LUAHAN HATI LIYANA JASMAY TENTANG PERTUNANGANNYA DENGAN JIRANNYA, FATHUDDIN MAZLAN

 
 
KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2012: Keputusan pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay,23, untuk mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 28, pada Mac ini benar-benar telah mengejutkan industri hiburan tanah air.
Malah Liayana Jasmay yang pernah digosipkan bercinta dengan pengarah muda, Shamsul Yusof dan penyanyi Aizat Amdan, nampaknya begitu bijak menyimpan kisah cintanya bersama ahli pernigaan tersebut daripada dihidu oleh media dan umum.
Sungguh pun begitu, Liayana Jasmay yang mengaku hanya menjalinkan hubungan percintaan yang agak singkat berkata, keputusan untuk bertunang dan seterusnya mengahwini jejaka yang juga kebetulan jirannya, datang secara semula jadi terus dari hatinya yang tulus.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini, kerana ianya benar-benar bercampur-baur.
"Cuma keputusan untuk berkahwin itu datang secara semula jadi, selepas kami masing-masing mengetahui bahawa hubungan kami harus pergi jauh dengan ikatan perkahwinan.
"Lagipun, saya tidak percaya kepada hubungan cinta bertahun-tahun tapi akhirnya tidak dapat membawa ke mana-mana atau tidak sampai ke tahap perkahwinanan.
"Bagi saya percintaan sebenar adalah bila masing-masing membuat keputusan untuk meneruskaan hubungan itu dalam ikatan yang sah," luahnya ketika dihubungi .
Penyanyi lagu Aku Tidak Percaya Cinta yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu, dijangka akan melangsungkan perkahwinannya pada awal tahun hadapan.
Bercerita mengenai keistimewaan Fathuddin iaitu jejaka yang bejaya meyakinkan dirinya untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, Liyana berkata Fathuddin seorang lelaki yang budiman.
"Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan saya yakin untuk menerima dia sebagai ketua keluarga saya.
"Dia seorang lelaki yang sweet dan gentlemen. Malah sentiasa boleh buat saya gembira dan bahagia apabila bersama.
"Bahkan, hubungan kami berjalan dengan lancar kerana keluarga masing-masing merestui dan gembira dnegan hubungan kami," katanya lagi.
Liyana yang akan meneruskan kerjayanya dalam bidang hiburan biarpun sudah berkahwin kelak, kini sedang menjalani penggambaran drama Tiga Janji untuk slot Akasia TV3.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...