Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

(Gambar) Mohamed Haqaish Anak Teruna Dynas

Setelah berpantang selama 44 hari, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sudi untuk berkongsi dengan pembaca wajah bayi lelaki yang telah dilahirkan seberat 3.2 kg pada 15 Jun 2012, tepat jam 3. Tahniah portal Murai ucapkan kepada Dynas dan keluarga.
Sebelum ini Dynas memilih untuk tidak mendedahkan wajah atau sebarang foto anak lelaki pertama yang diberi nama Mohamed Haqaish bin Mohd Hafizy itu kerana menuruti permintaan dan pantang larang yang telah ditetapkan oleh ibunya.
 
Namun yang menarik mengenai kelahiran putera sulungnya itu adalah tarikh lahirnya kerana ia bersamaan dengan tarikh lahir bapanya, pelumba kereta Mohd Hafizy Hafiz yang juga jatuh pada 15 Jun. Ketika dihubungi Dynas mempunyai 3 hari lagi untuk menamatkan tempoh berpantang.
"Tinggal 3 hari lagi saya akan habis tempoh berpantang dan selepas itu saya boleh berkongsi dengan peminat gambar Qaish (Mohamed Haqaish). Walaupun dah lepas 44 hari saya masih akan menjaga segala petua kerana kalau nak ikutkan pantang yang betul adalah sampai 100 hari.
"Saya menghabiskan tempoh pantang di rumah sendiri dan dibantu oleh seorang pembantu. Lagipun Qaish semenjak dalam kandungan sampai dah dilahirkan senang untuk dijaga dan tidak banyak ragam,"ujar pelakon dan pengacara popular ini.
 
Ditanyakan mengenai keadaan fizikal selepas bersalin, Dynas begitu positif keranaberat badannya senang untuk turun.
"Kalau ramai yang perasan ketika saya mengandungkan Qaish saya sangat aktif dengan melakukan macam-macam aktiviti seni dan pelbagai aktiviti lain.
"Walaupun saya rasakan berat kandungan saya lain macam tetapi fizikal saya tidak mengembang seperti ketika saya mengandungkan Khyra Khalyssa. Kali ini lebih mudah untuk saya kuruskan badan dan ada yang ingat saya sudah kembali kurus,"ujarnya lagi.
 
Dalam masa yang sama Dynas akan kembali aktif menguruskan Dynas Nursing Attire (DNA) miliknya yang mempunyai butik di The Curve. Dia juga akan terlibat dengan International Baby Expo yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 10 hingga 12 Ogos ini.
Berbicara mengenai hari raya yang bakal menjelang, Dynas dan suami akan meluangkan masa beraya di Shah Alam, Ulu Langat dan Bentong, Pahang. Menurutnya lagi lokasi yang berdekatan ini seringnya dihabiskan dalam masa satu hari sahaja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...