Gambar Bob Kuman Selepas Mendapat Rawatan Jatuh Di Bilik Air

Ini adalah gambar terbaru Bob Kuman selepas mendapat rawatan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.
 
Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat.Kemalangan ini menyebabkan Bob Kuman tidak dapat menghadiri persembahan Maharaja Lawak Mega pada hari jumaat yang lepas.Pada persembahan tersebut,Sobri terpaksa membuat persembahan solo setelah mendapat nasihat daripada Bob dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.
 
Diharap Bob Kuman cepat sembuh dan kembali aktif untuk meneruskan perjuangannya didalam Maharaja Lawak Mega kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...