Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle

PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van dinaiki.

Yuna menulis di laman Twitter miliknya, "talking to my mom after all of our gears got stolen from the van in Seattle today."

Namun, Yuna bersyukur kerana semua krew yang menyertai siri jelajahnya selamat.

Yuna menulis, "Redha sajalah. Asalkan semua selamat."

Susulan perkembangan kejadian itu, Yuna menulis lagi tentang barangan yang hilang boleh diganti, tetapi bukan pengalaman.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong Allen Stone dan menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

Sementara itu, Yuna sempat berkongsi paparan perbualan dengan ibunya.

Melalui perbualan itu, dimaklumkan bahawa kesemua barangan yang ada di dalam van itu telah lesap termasuk peralatan muzik, barangan peribadi miliknya dan hadiah berupa kemeja-T untuk keluarganya.

Kejadian itu berlaku selepas dia dan Stone menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir iaitu Seattle.

Stone juga melahirkan simpati atas kejadian itu melalui laman Twitter miliknya.

Penyanyi muda itu dijangka pulang dalam masa terdekat bagi melaksanakan 'Yuna Homecoming Tour di Malaysia' yang dijadualkan tidak lama lagi.

Natasha dan Tania Hudson - Pengorbanan adik-beradik

Natasha dan Tania Hudson
 
SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada tanggal 1 Zulhijjah dalam kalendar Islam diraikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Bagi umat Islam yang terpilih menjadi tetamu Allah, mereka cukup bertuah kerana dapat bersama jutaan lagi umat Islam yang lain mengerjakan ibadah haji di Baitullah, Tanah Suci Makkah sekali gus menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
 
Jika 1 Syawal adalah hari kemenangan umat Islam, Aidiladha atau Hari Raya Qurban pula mengajak kita untuk sama-sama mengingati dan menghayati kisah pengorbanan agung, Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Begitulah pengertian sebenar di sebalik sambutan Hari Raya Aidiladha. Sebagai umat Islam, kita juga dituntut untuk melakukan pengorbanan sama ada besar atau mungkin cuma sebesar zarah sekali pun. Besar atau kecil tidak penting asalkan pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan mengharap keredaan Allah itu mampu meningkatkan keinsafan dalam diri kita.

Menyentuh mengenai pengertian Aidiladha, model jelita dan pelakon terkenal yang juga pasangan adik-beradik berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Natasha dan Tania Hudson juga memiliki pandangan dan pengertian masing-masing.


Tasha tangguh umrah kali kedua

PELUANG menjejakkan kaki buat kali pertama ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan umrah pada Mac lalu ternyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam diri model, pengacara dan aktres terkenal, Natasha Liana Hudson, 29.

Natasha yang lebih mesra disapa Tasha dan kini bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, mengakui hatinya cukup rindu untuk kembali ke Tanah Suci Makkah buat kali kedua.

"Sebenarnya, pemergian saya ke buat umrah tanpa dirancang sebelum ini. Namun, saya sudah lama impi nak buat umrah dan bila ada rezeki, saya nekad ke tanah suci sendirian mengikut pakej umrah tanpa ditemani mama dan ahli keluarga lain.

"Terus terang, selepas buat umrah kali pertama, saya berasa rindu untuk ke sana semula. Sebagai model, saya pernah melancong ke pelbagai negara di seluruh dunia tapi perasaannya cukup berbeza sama sekali bila kita berada di tanah suci.

"Sukar saya gambarkan perasaan ketika menatap Kaabah buat kali pertama. Bagi saya, ia tempat yang paling tenang di dunia Di situ semua manusia sama di sisi Allah tanpa membezakan pangkat atau darjat mereka," katanya.

Berkongsi pengalaman ketika di sana, kata Tasha, banyak perkara yang menimbulkan keinsafan dalam dirinya sepanjang di sana.

"Selain dapat pengalaman solat depan jenazah, perkara yang banyak membuka mata saya ialah mengenai teman sebilik yang juga seorang mualaf ketika di sana.
Walaupun baru setahun memeluk islam, banyak ilmu agama yang dia lebih tahu dari kita yang memang sudah dilahirkan sebagai orang islam. Kisah hidupnya juga lebih kurang sama dengan saya yang pernah bercerai sebelum ini.

"Pengalaman lain yang turut menimbulkan kesedaran dalam diri ialah bila saya menangis tanpa henti ketika berdoa di Raudah. Saya tidak kisah dipijak dan dilangkah jemaah lain asalkan saya dapat solat dan berdoa di situ. Saya sangat bersyukur kerana segala ibadah di sana dipermudahkan dan apa yang saya doa turut dimakbulkan Allah," katanya.

Ditanya bila hatinya benar-benar terbuka untuk berhijab, akui Tasha yang kini mengandung tiga bulan, semuanya bermula sebaik saja dia kembali dari tanah suci.

"Sebaik saja sampai ke rumah, saya menangis kerana merindui tanah suci. Tiga minggu selepas kembali dari tanah suci, saya terus berhijab kerana berasa seperti ada yang tidak kena bila keluar rumah tanpa bertudung. Selepas berhijab barulah saya berasa tenang dan gembira dan perasaannya juga susah saya nak terangkan pada orang.

"Selain itu, saya juga merancang buat umrah kali kedua bersama Carleed tapi ia terpaksa ditangguhkan kerana saya mengandung. Insya-Allah, kami akan ke sana lagi pada tahun depan. Pada masa sama, Carleed juga sudah buat umrah kali pertama sebelum kami berkahwin dulu," katanya.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada Nessa Helena, 3, yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita sempena Festival Filem Malaysia ke-20 (filem Chermin) ini berkata, rezekinya juga murah dalam bidang pengacaraan, selepas berhijrah, baru-baru ini.

"Saya dapat banyak tawaran mengacara program dengan stesen TV Al-Hijrah, ketika ini. Antaranya, program yang mengupas topik kekeluargaan sebanyak 26 episod, Sembang Santai Cikgu Sidek dengan penampilan penulis terkenal, Profesor Datuk Dr Sidek Baba. Selain itu, ialah program Soal Wanita juga untuk stesen TV Al-Hijrah.

"Saya juga memilih untuk kembali dalam bidang pengacaraan kerana perlu seimbangkan karier dan keluarga selepas berumah tangga. Selain mengacara, saya juga fokus pada bisnes tudung online yang baru diceburi," katanya.


Korban kambing untuk Tania di Tanah Suci

JIKA Tasha temui ketenangan di Tanah Suci Makkah, adiknya, Tania turut menyimpan hasrat sama untuk menunaikan ibadah umrah sekali gus berhijab bila sampai masanya nanti. Bagi pelakon filem aksi Balistik arahan Silver terbitan Suhan Movies Trading dan Asia Tropical Film ini, dia turut bersyukur dengan perubahan imej kakaknya yang tampil berhijab selepas kembali dari Tanah Suci.

"Sepanjang buat umrah, Tasha selalu berhubung menerusi 'WhatsApp' dengan saya dari sana. Selain bercerita pengalamannya di sana, dia turut merakamkan suara azan yang berkumandang secara 'live' dari tanah suci untuk saya sama-sama menghayatinya.

"Pada mulanya, saya terkejut bila tengok imej baru Tasha yang berhijab bila balik dari umrah. Namun, sebagai adik, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat karier dan kehidupannya bersama keluarga," katanya.

Kata Tania, selain Tasha, ibunya, Ratna Hussin juga sudah beberapa kali buat umrah ketika bertugas sebagai pramugari Air Asia dulu.

"Namun, pada tahun ini, baru mama berpeluang buat ibadah haji di tanah suci dan akan kembali ke tanah air pada penghujung November nanti. Mama ke sana bersama dua lagi ibu saudara untuk mengerjakan ibadah yang juga rukun islam kelima itu.

"Lebih bermakna, mama juga buat ibadah korban dengan mengorbankan kambing untuk saya di sana. Insya-Allah, bila ada rezeki, saya berhasrat untuk ke tanah suci bersama mama pula nanti.

"Maklumlah, Tasha sudah berkahwin dan ada komitmen pada anak dan suaminya pula," katanya yang turut menjadi artis undangan dalam filem komedi Mana Mau Lari arahan Profesor Madya A Razak Mohaidden.

Mengenai sambutan Aidiladha tahun ini, Tania berkata, dia akan beraya di rumah nenek di sebelah ibunya di Tapah, Perak.

"Saya akui memang sunyi bila menyambut raya tanpa mama di sisi. Tapi suasana Aidiladha di kampung tetap meriah apabila kami sekeluarga berkumpul di sana.

"Maklumlah, keluarga mama besar kerana dia memiliki seramai 12 adik beradik.
Bayangkan bila kami semua berkumpul bersama sepupu dan anak-anak masing-masing pasti suasana sambutan Aidiladha di rumah nenek cukup meriah," katanya.
Sementara itu, Tasha dan Tania juga mengucapkan Selamat menyambut Aidiladha buat semua pembaca setia Rap di luar sana.

Salih Yaacob kahwin lagi, bini no 4 nama Emi (24) orang Johor

KUALA LUMPUR: "Abang comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga antara kriteria lelaki idaman saya," kata bakal isteri keempat pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 24.
Gadis manis dari Johor itu bakal disunting Salih, 50, sebagai suri hidupnya, sekali gus melengkapkan kuota poligami Salih yang sudah diamalkannya sejak puluhan tahun lalu.
Majlis perkahwinan pasangan berkenaan dijangka berlangsung selepas Aidilfitri ini berikutan kesibukan Salih mengurus kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami.

Emi berkata, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami, sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.

"Rupa paras perkara kedua bagi saya, lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu ada pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.

Apek-Leuniey nikah Disember ini

KOTA BHARU – Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, akan menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan yang juga pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau lebih dikenali sebagai Leuniey pada Disember ini.
Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.
Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.
 
"Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.
"Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya," jelasnya.
Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.
Che Mat juga tidak mahu mengulas bila ditanya jumlah hantaran serta lokasi majlis perkahwinan itu akan dilangsungkan.

Amy Search tutup Restoran Cheng Ho

KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.
 
"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000.
 
Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.
Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.
Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.
Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Filem Tanda Putera

KUALA LUMPUR - Filem Tanda Putera yang memaparkan perjuangan dua tokoh pemimpin terdahulu yang membangunkan negara selepas peristiwa 13 Mei boleh dijadikan teladan kepada generasi muda.
Timbalan Menteri Penerangan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membiayai penerbitan filem itu bertujuan melahirkan filem yang dapat menonjolkan kisah negarawan yang berjuang dan berkorban demi negara.
 
Filem 'Tanda Putera' memaparkan perjuangan perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi 13 Mei 1969.
"Kisah pengorbanan kedua-dua pemimpin itu membangunkan Malaysia ketika kedua-dua mereka bersabung nyawa kerana menghidap penyakit yang serius perlu dijadikan teladan oleh generasi sekarang.
"Semangat perjuangan inilah yang Finas ingin terapkan bagi memperingati pengorbanan dan perjuangan pemimpin terdahulu," katanya ketika menjawab soalan Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) yang mempersoalkan tindakan Finas membiayai pembikinan filem itu yang didakwa membangkitkan isu perkauman, di Dewan Rakyat di sini.
 
Pesona Pictures Sdn Bhd
 
Maglin berkata filem 'Tanda Putera', terbitan syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd adalah satu daripada dua filem yang terpilih untuk menerima peruntukan RM5 juta di bawah Dana Filem Cereka Kenegaraan dan Warisan.
Sebuah lagi ialah filem Antara Dua Langit terbitan Line Clear Production.
Beliau berkata bantuan dana untuk filem dokumentari kenegaraan amat diperlukan bagi mengimbangi lambakan filem dan dokumentari berbentuk hiburan/komersial tanpa sebarang nilai ilmiah.
"Dana yang diperuntukkan untuk filem Tanda Putera ialah RM2.7 juta manakala filem Antara Dua Langit ialah RM2 juta," katanya

Tunang Amir mahu semuka dengan model

LONDON: Tunang Amir Khan, Faryal Makhdoom dilapor menuntut untuk bersemuka dengan seorang daripada bekas kekasih peninju itu.
Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada Amir telah berlaku curang terhadapnya.

Faryal menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada model glamor, Natalie Fox, 28 meminta untuk bertemunya selepas mengesyaki Amir masih mempunyai hubungan dengan wanita itu.
Dia dipercayai terbaca SMS antara Amir, juara tinju dunia dua kali, dengan Natalie.

Model berambut perang itu mendakwa sebelum ini, dia berpacaran dengan Amir dua minggu sebelum peninju berkenaan dan Faryal bertunang secara rasmi pada Januari lalu.
 
Berkenalan dengan Faryal menerusi rakan masing-masing

Bagaimanapun, Amir, 25, menegaskan, ia berlaku setahun sebelumnya, sejurus sebelum berkenalan dengan Faryal menerusi rakan masing-masing.
Kini, Faryal, 20, yang masih belajar di New York, ingin tahu keadaan sebenar sebelum melangsungkan perkahwinan dengan peninju itu.

Dia dilaporkan bersedia ke London untuk bersemuka dengan Natalie.
Faryal meminta Natalie membuktikan hubungannya dengan Amir dengan menegaskan: "Saya berhak untuk mengetahui segala-galanya." Natalie berkata: "Saya gembira untuk bertemu Faryal dan menceritakan semuanya. Sebagai bakal isteri, dia berhak untuk tahu. Terserah kepadanya untuk mempercayainya atau tidak."

Khir Rahman - panas

WALAUPUN semakin kurang tampil di kaca televisyen, kelibat Khir Rahman tetap mudah untuk dikenali. Kurang ditatap tidak seinci pun memencilkan namanya dalam peta industri. Sesekali muncul, dia mampu memberi impak.
 
Malang Yang Berbau mungkin satu-satunya drama lakonan Khir kepada penonton televisyen untuk tahun ini. Dia sendiri mengakui namun sedikit kurang pasti fakta itu.
"Yelah rasanya. Saya pun tak pasti sangat. Benda tak dirancang. Tahun ini saya tak banyak berlakon, mengarah sahaja yang memanjang. Ini kira produktif tapi ada bahayanya.
 
Televisyen ke filem kemudian ke televisyen semula
 
"Ia mengundang kerisauan dalam diri saya terhadap soal kualiti. Memang seronok bila banyak dapat tawaran kerja tapi bila berturut-turut, mula rasa letih. Tumpuan kena berlipat-ganda. Bertukar pula dimensi dari bahasa televisyen ke filem kemudian ke televisyen semula," tenang Khir bercerita tentang pengisian kerja seninya.
 
Merenung tepat ke wajahnya, payah untuk Khir membuang sifat antagonis Kemawas yang pernah dibawanya menerusi Hikayat Merong Mahawangsa. Amanah yang dilakukan untuk filem Dalam Botol juga barangkali satu penanda aras kepada haluan yang mahu dijolok ke dalam kerja pengarahannya.
"Dalam Botol ialah satu kenyataan paling garang yang pernah saya utarakan dalam kerja setakat ini. Ibaratnya, kalau tak berani berjuang, potong sahajalah, simpan dalam botol. Itu mungkin orang tidak perasan, tapi bagus juga sebenarnya. Bagi saya filem itu akan bertahan lama.
 
Bayi pertamanya
 
"Ia mungkin bukan pilihan kaki wayang tapi bagi kaki filem mungkin mereka akan suka," katanya mengucap syukur kerana petik sahaja kerja pengarahan filem, karya berkonsep sebegitu yang diangkat sebagai 'bayi' pertamanya.
Tidak sekadar mengungkit apa yang telah diberikan, anak kepada pasangan penyanyi pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan dan Datin Azizah Mohamad yang muncul dengan karakter seadanya itu bercerita tentang apa yang sedang didepani.
 
Sama ada terdorong atau didorong, perbualan Santai Selebriti kali ini lebih kepada sesi mengenal hikmah.
"Jika ada perkara yang tidak kita senangi, jangan lihat perkara itu secara fizikal. Leburkan ia, dari situlah baru kita nampak benda yang terlindung kerana selama ini dipengaruhi oleh mata dan telinga," ungkapnya seperti menanam sesuatu yang boleh difikirkan.

'Biar miskin harta, jangan kasih sayang'

Setelah melakar kejayaan menerusi program masakan, MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama, cabang kerjaya, Datuk Dr Fazley Yaacob semakin bertambah.

Jika sebelum ini beliau lebih dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan perunding motivasi terkenal tempatan, namun kini, langkahnya mula dilebarkan ke dapur sebagai chef selebriti.

Tidak mendabik dada dengan gelaran juara, malah bagi Fazley, 34, gelaran itu bukanlah sekadar sandaran untuk dibanggakan kerana di sebalik kejayaan itu, banyak perkara yang harus digalas.

Walaupun tugas semakin mencemburui masa yang ada untuk bersama keluarga tercinta, namun kepadatan jadual tidak mampu mengubah caranya sebagai ketua keluarga.

Family First! Itulah prinsip yang sentiasa dipegang oleh pelantun lagu, Asmara Ini. Baginya, walau sesibuk mana sekalipun, keluarga tetap menjadi keutamaan.

"Saya tidak betah untuk hidup tanpa anak-anak dan isteri. Sejak dahulu lagi, saya memang tak boleh berjauhan dengan mereka.

"Lagipun, mereka sangat rapat dengan saya. Malah, anak-anak saling mencemburui jika saya mendukung salah seorang daripada mereka. Saya pernah dukung ketiga-tiga anak saya.

"Walaupun sibuk, saya akan memastikan ruang untuk bersama mereka tetap ada. Contohnya, kalau saya perlu bekerja di luar kawasan, saya akan menghabiskan masa sehari sebelum berangkat. Saya akan mandi dan tidurkan mereka," kata bapa kepada tiga cahaya mata, Ahmad Fariedz, 4, Ahmad Fieradz, 2 tahun 7 bulan dan Ahmad Fierudz, setahun.


Kasih sayang, agama

Mengakui tugas sebagai bapa bukanlah perkara enteng, Fazley amat mementingkan nilai kasih sayang dan didikan agama yang sempurna kepada anak-anaknya.

Walaupun mereka masih kecil, namun nilai itu sentiasa diterapkan mengikut kesesuaian umur mereka.

"Sejak mereka kecil, saya dan isteri mengajar mereka mengamalkan doa sebelum dan selepas makan, doa tidur dan perkara asas dalam mengerjakan solat. Saya akan beritahu mereka tentang kepentingan solat.

"Selain itu, jika berjauhan, kami akan berhubung melalui panggilan video. Saya sering mengungkap perkataan I Miss You dan I Love You. Mereka juga akan membalas perkara yang sama.

"Kalau mereka buat salah, saya akan jentik dan tidak lebih dari itu. Pun begitu, saya dengan isteri sama-sama tegas. Namun, jika saya marah, isteri akan diam dan bila isteri marah, saya pula diam," katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran program masakan
baru, Chef Surprise, untuk saluran Astro Prima.

Selain sibuk dengan rancangan masakan, Fazley juga akan muncul dengan single terbarunya, Jaga-Jaga bersama rapper terkenal Altimet dan Maaf, Ku Menyintaimu, setelah hampir empat tahun menyepi dalam bidang nyanyian.

Fazley berkata, kedua singlenya itu telah dimainkan di corong-corong radio dan jika tiada halangan, album barunya, bakal menemui peminat pada Disember ini.


Sokong penghijrahan isteri

Mendirikan mahligai cinta bersama, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz, pada 7 November 2006, rasa cinta Fazley terhadap isterinya tiada tolok bandingnya.

Menganggap kehadiran Azrene dalam hidupnya seperti impian yang menjadi realiti, Fazley mengakui ciri-ciri yang ada pada Azrene adalah kriteria wanita dambaannya.

"Segala yang ada pada Azrene adalah apa yang saya mahukan. Dia adalah isteri dan ibu yang berdikari serta mahir dalam tugas memasak dan menjahit.

"Walaupun dia berpendidikan tinggi, namun dia tidak kekok di dapur dan berjaya menambat hati saya. Tiada apa yang membahagiakan selain memilikinya.

"Dia juga seorang ibu yang penyayang dan berjaya menjaga anak-anak saya dengan baik. Walaupun dia mempunyai kerjaya sendiri, namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu," katanya yang menyokong penuh penghijrahan Azrene sejak Jun lalu.

Menurut Fazley, dia tidak pernah mendesak isteri untuk berhijab, malah keterbukaannya berjaya membawa perubahan dalam diri Azrene secara rela hati.
"Semasa mengandungkan anak kedua, dia pernah menyatakan hasrat untuk bertudung kepada saya. Namun, saya tidak mendesak kerana saya tahu, dia boleh membuat pilihan sendiri.

"Namun, kami pernah berbincang mengenai perkara ini dan dia bersetuju untuk bertudung sebelum mengerjakan haji atau sebelum mencecah usia 40 tahun.

"Alhamdulillah, ia berlaku lebih awal dan saya akan sentiasa memberi sokongan kepadanya," katanya yang pernah membintangi filem, Gila Bola, Janji Diana dan Gerak Khas The Movie 2.


Tiada istilah cemburu

Bergelar isteri kepada selebriti terkenal, ia bukanlah sesuatu yang harus dijadikan mimpi ngeri buat Azrene Soraya.

Malah, bagi perunding imej bertauliah ini, dia harus menerima hakikat bahawa Fazley bukan sahaja miliknya seorang.

Bersedia untuk berkongsi Fazley bersama peminat, Azrene tidak pernah meletakkan sifat cemburu dalam hati walaupun ada kalanya tindakan peminat agak keterlaluan.

"Sejujurnya, tidak pernah timbul rasa cemburu apabila melihat gelagat peminat yang cuba mendekati abang (Fazley).

"Saya percayakan abang dan itulah yang kami amalkan dalam hubungan. Selain itu, kami saling hormat menghormati dan setia. Apa sahaja yang berlaku, kami akan kongsikan bersama malah, antara kami seperti tiada rahsia.

"Namun, tidak bermakna saya melepaskan abang begitu sahaja. Jika saya lihat sesuatu yang berlaku secara janggal dan aneh, saya akan menegur dan menasihati abang. Itu bukan bererti saya cemburu, tetapi mengingatkannya untuk lebih berhati-hati," katanya yang memiliki Master of Law dari  Nottingham University, United Kingdom.

Sejajar dengan kariernya sebagai perunding imej, Azrene amat menitik beratkan soal penampilan suaminya.

Malah, sekiranya penampilan Fazley tidak menepati cita rasa atau tema, dia akan memberi pandangan untuk memilih imej yang sesuai.

"Bagi saya, abang bijak dan tidak kalah dalam memilih padanan pakaiannya. Apa sahaja yang disarung ke badannya, mesti nampak kemas.

"Namun, ada kalanya, saya mempengaruhi penampilannya. Dia sangat terbuka dan menerima pandangan saya.

"Mungkin ramai yang tidak perasan, kini abang sudah tidak memakai rantai. Saya juga pernah menegur perkara itu dan kini dia meninggalkan imej  itu. Mungkin juga kerana faktor usia kerana dia pernah beritahu saya, tak sesuai untuk pakai rantai," katanya yang turut menguruskan perniagaan membuat kek.


Bapa bertanggungjawab

Walaupun sentiasa sibuk dengan jadual hariannya, Fazley tidak berat tulang untuk membantu Azrene menguruskan anak-anak.

Malah, tugas untuk menguruskan anak tidak pernah dibiarkan kepada pembantu rumah kerana baik Fazley mahupun Azrene, mereka lebih betah melakukannya sendiri.

"Abang sangat mengambil berat dalam soal keluarga. Walaupun dia sibuk dengan kerja di luar, namun apabila pulang ke rumah, dia akan membantu saya apa yang patut.

"Jika saya sibuk untuk menyiapkan tempahan atau kerja lain, dia akan memandikan anak dan menolong di dapur.
"Kalau malam pula, dia akan tidurkan Payish dan Piyash sementara menunggu saya menguruskan Piyush untuk tidur. Saya berbangga kerana dikurniakan suami yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab, malah membantu saya dalam tugas lain," katanya yang tidak pernah menghalang minat anak dalam apa jua bidang.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Fazley dan tidak melarang sekiranya anak-anak ingin menurut jejak langkahnya sebagai anak seni.

"Apa yang saya perhatikan, Payish dan Piyash memang berminat dalam bidang seni. Payish menunjukkan kecenderungan pada keyboard dan Piyash minat dengan gitar.

"Saya tidak akan larang mereka, namun saya lebih mementingkan akademik. Nak menyanyi boleh tapi kena berjaya dalam pelajaran.

"Sekurang-kurangnya, mereka harus mempunyai ijazah dalam bidang akademik dan jika mahu berkarya, itu terpulang kepada mereka," katanya yang ingin menjadi contoh terbaik buat anak-anaknya.

Neelofa mengakui selesa dengan Hans

PETALING JAYA – Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengakui selesa berkawan dengan aktor terkenal, Hans Isaac, 41, yang disifatkannya antara rakan rapat yang sentiasa dihubungi jika ada kelapangan.
Pengacara rancangan Nona terbitan TV3 itu menjelaskan, Hans merupakan kawan lelakinya yang akan dihubungi apabila tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.
 
Justeru Neelofa tidak menafikan memang ada keluar bersiar-siar dengan aktor itu jika ada masa terluang.
"Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan apa-apa tetapi Hans adalah kenalan rapat saya antara beberapa kawan yang saya ada," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 di Mutiara Damansara di sini semalam.

Drama Saiful Nita

KEMUNCULANNYA dalam bidang ini diiringi pelbagai sudut pandangan, bukan saja diberi jolokan seksi, malah kerana dia juga darah daging kepada seorang penyanyi 1980-an popular, Rohana Jalil. Uniknya dia, namanya senang diingati dan tidak ketinggalan, wajah cantiknya juga mudah dikenali.
Mula menempa namanya menerusi lakonan dalam filem Karak, Syakila Nisha Jangir Khan atau Kilafairy, 20, tidak saja memperdagangkan bakatnya pada bidang lakon layar, malah turut berhasrat menjadi penyanyi.
Namun sejauh mana seriusnya dia untuk mengembangkan karier nyanyiannya pula, seolah-olah belum menampakkan apa-apa. Ditambah pula dengan kesibukannya menjalani pengajian di kolej, bagaimana agaknya dia hendak mencuri masa untuk semua itu.

Bertemunya pada sesi fotografi, baru-baru ini, dia yang juga kini sedang popular lantaran lakonannya menerusi siri Saiful Nita di TV3 ligat ditayangkan, Kilafairy rupanya hanya menunggu masa untuk melancarkan single keduanya.

"Akhirnya sampai juga masa untuk melancarkan single yang berjudul Pasti walaupun lagu berkenaan sudah lama siap. Lama juga menanti untuk mencari masa yang paling sesuai sebelum memperdengarkan lagu itu kepada peminat.

"Sebenarnya, saya rancang selepas Aidilfitri untuk pelancaran itu, namun terpaksa menangguhkannya kerana mendapat pula tawaran untuk berlakon dalam Saiful Nita.

"Lagu berentak R&B soul ini hasil ciptaan Amylea AF dan mengambil masa empat bulan untuk disiapkan. Saya memilih Amylea kerana dia faham apa kehendak saya, selain kami serasi dan dia juga seorang komposer yang sangat bagus.

"Agak berdebar juga kerana takut kelainan yang ada pada lagu ini tidak menepati cita rasa pendengar tempatan. Bagaimanapun, saya cukup berpuas hati dan berharap pendengar pun akan suka lagu ini," katanya yang pernah muncul dengan lagu Roman, sebelum ini.

Kembali semula ke set penggambaran selepas berehat seketika untuk memberi laluan kepada pengajiannya, Kilafairy atau manja dipanggil Kila berkata, antara sebabnya menerima tawaran untuk Saiful Nita adalah gara-gara hendak mencabar dirinya.

"Ini adalah drama pertama yang saya lakonkan dan kebetulan mendapat watak utama pula. Selama ini, saya hanya mendengar pelakon lain yang mengatakan, berlakon drama siri sangat memenatkan berbanding filem.

"Jadi, selain tertarik dengan watak yang diberikan, saya juga sebenarnya mahu melalui sendiri pengalaman berada lama di lokasi penggambaran. Ternyata, memang benar apa yang mereka sampaikan dan antara perkara paling saya dapat rasakan adalah apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga.

"Kila memang pantang berjauhan dengan keluarga dan mulalah rasa rindu yang teramat. Apapun, Kila bersyukur dapat berlakon dengan produksi terbabit kerana mereka memang seronok menyebabkan rasa rindu itu tidaklah terasa sangat," katanya.

Digandingkan bersama pendatang baru, Aidil Aziz, 25, dalam siri itu, Kila yang memegang watak Nita, seorang gadis berada tetapi hidupnya huru-hara juga terpaksa menolak beberapa tawaran demi memberi tumpuan kepada drama terbabit.

"Kila memang tidak suka mengambil banyak projek dalam satu masa dan lebih selesa memberi fokus kepada satu perkara saja. Bukan saja menolak tawaran berlakon, Kila juga terpaksa melepaskan tawaran nyanyian kerana jadual penggambaran memang padat, tambahan pula di luar Kuala Lumpur," katanya.


Aidil lepasi ujian

MENGENALI jejaka kelahiran Seri Kembangan, Selangor, yang mula mencuri perhatian ini, Mohd Aidil Abdul Aziz atau Aidil pula mempunyai perjalanan mencabar sebelum diberi peluang memegang watak utama.

Saiful Nita bukanlah drama pertama yang dilakonkannya, malah sudahpun mula menapak dalam industri sejak 2009 lalu. Bagaimanapun, pembabitannya dalam siri Trilogi Cinta menjadi titik tolak sebelum watak Saiful diberikan kepadanya.

"Dalam drama berkenaan, saya cuma berlakon sebagai watak tambahan saja dan di situlah saya berkenalan dengan pengarahnya, Amy Maziah. Sebenarnya, pada episod ke-29 siri itu, watak saya sepatutnya sudah dimatikan, namun pengarah mengambil keputusan untuk mewujudkan terus watak itu sehingga ke episod 40.

"Dia menguji saya lagi dan menawarkan untuk berlakon sebuah telefilem berjudul Lorong Cahaya. Maka dari situlah dia memberi kepercayaan kepada saya sehinggalah dapat memegang watak utama dalam Saiful Nita pula," katanya.

Menyifatkan dia bertuah kerana diberikan watak utama malah disiarkan pula dalam slot Samarinda TV3, Aidil menggunakan sepenuhnya pengalaman dan membuat yang terbaik demi memastikan wataknya itu meninggalkan kesan di hati penonton.

"Ruang sudah terbuka dan saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang sudah ada buat saya. Watak Saiful memang sangat mencabar kerana memerlukan saya untuk bermain emosi dalaman sesuai dengan karakter watak itu.

"Memainkan watak seorang lelaki yang kental jiwanya, dihambat pula dengan situasi mencabar setiap masa, Saiful memendam banyak perkara dan menyelesaikan semua masalahnya seorang diri.

"Memang berat sangat watak itu dan sebagai pelakon baru, saya berharap ia berjaya dirasai penonton," jelasnya.

Syor artis sertai skuad pengguna

PUTRAJAYA: Pengaruh artis di Malaysia yang mampu menarik orang ramai mengikut segala perkara dan tindakan mereka sepatutnya digunakan untuk tujuan baik terutama dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu kepenggunaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi menzahirkan matlamat itu pihaknya menyarankan artis supaya mendaftar secara percuma sebagai ahli skuad pengguna, sekali gus menjalankan peranan menyedarkan masyarakat terhadap isu berkenaan.

"Bagi golongan artis mereka ada ramai pengikut dan apa yang dibuat menjadi ikutan orang lain. Malah, sekiranya artis memberi pandangan, ramai terpengaruh dengan pandangan mereka.
"Justeru, jika mereka terbabit skuad pengguna, mereka boleh menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

"Pada masa sama kami boleh menjemput artis itu untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai isu dan hak kepenggunaan," katanya selepas program lepak santai kepenggunaan media dan artis di Pusat Maritim, di sini, semalam.

Najwa menyendiri

Bukan saja menyepikan diri seketika dari dunia seni, pelantun lagu popular Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 17, mengambil keputusan drastik mengetepikan semua aktiviti sosial dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, mulai sekarang.

Bakal menempuhi SPM pada 6 November depan, pelajar jurusan sains Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim (SMKPTI), Batu Pahat, Johor ini memutuskan komunikasi dengan setiap laman sosialnya - baik Facebook, Twitter dan Instagram. Malah, telefon bimbitnya juga dimatikan sementara waktu dan hanya akan dihidupkan kembali selepas SPM berakhir.
Tidak mahu terganggu dengan aktiviti melalaikan, Najwa yang dihubungi HIP melalui telefon bimbit ibunya, Zarina berjanji akan kembali aktif dengan aktiviti seni apabila peperiksaannya tamat.

Akui rindu bermain muzik, Najwa bagaikan tidak sabar untuk kembali bergelumang dengan dunia muzik.

"Disebabkan rindu, setiap minggu saya akan menghadiri satu sesi kelas muzik. Selalunya, saya akan pergi pada hujung minggu di mana saya meluangkan masa bermain gitar, jadi dapatlah saya melepaskan rindu.
pix_gal0

"Sekarang saya sibuk dengan persediaan menjelang SPM. Saya banyak buat ulang kaji secara berkumpulan, menghadiri tuisyen dan kelas tambahan. Masa saya juga banyak diluangkan belajar di rumah," katanya.

Najwa berkata, agenda seninya terpaksa dihentikan sementara waktu.
"Tapi bukan maksud saya menolak tawaran, di mana aktiviti saya banyak disusun oleh pengurus dan kakak saya, Ika. Jadual selepas SPM pun saya belum tengok lagi kerana hanya mahu fokus dengan pelajaran ketika ini," katanya.

Mengulas mengenai SPM, Najwa mengambil sembilan subjek dengan tempoh peperiksaan dijangka berlangsung tiga minggu.

"Selesai peperiksaan, barulah saya akan ke Kuala Lumpur untuk menjayakan persembahan," jelas Najwa yang mengakui masih banyak topik perlu diulang kaji sebelum SPM bermula.

Berehat dari aktiviti seni sejak April lalu dengan acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) menjadi majlis terakhir dihadirinya, Najwa berjanji akan menghasilkan album kedua tahun depan.

Menjanjikan kelainan daripada album pertamanya, penyanyi sensasi kelahiran Youtube ini masih berteka-teki dengan konsep album keduanya itu.

Mungkin muzik yang bakal ditampilkan lebih matang, Najwa memberitahu, dia akan menyelitkan sesuatu yang lebih segar supaya peminat tidak bosan.

"Mahu tahu apa yang lainnya dengan album terbaru saya itu, anda kena tunggu. Mungkin saya bermain dengan alat muzik selain gitar, siapa tahu.

"Saya akan mula merakamkan lagu baru mulai tahun depan di mana semua lagu yang akan dimuatkan adalah ciptaan saya dan kakak. Mungkin kami akan memuatkan lima hingga enam lagu, tapi itu semua tidak pasti lagi," katanya.

Ditanya perancangan masa depan, Najwa berkata, dia berhasrat menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan TESL (Teaching English Second Language).

Zarina Zainoordin, 28 - dia lelaki pernah saya kenal

SIAPA tidak rimas andai orang sekeliling asyik bertanya, bila mahu tamatkan zaman bujang? Apatah lagi usia kian meningkat, suka atau tidak situasi itu pasti menggugat ketenteraman fikiran.
Lebih menyesakkan dada andai perhubungan yang diharap berkesudahan dengan ikatan perkahwinan, belum menampakkan sinar. Saban hari isu sama dibangkitkan hingga terasa bagaikan tiada ruang untuk bernafas.
   
Begitulah dilema menghantui si manis Zarina Zainoordin, 28. Meskipun ada insan istimewa di hatinya kini, belum ada kepastian sama ada ikatan yang berbunga indah itu bakal tersimpul rapi dengan ikatan sah.

Melihatkan ramai teman sudah berumah tangga dan bahagia bersama zuriat masing-masing, tersirat pelbagai rasa di sanubari. Pun begitu, dia berpegang pada ketentuan qada' dan qadar, barangkali belum sampai masanya mengecapi nikmat perkahwinan.
"Bohonglah kalau saya tak terasa apa-apa bila seorang demi seorang kawan melangkah ke jenjang pelamin. Jujur, saya sendiri tak sangka pada usia begini belum mendirikan rumah tangga.
 
Zarina Zainoordin

"Lebih tertekan bila orang asyik tanya bila nak kahwin. Masalahnya bukan saya tak nak kahwin tapi belum ada jodoh. Sebelum ini pun bukan saya tak pernah bercinta tetapi terputus di tengah jalan.

"Mungkin sikap saya yang terlalu berdikari dan tegas menjadi penyebab mengapa hubungan tak bertahan lama. Lelaki yang mahu hidup dengan saya perlu kuat daya ketahanan mentalnya," kata Zarina ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Mimpi Cinderella yang kini bersiaran menerusi slot Lestary di TV3 setiap Selasa, jam 9 malam.

Ditanya bagaimana perkembangan hubungan cintanya dengan seorang pendatang baru yang kian popular, tanpa berselindung si manis yang bakatnya dicungkil menerusi pentas Akademi Fantasia ini memaklumkan, dia bahagia di samping jejaka itu.

Bagaimanapun aktres dan penyanyi ini enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang bertakhta di hatinya kerana berpendapatan, lebih manis jika si uda yang buka mulut terlebih dulu.

Biarpun SELEBRITI sedia maklum dengan siapa dia berkongsi kasih kini, gadis bermata galak ini memohon agar nama itu tidak didedahkan demi menghormati kerjaya jejaka itu yang kian bersinar.

"Saya percaya ramai di kalangan teman dalam industri sudah tahu dengan siapa saya berkawan. Kalau untuk diuar-uarkan, biarlah ia dari mulut dia. Saya rasa itu lebih molek dan manis. Lagipun saya tak mahu kisah cinta kami lebih diperkatakan sedangkan apa yang lebih penting untuk difokuskan adalah kerjanya.

"Apa yang boleh saya kongsi di sini, kalau ikut hati saya malas nak bercinta lagi. Pada usia begini, kalau bertemu yang sesuai terus kahwin. Tapi saya kena ambil kira keadaan dia malah soal jodoh tidak boleh didesak.

"Dia masih muda dan kerjayanya sedang berkembang. Saya yakin dia ada masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Saya bertuah bertemunya. Biarpun lebih muda daripada saya, dia matang bahkan tidak keterlaluan jika saya katakan dia adalah lelaki yang terbaik saya jumpa setakat ini.

"Keluarganya pun menerima saya dan merestui hubungan kami, begitu juga dengan keluarga saya. Buat masa ini, biarlah dia tumpukan perhatian terhadap kerjayanya dulu dan saya percaya kalau sudah tertulis kami akan bersatu sebagai suami isteri, harinya akan tiba juga satu hari nanti," katanya tenang.

Mengenai kelebihan bintang muda ini hingga mampu menambat hatinya, sambil tersenyum bahagia Zarina sedia berkongsi cerita. Katanya, dengan dewa arjuna itu dia bebas menjadi diri sendiri. Sikap terbuka itu membuatkan dia rasa cukup selesa berada di sampingnya.

"Orangnya tidak banyak cakap dan saya pula banyak mulut. Dia juga tidak cerewet dan tidak mengongkong pergerakan saya. Kami jarang dapat keluar bersama berikutan masing-masing sibuk dengan penggambaran.

"Kalau sekali jumpa, macam-macam cerita kami kongsi dan dia seorang pendengar yang setia. Saya suka sikapnya yang 'cool'. Bila beri pandangan atau pendapat, terserlah kematangannya," katanya yang anggun dengan solekan jurusolek profesional, Kasih Cicie.


Meryl Streep inspirasi Zarina

ZARINA mampu tersenyum lega apabila jadualnya padat sejak awal tahun. Tiada masanya untuk menikmati cuti panjang kecuali Hari Raya Adilfitri lalu, selebihnya hari-hari yang dilalui dihabiskan di lokasi penggambaran.

Meskipun penat, dia gembira semakin ramai penerbit serta pengarah mula percaya dengan kemampuannya menjayakan pelbagai watak.

"Dulu orang tak perasan kehadiran saya. Malah ramai tanya saya berlakon apa biarpun ketika itu drama saya ditayangkan di TV. Bagaimanapun, sejak menjayakan siri seram Puaka Niyang Rapik pada 2008, persepsi orang ramai terhadap kemampuan saya mula berubah. Malah nama saya semakin menyerlah apabila drama Syurga Mu Ramadan ditayangkan.

"Beberapa drama selepas itu termasuklah Ameera menjadikan langkah saya lebih panjang. Dan terbaru, saya diberi kepercayaan melakonkan watak majikan yang digeruni dalam Mimpi Cinderella.

"Menerusi watak Lorna, saya dikehendaki tampil seperti watak Miranda Priestly lakonan aktres tersohor, Meryl Streep dalam filem The Devil Wears Prada. Sangat teruja kerana itu adalah watak yang saya idamkan selama ini. Saya jadikan filem itu sebagai rujukan dan apabila beraksi depan kamera, saya bawa ikut cara saya.

"Untuk hidupkan karakter ini, saya kena faham dialog dan lontarkan dengan penuh yakin. Begitu juga dengan gerak tubuh, barulah penonton percaya Lorna bos yang garang dan digeruni anak buahnya.

"Demi watak ini, saya sanggup berhabis kira-kira RM4,000 untuk beli baju dan kasut. Mujur Cicie ada. Dialah yang bantu saya belikan yang sesuai. Pendek kata, dia bukan saja orang yang bertanggungjawab menyolek saya bahkan banyak berjasa dalam memastikan penampilan saya kena dengan watak Lorna," katanya.

Siri terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd ini turut dijayakan Iena Azman, Afiq Muiz dan Aida Khaleeda. Ia mengisahkan Saleha (Eina Azamn) selalu dibuli ibu tiri (Sharifa Shahora) dan dua adik tirinya, Iza dan Ita.

Saleha mengimpikan hidup senang di bandar dan dia bekerja dengan Cik Lorna (Zarina). Lorna tidak suka gaya Saleha yang kekampungan dan mengupah pembantunya, Lokman untuk mengubah penampilan Saleha.

Gambar Rossa Bertudung, Mengerjakan Ibadah Haji 12 Oktober 2012

Tinggal dua hari sahaja lagi penyanyi popular Indonesia, Rossa akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji buat pertama kali dalam hidupnya.
Namun, pelantun Ayat-Ayat Cinta yang sedang mempersiapkan kekuatan dari segi mentalnya ini mengakui tidak dapat menyembunyikan perasaan takut terhadap perubahan yang bakal berlaku dalam dirinya nanti. Apakah, adakah dia akan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas pulang mengerjakan haji atau sebaliknya.
"Persiapan mental amat penting sekarang ini, sebagai tamu Allah saya harap diberikan kelancaran dan kenikmatan dariNya. Malah saya hanya berfikiran positif sahaja. Rasa takutnya itu adalah ketika pulang dari sana, apakah saya bias jadi orang yang lebih baik," katanya kepada DetikHot.
Dalam pada itu, Rossa juga sedikit sedih kerana harus meninggalkan buah hatinya, Rizky Langit Ramadan.
 
"Sedih juga kerana saya meninggalkan keluarga. Tapi saya juga bersyukur kerana diberikan kesihatan dan kesempatan yang diidam-idamkan oleh seluruh umat Islam," luahnya lagi.
Rossa yang baru sahaja menamatkan kelas pengajian Haji itu bakal berangkat ke tanah suci bersama ahli rombongannya yang lain pada 12 Oktober ini.

Sumbang RM10,000, Aznil Sebak Ziarah Kamal Affandi

Pengacara popular Aznil Hj Nawawi berasa sebak ketika menziarahi penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang sedang menderita penyakit sarafArteriovenous Malformation(AVM).
Aznil yang mewakili program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih pada Khamis memberikan sumbangan RM10,000 kepada Kamal bagi meringankan bebannya menampung kos pembedahan sebanyak RM41,820.
"Alhamdulillah, pembedahan kaedah Cyber Knife yang menggunakan tembakan laser bagi mengeluarkan gumpalan urat saraf terlebih pada bahagian otak kirinya berjaya dilakukan pada kira-kira 4.30 petang semalam (Rabu).
 
"Saya dan Astro terpanggil untuk meringankan bebannya kerana sumbangan beliau dalam mendidik masyarakat memerangi jenayah amat besar," katanya.
Aznil dan barisan personaliti program On Air mengunjungi Kamal yang kini ditempatkan di Pusat Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya di sini pada petang Khamis
.
 
Kamal kini difahamkan berada dalam keadaan stabil selepas berjaya menjalani pembedahan kaedah Cyber Knife pada Rabu lalu bagi membuang gumpalan saraf yang terlebih pada otaknya.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Kamal mengalami penyakit AVM atau lebihan urat di kepalanya yang mengganggu koordinasi tangan kanan sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.
Lebih memburukkan keadaan, polisi insuransnya tidak dapat menampung kos pembedahan kaedah Cyber Knife yang melebihi RM41,000 kerana penyakitnya dikategorikan sebagai "congenital" iaitu keadaan yang wujud sejak lahir.
Pada pembedahan yang diadakan pada petang Rabu, Kamal dilaporkan berjaya mengeluarkan gumpalan urat dengan radius 3 sentimeter di kepalanya.
Kata Aznil, hubungan baiknya dengan Kamal kerana pernah bekerjasama dalam programMacam-Macam Aznil dan beberapa program terbitan Astro sebelum ini
 
membuatkan dia berasa bertanggungjawab untuk membantu.
 
 
 
"Keadaannya masih lemah tetapi stabil pada waktu ini. Apabila saya tiba di wad, dia sebak, gembira dan tidak menyangka akan menerima bantuan tersebut.
"Dalam perasaan sebak ketika kami bertemu, saya sempat memberikan kata-kata semangat bahawa, ubat datang dalam pelbagai bentuk, bukan hanya ubat hospital tetapi juga doa dan semangat diberikan rakan-rakan," katanya.

Lourdes, 15 - Anak Madonna keluar rumah

ANAK perempuan Madonna, Lourdes, 15, mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah ibunya dan tinggal bersama bapanya iaitu jurulatih peribadi, Carlos Leon.
Dia bertindak sedemikian selepas beberapa episod pergaduhan dengan Madonna.
Satu sumber memberitahu majalah Britain, Grazia: "Mereka bergaduh dengan begitu teruk, tetapi Madonna nampaknya sentiasa berusaha untuk menjernihkan keadaan. Dia tidak gembira dengan keputusan anaknya itu, tetapi Lourdes sudah membuat keputusan muktamad."
 
Madonna yang juga mempunyai seorang anak lelaki Rocco, 12, melalui perkahwinannya bersama Guy Ritchie selain memiliki dua orang anak angkat iaitu Mercy James, 6, dan David Banda, 7, sanggup membatalkan konsert jelajahnya ke Australia dengan mengatakan: "Anak-anak saya adalah keutamaan."
 
Perselisihan faham antara Madonna dan Lourdes dikhabarkan berpunca daripada hubungan sulit penyanyi berusia 54 tahun itu dengan seorang lelaki muda berusia 24 tahun, Brahim Zaibat. Selain itu, ketegasan Madonna dalam menghalang pergaulan Lourdes dengan kawan-kawannya juga antara yang menjadi puncanya.
Selepas Lourdes ditangkap merokok awal tahun lalu, Madonna memberitahu: "Ia sangat sukar. Setiap hari ada sahaja rundingan yang akan dibuat dengan anak saya. Saya memang tidak suka orang merokok, lebih-lebih lagi anak saya."
 
Sumber itu juga turut memberitahu, Lourdes tidak sabar lagi mahu meninggalkan rumah dan belajar di universiti. Semuanya sudah dirancangnya. Dia juga dikhabarkan sudah bosan mendapat begitu banyak perhatian media.

4 mak nyah kalah kes guna baju wanita

Seremban: Empat mak nyah semalam gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka berpakaian wanita.

Permohonan semakan kehakiman yang dibuat Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25; Shukor Jani, 26; Wan Fairol Wan Ismail, 28 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26, ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan seksyen itu sah.
 
Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Itu majlis Hero Remaja - Aeril Zafrel

PELAKON kacak ini tiba-tiba dikejutkan dengan gosip pada hujung minggu lalu bahawa dia menghadiri acara sosial yang dihadiri golongan 'adik-adik' (golongan lelaki berkelakuan seperti perempuan) baru-baru ini.
 
Padahal sebelum ini, empunya badan, Aeril Zafrel, 23, telah mencanang kisahnya yang sedang mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok di Indonesia.
Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari, berubah ke arah lebih baik kerana sering bermimpi arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan sebelum itu.
Selain itu, pelakon filem Tujuh Petala Cinta dan Cinta Kura-Kura ini juga turut dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak mendedahkan anggota badannya untuk tatapan umum ketika berlakon.
Dia yang mula dikenali dengan filem Aku Tak Bodoh menganggap gosip yang mendakwa dia masih ke acara sosial walaupun sedang mendalami ilmu agama itu sebagai gurauan sahaja.
 
Tidak melatah dan marah dengan gosip, Aeril tetap bersyukur kerana pergerakannya menjadi buah mulut orang sekeliling dan kepada Kosmo! dia menjelaskan segala-galanya.
Kosmo!: Adakah Aeril tahu mengenai gosip yang mengatakan anda menghadiri acara sosial yang turut dihadiri golongan 'adik-adik'?
AERIL ZAFREL: Ya, saya tahu gosip itu apabila diberitahu oleh seorang kawan. Saya baca dan terus tergelak.
 
Kenapa anda tergelak membacanya?
Sebab saya rasa, penulis itu patut tulis dengan jelas acara itu. Ia bukan acara sosial sebenarnya tetapi Anugerah Hero Remaja 2012 yang diadakan 20 September lalu di Kuala Lumpur. Saya rasa tak salah pergi ke majlis tersebut, malah penerbit filem David Teo pun ada datang sebagai juri.
Jadi tidak benarlah anda menghadiri acara sosial seperti yang didakwa gosip tersebut?
Sudah tentu tidak benar, saya rasa itu bukan acara sosial, tetapi satu majlis anugerah.
 
Apa anda buat dalam majlis itu?
Saya hanya memberi sokongan kepada seorang rakan yang dikenali Ben yang menyertai pertandingan itu, dia antara Top 20 Hero Remaja 2012.
Anda pasti itu acara yang dimaksudkan, bukan acara sosial lain?
Sudah tentu saya pasti. Saya tidak ke mana-mana kelab malam lain atau parti 'adik-adik' yang dimaksudkan. Kali terakhir saya ke kelab malam adalah pada tahun lepas dan sekarang tidak pernah pergi lagi. Lagipun itu bukan parti 'adik-adik'.
Adakah anda pernah ke mana-mana acara sosial yang melibatkan golongan 'adik-adik' sebelum ini?
Alhamdulillah tidak ada. Saya memang jelas mengenai perkara itu.
 
Apa perasaan anda apabila terkena tempias gosip sebegini?
Saya terima sahaja perkara itu sebagai ujian Tuhan dan itu hanya pandangan orang lain. aya tidak boleh halang.
Apa projek filem atau drama terbaharu anda?
Saya sudah hadkan aktiviti seni untuk tumpukan kepada ilmu agama. Saya baru pulang dari Indonesia kerana belajar sekolah pondok, sekarang ada di Kuala Lumpur dan selepas ini akan berjumpa guru-guru agama di sini pula.
Tentang karier pula, saya akan muncul dengan filem terbaharu iaitu Budak Pailang dan 99 Kali Rindu

Oscar: Bunohan dicalon, Zahiril terkejut

FILEM Bunohan, arahan Dain Iskandar Said yang berlatarbelakangkan masyarakat Kelantan telah tersenarai dalam pencalonan awal kategori Filem Bahasa Asing Terbaik anugerah Oscar.

Penyampaian Anugerah Academy ke-85 akan diadakan awal tahun depan. Ia bakal berentap bersama 70 filem lain dari seluruh dunia.

Ketika dihubungi Sinar Harian Online, pelakon utamanya, Zahiril Adzim akui dia terkejut apabila dimaklumkan pagi ini.

"Saya mendapat tahu pagi ini tentang pencalonan Bunohan  dalam Oscar dan saya memang terkejut," demikian reaksi Zahiril ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Penolong Pengarah Komunikasi Korporat Finas, Mohd Nashrul Shah Hamid memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya telah "menghantar filem Bunohan untuk dicalonkan di anugerah Oscar."

"Buat masa ini pihak Finas masih menunggu keputusan daripada pihak Oscar tentang pencalonan filem tersebut," katanya menerusi e-mel.

Laman web Oscar pula menyenaraikan nama kesemua 71 filem yang dicalonkan untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Pencalonan anugerah Oscar akan diumumkan secara langsung pada 10 Januari depan.

Bunohan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac lalu, namun hasil kutipannya kurang memberangsangkan meskipun hasil garapan pengarah dilaporkan amat bagus.

 "Sebagai sebahagian daripada krew produksi, saya berbangga kerana dapat menaikkan nama negara di mata dunia melalui karya seni kita sendiri.

"Tidak ada perkataan lain selain bersyukur yang dapat saya katakan," katanya.

Malah katanya, "sebelum ini PGL (Puteri Gunung Ledang) juga telah sampai ke tahap ini walaupun tidak menang."

Ketika ditanya tentang pengarah filem itu, Zahiril berkata, Dain Said mempunyai cara kerja yang lain dan beliau lebih teliti terhadap kerjanya.

Difahamkan Dain kini berada di luar negara.

"Saya bersama Dain Said selama dua bulan untuk belajar bahasa Kelantan dan di situ saya melalui proses adaptasi supaya kami sama-sama dapat mencapai tahap yang kami inginkan.

Zahiril memberitahu, sebuah syarikat penerbitan asing juga menawarkan pembelian hak pengedaran filem ini.

"Filem ini mungkin tidak mendapat sambutan di Malaysia, memang tidak dinafikan perasaan kecewa itu ada.

"Tetapi apabila ada pihak yang menawarkan untuk membeli hak pengedaran filem ini di tempat mereka, saya fikir orang luar mahu melihat apa yang mereka tidak ada sedangkan masyarakat kita sudah terdedah dengan suasana dalam Bunohan," jelasnya.

Zahiril menambah, "memang lumrah manusia, kita mahu melihat apa yang kita tidak ada."

Filem yang menggandingkan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Pekin, Bront Palarae, Namron dan Shoffi Jikan ini dilihat membawa kelainan dalam genre filem Melayu di Malaysia

Anugerah Blokbuster: Amy Search terkilan penampilan Nabila

SEJAK memegang gelaran ibu tunggal, nama Nabila Huda sering kali dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

Terbaru, penampilannya dalam Anugerah Blokbuster menjadi perbualan hangat apabila tampil dengan gaun hitam rekaan Alia Bastamam yang mendedahkan bahagian perut dan peha.

Seperti bintang Hollywood, Nabila, 28, berjaya mencuri tumpuan penonton walaupun tidak mengikut tema majlis 'colour blocking'.

Dua hari selepas majlis itu diadakan, pelbagai respons serta reaksi yang diterima daripada peminat mengenai penampilan seksi Nabila yang rata-ratanya mengkritik penampilannya.

Situasi itu turut dirasai bapanya, Amy yang ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, "memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu."

"Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.

"Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu," katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.
Amy turut berkata, "sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus."

"Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia," katanya lagi.

Nabila yang dihubungi Sinar Harian Online untuk mendapatkan komen belum berhasil.
Bagaimanapun tinjauan ke atas akaun Twitter mendapati, walaupun penampilannya dikritik, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil tampak tidak terganggu.
Sebaliknya dia berseloroh bahawa gaun tersebut ditaja.
Menjawab pengikut Twitternya, yang mengatakan pakaiannya kelmarin sebagai 'seksa', seolah-olah menyifatkannya sebagai seksi, Nabila membalas: "hahahaha! Seksa ke? Sponsor tu.. muah kepada anda berdua".
Semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.

Nabila yang berkahwin dengan Zaidi Zailani bercerai tahun lalu

Hero baru Thai Aaron Aziz

Aaron mengaku dilamar syarikat produksi dari negara jiran

Peminat Aaron Aziz mungkin harus menerima kenyataan pedih andainya satu hari nanti dia terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada industri perfileman tempatan.

Namun, perkara itu masih samar-samar dan jika berlaku sekali pun, ia bukanlah dalam waktu terdekat.
Ditemui di set penggambaran filem arahan Ahmad Idham, Lari, di Kuala Perlis baru-baru ini, Aaron mendedahkan dirinya dilamar pengarah lagak ngeri Thailand, Nong, yang turut terbabit dalam projek terbitan Excellent Pictures itu, untuk menjayakan judul aksi dari negara jiran itu.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu tertarik dengan tawaran berkenaan kerana ia bakal menjadi titik permulaan buat kerjaya lakonannya ke peringkat antarabangsa. Bagaimanapun sebelum persetujuan dicapai, pelbagai faktor harus dipertimbangkan.

"Tawaran itu memang menarik, tetapi saya belum dapat memberikan jawapan. Mereka pula merancang memulakan penggambaran tahun depan. Saya perlu melihat jadual kerja terlebih dulu, supaya tidak bertembung dengan 'job' yang sudah dijanjikan lebih awal.

"Kalau boleh, memang saya ingin berlakon dalam filem itu. Namun saya tidak boleh mementingkan diri dengan menerima saja tawaran berkenaan, semata-mata untuk mencipta nama di luar negara. Jika ditakdirkan hasrat itu tidak tercapai, saya reda," katanya yang membawakan watak Khaliff dalam Lari.

Bergaduh betul-betul
Berkampung di Perlis sejak 16 September lalu bagi menyiapkan penggambaran filem yang mengangkat tema pemerdagangan manusia melakar pengalaman baru kepada kerjaya pelakon ini.

Biarpun pernah menjayakan filem aksi menerusi KL Gangster, namun Lari lebih mencabar kemampuannya apabila perlu melakukan aksi pergaduhan membabitkan pukulan serta tendangan sebenar, dengan berpandukan koreografi Nong.

"Penat tetapi puas kerana saya perlu beradu kekuatan dengan pelakon tambahan yang ada asas muay thai. Tidak seperti filem sebelum ini di mana pelakon tambahannya tidak mempunyai asas seni mempertahankan diri.

"Awalnya saya agak bimbang kerana banyak aksinya yang tidak pernah saya lakukan. Saya juga hanya belajar daripada pengarah lagak ngeri ketika di set. Nong seorang yang sistematik dan dia sudah menyiapkan koreografinya di iPad. Setiap babak memaparkan aksi berbeza, jadi saya hanya perlu berpandukan kepada lakaran dibuat.

Bakal jadi bualan

"Saya tertarik dengan filem ini kerana aksi lagak ngerinya setaraf dengan judul dari Thailand dan Hong Kong. Untuk babak bertarung, kami dikehendaki berlawan betul-betul. Contohnya, kami memang betul-betul melayang apabila ditendang.
Bagaimanapun kami diberikan pelapik keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga," katanya yang tidak kisah walaupun pernah tercedera sewaktu penggambaran.

Berpeluang meninjau penggambaran filem itu memberi gambaran positif, filem menelan belanja sekitar RM2.5 juta ini mungkin bakal menjadi bualan.

Bagaimanapun, kata Aaron, kejayaan Lari belum boleh diukur dari sudut pembikinan sematamata. Sebaliknya, kejayaan hanya dapat dinilai apabila ia ditayangkan.

Black mahu saman penulis gosip

DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.
Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.
Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).
Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya kepada Kosmo! bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.
"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.
 
"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.
Bercadang mahu menyaman penulis gosip tersebut jika dia tahu siapa gerangan individu tersebut, akui Black, sebagai seorang Islam dia masih tahu batas-batas agama dan tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk (bersekedudukan) itu.
Kata Black, dia mempunyai ibu dan bapa yang mendidiknya dengan baik. Malah, dia juga tahu hukum agama hasil pengajian menerusi sekolah agama ketika bergelar pelajar.
 
"Orang tengok saya sentiasa senyum dan baik, tetapi janganlah buli saya. Mungkin saya tidak ada kontroversi dan penulis tersebut sengaja menciptanya. Kalau kontroversi itu membina, saya boleh terima. Namun yang menjatuhkan (reputasi), saya tidak boleh terima," jelasnya yang sehingga kini masih terasa hati dengan penulisan penulis gosip tersebut.
Ditanya adakah dia menyesal dengan perbuatannya pergi bercuti bersama rakan-rakan, ungkap Black, sebagai individu, dia ada hak untuk bercuti dengan siapa dan ke mana sahaja. Dia tidak perlu berasa kesal kerana tidak melakukan perbuatan yang dilarang ketika bercuti.
 
Kaki perempuan
 
Mengulas mengenai hubungan cintanya, jelas Black, sejak beberapa bulan lalu dia dan kekasihnya itu sebenarnya sudah tidak bersama lagi.
"Kalau ikutkan kami akan bertunang pada Hari Raya Haji ini, tetapi nak buat macam mana sudah tidak ada jodoh," jelasnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang dirahsiakan identitinya itu sejak empat tahun yang lalu.
Masih bersedih dengan perpisahan itu, ujar Black, dia kini trauma untuk bercinta lagi.
"Buat masa ini saya masih trauma untuk bercinta lagi setelah hubungan saya dan dia yang sekian lama terjalin putus," ungkapnya.
Dikaitkan dengan isu 'kaki perempuan' dan ramai kawan wanita sebagai punca perpisahannya dengan kekasihnya itu, bidas Black, ia bukan disebabkan orang ketiga tetapi perpisahan mereka angkara kurang persefahaman.
"Muka macam saya ini boleh jadi playboy ke? Sebenarnya saya ramai kawan wanita. Mungkin bila saya keluar, mereka yang melihat kata saya sedang bercinta. Saya hanya mempunyai seorang kekasih. Hanya dia sejak dulu lagi. Namun, hubungan kami juga sudah terputus," ceritanya.
Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, kata Black, wanita tersebut harus melebihi ibunya. Ulasnya, jika ibunya dapat menjaga dirinya dengan baik, dia mahukan wanita yang dapat menjaganya lebih baik daripada ibunya sendiri.
Kuasai carta iTunes
 
Buat masa ini lagu Teman Pengganti nyanyian Black bersama Malique begitu popular di carta iTunes. Menduduki carta nombor satu selama seminggu, akhirnya lagu tersebut tewas dengan lagu Psy, Gangnam Style. Menariknya, Teman Pengganti telah meraih tontonan melebihi 700,000 sejak enam hari dimasukkan ke dalam laman web YouTube.
Menurut Black, dia bersyukur kerana lagu-lagu nyanyiannya termasuk Teman Pengganti diterima peminat.
"Alhamdulillah, sejak single pertama saya lagi, Aku Cinta Sayang Kamu dan single seterusnya iaitu Sofea Jane, peminat dapat menerimanya," ujarnya.

 

Berterima kasih kepada Malique kerana memilihnya untuk menyanyikan lagu Teman Pengganti, kata Black, kejayaan lagu itu sebenarnya disebabkan lirik dan melodi yang indah.
Black juga mengakui cukup bertuah kerana Malique memilihnya untuk menyanyikan lagu tersebut.
"Sebelum ini, Malique banyak memilih penyanyi-penyanyi hebat untuk menyanyikan lagu-lagu dia seperti Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir. Mungkin saya dipilih kerana saya ada kelebihan," akuinya merendah diri.
Ditanya mengenai kontroversi kematian Malique menerusi lagu Teman Pengganti, dedah Black, lirik yang ditulis Malique terlampau mendalam sehingga menyebabkan peminat yang mendengarnya mengaitkan lagu tersebut dengan diri Malique.
Menurut Black lagi, Malique kelihatan sihat dan tidak menderita sebarang penyakit.
"Semasa sesi rakaman lagu Teman Pengganti, Malique kelihatan sihat sahaja. Malah, dia banyak memberi panduan kepada saya untuk mendapatkan feel lagu ini," dedah Black.

Adira Pohon Tidak Dikaitkan Dengan Aliff Aziz & Anne Ngasri

Penyanyi Siti Adira Suhaimi atau Adira meminta semua pihak tidak mengaitkannya sebagai punca keretakan hubungan cinta penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dan Anne Ngasri.
Adira, 22, menegaskan dia tidak terlibat dalam keretakan hubungan pasangan itu dan berharap semua pihak menghormati perasaannya.
"Saya tidak terlibat langsung dalam keretakan hubungan mereka dan saya tidak mahu terlibat dalam masalah yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini," ujarnya.
Adira menjawab tuduhan kononnya dia menjadi punca hubungan Aliff dan Anne putus apabila mereka berdua dikatakan kononnya telah jatuh cinta ketika bertemu di lokasi penggambaran drama Tiara yang sedangditayangkan menerusi saluran Astro Prima.
Dalam pada itu, Adira berkata, hubungannya dengan Aliff hanya bersifat profesional dan tidak lebih daripada itu dan dia turut hairan bagaimana cerita tersebut tersebar.
Malah kata Adira, selepas hubungannya dengan AG (Coco) gagal, dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti sebaliknya lebih selesa menikmati kehidupan solo.
"Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan lakonan dan kini lebih selesa tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana lelaki," jelasnya.
Bagaimanapun Adira berkata, dia berharap kemunculan "single" duet terbarunya bersama Aliff berjudul "Keajaiban Cinta" tidak akan menjadi kontroversi selepas ini.
"Ia hanya sebuah lagu duet untuk drama Tiara yang kami sama-sama berlakon. Hubungan kami tidak lebih daripada itu. Saya berharap tiada sebarang gosip lain timbul gara-gara kolaborasi itu," katanya.
Sementara itu, Adira berkata, dia semakin selesa bergelar pelakon namun masih meletakkan nyanyian sebagai karier utamanya.
Malah dia hanya berlakon untuk mengisi masa lapang selain menambah ilmu terutamanya dari segi pembinaan watak bagi sesuatu karektor.
"Seronok berlakon kerana dapat belajar pelbagai perkara namun itu tidak bererti saya tidak mahu menyanyi lagi kerana nyanyian adalah keutamaan saya," ujarnya.

Zizan Razak Tak Sangka Tewaskan Aaron Aziz

Mengejutkan dan di luar jangkaan! Itu pendapat ramai pihak apabila nama Zizan Razak diumumkan sebagai pemenang Anugerah Hero Terhebat. Apa tidaknya , sejak awal-awal lagi nama Aaron Aziz yang disebut-sebut akan mengungguli kategori rebutan ramai ini. Kalau bukan Aaron, Shaheizy Sam yang menjadi pilihan kedua. Namun, peminat-peminat filem tempatan telah menggunakan mandat yang diberikan dengan memilih Zizan sebagai Hero Terhebat berdasarkan penampilannya dalam filem Hantu Bonceng. Jadi, apa komen pelakon dan pelawak ini?
 
"Saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tahu Aaron Aziz punya peminat yang sangat ramai dan sudah tentu sukar untuk tandingi pengaruh yang dia ada. Apabila nama saya diumumkan yadi, saya rasa macam tidak percaya. Rasa hendak menangis pun ada. Tidak sangka undian saya mengatasi undian Aaron Aziz. Bagaimanapun, saya gembira dengan keputusan ini dan ini bermakna saya perlu meningkatkan mutu lakonan saya pada masa akan datang," ujar Zizan teruja.
Dalam masa yang sama, Zizan juga tidak menolak kemungkinan sambutan hangat ke atas filem Hantu Kapcai dan pementasan Lawak Ke Der musim kedua menyumbang kepada kemenangannya itu.
 
"Mungkin juga peminat buat undian berdasarkan penampian saya dalam Hantu Kapcai dan Lawak Ke Der musim kedua. Saya tidak menolak kemungkinan itu sebab kuasa ditangan peminat. Mungkin peminat masih ingat dengan penampilan saya kerana kedua-dua naskah ini menemui peminat baru-baru ini," ulas Zizan.
 
 
Boleh dikatakan mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya pelawak dinobatkan sebagai Hero Terhebat dalam industri perfileman negara, Zizan tidak mudah mendabik dada atau berasa selesa. Bagi jejaka berasal dari Kuala Terengganu ini, dia tidak mahu terikat dengan satu corak lakonan sahaja iaitu lawak jenaka. Jelasnya, dia mahu menjadi pelakon serba boleh dan untuk merealisasikan impiannya itu, dia perlu menggalas pelbagai watak berlainan.
"Selain mahu menjadi pelakon serba-boleh, saya juga bercita-cita mahu mengangkat martabat pelawak-pelawak dalam industri perfileman tempatan. Ketika ini kehadiran pelawak tidak dipandang penting oleh kebanyakkan penggiat filem. Tidak seperti diluar negara. Mereka lebih disanjung kerana bukan mudah untuk buat penonton ketawa. Saya mahu kehadiran pelawak dihargai dan mendapat layanan yang sama seperti pelakon-pelakon lain. Selain itu, saya juga ada misi untuk memperbaiki mutu filem Malaysia. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak kita mampu menghasilkan yang terbaik. Kita sudah ada teknologi yang diperlukan. Cuma perlukan mekanisme yang tepat. Peminat sekarang sudah bijak dan mereka tidak mahu disogokkan dengan perkara yang sama," ulas Zizan bersemangat.
 
Sementara itu, Zizan juga berpesan supaya melihat lakonannya dalam filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar yang akan menemui penonton pada tahun hadapan. Jelas Zizan, penampilannya dalam filem itu cukup berbeza berbanding lakonan-lakonannya sebelum ini.
Saya membawakan watak serius sebagai seorang pusher dan perlu bermain dengan komedi gelap. Maksudnya saya tidak perlu buat lawak untuk membuatkan orang tertawa, tetapi lakonan saya itu boleh mengundang elemen komedi apabila ditonton nanti," ujar Zizan yang membintangi filem itu bersama  beberapa nama lain seperti Pekin Ibrahim, Johan As'ari dan Liyana Jasmay. Filem Tokan berkisah tentang aktiviti pengedaran dadah yang semakin berleluasa kini.

Senarai finalis AIM19 2012


1. Artis Baru Terbaik:
Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
Salam Musik (Alamak feat Altimet)
Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)
The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

2.  Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki)
Azlan & The TypeWriter (Idola)
Faizal Tahir (Buta)
Hazama (Majnun)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
Stephen Rahman Hughes (Bertemu di Syurga)

3. Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)
Nora (Doa)
Shila Amzah (Patah Seribu)
Siti Nurhaliza (I Cry Out)
Jaclyn Victor ( Jagalah Diri)

4.  Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu
Firdaus (Saat Terindah)
Forteen (Seperti Dulu)
GX4 (Kerana Kasihmu)
Prince of Pop (Main Jauh-jauh)
Sleeq feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

5. Kulit Album Terbaik
Filsuf/ Anuar Sujud (Muka Surat Satu)
Hujan/Sanjay (Sang Enemy)
Love Me Butch/Wing Meng (World Wide Transgression)
Mizz Nina/Even Odds Sdn Bhd (Take Over)
Yuna/Zul Amran Hilmi (Terukir di Bintang)

6.  Rakaman Album Terbaik
Hafiz Hamidun/ CL Toh (Zikir Terapi Diri)
Jamal Abdillah/Eddie Slam/ Greg Henderson/ Voodoo/Illegal (Raja Pop 2)
Kat Hassan/ Edrie Hashim/Manusia Putih/Cat Farish (Menggoda)
Nora/Rahmad Ayob (Hikmah)
Shanel/Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/ Arief Renald (Perjalanan)

7.  Video Muzik Terbaik
Firdaus/ Sahak (Keran-nya Aku Menolakmu)
Goldfish and Blink/Michael Weicker/Marcus Weicker (Bila Seharusnya featuring Noh Salleh)
Stacy/ Ghaz Abu Bakar (Pelangi Senja)
Suki Low/ Jeremy Zainal (Terlalu Mencintaimu)
Yuna/ Quek Shio Chuan (Sparkle)

8.  Lagu Pop Etnik Terbaik
Noraniza Idris/ Wan Mohammad Logan/ Ahmad Fedtri Yahya (Endang Endong Cintaku Satu)
Noraniza Idris/ Mohd Shahril/ Ahmad Fedtri Yahya (Hari Demi Hari)
Noraniza Idris/ Edrie Hashim/ Ahmad Fedtri Yahya (Kuasa Cinta)
Noraniza Idris/Helen Yap/ Ahmad Fedtri Yahya (Mahligai)
Noraniza Idris/ Asmin Mudin/ Ahmad Fedtri Yahya (Menarik Hati)

9.  Lagu Nasyid Terbaik
Mawi/ Hafiz Hamidun (Asmaulhusna)
Hafiz Hamidun (Allah)
Izzat Mahadi/ Hafiz Hamidun (Garisanmu)
Nora/ Gjie 6ixth Sense/ Lukhman S (Doa)
Voices of Umi/ Johan Nawawi (Erti Al Fatihah)

10.   Lagu Rock Terbaik
Azlan & The Typewriter/ Audi Mok/ Dark (Idola)
Faizal Tahir/ Audi Mok (Buta)
Hazama/ Audi Mok/ Omar K (Simetri)
Silent Death/ Stone/ Zizie Hashim (Mati Senyap)
The Azenders/ Sam (Bebas)

11.   Lagu Pop Terbaik
Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim (Sebelah Jiwaku)
Hyper Act/ Frozen (Harapan)
Shila Amzah (Patah Seribu)
Yuna (Terukir di Bintang)
Jaclyn Victor/ Edry Abdul Halim (Jagalah Diri)


12.  Lagu Hip Hop Terbaik
Black & Malique/ Malique (Teman Pengganti)
Filsuf/ Belle Fatah/ Bob Yusof ( Sendiri di Kuala Lumpur)
Jamal Abdillah & Malique/ Malique/ Tripdizs (Aku Maafkan Kamu)
Mizz Nina/ Saph (Just You and Me)
SSK/ DJ Jocular/ Saph/ NBE (Tenang Sayang)

13.   Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Yuna (Memo)
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito / Lin Li Zhen (Counting Days)
Siti Nurhaliza/ Bryan Bouro (Stand Up)
ZE!/ Sarah Zainal Abidin (Haircut)
Yuna (Photo of You)

14.   Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara
Astrid (Tentang Rasa)
Nirwana Band (Sudah Cukup Sudah)
Rossa feat Taufik Batisah (Aku Bersahaja)
Rossa feat Ungu (Ku Pinang Kau Dengan Bismillah)
Sammy Simorangkir (Aku Kembali)

15.   Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu
Brenda & Budi/ Arman/ Alex/ Aye/ Rifai/ Andy (OST Gerimis Mengundang)
Jaclyn Victor/ Aubrey Suwito (Counting Days)
Stacy/ Edry Abdul Halim ( Kasanova)
Stephen Rahman Hughes/ Azlan Abu Hassan ( Bertemu di Syurga)
Yuna/ AG Coco (Terukir di Bintang)
 
16.   Album Terbaik
Hujan/ Noh Salleh/ AG Coco (Sang Enemy)
Nora/ Johan Nawawi ( Hikmah)
Pesawat (Take Off)
Salam Musik/ Salam (Salam Musik)
Stacy/ Muhammad/ Kunci Demak (Stay-C)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...