Lisdawati - Jual Songkok 5 Inci Sempena Hari Raya, harga tak tahu le berapa

 
Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini,Lisdawati pula memilih untuk menjual songkok tinggi.
Menurut Lisdawati @ Lis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.
"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.
"Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini,"
Lisdawati hanya menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan.Siapakah Muna?Mungkin pembantunya kan?Tolong promote sikit.
Apa-apa pun kita doakan Lisdawati berjaya didalam apa jua yang dilakukannya.Insya-Allah rezeki ada dimana-mana.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...