU DHABI - Penyanyi terkenal, Rihanna mencuri tumpuan apabila dia menutup aurat dengan mengenakan hijab semasa mengunjungi sebuah masjid di Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, lapor akhbar dalam talian MailOnline.Dia yang sering berpakaian separuh bogel dilihat memakai sut labuh berwarna hitam semasa bergambar di luar Masjid Sheikh Zayed di sini.Rihanna, 25, menyarung pakaian menutup aurat kerana menghormati cara berpakaian masyarakat Islam di negara Asia Barat itu.


Walaupun tampil bergaya sopan, bekas kekasih penyanyi Chris Brown itu tetap mencuri tumpuan dengan mengenakan gincu bibir dan pengilap kuku berwarna merah serta kalung emas.
Penyanyi kelahiran Barbados itu baru tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.
Namun, portal hiburan RadarOnline melaporkan bahawa sejumlah peminatnya di Johannesburg, Afrika Selatan marah apabila Rihanna didakwa hanya menyanyi menggunakan teknik gerak bibir.
"Saya tidak rasa harga tiket berpatutan memandangkan tahap persembahan," kata seorang peminat, Nicole Contini. - Kosmo.

Kereta Shanley Jimmy kena bakar

Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.



Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.
Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...