Zed Zaidi Ucap Tahniah Aaron Aziz Dapat PR Malaysia

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengucapkan tahniah kepada aktor Singapura Aaron Aziz selepas sah bergelar penduduk tetap (PR) negara ini, awal bulan ini.
Aaron, isteri Diyana Halik dan tiga anak pasangan itu diberikan hak taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Zed dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia menerima berita itu pada tiga atau empat hari lalu dan menyifatkan ia sebagai rezeki buat keluarga aktor itu biarpun baru tujuh tahun dia menetap di negara ini.
"Tahniah Aaron kerana bergelar PR negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu.
"Tanpa sebarang niat saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami baru-baru ini" katanya.
 

Zed Zaidi
 
Pada April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Zed yang mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Genting Highlands.
 

Aaron Aziz
 
Sementara itu, Aaron berkata dia bersyukur selepas doanya sewaktu menunaikan umrah pada bulan lalu dimakbulkan Allah.
"Terima kasih Zed atas ucapan itu. Lega rasanya dengan kejayaan ini (bergelar PR) dan kami (keluarga) tidak perlu bersusah payah pergi dan pulang ke Singapura lagi.
"Saya anggap berita ini rezeki anak dan isteri serta doa di Makkah dimakbulkan," kata aktor dari Pasir Ris, Singapura itu.
Aaron berkata, permohonan mendapatkan taraf PR bermula pada Ogos tahun lalu dan kini barulah ia berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...