Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Hazama dah jadi juara AF


Hazama telah muncul sebagai Juara AF terakhir pada persembahan akhir malam takdi.Kejayaan itu membolehkan Hazama membawa pulang wang tunai RM200,000 berserta piala sumbangan Astro, hamper dan wang tunai yang bernilai RM5,000 sumbangan Power Root selain sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM3,299 sumbangan Sony.Wow memang banyak hadiah yang dimenangi beliau.
 
Manakala untuk naik juara pula dimenangi oleh Lena yang menyanyikan lagu Dunia (Bunkface) serta lagu baru, Sisa Kisah Kita, juga ciptaan Kuncidemak.Lena membawa pulang hadiah wang RM50,000, piala, hamper serta wang RM2,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Sementara tempat ketiga milik Nur Shafinaz Jebat, 18, (Fina) dari Melaka yang membawa pulang wang RM20,000, piala, hamper serta wang RM1,000 sumbangan Power Root dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
 
Manakala keempat, Mohamad Azri Abdullah, 24, atau Azri menerima wang RM5,000, piala dan kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.Diharap mereka semua akan terus berjaya dan jangan pula jadi chipmore,kejap ada kejap tak ada @ mungkin tak ada terus lepas ini..hehe…Menjadi juara tidak menjanjikan kejayaan untuk berjaya dipentas hiburan.Jadi teruskan berusaha.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...