Najwa Latif Kini Duta Portal e-Pembelajaran

Baru-baru ini, penyanyi remaja yang semakin popular dengan lagu 'Kosong', Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Selain berkongsi rasa terujanya, Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.

"Saya sebenarnya berasa agak takut kerana ini satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar. Saya akan cuba memainkan peranan saya sebagai duta yang mewakili produk ini dengan sebaik mungkin. Pada masa yang sama saya sangat teruja kerana saya dapat mengajak rakan-rakan dan adik-adik yang masih bersekolah untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan cara yang lebih mudah," ujar Najwa.

Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain itu, ortal itu juga menyediakan laman blog khas bagi penyanyi ini berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.

Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang 'sempoi' lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba dan lain-lain lagi.

Digelar "Portal pembelajaran luar waktu sekolah", uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan portal ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...