Johan As’ari Mengaku Luahan Cinta Dalam Twitter Untuk Nabila

Pelakon Johan As'ari atau dikenali dengan nama 'botak' menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada aktres Nabila Huda.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 26, berkata, luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan wanita berkenaan buat masa ini.
"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.
"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum," katanya.
 
 
 
Antara luarahan perasan Johan terhadap nabila di Twitter.
 
Tambah Johan, dia meletakkan ungkapan cinta itu sebagai satu perasaan yang besar untuk dilalui bagi sesebuah pasangan dan lebih suka sekiranya perasaan cinta antaranya dan Nabila mula terbit apabila kedua-dua mereka berkahwin.
"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.
"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.
"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," tuturnya yang meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun.
Dalam pada itu, walaupun ramai yang mempersoalkan keberaniannya meletakkan entri tersebut, Johan tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu kerana ia adalah salah satu tanda penghargaan kepada Nabila yang sentiasa menjadi tulang belakangnya.
Sementara itu, Johan akan muncul dengan drama Shahadah Cinta menerusi saluran TV Al-Hijrah dan Oh Haram Tu (TV3) pada September depan.

Insaf, rancangan temubual TV3 sempena Ramadan 2012

Insaf (4 episod) - Setiap Khamis, 5.30 ptg – 6.00 ptg, mulai 26 Julai

INSAF, rancangan temubual yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Erfino Johari mengangkat kisah benar kehidupan masa lampau empat individu dimana hidup mereka jauh dari pegangan agama.

Penonton akan mendengar, memahami dan mempelajari kisah hidup mereka dengan emosi yang menyentuh jiwa.

Antara topik-topik yang dipaparkan ialah Pusher, Benih Beracun, Bunga Khayal dan Hero Tapi Hancur. Mereka mencari sesuatu yang hilang iaitu Agama dan Tuhan.

Bagaimana kesemua mereka kembali insaf dan menemui titik perubahan dalam kehidupan?

Promo Insaf - Pusher (RAIKAN RAMADAN DENGAN KEINSAFAN)

S.A.M Gagal Puaskan Hati Shaheizy Sam?

Walaupun ramai yang berpuas hati dan memuji lakonan Shaheizy Sam dalam filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu), namun pelakon pujaan ramai ini mengakui dia masih belum berpuas hati dengan lakonannya. Jelas lelaki ini, watak seorang psiko itu boleh dijayakan oleh sesiapa sahaja kerana skopnya terhad.
 
"Bidang lakonan ini skopnya sangat besar. Tapi watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini skopnya tidak besar mana pun. Saya dambakan watak yang lebih meluas skopnya. Saya cakap begini bukan kerana cerita ini tidak bagus, tetapi saya nantikan watak yang boleh menguji keupayaan lakonan saya seperti watak Budi dalam '29 Februari'. Saya rasa watak itu sangat mencabar kerana dia perlu melalui beberapa zaman berbeza, dari kecil sehinggalah ke usia tua. Watak psiko rasanya ramai pelakon yang boleh buat," ujar Sam berterus-terang.
 
 
Bercerita tentang kerjasamanya dengan Pengarah Malaysia Termuda Malaysia Book Of Records, Shafiq Yusof, Sam memberitahu dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan pengarah itu. Jelas Sam, Shafiq seorang pengarah yang tahu apa yang dikehendaki.
"Arahannya sangat jelas dan saya boleh memahaminya dengan baik. Walaupun dia sangat muda, tetapi Shafiq membuktikan dia boleh berikan yang terbaik. Dia tahu apa yang dia nak. Saya berpuas hati dengan garapan filem ini. Mula-mula dapat skrip,  memang saya rasa ceritanya macam mengarut, tetapi sebaik penggambaran bermula saya jadi yakin. Kalau peminat filem tempatan boleh terima filem bergenre cinta psiko ini, tidak mustahil 'S.A.M' mendapat kutipan memberangsangkan. Semuanya terletak di tangan penonton," ujar Sam lagi.
Sementara itu, Sam juga mendedahkan sepanjang 36 hari penggambaran berlangsung, dia mengalami demam sebanyak tiga kali. Ini kerana peranannya sebagai Sam dalam filem ini agak berat kerana memerlukan kekuatan fizikal untuk aksi-aksi pergaduhan yang dipaparkan.
'S.A.M' akan menemui penonton di seluruh negara bermula Aidifitri ini iaitu 19 Ogos hadapan. Selain dibintangi oleh Shaheizy Sam, filem ini turut menampilkan Lisa Surihani sebagai heroin, Syamsul Yusof, Neelofa dan Azad Jazmin sebagai pelakon pembantu.

Filem ‘SAM’ Beri Tekanan Kepada Syafiq Yusof

KUALA LUMPUR: Pengarah muda Syafiq Yusof mengakui berdepan tekanan dan kebimbangan menjelang kemunculan filem sulungnya berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) yang akan ditayangkan pada 19 Ogos depan.
Syafiq, 19, berkata beban yang digalas kerana lahir daripada keluarga pengarah filem tersohor iaitu Datuk Yusof Haslam dan abangnya Syamsul itu menghasilkan tekanan dalam memastikan mutu filem itu berkualiti tinggi.
"Saya bertanggungjawab untuk menjaga nama dan maruah keluarga yang sememangnya dihormati umum kerana pencapaian mereka dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem.
"Ia memberikan tekanan dan kebimbangan kepada saya untuk menghasilkan filem ini dengan sebaik mungkin.
"Sebab itu saya sanggup bersusah payah selama dua bulan untuk menyiapkan proses pasca produksinya agar ia berkualiti dan berbeza pada visual," katanya.
 
Tiga beranak daripada keluarga filem. Dari kiri Syamsul, Yusof Haslam dan Syafiq
 

Syafiq berharap filem 'SAM' akan diterima oleh peminat.
 
Anak bongsu dalam keluarga Yusof ini ditemui pada malam previu filem tersebut di GSC Mid Valley di sini, malam Isnin lalu.
Ditanya mengenai kebimbangannya mengenai filem itu, Syafiq berkata, perasaan itu timbul kerana dia tidak mahu menghampakan harapan bapa dan keluarganya.
"Bapa saya menaruh harapan yang tinggi pada saya. Pujian dan jolokan pengarah termuda kepada saya tidak memberikan sebarang makna jika filem ini tidak diterima penonton.
"Saya bimbang jika SAM tidak digemari kerana genre ngeri dan suspens yang asing bagi penonton kita. Saya risau jika dianggap kambing hitam dalam keluarga jika gagal hasilkan filem yang baik," katanya.
Filem yang mengambil masa 36 hari penggambaran ini dibintangi antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa dan Fimie Don.
Ia bakal ditayangkan bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

KHAIRUL FAHMI A.K.A APEX KINI SUDAH BERUBAH|APEX KINI MAHU MENJADI PELAKON

Lakonan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, menerusi drama pendek online yang berjudul Semua Boleh Bolt menimbulkan salah faham segelintir pihak.
Malah,ada suara sumbang mendakwa Apex sudah berubah sikap menjadi individu yang cakap tidak serupa bikin memandangkan dia pernah mengakui sebelum ini bahawa tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan.
Bagaimanapun, Apex yang tenang menghadapi tohmahan ini memberitahu lakonannya dalam video berkenaan hanyalah sebagai menjalankan amanat yang diberikan kepadanya sebagai duta jenama Puma.
 
 
"Saya hanya menjalankan amanat orang saja. Orang yang dimaksudkan itu adalah Puma yang masih lagi mempercayai saya untuk menjadi duta mereka.
"Jadi, lakonan saya ini hanyalah untuk promosi produk terbaru dan lebih kepada melunaskan amanat atau janji. Saya pun hanya akan berlakon untuk iklan TV saja terutama sekali iklan yang membabitkan saya sebagai duta," jelasnya.
Dalam pada itu, Apex menegaskan tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan sepenuh masa untuk sementara waktu kerana mahu fokus kepada kerjayanya sebagai atlet negara.
Bagaimanapun, Apex dengan rasa rendah diri memohon maaf seandainya penglibatan dalam iklan ini telah mengguris dan menyinggung pihak yang menyokongnya selama ini.
 
"Jawapan saya masih lagi sama. Saya hanya akan berlakon untuk iklan TV saja. Jikalau saya menerima tawaran berlakon filem atau pun drama, saya terpaksa menolaknya.
"Saya minta maaf kerana saya belum bersedia untuk menjadi pelakon. Apa yang saya tahu, saya mencari rezeki dalam bidang sukan. Sebagai hamba Allah, saya juga tidak boleh menidakan diri untuk mencari rezeki yang lebih.
"Sebab itulah juga, saya menjinakan diri dalam bidang peragaan yang mana ia lebih kepada kempen yang telah menandatangani saya sebagai duta. Pun begitu, saya hanya melakukan segala tanggungjawab sebagai duta ini dengan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan saya sendiri," katanya.
Sementara itu, Apex tidak menafikan berasa sedikit perbezaan apabila diberi peranan melakonkan watak pengawal keselamatan dari Nepal dalam drama pendek untuk iklan Puma.
 
"Saya berasa seronok kerana dapat bekerjasama dengan artis seperti Zain Saidin dan Fabes Fly FM. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
"Antara babak yang saya suka dalam iklan ini sudah semestinya babak saya tidur dengan kasut yang banyak. Ini kerana, dalam dunia realiti, ia satu perkara yang mustahil untuk saya berbuat sebegitu.
"Apapun, terima kasih sekali lagi kepada semua yang menyokong karier saya selama ini. Insya-Allah, saya akan terus menjadi yang terbaik di mata anda dan maafkan saya sekiranya saya ada tergelincir seketika," ujarnya.
Sambungan episod kedua Semua Boleh Bolt boleh ditonton mulai hari ini yang mana ia ditayangkan di laman Youtube yang sama.

Joe (Wings) Ragui Kemampuan Pemuzik Muda

Gitaris kumpulan rock legenda Wings iaitu Joe berkata sikap pemuzik muda yang menumpukan pada aspek gubahan muzik berbanding susunan dan kemahiran secara individu tidak menunjukkan potensi mereka mampu menyambung legasi pemuzik generasi lama.
Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 42, berkata, trend tersebut menyebabkan kemahiran bermain alat muzik di kalangan pemuzik muda tidak menyerlah dan diragui untuk mereka kekal bertahan di dalam industri muzik bagi tempoh yang lama.
"Trend dan sikap pemuzik muda ini menimbulkan keresahan kepada saya secara peribadi. Majoriti muzik khususnya rock yang dihasilkan pemuzik muda lebih menekankan aspek gubahan berbanding kemahiran solo bermain muzik dan susunan.
"Jika keadaan ini berterusan, bagaimana kita hendak melihat barisan pelapis yang benar-benar menonjol untuk menyambung legasi kami pada masa akan datang?" katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini
Joe (Wings)
 
.
Joe berkata, kesan daripada trend itu membuatkan pemuzik-pemuzik lama terus mendapat permintaan pada acara-acara dan majlis kerana ketiadaan barisan pelapis yang berpotensi dan meyakinkan pihak penganjur.

Joe bersama tiga gitaris (dari kiri) Kid (Search), Man Keedal dan Hillary Ang akan berkongsi pentas pada Konsert G4: Petikan Legasi, 30 September depan.
 
"Kalau kita lihat pada acara-acara hiburan atau majlis korporat, pemuzik lama terus mendapat kepercayaan dan permintaan daripada penganjur kerana mereka percaya dan tahu kerja kami.
"Mungkin ia bagus untuk pemuzik lama secara individu tetapi perkembangan ini tidak baik untuk industri bagi jangka masa panjang kerana orang luar masih tidak nampak pada kemampuan pemuzik pelapis," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Joe berkata dia bakal beraksi pada Konsert G4: Petikan Legasi di samping tiga lagi gitaris legenda iaitu Man Keedal, Hillary Ang dan Kid (Search) pada 30 September depan, pukul 8 malam di KL Live dekat sini.
"Konsert ini adalah peluang kami empat gitaris ini untuk berkongsi pentas buat julung kalinya. Jika selama ini peminat muzik tanah air hanya melihat kami menerusi kumpulan masing-masing tetapi pada konsert ini kami akan tampilkan aksi berbeza.
"Yang pasti, kami tidak akan bawakan lagu-lagu popular kumpulan kami, sebaliknya akan mempersembahkan lagu-lagu baru dan antarabangsa," katanya.
Tiket-tiket berharga RM100 dan RM120 boleh didapati dengan menghubungi talian 019-9412345 (Dino) atau 019-6249443 (Faiz).
Layari laman Facebook dan Twitter "Konsert G4" untuk keterangan lanjut. Konsert berkenaan dianjurkan RK Polaris.

Juara Showdown 2012 : Dem Lepak Boyz (DLB) terbaik!

Kru Dem Lepak Boyz (DLB) dinobatkan sebagai juara bagi musim ketiga Showdown 2012 di Pentas akhir Showdown 2012 yang berlangsung di KL Live. Dem Lepak Boyz mempamerkan persembahan gerak tari yang hebat dan konsisten, B-Boys yang terdiri dari tujuh anak muda ini berjaya menewaskan kru Project Elementz di pusingan battle dengan peratus undian yang sangat dekat.
 
"Alhamdulillah, Dem Lepak Boyz akhirnya berjaya juga mendapat gelaran juara pada musim ini. Kami memang tak sangka namun inilah bayaran bagi hasil titik peluh kami semua selama ini. Kami rasa gembira sangat dan syukur Alhamdulillah, disiplin dan semangat yang dibawa kami sepanjang menyertai program ini berbaloi akhirnya," ujar B-Boy, Wes Soul mewakili anggota kumpulan DLB yang lain.

Dengan kemenangan DLB pada malam tadi, ia sekaligus melayakkan mereka membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000 di samping berpeluang menimba ilmu di The Urban Dance Camp di Lorrach, German pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.

"Kami sangat teruja untuk ke bengkel tarian tersebut kerana di sana kami berpeluang untuk berjumpa dengan penari-penari profesional yang lain. Kami akan minta tunjuk ajar dari mereka dan akan bawa ilmu tarian yang diterima untuk dikongsikan kepada semua generasi muda di sini.

Dem Lepak Boyz


"Kami juga akan bawa semangat Malaysia dan tunjuk kepada mereka yang Malaysia juga ada kru yang bagus-bagus," ujar Wes sambil memberitahu kesemua mereka mempunyai perancangan untuk membuka sebuah studio kelak.

"Kami bercadang menggunakan separuh dari wang kemenangan itu untuk membuka studio tarian di Cheras. InsyaAllah, kami akan gunakan studio tersebut untuk mengajar golongan muda tentang seni tarian yang ada."

DLB merupakan gabungan antara sahabat dan adik beradik dari lima kru sebelum ini iaitu Giller Battle Crew, Borneo Soul Breakerz, Borneo Crew, Force 136 dan Blazin Squad. Selain Wes Soul, DLB turut dianggotai oleh Killer Khef, Lil V6, Kujoe, One Juicy, Heat dan Shake.

Ditanya mengenai perancangan mereka selepas ini, Wes memberitahu, "Kami akan terus bersatu selepas ini. Kami juga akan teruskan perjuangan kami sampai bila-bila bagi mendidik generasi akan datang," ujarnya mengakhiri perbualan.

Selamat Pengantin Baru – Ratu Rock Ella, Azhar! Azhar tu Pilot

Baru ternampak satu foto ini di news feed laman sosial. Sejauh mana kebenaran foto ini? Adakah ini jejaka yang bakal menikahi Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin malam esok?
Caption yang ditulis dalam foto tersebut mendakwa jejaka tersebut bernama Azhar. Untunglah bersuamikan juruterbang khabarnya daripada syarikat penerbangan komuniti Firefly, pasti Ella akan sibuk bercuti ke sana sini mengikut suaminya kelakkan? Foto yang diambil di dalam Facebook teman Murai Batu ini milik Badrul Hashim aka Abang Bad aka pengurus Diddy Hirdy dan Kay.
 
Ella yang kini mencecah usia 46 tahun bakal menamatkan zaman solonya pada esok, 7 Julai 2012 di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. Menurut sumber lagi, jejaka yang bernama Azhar Ghazali tersebut khabarnya berasal daripada Muar, Johor.
Kepada Ella, diucapkan tahniah dan selamat berbahagia. Daripada zaman Murai Batu kecil sehinggalah kini sudah kenal erti kehidupan tetap menanti ratu Rock ini mengakhiri zaman bujangnya.
 

Gambar - Rozita Che Wan Selebriti Paling Seksi 2012

Meskipun sering dilanda gosip dan cerita yang panas, aktres Rozita Che Wan tetap disayangi peminat sehingga dia dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi di malam kemuncak Anugerah Stail EH! yang berlangsung pada semalam di Grand Dorsett Subang.
Pada malam tersebut, Rozita tampil anggun dalam busana gaun pendek ilham Qudyn berona pastel dan perincian renda hitam perancis sarat bersulam jemeki. Ditemani jejaka yang sering dikaitkan dengannya iaitu Zain Saidin, Rozita nyata terkejut dengan gelaran terbaru miliknya itu.
"Saya terima anugerah ini sekali dengan hati yang terbuka kerana ini adalah pilihan peminat. Mereka yang menilai saya dan apa jua anugerah yang diberikan saya terima. Tetapi seksi bukan satu perkara yang tidak elok dan seksi tidak semestinya terdedah sana sini.
 
"Bagi saya seksi itu subjektif, mungkin pembawakan diri saya yang kelihatan seksi bukannya kerana pemakaian saya terdedah hingga keterlaluan kerana saya masih tahu batas dalam berpakaian.
"Sekali lagi terima kasih kepada peminat yang mengundi saya, tidak kiralah kategori apa pun selagi nama Rozita Che Wan dihargai, saya bersyukur masih menjadi antara yang terpilih,"ujarnya yang membawa pulang gelaran ini buat kali kedua.
Portal Murai turut bertanyakan kepada Rozita tidakkah dia takut digelar simbol seksi mahupun seks dengan berseloroh dia menjawab ia terpulang kepada umum.
 
 
"Benda macam itu bukan kita yang mahu, tetapi kalau orang yang gelarkan kita sebegitu saya tidak boleh menutup mulut mereka.
"Tetapi kalau boleh saya tidak mahu digelar dengan perkara-perkara yang tidak elok seperti itu, biarlah orang cakap yang baik-baik pasal kita," tambahnya lagi.
 
Ketika Anugerah Stail EH! 2010, Rozita bukan hanya dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi malah Selebriti Wanita Tubuh Badan Cantik sehingga diangkat sebagai pemenang keseluruhan menggondol gelaran Anugerah Stail EH! 2010.
Namun untuk anugerah yang memasuki siri ketiga ini, Rozita Che Wan tewas ditangan Fazura yang telah merebut gelaran Anugerah Stail EH! untuk tahun 2012.
Keputusan rasmi Anugerah Stail EH! 2012
Selebriti Harapan Pilihan – Izara Aishah
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Fouziah Gous
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Cantik – Anding
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Pilihan Selebriti – Rizman Ruzaini
Selebriti Mesra Peminat – Shila Amzah
Pasangan Selebriti Pilihan – Noh & Mizz Nina
Selebriti Wanita Paling Seksi – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Hans Issac
Selebriti Paling Fotogenik – Scha Al Yahya
Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Fasha Sandha
Model Pilihan Majalah – Tengku Azura
Selebriti Serba Boleh – Aznil Hj Nawawi
Selebriti Pencapaian Terbaik – Datuk Siti Nurhaliza
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari

Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh

Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.
Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.
"Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu," katanyai, Rabu.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.
Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.
Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya
Ella
 .
Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 15 Jun lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.
Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti
Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.
"Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini," katanya.
Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

Keputusan rasmi Anugerah Stail EH! 2012

 
Selebriti Harapan Pilihan – Izara Aishah
Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik – Fouziah Gous
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Cantik – Anding
Jurusolek Selebriti Pilihan – Najeeb Azami
Pereka Fesyen Pilihan Selebriti – Rizman Ruzaini
Selebriti Mesra Peminat – Shila Amzah
Pasangan Selebriti Pilihan – Noh & Mizz Nina
Selebriti Wanita Paling Seksi – Rozita Che Wan
Selebriti Lelaki Paling Seksi – Hans Issac
Selebriti Paling Fotogenik – Scha Al Yahya
Selebriti Pilihan Kulit Majalah – Fasha Sandha
Model Pilihan Majalah – Tengku Azura
Selebriti Serba Boleh – Aznil Hj Nawawi
Selebriti Pencapaian Terbaik – Datuk Siti Nurhaliza
Selebriti Wanita Paling Bergaya – Fazura
Selebriti Lelaki Paling Bergaya – Awal Ashaari

Gambar - Adik Brad Pitt Berlakon Iklan Komersil

Menjadi salah seorang adik-beradik kepada bintang Hollywood gred A memang punya banyak kelebihannya. Misalnya, yang berlaku terhadap adik Brad Pitt, Doug Pitt.
Apa tidaknya, Murai Batu dapat tahu disebabkan abangnya itu, Doug Pitt juga turut mendapat layanan sebagai seorang selebriti sewaktu menjayakan komersil baru untuk Virgin Mobile Australia.
Menariknya komersil itu juga turut menggunakan tagline: 'The second-most-famous Pitt in his family' (Pitt kedua yang terkenal di dalam keluarganya).
Komersil tersebut menampilkan Doug Pitt dengan aktiviti sehariannya di rumah seperti mendengar muzik, memasak serta memotong rumput.
Ianya merupakan komersil pertama yang dijayakan oleh Doug dan Virgin Mobile turut mempromosikannya di dalam halaman iklan di facebook serta turut menyediakan fan page facebook untuknya.
 
Biarpun tidak sehebat Brad, namun Doug nampaknya punya peminatnya sendiri. Malah, ada yang berpendapat Doug lebih menyeronokkan berbanding abangnya.
Mengenai latar belakang Doug, dia sudah pun berkahwin dan bapa kepada 3 anak.
Doug juga adalah seorang usahawan serta philanthropist. Menerusi organisasinya, dia banyak membantu membasmi kanak-kanak yang miskin, lapar dan sebagainya. Dia juga adalah duta kemanusiaan untuk Tanzania. Wah..mulianya hati si Doug ni ya.

Persembahan Percuma Ramli Sarip 14 Julai Depan

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock terkenal, Ramli Sarip bakal tampil dengan persembahan berkonsepkan spiritual pop bersempena konsert Alunan Kalbu bagi menyambut ulang tahun ke 20 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 14 Julai depan.
Ramli berkata, menerusi persembahan itu dia akan membawakan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian dengan menggunakan muzik akustik bagi memberikan kelainan pada persembahan itu nanti.
"Persembahan itu nanti akan lebih kepada lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan dengan pelbagai mesej berguna kepada penonton.
"Bagaimanapun ia akan diadakan dalam keadaan santai dengan diiringi muzik akustik dengan alatan seperti rebana, gambus, seruling dan rabuka," ujarnya kepada mStar Onlineketika ditemui semasa sesi ramah mesra bersama media di sini, Selasa
 
Ramli Sarip bakal adakan konsert percuma 14 Julai depan. 
 
.
Konsert Alunan Kalbu itu bakal diadakan di Dewan Besar IKIM pada tarikh itu bermula 8.45 malam dan masuk adalah percuma.
Dewan yang boleh memuatkan 300 penonton itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi Iwan Syahman.
Dalam pada itu, Ramli berkata, dia juga telah memilih sepuluh buah lagu yang bersesuaian dengan tema konsert itu selain memikirkan selera penonton pada malam itu nanti.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah seperti Bukan Kerana Nama, Nyanyian Serambi, Adam Hawa, Kekasihku, Kau Yang Satu, Bahasa Terindah, Anugerah Nabi, Iqra, Senandung Hidup Berbudi dan Qasidah Kampungan.
Ramli berbual mesra dengan Pengarah Radio IKIM FM, Nik Roskiman Abdul Samad.
 
"Ada di antara lagu-lagu tersebut pernah dinyanyikan dan mendapat sambutan daripada peminat dan selebihnya adalah lagu baru daripada album terbaru saya iaitu Sadaqa," ujarnya.
Bagaimanapun kata Ramli, album berkenaan belum berada di pasaran.
Sementara itu, Pengarah Radio IKIM FM, Nik Roskiman Abdul Samad berkata, pemilihan Ramli pada konsert itu adalah memikirkan populariti dan lagu-lagunya yang sering diputarkan di stesen radio itu.
 
Nik berkata, pihaknya juga ingin memberikan kelainan kepada sambutan ulang tahun itu tetapi masih mengikut tema yang telah ditetapkan.
"Lagu-lagu Ramli sering menjadi pilihan pendengar untuk diputarkan di stesen radio kami. Jadi pemilihan Ramli adalah tepat dengan kehendak pendengar dan tema yang ingin kami ketengahkan.
"Satu skrin besar juga akan disediakan di luar dewan bagi menampung kehadiran orang ramai yang tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam dewan," ujarnya.
 
Dalam perkembangan sama, Nik berkata selain konsert itu, pihaknya turut mengadakan karnival dan pameran di perkarangan IKIM dengan pelbagai aktiviti menarik selama tiga hari bermula 13 Julai, pukul 12 tengah hari.
"Antar aktiviti yang bakal berlangsung adalah pertandingan mewarna, demo memasak bersama chef, kuiz IKIM FM, sukaneka bersama artis dan bersama maskot Boboi Boy," ujarnya.
Bagi yang inginkan maklumat lanjut, boleh menghubungi urus setia di talian 03-62046320 atau 03-62046329.

Artis Bertudung Bernasib Baik Kerana Fazurina

 
Pelakon yang kini bergelar penerbit, Fazurina berhasrat membantu pelakon wanita yang bertudung untuk berlakon di bawah syarikat penerbitannya iaitu Tripix Studios Sdn Bhd.
Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, berkata, hasrat itu timbul apabila melihat banyak produksi yang enggan mengambil pelakon wanita sekiranya mereka bertudung untuk berlakon dalam produksi mereka.
"Saya sendiri sudah bertudung dan merasai tempias produksi tidak berani untuk mengambil pelakon bertudung seperti saya. Bagaimanapun bukan semua yang berbuat demikian.
"Menerusi syarikat produksi ini, saya boleh membantu artis wanita bertudung lain dari segi tawaran berlakon melalui projek-projek yang sedang saya usahakan, Insya-Allah," ujarnya.
Fazurina berhasrat untuk mengambil artis wanita bertudung berlakon drama terbitan produksinya.  
 
Tambah Fazurina, syarikat produksi yang baru ditubuhkan sejak awal tahun lalu turut mendapat kerjasama daripada rakan kongsi iaitu Hykal Zulkifli.
Selain itu, Fazurina berkata, dia juga turut mengambil dua adiknya iaitu Mohamad Fauzy Mohd Famir, 24 dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22 untuk menguruskan produksi berkenaan selain beberapa orang kakitangan lain seperti penulis skrip tetap dan pengurus akaun.
"Syarikat ini adalah perniagaan keluarga dan saya mahu dua adik saya yang baru tamat pengajian di universiti mendapat pendedahan dan membantu saya menjayakan produksi ini," katanya.
Bercerita lanjut mengenai Tripix Studios, Fazurina menjelaskan dia telah lama memasang hasrat untuk bergelar penerbit dan memiliki syarikat produksi sendiri dan bersyukur impian itu tercapai.
 
Fazurina berkata, sejak kemunculannya sebagai seorang pelakon kira-kira sembilan tahun lalu, dia telah mengutip pelbagai ilmu daripada pengarah yang pernah bekerjasama dengannya sebagai persediaan.
"Alhamdulillahlah penantian selama sembilan tahun itu boleh dikira berbaloi kerana sepanjang tempoh tersebut banyak perkara yang telah saya belajar mengenai bidang penerbitan drama.
"Kini tiba masanya untuk saya praktikal dan berasa lebih yakin untuk bergerak sendiri dalam merancakkan lagi industri seni di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, Fazurina berkata, syarikat produksinya itu bakal muncul dengan projek pertama iaitu sebuah drama bersiri berjudul Hana untuk siaran RTM.
Katanya, drama yang mendapat sentuhan pengarah Zulkifli M. Osman itu bakal membariskan pelakon seperti Syed Ali, Tunku Anis, Yuswaizar, Liza Abdullah, Afida Es yang akan memulakan penggambaran di Alor Setar, Kedah pada hujung bulan ini.
"Saya sangat mengagumi kredibiliti Zulkifli sebagai seorang pengarah dalam merealisasikan skrip yang berat kepada sebuah drama.
"Sudah tentu saya teruja dengan projek pertama ini dan berharap ia akan berjalan dengan lancar," ujarnya.
Sementara itu, Fazurina memberitahu dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim terbaru drama Trilogi Cinta untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Selain itu, filem Baik Giler gandingannya bersama Zizan Razak dan Awie bakal menjengah pawagam pada 28 Jun manakala filem Hantu Bukit Cina bakal ditayangkan pada akhir tahun ini.

GAMBAR - PERKAHWINAN PELIK 9 PASANGAN PENGANTIN BERKAHWIN DALAM KEADAAN BOGEL

9 pasangan telah melansungkan perkahwinan di sebuah resort di Jamaica dalam keadaan berbogel. Mereka hanya memakai sunblock dan veil sambil membawa bunga bagi menutupi bahagian 'sensitif' masing-masing. Majlis itu sepatutnya meraikan 10 pasangan pengantin namun sepasang pengantin telah menarik diri dari acara tersebut. Sebelum ini, perkahwinan gila seperti ini pernah diadakan pada tahun 2001 namun telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan bantahan dari penduduk Jamaica. Penduduk di situ beranggapan bahawa perkahwinan bogel boleh merosakkan imej Jamaica. Namun tahun ini, tiada sebarang bantahan saat perkahwinan bogel tersebut dilangsungkan.
 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR - SHARIFAH SOFIA KINI DENGAN IMEJ BERTUDUNG

 
Selepas melihat beberapa selebriti wanita melakukan penghijrahan dengan imej bertudung, kini seorang lagi selebriti telah mengikut jejak langkah sama.

3 GAMBAR LANA NORDIN, SEKSI DAN SEKSA DI INDONESIA

 
 
 
 

ALBUM BARU: ‘The Best of KRU’ Wajib Dimiliki

ALBUM: The Best of KRU
ARTIS: KRU
EDARAN: EMI / Warner Music Malaysia
NAMA kumpulan KRU yang cukup popular pada zaman 90-an dengan lagu-lagu sepertiAwas, Apa Saja dan Untuk Mu telah menjadikan mereka sebuah nama gah dalam industri hiburan tempatan.
Kehadiran album The Best of KRU barangkali adalah antara hadiah istimewa mereka untuk para peminat kerana semua lagu hit mereka sejak awal kemunculan sehingga kini telah dimuatkan dalam sebuah album sama.
Mendengar album ini dapat mengimbau kenangan pendengar bersama tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry selain transformasi muzik mereka yang berjaya mengangkat industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi
Album The Best of KRU.
 
.
Sejujurnya The Best of KRU adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh semua peminat setia kumpulan itu.
Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut adalah Awas, Negatif, Jangan Lafazkan, Ooh! La! La!, Getaran Jiwa, Perpisahan Terasing, Mengerti, Balada Hati, More Than Forever, dan The Way We Jam

Hensemnya Suami Irma - Jumpa Di Mekah Petanda Baik Hubungan Irma Hasmie & Redza

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon dan pengacara, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan menyifatkan kehadiran isterinya itu diumpamakan kurniaan Allah yang begitu istimewa.
Redza, 31, berkata, dia sangat bersyukur telah dipertemukan dengan Irma, 30, di kota Mekah ketika menunaikan umrah lalu dan yakin pilihan tersebut merupakan jodoh buatnya dunia dan akhirat.
"Walaupun perkenalan kami cukup singkat tetapi saya yakin dengan jodoh dan ketentuan Allah yang mempertemukan kami di kota suci, Mekah.
"Tambahan pula pertemuan kami di tempat yang paling mulia dan ia adalah petanda baik buat kami berdua.
"Alhamdulillahlah perjalanan untuk ke alam perkahwinan ini dipermudahkan," ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini, Jumaat.
Irma dan Redza telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz.
Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
 
Irma dikucup oleh suaminya Redza Syah Azmeer selepas majlis pernikahan mereka, petang Jumaat. 
 
Redza Syah Azmeer menyarungkan cincin ke jari manis isterinya, Irma.
 
Dalam pada itu, Irma ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan perkahwinan tersebut dan tidak sabar untuk memulakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.
Menurut Irma, sifat Redza yang bertanggungjawab, jujur dan penuh dengan kasih sayang telah membuatkan dia jatuh hati kepada lelaki itu.
"Seperti mana kata suami, ketika di Mekah semuanya kelihatan mudah dan pintu hati saya benar-benar terbuka untuk menerima suami," katanya.
Tambah Irma, dia akan memastikan jadual kerjanya selepas ini akan lebih teratur supaya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri.
Pasangan tersebut memberitahu amat gembira jika Allah mengurniakan cahaya mata dengan cepat untuk mereka.
Dalam perkembangan lain, Irma berkata mereka masih belum menetapkan lokasi berbulan madu mereka dan berharap dapat mengerjakan haji atau umrah bersama-sama sebagai suami isteri.
Redza yang bertugas sebagai Pengurus Akaun di Terrapixel Sdn Bhd berkata, dia tidak akan menghalang karier Irma asalkan dia tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri.
"Tiada apa yang akan berubah kerana saya izinkan isteri untuk terus dengan kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara dan yakin di tahu batasan yang perlu dijaga," jelasnya yang mengendalikan syarikat berkenaan bersama keluarga.

Gambar - Neelofa Boleh Terima Maaf Anzalna Tapi Bersyarat

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat "berperang" dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.
 
"Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.
"Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
 
Neelofa bersedia memaafkan Anzalna dengan syarat-syarat tertentu. 
 
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbarBerita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
 
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.

Anzalna
 Nama dan maruah saya dibersihkan semula
 
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
"Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.
 
"Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula," katanya.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.
"Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media," katanya.
Presiden Seniman Zed Zaidi yang dihubungi memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...