Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila Amzah

Enggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat.
Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai 'biadap' selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila.


Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

"Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak.

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal?

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.

Kenapa Anuar mula berpantang makan minum?

Ahad, 27 Januari, jam 11.30 pagi, dia tiba bersama 'entourage' dari Anuar Zain Network terdiri daripada dua pengurus, Nana Ahmad dan Dura Talib termasuk Sam Kassim (Pengurus Promosi) serta jurusolek.
Santai saja penampilannya. Cukup menyarungkan kemeja-T rona merah dari jenama Abercrombie & Fitch dipadan celana khakis biru gelap, aura penghibur bernama Shahrul Anuar Zain atau nama pentasnya, Anuar Zain, sukar disangkal.
Seperkara yang jelas, tubuhnya sedikit susut berbanding dua pertemuan sebelum ini saat melancarkan klip video, Ajari Aku serta pengumuman harga tiket konsertnya, sekitar hujung tahun lalu.

"Saya ke gimnasium kebelakangan ini tetapi tujuannya lebih kepada membekalkan stamina bagi menghadapi konsert yang akan berlangsung lebih kurang dua minggu saja lagi," ringkas jelasnya.

Menjadi rutin mingguan untuk tempoh dua bulan ini, segala apa yang dilakukannya itu bagi memberikan persembahan yang terbaik buat para pencintanya.

Sebagaimana diketahui umum, pelantun Sedetik Lebih itu punya rencana besar pada tanggal 16 Februari ini. Menamakan konsert solo pertama, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari, jelas sekali kesihatan amat dititikberatkan olehnya.

"Saya juga berpantang daripada mengambil makanan berminyak, begitu juga nasi sebanyak mana yang saya mampu. Saya juga elak minum minuman sejuk. Selain, meneruskan amalan rutin dengan mengambil Vitamin C, B-Complex dan minyak ikan.

"Durasi dua jam membuat persembahan, kalau tidak punya tenaga yang cukup dan tidak menjaga pemakanan takut memberi kesan pada nyanyian nanti," katanya tidak lekang senyuman.

Melanjutkan perbualan, di sebalik getaran debaran yang tersemat rapi dalam sanubarinya, setiap kata-kata Anuar membayangkan betapa hatinya gembira untuk melaksanakan konsert perdananya itu.

"Sudah tentu gementar kerana ini konsert Mega yang pertama kali dianjurkan. Rasa gementar ini sudah membelenggu saya sejak dua bulan lalu sebenarnya. Namun lebih baik di sarang perasaan sebegitu daripada 'over confident' bukan?

"Apapun saya baru selesai sesi latihan beberapa hari yang lalu dan sudah mendengarkan susunan muzik baru untuk 20 rangkaian lagu bakal saya bawakan termasuk satu medley di buat oleh pengarah muzik Mac Chew.

"Saya sangat berpuas hati dan teruja kerana susunan yang baru ini kedengaran begitu segar. Selain itu, visual dan foto yang akan melatari skrin LED konsert juga sudah siap.

"Pengarah visualnya adalah Amri Gina dan melihatkan hasil kerja ia sesuatu 'personal' dan dekat dengan hati saya. Apa yang saya harapkan semuanya berjalan dengan baik dan lancar di konsert nanti agar kita sama-sama dapat menyaksikan keindahan yang cuba ditampilkan menerusi konsert ini," katanya.


'Paksa' peminat hafal lirik!

Masih berpusar soalan yang sama, penyanyi melonjak dengan lagu Bila Resah itu turut ditanya bagaimana dia mengatasi tekanan saat menghadapi konsert ini. Adakah menonton wayang sebagai salah satu terapi?

"Ooh... saya tidak ada masa menonton wayang buat masa sekarang ini kerana terlalu sibuk. Sebetulnya sejak dulu lagi saya jarang menonton wayang, setahun mungkin cuma empat, lima kali. Saya lebih gemar menonton DVD di rumah. Saya cerewet sebenarnya untuk menonton filem melainkan ia berbaloi di tonton.

"Berbalik pada soalan tadi, tekanan saya rasakan hilang bila saya menjalani latihan bersama pemuzik yang terbabit dalam konsert ini. Separuh daripada tekanan hilang kerana saya tahu bahawa semuanya sudah berjalan, malah setiap orang mahukan yang terbaik dan bersedia menghadapi hari konsert.

"Kalau bahagian-bahagian penting seperti pemuzik, rekaan pentas, visual, jualan tiket dan promosi belum 'ready', ini adalah sangat 'nervous'.

"Kalau ikutkan saya tidak perlu fikir pun kerana semua orang ada tugas masing-masing tetapi saya kena ambil tahu kerana ia membabitkan nama saya. Baik atau buruk, saya bertanggungjawab atas semua itu," katanya.

Menjawab pertanyaan seterusnya, adakah percubaan pertama ini menggesa perasaannya untuk mempunyai satu lagi siri konsert, pemuda berwajah kacak ini membalas, kenapa tidak seandainya memperoleh peluang.

"Kalau ada peluang apa salahnya tetapi bukan dalam masa terdekat kerana tumpuan saya buat masa ini adalah untuk konsert yang pertama ini. Mungkin tahun depan dan saya sebenarnya lebih suka persembahan yang ibu-bapa boleh datang, anak, pasangan kekasih dan suami-isteri.

"Sambil santai mendengar lagu, ada hidangan disediakan dan konsep seperti ini lebih intim. Apapun, saya seru kepada peminat untuk datang 'and have a good time together' pada konsert saya pada 16 Februari ini.

"Saya mengharapkan konsert ini mampu menjadi sesuatu yang boleh kita kongsi dan diceritakan kembali pada masa akan datang. Jangan lupa hafal lirik-lirik lagu saya supaya boleh menyanyi bersama-sama. Saya paksa!" katanya berseloroh.


Mahu jumpa Pak Zain, Ziana

Keakraban antara Anuar dengan ayahnya, Pak Zain, sememangnya diketahui umum. Jika bukan kerana Pak Zain yang mengenengahkan bakat Anuar yang dikenali sebagai penyanyi kanak-kanak pada era 1980-an tidak mungkin Anuar Zain menjadi seperti hari ini.

Sebetulnya, bukan Anuar saja anak yang sentiasa mendapat dorongan Pak Zain dalam bidang seni akan tetapi kakak sulungnya, siapa lagi kalau bukan Ziana Zain.

Justeru, penulis melontarkan soalan apakah Anuar mencuri masa untuk bertemu abahnya itu untuk bercerita mengenai perancangan konsert ini.

"Abah tidak memberikan 'input' kerana dia percaya dengan keputusan anak-anaknya. Lagipun, saya bukan lagi anak kecil seperti mana abah menguruskan saya dulu.

"Pun begitu, seperti bapa-bapa yang lain, pastinya dia mendoakan saya yang baik-baik. Dia tahu saya sudah lama mengimpikan ini dan berharap semuanya berjalan lancar. Begitu juga emak, dia tidak kisah.

"Cuma sebelum menjelang konsert saya mahu bertemu dengan Kak Ziana untuk mendapatkan idea-idea dan komen-komen kerana dia lebih pengalaman. Lagipun keluarga biasanya memberikan komen paling jujur kerana mereka tahu kelebihan dan kelemahan kita," katanya.

Sengaja mengusik, apakah dia tidak mahu mengajak kakaknya itu berduet satu lagu Anuar berkata, keinginan beraksi dengan Ziana itu memang selalu ada tetapi bukan untuk konsert yang ini.

"Saya sebenarnya ada satu kebimbangan jika saya menampilkan kakak saya atau artis undangan bimbang peminat tidak selesa dengan keadaan itu kerana mereka melaburkan sejumlah wang untuk menonton persembahan saya. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas kebanyakan peminat setia saya mereka lebih suka suasana 'personal' iaitu hanya mereka dan saya saja.

"Insya-Allah kalau ada rezeki mengadakan persembahan semacam ini sekali lagi, pastinya saya mahu beraksi dengan penyanyi-penyanyi yang saya kagumi dan hormati termasuk kakak saya, Ziana" katanya.

Eja mewah dengan iklan

Eja yang ditemui ketika penggambaran itu berkata, berlakon iklan komersial bukanlah perkara baru baginya kerana sebelum menjadi pelakon terkenal lagi dia sudah beraksi dalam beberapa iklan komersial.
"Saya pernah berlakon iklan produk Indonesia bersama Titiek Puspa. Ini termasuk beberapa iklan produk tenusu, kecantikan dan minuman kesihatan. Saya juga adalah seorang model sebelum terbabit dalam dunia lakonan.
"Berlakon drama dan untuk iklan tidak banyak beza, cuma berlakon iklan pendapatannya lumayan kerana bajet untuk pembikinan iklan memang besar. Saya bekerja untuk pembikinan iklan ini dua hari saja iaitu sehari penggambaran untuk media cetak dan sehari lagi untuk media elektronik. Jika terpaksa bekerja lebih masa pun tidak mengapa kerana bayarannya bagus," katanya.

Eja berkata, iklan MeSTI terasa dekat di hatinya kerana sebagai pengguna, dia mahukan makanan yang bersih dan selamat. Bagi dirinya, selepas memiliki anak, dia akan pastikan anaknya mendapat makanan yang berkhasiat.

Melihatkan tubuhnya lebih susut daripada biasa, Eja menjelaskan berat badannya turun tiga kilogram selepas berlakon teater Tun Siti Hasmah baru-baru ini yang pertama kali dilakonnya.

"Selama 16 tahun menjadi pelakon, saya tidak pernah berlakon teater. Tiga bulan saya berkorban untuk pementasan itu hingga saya jatuh sakit kerana tak cukup tidur dan doktor terpaksa menyuntik antibiotik dalam dos yang tinggi.

"Apa pun saya seronok berlakon teater itu, lebih-lebih lagi membawakan watak Tun Siti Hasmah yang disayangi rakyat sehingga kini," katanya yang baru balik bercuti dari Hong Kong bersama suami dan anaknya.

Gambar Justin Bieber cabul peminatnya, tangan merayap

Cium tapi tangan merayap....


Irwansyah tak ambil dadah

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar dibebaskan oleh Badan Narkotik Nasional (BNN) setelah didapati tidak bersalah atas dakwaan penyalahgunaan dadah.
Menurut portal berita inilah.com, pasangan suami isteri itu dikhabarkan tidak mengetahui berhubung terdapatnya penggunaan dadah pada majlis keraian yang diadakan di rumah rakan pelakon, Raffi Ahmad.
 
Alhamdulillah, kami sudah dibebaskan daripada tuduhan itu. Sewaktu kami tiba ke lokasi majlis tersebut sudah terdapat pegawai-pegawai daripada BNN," kata Zaskia.
Selain Irwansyah, Zaskia dan Raffi, selebriti lain yang turut ditahan dalam serbuan BNN pada Ahad lalu itu termasuklah Wanda Hamidah

Aidil jalin hubungan sulit dengan bekas kekasih Nazmi?

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Bintang bola sepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor hari ini mencetuskan isu sensasi apabila mendakwa pemain kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal dalam twitternya pagi ini antara lain mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.
 
Pemain muda itu turut mendakwa Tengku Fiella pernah tinggal bersama Aidil selama beberapa hari di Johor Bahru.Beliau mendakwa mengetahui semua aktiviti Aidil yang juga suami kepada Rita Rudaini dan Tengku Fiella itu menerusi seorang rakannya yang berada di tanah air.
Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian.
 
Sementara itu, Tengku Fiella menafikan dakwaan Mohd. Nazmi Faiz itu dan mengaku tidak mengenali Aidil.
Saya tidak pernah kenal pun Aidil. Nazmi saya tidak tahulah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi saya tetapi saya tak layan," katanya seperti dipetik dari blog Rotikaya.com hari ini.Bagaimanapun, Mohd. Nazmi Faiz yang berada di Portugal masih gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut

Transformasi Park Bom Mengejutkan Para Peminatnya

 
Pada 23 Januari, Park Bom menghadiri pemutaran VIP sebuah film berjudul 'The Berlin File' dengan anggota 2NE1 yang lainnya. Dirinya tampak benar-benar berbeda dalam beberapa bulan yang lalu, yang menarik banyak perhatian.
Park Bom
Park Bom
Hadir di acara tersebut, Park Bom mengenakan sebuah jaket kulit hitam dengan mengenakan sebuah celana pendek, dirinya memamerkan bentuk kakinya yang tipis dan juga indah. Pipi tembem yang pernah menempel di pipinya itu terlihat sudah menghilang dan wajahnya terlihat tampak lebih mengecil dari sebelumnya.
pb2
Beberapa rumor muncul dan langsung menyebar cepat bahwa khabarnya ia menjalani sebuah operasi palstik, sesuatu yang dilakukan untuk wajahnya agar terlihat lebih rapi dan terlihat lebih muda. Beberapa penggemar bahkan berbagi foto-foto lama Park Bom bahwa mereka membenarkan kalau dirinya benar-benar melakukan sebuah operasi plastik di masa lalu.

 
pb3

Artis Cilik Hollywood yang Sekarang Makin Cantik Handsome

Saat Anda masih kecil, Anda pasti ingat dengan wajah-wajah yang ada di bawah ini. Nama mereka bersinar setelah membintangi beberapa film. Walaupun masih belia, kemampuan akting mereka mendapat pujian dari berbagai pihak.

[imagetag]

Masih ingatkah Anda dengan mereka?

1. Jonathan Lipnicki Stuart Little
[imagetag]

Ingat dengan film Stuart Little? Film tentang tikus kecil yang diadopsi oleh keluarga Little. Dalam keluarga Little, ada anak laki-laki berkacamata yang pasti Anda ingat dengan baik. Nama pemeran anak laki-laki itu adalah Jonathan Lipnicki. Saat ini usia Jonathan 21 tahun. Dia tidak lagi terlihat culun memakai kacamata bulat. Dia sudah tumbuh menjadi pria muda yang memiliki otot kekar. Bikin pangling..

2. Daveigh Chase The Ring
[imagetag]

Tahu film The Ring? Film horor dari Jepang ini diadaptasi ulang di Amerika Serikat. Nama Sadako diganti menjadi Samara, dan yang menjadi Samara adalah gadis kecil bernama Daveigh Chase. Anda mungkin masih ingat bagaimana seramnya wajah Daveigh Chase menghantui tidur. Tetapi gadis kecil itu sudah menjadi wanita muda yang cantik berusia 22 tahun.

3. Daveigh Chase The Ring

[imagetag]

Mungkin inilah kembar paling kaya dan terkenal di dunia. Nama Mary Kate dan Ashley Olsen dikenal sejak mereka berdua menjadi bintang utama dalam serial TV Full House. Serial TV tersebut sangat terkenal, dimulai dari tahun 1987 hingga 1995 dan pernah diputar di Indonesia. Saat beranjak remaja, si kembar membintangi beberapa film. Saat ini Mary Kate dan Ashley Olsen lebih fokus pada bidang fashion, nama mereka makin bersinar di bidang tersebut. Sesekali mereka masih menerima tawaran akting beberapa film.

4. Haley Joel Osment The Sixth Sense

[imagetag]

Tidak banyak artis cilik yang menuai pujian akan aktingnya di sebuah film. Haley Joel Osment mungkin pengecualian, karena dia bermain sangat baik di usianya yang masih sangat kecil. Sejak bermain sebagai Forrest Gump sebagai Forrest kecil, banyak orang meramal bahwa Haley akan jadi bintang besar.

Nama Haley semakin bersinar ketika dia bermain sebagai bintang utama dalam film The Sixth Sense, adu akting yang sangat menawan dengan Bruce Willis. "I see dead people," Anda pasti masih ingat dengan kalimat yang diucapkan Haley dalam film tersebut. Setelah film A.I. Artificial Intelligence, belum ada lagi film Haley Joel Osment yang meledak. Kita tunggu saja.

5. Dakota Fanning

[imagetag]

Artis yang satu ini tidak diragukan lagi kualiti aktingnya. Mulai dari serial TV Ally McBeal, film Uptown Girls (bersama mendiang Brittany Murphy), War of the Worlds (bersama Tom Cruise), juga dalam film remaja The Twilight Saga sebagai Jane. Kulit pucat, mata biru elektrik dan rambut pirang yang cantik hanya bagian kecil dari Dakota yang membuatnya mudah diingat. Aktingnya yang menawan membuat gadis kecil ini pernah dinobatkan sebagai aktris cilik paling kaya di Amerika Syarikat.

Depan Mata: Shila kongsi pentas dengan PSY

Siapa sangka, langkah ayahnya menghantar anak perempuannya ke sekolah Cina kini membuahkan hasil lumayan. Nyata kemahiran bertutur bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada Shila Am- zah, 23, apabila dirinya kini mengukir nama di China.
Segala-galanya bermula apabila Shila menjuarai Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada 20 September tahun lalu. Hadiah menanti Shila ialah RM5 juta.

Mungkin ia membuatkan ramai terbeliak biji mata tetapi jumlah itu bukan diberikan kepada Shila seorang, sebaliknya berkongsi dengan pemenang kedua dan ketiga dan ia dijadikan dana untuk mengembangkan kerjaya seninya selama enam tahun di negara Asia.
Pelbagai perancangan menanti Shila seperti rakaman album dan undangan menyanyi. Sejak itu, Shila berulang alik ke China untuk menjayakan undangan menjayakan persembahan.

Antaranya, dipilih sebagai artis membuat persembahan pembukaan di konsert Eric Moo, penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia yang mengukir nama di China. Shila juga bakal berkolaborasi dengan Wang Leehom untuk albumnya nanti.

Pada 29 Januari ini, Shila akan ke Shanghai menjayakan satu konsert dan bakal berkongsi pentas dengan penyanyi Korea, PSY yang mencipta kejayaan besar melalui lagu Gangnam Style.
Bertemu ibu Shila baru-baru ini, nyata dia tetap merendah diri dan tiada riak di wajah atas kejayaan besar anak sulungnya. Katanya, syukur dengan rezeki Shila sejak menang di China.

"Setakat ini sudah dua kali Shila ke Shanghai menjayakan persembahan dan kunjungan ketiga pada 29 Januari ini lebih bermakna apabila Shila bakal berkongsi pentas dengan PSY. Alhamdulillah, rezeki Shila nampaknya mencurah-curah sejak tahun lalu," katanya.
Ibunya juga menafikan Shila kini jual mahal tetapi katanya, 90 peratus daripada undangan persembahan untuk Shila dari syarikat korporat Cina dan mereka bersetuju dengan harga diberikan tanpa banyak soal.

Sebagai juara Asian Wave 2012, Shila juga dicalonkan untuk Artis Wanita Terbaik dan Penghibur Dunia Terbaik di World Music Awards 2012 yang dijadualkan berlangsung 22 Disember tahun lalu di New York, Amerika tetapi ditunda 8 April depan. Shila dijadualkan berduet dengan Jennifer Lopez dan Justin Bieber dalam acara itu tetapi apakan daya, ia dibatalkan.

Semua kejayaan ini bukan muncul di depan mata Shila dalam sekelip mata kerana perjuangannya dalam seni bermula sejak usia 10 tahun.

Bapanya gigih berjuang untuk ketengahkan bakat anaknya hingga sanggup keluar belanja sendiri untuk buat album.

Pada 2000, Shila menjadi artis EMI dan merakamkan album Yang Teristimewa. Pada 2007, Shila menyertai program realiti One In A Million musim kedua (OIAM2) dan berjaya menjadi naib juara.

Kemudian pada 2008, Shila mewakili Malaysia ke pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 di Pulau Pinang bersaing dengan penyanyi luar negara. Shila menang dua anugerah, Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.

Muncul dengan album Bebaskan pada 2009 bersama Monkey Bone, ia menjadi salam perkenalan daripada Shila, diikuti album 3 Suara bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor pada 2010.

Ternyata bintangnya mula bersinar dan masyarakat mula membuka mata terhadap kehadirannya menerusi lagu Beribu Sesalan, kemudian disusuli singlenya, Patah Seribu.

Lagu Patah Seribu juga ciptaan Shila berjaya memecahkan tembok cermin yang menjadi penghalang untuknya terus melangkah jauh.

Sejak itu, satu demi satu kejayaan diukir Shila atau nama sebenar, Nur Shahila Amir Amzah yang dilahirkan pada 13 Ogos 1990.

Apabila Shila berusia lima tahun, bapanya menghantar Shila ke tadika Cina, kemudian Sekolah Lee Rubber di Gombak tetapi hanya bertahan sehingga darjah dua.

Ibu Shila mengakui rejim yang terlalu menekankan akademik membuatkan anaknya sering menangis dan enggan ke sekolah hingga memaksa ayahnya memindahkan Shila ke sekolah kebangsaan.

Bagaimanapun, ayahnya menekankan pentingnya bahasa Inggeris dan Mandarin. Apabila di sekolah menengah, Shila memilih untuk bergaul dengan pelajar bukan Melayu supaya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan mereka.

Nyata apa yang dipelajari dulu, baru kini digunakan dengan menyanyikan lagu Mandarin. Ternyata ia membuahkan kejayaan dan dia kini diterima baik masyarakat di China. Ke mana-mana Shila pergi, orang mengenali dirinya.

Sebelum ini, industri seni berbangga dengan Siti Nurhaliza dan turut berjaya menambat hati masyarakat Cina di Tanah Besar China dan juga Taiwan.

Bagaimanapun, Siti lebih dulu mengukir nama besar di negaranya dan di negara jiran Indonesia sebelum melangkah ke China, berbeza dengan Shila.

Gelombang Shila bermula di Shanghai, kemudian baru orang kita mula membuka mata terhadap bakat dimiliki. Tahun ini, Shila bakal muncul dengan album di China dan album solo Melayu.

Kejayaan Shila seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana mampu membina jambatan hingga ke China. Mungkin juga Shila mampu menjadi penghubung kepada masyarakat Cina di negara kita untuk menghargai bakat anak seni kelahiran Malaysia, sekali gus menjalin semangat muhibah masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Semoga kejayaan Shila tidak direnggut sekelip mata dengan kontroversi yang boleh membunuh kerjaya seninya.

Ups ... Britney Spears Tampil Super Seksi Lagi.

Ups ... dia melakukannya lagi sang penyanyi pop cantik ini keluar rumah untuk makan siang pada hari Sabtu . Yang menghebohkan ialah  Britney datang tanpa bra dalam gaun halter merah muda yang super sexy di sebuah hotel mewah di Los Angeles.
Britney mungkin tak sadar jika 60% payudaranya nyaris terlihat, dan itu merupakan pemandangan yang indah pada siang hari kata seorang penggemarnya.
Rambut pirang di ekor kuda tinggi dalam kacamata berwarna gelap, sang bintang tidak memperdulikan busananya yang sangat menarik perhatian itu.
Mantan Juri X Factor juga mengenakan sedikit make-up termasuk lip gloss netral. Banyak anggapan bahwa dia sedang dalam masa-masa mencari pengganti sang kekasih yang baru saja berpisah dengan nya.



• Gaun Britney Spears 'tampak lebih dari sekedar sisi boob sangat jelas kelihatan saat ia tiba di sebuah hotel di Los Angeles, Sabtu


• Britney memamerkan sisi dadanya ke kencan makan siang


• Britney yang putus dengan tunangannya Jason Trawick seminggu yang lalu, didampingi oleh pengawal


• Britney tampak rapi dan bagus dalam pakaian merah nya meskipun akhir menyedihkan dari hubungannya


• Britney dan Jason mengumumkan akhir keterlibatan mereka pada 11 Januari, dengan penyanyi menambahkan bahwa dia akan selalu memujanya dan tetap temannya

Konsep Barbie Doll Baby Shima

BAKAT yang digilap menerusi pertandingan nyanyian Bintang Idola 2010, Nor Ashima Ramli atau Baby Shima, 20, kini mempertaruhkan single sulungnya yang berjudul, Tak Sabar ciptaan Edry Abdul Halim.
Bernaung di bawah KRU Music Sdn. Bhd. bersama Wings, Mojo, Forteen dan VIP, figura berwajah comel ini cuba membuat kelainan dengan menampilkan konsep yang dinamakan sebagai Barbie Doll, happy dan catchy.
 
Menyemarakkan lagi kemunculan Baby Shima, bekas ahli kumpulan VIP, Fadlan Hazim tampil membuat penampilan khas menerusi single tersebut.
Menurut anak keempat daripada enam adik-beradik itu, dia tidak ingin disamakan dengan mana-mana artis KRU Music yang lain.
 
"Saya menampilkan konsep Barbie Doll, happy dan catchy menerusi single pertama saya yang berjudul, Tak Sabar ini kerana saya tidak mahu disamakan dengan mana-mana artis seperti Stacy. Ini kerana kami berada di bawah syarikat yang sama dan saya juga ada menyelitkan tarian menerusi klip video single tersebut.
"Bagaimanapun, saya cuba membuat perbezaan dengan melakukan pergerakan tarian yang lebih perlahan, walaupun saya sebenarnya boleh menari dengan agak lincah," ujarnya yang kini diuruskan oleh AiCO Empire Group (Aico) yang dimiliki Adam AF.
 
Bercerita lanjut tentang dirinya yang bernaung di bawah KRU Music, kata Baby Shima, dia sudah bersama syarikat tersebut sejak setahun yang lalu dan telah mengikat kontrak dengan Aico selama lima tahun.
"KRU Music telah melamar saya untuk menjadi salah seorang artis di bawah naungannya selepas menjuarai pertandingan Bintang Idola pada tahun 2010. Ketika itu saya membawa lagu hit Agnes Monica, Matahari yang merupakan lagu kegemaran dan idola saya.
 
"Saya amat bersyukur kerana telah ditawarkan untuk menjadi artis di bawah naungan KRU Music yang merupakan sebuah syarikat dengan nama yang besar dan dikenali ramai," katanya.
Makna di sebalik panggilan 'Baby'
Mengulas lanjut mengenai perjalanan kariernya pada masa hadapan, Baby Shima memberitahu, dia akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang nyanyian dan sentiasa berusaha memajukan diri sebagai pendatang baharu dalam dunia hiburan ini.
 
"Saya akan memberi sepenuh perhatian kepada perjalanan seni saya dan berharap akan berjaya mendapat tempat di hati para pendengar dalam negara. Selain berusaha memperbaiki dan merancang karier nyanyian, saya turut meminta tunjuk ajar daripada abang Edry, Adam dan ramai lagi untuk tampilkan yang terbaik," bicaranya.
Pada sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini di pusat beli-belah One Utama, Damansara, Kuala Lumpur, dia turut berkongsi maklumat mengenai panggilan 'Baby' yang digunakan sebagai nama komersialnya.
"Panggilan Baby itu sebenarnya diberikan oleh Abang Edry kerana melihat kepada perawakan saya yang dikatakan manja dan lembut. Saya juga berasa senang hati dan selesa dengan nama komersial yang dicadangkan Abang Edry itu," katanya.
Dalam pada itu beberapa komposer terkenal tanah air seperti Azmeer, Cat Farish, Adam AF, Tam Spider dan Edry sendiri telah bersedia dan akan membantu Baby Shima dalam mengembangkan bakat yang dimilikinya.
 
"Saya berasa sangat beruntung kerana sudah ada komposer-komposer yang ingin memberikan saya lagu mereka untuk dinyanyikan nanti," katanya.
Baby Shima juga mengakui sokongan daripada ahli keluarganya menjadi penguat semangat untuk dia terus mengorak langkah dalam dunia seni ini.
"Ibu dan adik-beradik saya sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada saya supaya tidak mudah berputusa asa dan sentiasa berdikari.
"Pada mulanya saya sangka mudah untuk menjadi penyanyi, tetapi sangkaan saya itu meleset apabila melihat betapa susahnya untuk menghasilkan lagu yang terbaik sebelum berjaya menarik perhatian peminat," katanya.
 
Tak Sabar sudah mula diperdengarkan di stesen-stesen radio tempatan sejak Disember yang lalu.
Tayangan eksklusif klip video Tak Sabar yang diusahakan pada Ogos tahun, bakal menghiasi stesen televisyen tempatan dan juga di Tonton.com.my.
Bagi mengenali Baby Shima dengan lebih dekat dan mengikuti perkembangan perjalanan kariernya, boleh layari laman Facebook http://www.facebook.com/pages/Baby-Shima/181815841843404.

Scha kecewa dituduh pencuri baju

Pasangan suami-isteri, Scha Alyahya dan Awal Ashaari, masih terasa kesannya sehingga ke hari ini walaupun tiada sebarang bukti menunjukkan mereka terbabit dalam kejadian mencuri pakaian di sebuah gedung pakaian terkenal, seperti yang pernah kecoh sekitar Oktober tahun lalu.

Kepedihan gara-gara tuduhan tidak berasas itu cukup dirasakan Scha apabila dia mengaku kecewa dengan penganjur yang seolah-olah lepas tangan apabila isu itu tersebar.
Memang saya merajuk dengan penganjur apabila mereka tidak melakukan sebarang tindakan susulan untuk memulihkan kembali reputasi saya yang sudah tercemar. Berkali-kali saya meminta mereka mengeluarkan kenyataan yang boleh membersihkan nama saya. Namun mereka memberikan alasan polisi syarikat menghalang mereka berbuat demikian.


Saya cuba juga meminta jika ada salinan CCTV yang menunjukkan kami melakukan tindakan salah laku itu sebagai bukti, tapi permintaan kami gagal ditunaikan, ujar Scha ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah peraduan Petronas Switch for XTRA Road Challenge di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pertandingan berupa kempen yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail atau FBI, itu menyaksikan selebriti terpilih seperti Scha, Awal dan blogger terkenal, Hanis Zalikha, mengembara ke seluruh negara sekali gus menyudahkan pelbagai cabaran dikehendaki bersama peminat terpilih.

Ditanya apakah tuduhan nakal itu menjejaskan kerjaya seninya terutama membabitkan pandangan khalayak terhadapnya, Scha mengakui ia memberi sedikit tempias.

Walaupun tidak secara terang-terangan, tetapi ada juga syarikat produk saya wakili yang menyiasat kesahihan perkara itu daripada orang lain. Mungkin mereka bimbang jika perkara itu benar-benar terjadi. Namun saya tetap menerima jemputan daripada pelbagai pihak untuk menjadi tetamu majlis. Sekali gus ia membuktikan mereka percaya saya tidak terbabit dengan kes mencuri, tegasnya.
Sedia timang anak

Sebagai pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga, soalan mengenai cahaya mata pastinya wajib ditanyakan kepada pasangan suami isteri. Maklum saja, selepas hampir lapan bulan berkahwin tentunya peminat Scha dan Awal mahu melihat mereka dikurniakan zuriat sendiri.

Bagaimanapun timbul juga cakap-cakap nakal yang mendakwa mereka tidak bersedia untuk mempunyai anak kerana masih memburu keseronokan hidup berdua. Ditambah pula dakwaan kononnya Scha bimbang bentuk tubuh akan berubah sebaik saja menimang cahaya mata.

Siapa kata saya tak mahu anak? Memanglah orang lihat kami ini enjoy sepanjang masa, seolah-olah tak bersedia untuk memiliki zuriat sendiri. Dalam hal ini saya percaya kepada rezeki. Jika Tuhan nak bagi, kami memang bersedia bila-bila masa saja.

Tapi, saya ada juga dengar nasihat daripada beberapa rakan artis supaya tidak terlalu tertekan memikirkan soal ini. Dynas contohnya, mula-mula dia memang tertekan dengan soal anak sehingga sampai satu tahap dia sudah malas untuk mencuba. Namun siapa sangka saat dia mula putus asa, tiba-tiba Tuhan beri rezeki, ujar Awal optimis.

Terkejut masih ada peminat

Mengenai namanya sekali lagi membolos senarai Top 5 Pengacara Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-26, Awal berkata, dia sendiri terkejut kerana menganggap masa untuknya berada dalam senarai itu sudah lama berlalu sebaik saja dia mendirikan rumah tangga.

Memang saya tak sangka kerana tahun lalu produk saya tidak banyak, ditambah dengan status saya yang sudah pun berkahwin. Ada lagi ke peminat? Lagipun saya memang tak banyak berkempen berbanding ABPBH tahun lalu. Jadi, apabila nama saya sekali lagi dicalonkan, saya memang terkejut dan terima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni saya, katanya teruja.

Pertabalan Agong di Discovery Channel

Malaysia tidak dinafikan merupakan antara salah satu negara yang semakin pesat membangun di benua Asia di mana dalam masa yang sama, negara ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya yang telah bertahan ratusan tahun lamanya.Sungguhpun terdapat banyak negara lain di dunia ini yang turut mengamalkan sistem beraja, tetapi uniknya, masyarakat berpeluang melihat individu sama menaiki takhta dan bergelar raja buat kali kedua dalam sejarah Raja Berperlembagaan di Malaysia.
 
Pertama kali ditayangkan, dokumentari berjudul Revealed: Malaysias Majesty - Twice A King ini bakal menyingkap majlis bersejarah yang menyaksikan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ditabalkan selaku Yang Di-Pertuan Agong ke-14 negara ini.

Anne Ngasri mula rasa loya, dah kena dah tu

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pelakon Anne Ngasri, 28, sudah mula berasa loya selepas mendirikan rumah tangga pada 22 Disember lalu.Anne yang berkahwin dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Mohd. Sumali Reduan, 41, berkata, dia tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan.
 
Memang saya sering rasa loya tapi belum bertemu doktor untuk pengesahan lanjut. Tunggulah seminggu dua lagi jika keadaan ini berterusan, baharu saya pergi bertemu doktor," katanya.
Bagaimanapun ibu kepada tiga orang anak melalui perkahwinan terdahulunya, berkata, dia tidak kisah jika dikurniakan anak secepat mungkin.

Rita Rudaini Dan Lisdawati Berdamai

Kuala Lumpur - Pelakon Lisdawati dan Rita Rudaini berdamai setelah hampir 7 tahun bermusuhan setelah kedua-dua bersetuju selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Kerana Sarah.
 
Lisdawati berazam untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.
Mereka dikatakan bermasam muka selepas berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang pada tahun 2006 .
 
Kejadian tersebut telan menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja mencederakannya.
Perkara tersebut sudah lama selesai dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul lagi , jelas Rita .

Adiputra tolak sesi fotografi buka pakaian

SETIAP insan yang bernama suami pasti teruja dengan kelahiran cahaya mata yang menyerikan lagi alam rumah tangga mereka bersama isteri tercinta.
Itu perasaan yang yang turut dialami aktor bertubuh sasa, Adi Putra. Pelakon yang terkenal melalui watak Jai dalam filem KL Gangster, itu sebelum ini selesa menayangkan tubuh sasanya dalam filem tersebut baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata, Zara Adelia Haadi dalam kehidupannya beberapa bulan lalu.
Mungkin kerana sudah bergelar bapa, sehubungan itu timbul desas-desus mengatakan Adi Putra enggan lagi melakonkan watak yang memerlukan dia membuka baju dalam babak drama atau filem.
Di sebalik kesibukan di set penggambaran produksi lakonannya, pelakon filem Akualam Terima Nikahnya itu juga dikatakan semakin mengehadkan waktu kerjanya bagi meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.
 
Sejauh mana kebenarannya, ikuti temu bual Kosmo! dengan Adi Putra ketika ditemui pada majlis pelancaran produksi drama-drama TV3 untuk suku tahun 2013 di Flora Terrace@ Hempshire Place, Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Kosmo!: Sejak mendapat anak, Adi Putra dikhabarkan enggan berlakon watak atau melakukan sesi fotografi yang memerlukan anda membuka pakaian. Benarkah?
ADI PUTRA: Bagi sesi fotografi yang memerlukan saya membuka pakaian, mungkin saya akan tolak. Ini kerana menjadi seorang bapa merupakan satu tanggungjawab yang besar dan sudah menjadi lumrah, seorang ayah menjadi ikon yang baik kepada anak. Jika tidak, anak kita kelak mungkin terpaksa menghadapi situasi yang kurang senang dan agak sukar untuk kita memberikan penjelasan secara umum kelak. Namun, untuk drama atau filem mungkin saya akan membuka pakaian jika diperlukan untuk sesuatu watak. Ini kerana ia adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon.
 
Adakah Adi Putra hanya akan memilih watak-watak yang sesuai sahaja setelah bergelar bapa?
Sekarang ini saya sedang menerokai pelbagai jenis watak-watak yang masih banyak lagi saya belum lakonkan dan ingin lakonkan. Buat masa ini, biarlah saya selesaikan dahulu satu persatu sebelum mencuba watak yang lain. Dalam tempoh beberapa tahun ini saya akan lebih fokus kepada watak cinta seperti cinta komedi, serius dan aksi.
 
Sebelum ini Adi Putra pernah memegang watak lelaki romantik dalam filem Aku Terima Nikahnya bersama Nora Danish. Adakah disebabkan filem tersebut, kini anda banyak meraih tawaran drama atau filem romantik?
Sebelum filem Aku Terima Nikahnya lagi saya ada berlakon drama atau filem cinta tetapi tidak diketengahkan dan orang tidak tahu. Saya rasa filem itu bukan penyebab kebelakangan ini saya mendapat tawaran berlakon dalam drama atau filem cinta.
 
Apakah perkembangan Adi Putra sekarang?
Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Sehangat Asmara yang menggantikan drama Adam Dan Hawa di Astro Mustika berganding dengan Rita Rudaini sebagai heroin. Selepas itu, saya akan sibuk dengan penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia di TV3. Selain itu, filem saya yang akan ditayangkan tahun ini termasuklah KL Gangster 2, Hanyut, Langgar, Isyarat Cinta dan Balistik.
 
Adi Putra sekarang ini sedang sibuk dengan penggambaran drama. Adakah anda mengehadkan waktu kerja untuk meluangkan masa dengan anak?
Saya belum habis lagi kerja-kerja penggambaran untuk drama Sehangat Asmara, jadi saya tidak boleh mengehadkan waktu kerja. Namun, tahun ini saya sudah selaraskan jadual saya pada hari-hari tertentu untuk saya luangkan masa dengan anak dan juga isteri.
 
Apakah perbezaan yang dapat dirasai selepas kemunculan cahaya mata dalam hidup Adi Putra?
Saya mendapat keseronokan yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Saya rasa anak saya memberikan satu inspirasi dan kekuatan untuk menubuhkan syarikat sendiri iaitu Nur ADP yang akan menerbitkan sebuah filem tidak lama lagi yang diadaptasi daripada sebuah novel berjudul, Suami Aku Ustaz.
 
Adi Putra turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) untuk dua kategori iaitu Pelakon Lelaki TV Popular dan Pelakon Lelaki Filem Popular. Apakah strategi yang dilakukan bersama kelab peminat sebagai kempen untuk pencalonan itu nanti?
Kelab peminat saya sentiasa aktif melakukan pelbagai kempen walaupun bukan kerana ABP. Sebelum ini kami banyak mengadakan bermacam-macam aktiviti dan tidak perlu bila ada ABP baru kelab peminat ini aktif. Jika saya menang pun bukan untuk saya tetapi untuk mereka yang menyokong saya daripada mula-mula berada dalam industri sehingga sekarang.

Saya tidak disingkirkan – Kenchana Devi

SETELAH setahun menghiburkan para pendengar Suria FM menerusi segmen Ceria Pagi Di Suria pada pukul 5 hingga 10 pagi, jodoh pelakon Kenchana Devi dengan stesen radio tersebut berakhir pada 31 Disember lalu.Bagaimanapun, baru-baru ini tersebar cerita yang mengatakan pelakon berkenaan telah disingkirkan bersama seorang lagi penyampai iaitu Tyzo atau Tuah Zoqarnain.
 
Berkesempatan menemui Kenchana selepas berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil pada Ahad lalu, pelakon itu menafikan dirinya disingkirkan stesen radio berkenaan.
Sebaliknya, Kenchana menjelaskan kontraknya dengan Suria FM sudah berakhir dan dia sendiri yang membuat keputusan untuk tidak menyambung tugas sebagai penyampai di situ.
 
Kosmo!: Benarkah cerita yang mengatakan penamatan kontrak Kenchana dengan Suria FM diberitahu pada hari terakhir anda bertugas?
KENCHANA: Sebenarnya saya agak terkejut apabila cerita ini dikeluarkan dalam media. Untuk pengetahuan semua, kontrak saya memang tamat pada 31 Disember lalu dan saya sendiri yang ambil keputusan tidak menyambungnya.
Secara jujurnya, saya memang sudah lama bercadang untuk berhenti iaitu sejak dua bulan lalu.
Perkara ini sudah saya bincangkan bersama pihak pengurusan stesen dan mereka menerima keputusan saya ini.
 
Bagaimanakah cerita tentang penyingkiran anda ini boleh timbul?
Saya sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini timbul memandangkan kontrak saya dengan Suria FM pun cuma setahun dan ia kini sudah berakhir setelah dibincangkan lebih awal lagi.
Lagipun tidak ada mana-mana pihak yang menghubungi saya untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau ada yang menghubungi saya untuk mendapatkan kenyataan, sudah tentu perkara ini tidak timbul.
 
Apakah yang menyebabkan Kenchana mengambil keputusan tidak menyambung kontrak dengan Suria FM?
Buat masa ini saya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada syarikat produksi saya iaitu Kanchana Shakti Production Sdn. Bhd. yang sudah tujuh tahun ditubuhkan.
Kini, syarikat saya itu semakin banyak menerbitkan drama dan telefilem dan sudah tiba masanya saya memberikan tumpuan sepenuhnya, selain meneruskan kerjaya sebagai pelakon.
 
Adakah Kenchana tidak rindu setelah tidak lagi menjadi penyampai radio?
Sudah tentu saya rindu terutamanya para pendengar yang banyak memberikan maklum balas yang positif. Tidak dinafikan ramai yang terkejut apabila saya mengundur diri dan tidak lagi menjadi penyampai radio.
 
Apakah pengalaman yang Kenchana dapat sepanjang setahun bersama Suria FM?
Boleh dikatakan banyak benda yang saya pelajari serta dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang pelbagai perkara yang berlaku. Bertugas sebagai penyampai radio, saya perlu tahu situasi terkini yang berlaku dan memerlukan saya membuat kajian sebelum ke udara.
Selain itu, saya juga dapat berkomunikasi terus dengan pendengar dan paling menarik, dapat mengajar mereka bahasa Tamil.
 
Kalau ada peluang lagi, adakah Kenchana tidak teringin untuk menjadi penyampai radio semula?
Keinginan untuk menjadi penyampai radio itu memang ada, malah bos saya di Suria FM iaitu Adiwati Zainuddin telah melayan saya dengan baik dan mengalu-alukan sekiranya saya berhasrat untuk kembali semula.

Kejutan Top 5

Keputusan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 yang diumumkan di Hotel Holiday Villa & Suites, Subang Jaya, semalam cukup mengejutkan. Selain menyaksikan ramai muka baru yang membolosi senarai calon akhir, ada nama besar termasuk pemenang tahun lalu tidak tersangkut kali ini.
 
Antara artis popular yang gagal menempah tempat tahun ini ialah Remy Ishak, Rozita Che Wan dan Tiz Zaqyah. Lebih mengejutkan, pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH lalu, Tasha Shilla; dan Pelakon TV Lelaki Popular, Fizz Fairuz, turut gagal menembusi senarai Top 5. Kegagalan Tasha dan Fizz menimbulkan persoalan apakah populariti mereka mula merudum?


Senarai Top 5 APBPBH 2012 kali ini turut menyaksikan beberapa muka baru seperti Nabila Huda, DJ Lin, Jepp Sepah dan Jihan Raja Lawak dicalonkan antara lima kelompok artis popular dalam pelbagai kategori.

Selain itu, kembali menjadi calon ABPBH edisi ke-26 ialah artis serba boleh, AC Mizal, yang agak lama menyepi dari pentas anugerah ini.

Persoalannya, andai benar populariti artis yang tidak dicalonkan ke akhir kali ini merosot, apakah ia bermakna perhatian peminat sudah beralih arah?

Seperti yang diketahui, dunia hiburan tanah air tidak pernah sunyi dengan kehadiran artis baru yang lebih segar dan berbakat. Namun, itulah lumrah dunia hiburan kerana apa yang berlaku tidak ubah seperti roda yang berputar.
Penangan lima calon baru

Berbicara soal populariti, diakui tidak semua artis yang pernah dicalonkan dalam ABPBH sejak 26 tahun penganjurannya mengecapi populariti seperti roket. Ada segelintir artis dilihat tak perlu berpenat lelah membuktikan bakat, sebaliknya hanya bersandarkan kepada gosip tetapi melepasi senarai Top 5.

Namun, biar apapun alasan mengaitkan artis popular tersingkir daripada menjadi calon Top 5, apa yang dialami lima artis yang menghiasi muka depan HIP ini agak berbeza.

Bukan tiada gosip yang menghimpit diri mereka, cuma kejayaan membolosi peringkat akhir pencalonan ABPBH 2012 lebih kepada bakat hasil kerja masing-masing.

Artis kelahiran Kota Singa, Shah Iskandar, ialah antara artis yang berjaya bergelar finalis tetapi bukan dengan jalan mudah. Lebih tiga tahun menceburkan diri dalam bidang seni dan bermula dengan peringkat bawah, akhirnya jejaka ini berjaya menempatkan diri dalam kategori artis baru popular.

Jujur saya akui pernah terdetik dalam hati untuk berada dalam kelompok ABPBH. Bagi saya, populariti itu memang penting terutama dalam membantu kerjaya seseorang artis.

Bagi saya, sama ada seseorang itu popular kerana kontroversi atau hasil kerjanya, ia bukan masalah besar. Ini kerana biar apapun, ia tetap membantu menaikkan nama artis, katanya.

Gosip berkasih dengan Rozita lonjak nama?

Ditanya apakah kejayaannya membolosi senarai Top 5 berpunca daripada gosip hubungan cintanya dengan pelakon Rozita Che Wan, Shah tidak menafikan perkara itu.

Seperti yang saya katakan tadi, gosip juga memainkan peranan penting untuk mempopularkan seseorang artis. Tapi saya percaya hasil kerja saya dalam dunia lakonan juga banyak membantu sehingga berjaya mengumpul peminat tersendiri, yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, katanya yang mempunyai kelab peminat bernama Shah Iskandarriffic.

Mengakui agak terkejut apabila diberi peluang duduk di kerusi finalis edisi terbaru ABPBH selepas lebih 12 tahun berkecimpung dalam arena seni, Nabila Huda berterima kasih atas kepercayaan peminat yang mengundinya untuk menjadi calon akhir Pelakon TV Wanita Popular.

Nabila mengakui dia sukar menggambarkan perasaan sebaik diumumkan sebagai Top 5 kerana inilah kali pertama dicalonkan ke peringkat akhir. Sehubungan itu, Nabila enggan meletakkan harapan.

Terima kasih kepada pengundi. Pencalonan ini cukup bermakna walaupun baru sekarang saya berada dalam senarai Top 5. Ini bermakna, secara tidak langsung penonton menilai hasil lakonan saya.

Sebelum ini, biarpun tidak berada dalam Top 5, saya tetap memberi sokongan kepada ABPBH. Cuma mungkin nanti perasaannya berbeza apabila kali ini saya hadir sebagai finalis, katanya yang bersaing dengan Fasha Sandha, Izara Aishah, Neelofa dan Siti Saleha dalam kategori berkenaan.

Izzue akui saingan hebat

Lelaki berkulit putih dan bermisai yang juga anggota kumpulan remaja Forteen ini tidak menyangka namanya berjaya membolosi senarai akhir ABPBH 2012.

Memang pada awalnya saya tidak menaruh harapan. Tetapi rupa-rupanya saya tercalon namun tidak mahu terlalu memikirkannya. Ini kerana saingan hebat-hebat belaka.

Mungkin ini disebabkan produk saya yang mereka gemari, ujar Izzue Islam yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular bersama Shah Iskandar, Taiyudin Bakar, Jimmy Palikat dan Aiman Hakim Ridza.

Artis gagal guna nama Allah sebagai jenama

THE HAGUE, Belanda - Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin."Permohonan itu ditolak," menurut satu dokumen di laman web BIOP.Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.
 
Castelein memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini.
 
"Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya.
Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.
Pihak BIOP enggan mengulas berhubung keputusan tersebut. - AFP

AJL27- Aizat kecewa layanan terhadap Uji Rashid di AJL

KUALA LUMPUR, 7 JAN. - Penyanyi Aizat kecewa dengan layanan yang diberikan kepada penyanyi veteran Uji Rashid ketika sesi latihan Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini.
Menurut Aizat, penyanyi veteran itu pada awalnya dipilih untuk menyanyikan lagu "Terukir Di Bintang" oleh pihak pengurusan pencipta lagu itu sendiri, Yunalis Zarai. Bagaimanapun pada saat-saat akhir pihak TV3 membuat keputusan memberi tanggungjawab itu kepada Aizat.
 
Namun ada orang memberitahu saya, Uji Rashid masih juga datang bagi sesi latihan lagu "Terukir Di Bintang". Mungkin beliau tidak diberitahu akan pertukaran itu.
Saya rasa sangat kecewa kerana Uji Rashid dilayan sebegitu. Sepatutnya kita menghargai orang lama seperti beliau dan memberi penjelasan dengan baik kepada beliau akan sebab-sebab pertukaran terpaksa dibuat," beritahu Aizat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...