Hidangan tarian seksi & arak...aishh.. tak baik

KOTA BHARU: Gempar apabila sebuah kelab persendirian di sini menyajikan
tarian wanita menjolok mata dalam satu majlis di kelab berkenaan, malam
kelmarin.


Bagaimanapun, penganjuran majlis itu mengundang padah apabila diserbu
anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).


Majlis sekitar jam 9.30 hingga 10.30 malam itu dihadiri 350 orang,
kebanyakannya wanita, termasuk yang bertudung.


Dalam serbuan itu, penguat kuasa MPKB turut merampas beberapa botol arak.


Difahamkan, pengurusan kelab menghentikan majlis itu selepas menyedari
kehadiran penguat kuasa MPKB.


Tuan Guru kena pantau sikit ni, macam mana majlis wanita bertudung boleh
ada arak ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...