Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

SOS pop diva rock metal

UMMER On September (SOS) mula mengorak langkah pada pertengahan tahun 2009 dengan membawa konsep lagu progressive metal core.
 
Terdiri daripada enam orang ahli iaitu Nurlisa Azizul (vokal), Nor Asyraf Azizi (gitar), Ahmad Fitri Kamarullizam (gitar), Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen (keyboard), Razlan Shah Abdul Hamid (dram) dan Muhammad Fauwaz Fitri Othman (bes), SOS kini berubah ke arah progressive hard rock selepas pertukaran beberapa ahli kumpulan.
 
Nama kumpulan ini mula menjadi sebutan ramai pada awal 2010 selepas menyiapkan EP bertajuk Brainforest, yang memuatkan lagu Tonight I Cant Sleep, Brainforest, The Tears, Sandiwara dan Remember This. Malah pada tahun itu juga mereka giat membuat persembahan gig di seluruh Malaysia dan pernah melangkah ke peringkat akhir pertandingan The Global Battle Of The Band.
Pada masa yang sama, mereka turut mengetengahkan watak seorang penyanyi pop diva di dalam sebuah kumpulan rock metal.
 
Eksperimentasi ini turut diterapkan dalam komposisi, susunan lagu, lirik dan gaya persembahan di atas pentas.
Kumpulan ini terus mengorak langkah dengan menghasilkan beberapa single terbaru seperti Brittle, Sandra (Kompilasi SoundSpace), Reborn dan bakal merakamkan empat lagu terbaru iaitu The Best One, No More, Forgive Me dan Mirror.
 
Buat peminat progressive hard rock, sila lihat sendiri kehebatan SOS di ROTTW Soundtage 2012 The Last Episode di Menara KBS, Putrajaya pada 22 Disember 2012 dan Rock The World 12 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2012.
 
Bagi mereka yang ingin mengenali SOS lebih dekat sila layari laman www.facebook.com/summeronseptember, www.twitter.com/SumonSep, www.youtube.com/user/buatyangterbaik dan www.facebook.com/IZstudioenterprise. - SYAHRIL/DJOHAN SHAHRIN SHAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...