Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Frank Welker pelakon terkaya di dunia




LOS ANGELES 14 Ogos - Frank Welker (gambar) mungkin tidak dikenali ramai tetapi dia merupakan pelakon yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood sejak 1980 berjumlah AS$6 bilion (RM18 bilion) melalui 95 buah filem, lapor akhbar The Guardian.
 
Welker berjaya mengenepikan pelakon hebat, Samuel L. Jackson yang memperolehi AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion) daripada 85 buah filem yang dibintanginya.
Tom Hanks pula berada di tempat ketiga apabila meraih pendapatan sebanyak AS$4.4 bilion (RM13.2 bilion) untuk 44 buah filem lakonannya.
 
Walaupun kurang dikenali, Welker sebenarnya adalah orang penting dalam industri perfileman Hollywood kerana dia merupakan penyumbang suara untuk pelbagai watak dalam filem-filem Hollywood.
 
Terbaru, Welker menyumbang suara bagi watak kucing Azrael di dalam filem Smurf dan turut menyumbang suara bagi keenam-enam penguin di dalam filem Mr. Popper's Penguins.
Antara watak yang paling terkenal pernah dibawanya menggunakan suaranya ialah bagi watak Megatron dan Soundwave dalam filem-filem Transformers.
 
Dia turut menyumbang suara bagi watak Fred dan Scooby dalam filem dan drama Scooby-Doo serta pelbagai watak lain di dalam dunia hiburan Hollywood.
 
Cara kerjanya yang profesional mampu menyampaikan setiap watak seperti yang dimahukan oleh pengarah tanpa perlu mengulang rakaman banyak kali membuatkan dia digelar raja penyumbang suara. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...