Drama Nora Elena Musim Ke-2.Jom Nantikan Bersama-Sama!

Drama Nora Elena mendapat perhatian ramai penonton dan sekarang ini difahamkan bahawa laman web tonton mendapat hit
berjumlah 1.3 juta viewers.Wow,kalaulah blog ini boleh jadi macam itu,rasanya memang hebat lah kan?itulah kelebihan jika
kita menghasilkan sebuah laman web @ blog hiburan.


Setelah drama Nora Elena tamat baru-baru ini,ramai peminat-peminat drama ini mengharapkan drama Nora Elena diteruskan ke
musim ke 2.Tetapi bagi saya adalah lebih baik jika tidak dibuat musim kedua kerana cuba kita lihat siri-siri drama sebelum
ini yang apa musim pertama,berjaya menarik jutaan penonton dan cerita yang dipaparkan begitu menari tetapi bila masuk musim
kedua,cerita jadi membosankan.


Cuba kita lihat drama Nur Kasih.Siri pertama di TV3,cerita ini berjaya menarik begitu ramai penonton dan pada masa itu ia
menjadi satu fenomena yang menarik.Jalan cerita pun begitu hebat dan terbaik tetapi bila dah keluar dalam bentuk movie,ia
sudah tak sehebat dan menarik seperti versi original.Betul tak?


Bukan Nur Kasih sahaja,drama-drama lain pun begitu.Contohlah SPA-Q.Musim kedua ceritanya sudah merapu dan kurang
menarik.Jadi lebih baik drama Nora Elena tamat pada masa kegemilangan seperti sekarang ini daripada tamat dengan kejatuhan
reputasi drama ini.


Betul tak?Itu sekadar pandangan saya semata-mata.Mungkin pendapat korang berlainan dengan saya.Jadi bagaimana dengan
korang?Adakah korang mahukan siri kedua Drama Nora Elena ini?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...