Salih Yaacob Benggang!

Hari ini saya baca mengenai keluhan hati Salih Yaacob di Berita harian dan sedikit sebanyak rasa terkilan dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Salih Yaacob ini…
 
Semuanya bermula dengan segmen selingan semasa konsert Maharaja Lawak Akhir pada hari jumaat yang lepas.
Semuanya gara-gara segmen selingan yang menampilkan dirinya bersama seorang pelakon komedi wanita, Nik Sayyidah atau Mek yang disiarkan menerusi program Maharaja Lawak peringkat akhir, Jumaat lalu.Ada sesuatu yang terbuku dalam jiwa pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio terkenal Salih Yaacob yang membuatkan dia marah, kecewa serta terkilan.
Tindakan Mek yang dilihat berlebih-lebihan dalam membangkitkan isu perkahwinan kali keempatnya itu berulang kali dalam program yang dipancarkan secara langsung itu membuatkan Salleh cukup bengang.
Bengang bukannya tidak boleh disentuh atau diusik kisah peribadinya, tetapi kerana pihak produksi tidak menepati janjinya untuk mempromosikan program bual bicara I Follow kendaliannya menerusi segmen selingan itu.
Tambahnya lagi:-
"Terasa diri ini seperti diperbodoh dan dipersendakan mereka. Kalau betul mereka mahu saya berlawak soal perkahwinan, rasanya tak perlulah nak guna alasan mempromosikan program SY I Follow. Saya boleh berlawak macam biasa.
"Jika sekali dua isu poligami itu diperkatakan, saya boleh anggap itu sebagai gurauan, tetapi jika berterusan dijadikan bahan jenaka dan persenda, saya memang tak boleh terima kerana perkahwinan adalah satu ibadah. Apa perasaan pihak lain yang ada kaitan dengan perkahwinan saya ini?" pertikai Salih kembali.
Adakalanya tidak semua benda yang boleh kita jadikan bahan jenaka.Mungkin bagi kita ianya jenaka tetapi bagi orang yang dikenakan itu macam mana?Adakah dia akan beranggapan bahawa itu sedar lawak?Belum tentu.Sensitiviti tetap perlu dijaga walaupun bagi ia sedar untuk bergurau ataupun berlawak.Tak gitu rakan-rakan?
 
Radio Suria FM sudah dua hari bercerita  mengenai isu poligami ini.Macam-macam cerita yang boleh didengar.Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju.Biasanya,semua ada alasan masing-masing.Betul tak?
 
Cuma saya tertarik dengan statement di artikel mengenai Salih Yaacob di Berita Harian itu yang berbunyi:-
TIADA siapa yang dapat menafikan pengaruh Salih di radio nombor satu, Sinar FM sungguh besar. Jika tidak, masakan watak yang dimainkannya seperti Wak Jawa, Mak Neng dan Abang Jem cukup popular kepada pendengar setia stesen itu.
 

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

Nampaknya Google PageRank dah dikemaskini untuk bulan Jun 2011.
 
Google PageRank ni bagi aku penuh misteri. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi PR sesebuah blog tu sama ada naik ataupun turun. Kadang-kadang kita tak boleh nak jangka. SEO merupakan salah satu faktor yang sangat mempengaruhi peningkatan atau penurunan pagerank sesebuah laman web atau blog.
 
Berikut adalah skala penilaian daripada sumber Google PageRank bagi faktor-faktor yang menyebabkan naik turunnya pagerank sesebuah blog.

Faktor-faktor yang Menaikkan Google PageRank

  • Update Pages Frequently – 2/10
  • Add Pages Frequently – 4/10
  • No Broken Links – 5/10
  • Good Neighborhood Directories with high PageRank Levels – 7/10
  • Monster Websites – 7/10
  • Quality Inbound links – 8/10
  • Quality Relevant Links – 9/10
  • Article Submissions (this can increase your PageRank by getting more inbound links)
  • All these put together – 10/10

Faktor-faktor yang Menurunkan Google PageRank

  • Bad inbound link seperti P0ker, Lucah, Seks dan sebagainya
  • Link spamming
  • Bad Content
  • Banyak broken links
  • Teknik SEO Black Hat
Camtu le adanya...

Gambar | Proton Persona R

Tahun ini rasanya begitu meriah dunia automobil negara dimana pengeluar kereta negara memperkenalkan banyak model-model baru untuk dipasarkan di Malaysia.Baru ini,Perodua telah memasarkan model terbaru Myvi 2011 dan dikatakan model baru Myvi itu mendapat sambutan yang begitu baik daripada pengguna kereta tanah air.
 
Proton juga tidak mahu ketinggalan dan sekarang ini Proton sedang menjalankan proses percubaan bagi model Proton yang akan dipasarkan awal tahun 2012 @ pertengahan 2012.
Dibawah ini merupakan gambar yang diambil oleh spyshot ketika melihat model Proton Persona R di jalan raya.
 
persona r peter 1 500x229 Gambar Proton Persona R
persona r peter 2 500x354 Gambar Proton Persona R
SPYSHOT HEADLAMP PERSONA R REPLACEMENT WRM R 400x321 Gambar Proton Persona R
 
Menurut maklumat yang diperolehi,model Persona R ini diambil daripada Proton Tuah yang pernah ditunjukkan semasa Kuala Lumpur International Motor Show 2010.

Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!- Satu Penemuan Baru Di Dunia!

monster sea Raksasa Laut 55 Kaki Ditemui Di China!  Satu Penemuan Baru Di Dunia!
Sea Monster @ Raksasa Laut
 
Semasa membuka website Yahoo.Com tadi,terperasan ada perkataan Sea Monster dibahagian "Trending Now".Entah apa yang dimaksudkan Sea Monster ini.Ingatkan filem baru ke apa,rupanya-rupanya ada penemuan baru di China.
 
Bangkai 'Raksasa laut' berukuran 55 kaki telah dijumpai dihanyutkan sehingga di pantai di China. Makhluk yang sudah berkeadaan  reput teruk itu  tidak boleh dikenal pasti dan menurut laporan juga Sea Monster ini sekurang-kurangnya seberat 4.5 tan.
 
Agak-agaknya Sea Monster ini datang dari mana?dan apa sebenarnya Sea Monster ini?Dah macam Sea Monster macam dalam anime One Piece je…hehe..

Cara-Cara Untuk Menyemak Saman Polis dan JPJ Secara Online Dan SMS

Sekarang ini semuanya dah maju dan semuanya dihujung jari.Tak perlu dah nak ke JPJ untuk semak saman.Kini semua boleh dibuat secara online dan juga menggunakan SMS…
 
Jadi dibawah ini dinyatakan cara-cara untuk membuat semakan saman polis dan juga JPJ….Law ada saman tu,cepat-cepat lah pergi bayar k…nantikan jadi macam pelarian di bumi sendiri lak.Nantikan kena blacklist lak kereta tu….
 
1. Semak saman PDRM secara online
2. Semakan saman POLIS melalui SMS
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321X hantar ke 32728
 
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456789000 hantar ke 37773
 
4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Gambar | Anak Jimmy Shanley, Zahrah Shanley...cute nya


gambar anak jimmy shanley
cute kan anak Jimmy Shanley.. bila le bleh dapat sorang ni?

Jom semak Keputusan Kemasukan Diploma Pendidikan(Lepasan Ijazah) IPTA 2011

Keputusan Semakan Kemasukan Ke IPTA Bagi Program Pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Bagi Ambilan Julai 2011 sudah boleh mula disemak mulai 24 Jun 2011 yang lepas.
 
Semakan boleh dibuat melalui link yang disediakan dibawah ini:-
Tahniah bagi mereka yang ditawarkan program diploma pendidikan ini.

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok

Juara Maharaja Lawak, SEPAH si Bujang Lapok
 
Tahniah kepada Kumpulan SEPAH kerana telah berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak 2011. Kumpulan SEPAH berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan juga sebuah trofi sumbangan Astro. Lawak yang dibuat oleh 3 orang ahli kumpulan SEPAH iaitu iaitu Jep, Mamat dan Shuib memang kelakar betul. Dan akhirnya dapat jugak Shuib jumpa dengan Dafi. Haha.. Jutaan tahniah kepada Kumpulan SEPAH!
 
Memang betul apa yang orang cakap. Kumpulan SEPAH ni aku tengok macam bayangan Bujang Lapok (P.Ramlee, Sudin dan Aziz Satar). Jep jadi P.Ramlee, Mamat jadi Sudin, Shuib jadi Aziz. Kalau kita tengok 3 orang ahli kumpulan SEPAH tu pon nampak macam Bujang Lapok. Jep dengan tubuhnya yang gempal macam P.Ramlee. Tubuh Mamat pulak tinggi lampai dan kurus macam Sudin. Si Shuib rendah dan kecil molek macam pelakon Aziz Satar. Bujang Lapok generasi baru diorang ni.
 
Naib Juara Maharaja Lawak 2011 disandang oleh JOZAN, gabungan nama 2 orang lelaki stylo iaitu Johan dan Zizan. Lawak diorang pon boleh tahan jugak kelakar dia. Paling lawak masa aksi berlari macam dalam video klip Hafiz AF. "Begitulah awan nano nano nano nano nano? nano nano nano nano nano nanaoooo.." Hahaha.. Watak Mail Lambung yang dibawa oleh Zizan dan watak Acai oleh Johan memang sangat-sangat berkesan sampai ramai peminat yang terbawa-bawa watak tu dalam hidup diorang. JOZAN membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM250,000 dan juga trofi. Tahniah kepada JOZAN!
 
Pemenang Maharaja Lawak 2011
 
Tempat ketiga dalam pertandingan Maharaja Lawak dimenangi oleh Nabil yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM150,000 dan juga trofi. Lawak Nabil bagi aku kurang menyengat. Tapi dia best bro! Walaupun sekadar mendapat tempat ketiga, namun begitu nyanyian dia bersama lalat-lalat memang best bro. Tahniah kepada Nabil dan lalat-lalatnya! Best bro..
 
Kumpulan JAMBU! Sekadar mendapat tempat keempat, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi kemenangan. Sedikit kecewa dengan kumpulan JAMBU sebab lawak diorang makin lama makin 'berseni' sangat. Peserta-peserta lain buat persembahan ada jalan cerita masing-masing. Tapi jalan cerita dalam lawak kumpulan JAMBU ni sedikit terabur sampai kadang-kadang aku tak paham langsung apa yang diorang buat atas pentas. Nasib baik ada Zila Bakarin. "Sabuuunnn di bilik mandiiiii".. Haha.. Tahniah juga buat kumpulan JAMBU!
 
Tahniah kepada semua pemenang Maharaja Lawak 2011. Korang memang CHAMPION! Tak dapat kubayangkan kalau Amir dapat masuk final dan jadi salah seorang daripada pemenang. I'm sorry Amir. Huhu..

Kredit kad | Guna American Express Card untuk memang LEXUS CT 200h

Stand a chance to win a luxury car with a minimum spending of RM15000 with
your American Express® Card.


Get 1 entry for every RM200 spent in a single receipt with your American
Express® Card. Spend more to get more entries.


No pre-registration, SMS or promotion entry forms are required. American
Express Corporate Cards are not eligible.


Prizes:
2x Grand Prize : LEXUS CT 200h
1 x Daily Winner for 100 Days : Sony 40" 3D Full HD BRAVIA LED TV
with 3D Glasses


Promotion valid from 17 June until 24 September 2011


Itu antara promonya, nampak cam menarik.


Info lanjut FAQ & syarat2nya di http://www.maybank2u.com.my/

Email Power Dari CIMB Bank : Alert -Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!

 
 
Tadi saya check email dan terlihat satu email daripada Cimb Bank.Hairan juga kerana sudah lama saya tidak menggunakan dan akaun itu sudah tidak aktif lagi.haha…bila lah nak gi aktifkan semula ni?
 
Okay juga kalau nak pergi aktifkan.Boleh juga pergi buat Debit Kad Cimb.Susah lah jika hanya ada satu debit kad.Yang Affin bank tu macam bermasalah sahaja.Insya-Allah,nanti pergi buat yang cimb lak.=)
Semasa saya membuka email sebentar tadi,saya terlihat satu email dari CIMB seperti dibawah ini:-
 
cimb 1 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Email Dari CimbClicks
Terfikir,aik bukan ke akaun ini dah tak aktif?Staf CIMB cakap kena pergi ke CIMB dulu baru boleh aktifkan akaun sebab akaun ini lama tidak digunakan.Tetapi kena pula boleh dapat masej seperti ini.Hairan….
Bila saya klik pada link yang diberikan,ia akan redirect ke http://www.uniform-net.jp/onlineshop/images/cimbsslupdate/Login.html .Kat situ dah rasa syak sesuatu sahaja.Betul tak?Kenapa dia redirect ke tempat lain?tak seperti yang terdapat di dalam email itu.
cimb2 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Ini Page Login Yang Dipaparkan Selepas Klik Link Yang Diberikan
Kemudian saya search di Google untuk mencari URL sebenar CIMB Clicks dan terjumpa lah link seperti gambar dibawah ini.Cuba perhatikan betul-betul.Sebijik kan??Jika tidak berhati-hati pasti akan tertipu kan?
 
cimb3 Hati Hati Dengan Email Dari CIMB : Alert  Transaction Notice Hanya Satu Penipuan!
Ini Page Login CIMB Yang Betul
Saya perasan beberapa perkara diantara CIMB yang betul dan pastu antaranya adalah:-
  • URL Page Login Yang Berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
  • Form Login Adalah berbeza.(Lihat Anak Panah Merah)
  • Page yang pastu ada logo CIMB Group,CIMB dan CIMB ISLAMIC tetapi yang betul tidak ada.
Jadi,untuk membuat confirmation mengenai perkara ini,saya akan hantarkan link entri ini kepada CIMB untuk mengetahui feedback daripada mereka.

Siti Saleha aka Nora Elana dan pakwenya

gambar siti saleha dan kekasih
 
Apabila rakan Abang Nara di OhBulan mengeluarkan gambar Siti Saleha dan seorang jejaka yang dikatakan kekasih hatinya, terus di dalam hati kita terdetik:-
Umang aih. Confirm ramai pakwe yang jatuh cinta kat si Nora Elena nie patah jiwa. Merana la jiwa raga diorang. Hik
Kita tahu korang stress jadi apa kata korang stresskan lagi dengan melihat gambar Siti Saleha aka Nora Elena berposing dengan lelaki di atas dengan membaca entri ini sepenuhnya.
 
 

Majalah Ujang

Editor majalah ujang meninggal dunia semalam. Qayyum namanya ( kalau tak
silap ).
Alfathihah untuk beliau semuga majalah ujang terus sukses.

" pernah jumpa ciku sekali kat Pandan Jaya, makan roti canai "

Pengodam Anonymous | cyber999@cybersecurity.my, 0192665850

Selepas serangan Anonymous ke atas laman web kerajaan Malaysia, gov.my pada
16 Jun 2011. Rasanya, mungkin ramai yang ingin mengetahui apakah tip dan
amalan2 terbaik yang perlu diamalkan untuk mencegah laman web dari dibolosi
oleh orang yang tak bertangungjawab terutama Hackers.
Ye lah ! Sedangkan Twitter dan Facebook yang kebal pun boleh dibolosi.
Inikan pula, laman web biasa. Jadi saya fikir, tak salah untuk
bloggermengambil langkah² awal bagi mengelak perkara ini dari berlaku. Bak
kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubat!"


Berikut adalah tip dan amalan² terbaik yangb disediakan oleh CyberSecurity
Malaysia bagi melindungi laman web daripada serangan penggodam.

(1) Apakah yang anda perlu tahu mengenai pencacatan laman web?
http://www.mycert.org.my/en/resources/incident_handling/main/main/detail/756/index.html


(2) Langkah-langkah untuk pulih daripada pencerobohan sistem UNIX atau NT:
http://www.auscert.org.au/render.html?it=1974&cid=1920

(3) Senarai semakan pengesanan pencerobohan:
http://zeltser.com/log-management/security-incident-log-review-checklist.pdf


(4)Langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan SQL Injections:
http://www.mycert.org.my/en/resources/web_security/main/main/detail/573/index.html


(5) Bagaimana untuk melindungi SQL Injection dalam ASP.NET?
http://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms998271.aspx
ModSecurity atau http://www.modsecurity.org/

Sekiranya anda mendapati laman web anda diserang atau dirosakkan penggodam,
sila hubungi Cyber999 menerusi saluran e-mel

di cyber999@cybersecurity.my atau
mycert@mycert.org.my atau
talian 1-300-88-2999 untuk mendapatkan bantuan.

Talian ini dipantau dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari
berkerja. Selain itu, anda juga boleh menghubungi talian

telefon bimbit +60 19 2665850 (boleh dihubungi sepanjang masa), khidmat
pesanan ringkas dengan menaip CYBER999 REPORT ke 15888 ataupun faks 603
89453442.

Drama Nora Elena Musim Ke-2.Jom Nantikan Bersama-Sama!

Drama Nora Elena mendapat perhatian ramai penonton dan sekarang ini difahamkan bahawa laman web tonton mendapat hit
berjumlah 1.3 juta viewers.Wow,kalaulah blog ini boleh jadi macam itu,rasanya memang hebat lah kan?itulah kelebihan jika
kita menghasilkan sebuah laman web @ blog hiburan.


Setelah drama Nora Elena tamat baru-baru ini,ramai peminat-peminat drama ini mengharapkan drama Nora Elena diteruskan ke
musim ke 2.Tetapi bagi saya adalah lebih baik jika tidak dibuat musim kedua kerana cuba kita lihat siri-siri drama sebelum
ini yang apa musim pertama,berjaya menarik jutaan penonton dan cerita yang dipaparkan begitu menari tetapi bila masuk musim
kedua,cerita jadi membosankan.


Cuba kita lihat drama Nur Kasih.Siri pertama di TV3,cerita ini berjaya menarik begitu ramai penonton dan pada masa itu ia
menjadi satu fenomena yang menarik.Jalan cerita pun begitu hebat dan terbaik tetapi bila dah keluar dalam bentuk movie,ia
sudah tak sehebat dan menarik seperti versi original.Betul tak?


Bukan Nur Kasih sahaja,drama-drama lain pun begitu.Contohlah SPA-Q.Musim kedua ceritanya sudah merapu dan kurang
menarik.Jadi lebih baik drama Nora Elena tamat pada masa kegemilangan seperti sekarang ini daripada tamat dengan kejatuhan
reputasi drama ini.


Betul tak?Itu sekadar pandangan saya semata-mata.Mungkin pendapat korang berlainan dengan saya.Jadi bagaimana dengan
korang?Adakah korang mahukan siri kedua Drama Nora Elena ini?

Hidangan tarian seksi & arak...aishh.. tak baik

KOTA BHARU: Gempar apabila sebuah kelab persendirian di sini menyajikan
tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan, malam
kelmarin.


Bagaimanapun, penganjuran majlis itu mengundang padah apabila diserbu
anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).


Majlis sekitar jam 9.30 hingga 10.30 malam itu dihadiri 350 orang,
kebanyakannya wanita, termasuk yang bertudung.


Dalam serbuan itu, penguat kuasa MPKB turut merampas beberapa botol arak.


Difahamkan, pengurusan kelab menghentikan majlis itu selepas menyedari
kehadiran penguat kuasa MPKB.


Tuan Guru kena pantau sikit ni, macam mana majlis wanita bertudung boleh
ada arak ni.

Hazama dah jadi juara AF


Hazama telah muncul sebagai Juara AF terakhir pada persembahan akhir malam takdi.Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony.Wow memang banyak hadiah yang dimenangi beliau.
 
Manakala untuk naik juara pula dimenangi oleh Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemak.Lena membawa pulang hadiah wang RM50,000, piala, hamper serta wang RM2,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Sementara tempat ketiga milik Nur Shafinaz Jebat, 18, (Fina) dari Melaka yang membawa pulang wang RM20,000, piala, hamper serta wang RM1,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Manakala keempat, Mohamad Azri Abdullah, 24, atau Azri menerima wang RM5,000, piala dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap mereka semua akan terus berjaya dan jangan pula jadi chipmore,kejap ada kejap tak ada @ mungkin tak ada terus lepas ini..hehe…Menjadi juara tidak menjanjikan kejayaan untuk berjaya dipentas hiburan.Jadi teruskan berusaha.
 

Video Marilah Menari arahan Gambit Saifullah

"Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana
tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran
Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan," kata pelakon dan
pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa
selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip
video berbaur seks.


Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video
nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan
mengghairahkan.


Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas
memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami
isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing
mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.

"Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan
kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak
berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.


"Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube
untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk
menilai sama ada menerimanya atau tidak," katanya.



Tulah kata2 Gambit semalam selepas menyalahkan blogger atas apa yg berlaku.
Ada ke kata blogger salah, ko yang buat salah, ko tanggung sendiri le
Gambit ooo.. tapi respek le kat Gambit sbb muda lagi dah jadi pengarah kan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...