Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

PSY jutawan YouTube

SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama lagi.
Berikutan itu, artis pop Asia yang mendapat sambutan paling hangat di Internet serta ejennya akan bertambah kaya.

Namun, wang hasil jualan album itu tidak mengalir dari negara kelahiran penyanyinya Korea Selatan atau mana-mana tempat di Asia.
Dengan satu lagu, Park Jae-sang, 34, bakal menjadi jutawan hasil iklan di Youtube serta bayaran muat turun iTune, manakala hasil lebih lumayan diperoleh melalui iklan televisyen.

Tuah penyanyi yang lebih dikenali sebagai PSY sekali gus mengubah tradisi bagaimana keuntungan dibuat melalui industri hiburan.

Hanya melalui sumber itu, PSY dan kemnya akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$8.1 juta (RM24.7 juta) tahun ini, manakala pendapatan daripada jualan muzik secara dalam talian di Korea Selatan hanya AS$60,000 (RM180,000).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...