Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Yusry KRU Dan Lisa Surihani Akan Berkahwin Tahun Depan Hanya Khabar Angin, Iya ke?

Menurut Hmetro hari ini,berita mengenai Lisa Surihani dan Yusry KRU akan berkahwin tahun hadapan adalah khabar angin semasa-mata.Menurut Yusry,dia tidak pernah membuat kenyataan untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan kepada mana-mana media massa.
Walaubagaimana pun Yusry mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.Insya-Allah.
"Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. "Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan.
Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. "Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu," katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios.-Hmetro
Rupa-rupanya ada media yang cuba menghangatkan berita mengenai percintaan mereka berdua.Pada masa yang sama,Lisa Surihani juga tidak memberikan sebarang respon mengenai khabar angin ini.
Insya-Allah,jika ada jodoh tidak akan kemana.Betul tak?Akhir persoalan yang dikemukan pada entri sebelum ini sudah terjawap.Alhamdulilah.Kita tunggu perkembangan seterusnya daripada mereka berdua kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...