AARON AZIZ CEDERA KETIKA RAKAMAN KL GANGSTER 2

 
 
Dikatakan, Aaron Aziz telah mengalami kecederaan ketika menjayakan babak dilanggar kereta. Malah difahamkan juga Aaron Aziz telah melakukan babak aksi tersebut tanpa mahu menggunakan khidmat pakar lagak ngeri atau stuntman.
 
Menurut sumber lagi, difahamkan Aaron Aziz telah tersalah landing, lantas menyebabkan dia mengalami kecederaan lalu dikejarkan ke hospital.
 
Namun daripada hasil imbasan X-ray yang diterima, tiada kecederaan kronik dialami pelakon yang membawa watak Malek itu, cuma badannya saja lebam-lebam dan sakit.
 
Malah doktor menasihatkan supaya Aaron memerlukan rehat yang secukupnya.Bagaimanapun, besar kemungkinan dia akan sedaya upaya mahu memasuki set penggambaran semula kerana enggan menyusahkan pasukan produksi filem berkenaan.
 
Kami harap Aaron Aziz akan cepat sembuh dan meneruskan pembikinan Filem KL Gangster 2 ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...