Trend artis rampas hak orang makin menjadi-jadi

Tak habis-habis cerita artis rampas suami orang. Ke hulur ke hilir, dari zaman dulu hingga zaman serba canggih, hal macam ini tak pernah sunyi di persada seni kita.
 
Setahu Gayah, lelaki dalam dunia sekarang semakin ramai. Malah jika diikutkan, purata dan nisbah seorang wanita boleh memiliki empat orang lelaki. Nah, semestinya ramai lelaki bujang di luar sana yang bersedia pasang dua tiga? Jadi, kenapa mesti memilih dan merampas suami orang lain? Gayah rasa, artis kita tidak ada kerja lain. Yang mereka tahu, jadi perampas! Masya-Allah. Kenapa perlu jadi begini? Bukankah meruntuhkan rumah tangga orang lain itu besar dosanya? Mengapakah perlu memilih hak orang untuk dijadikan hak sendiri? Berpakaian seksi, menggoda dan cuba merampas milik orang lain itu bukankah besar dosanya? Kalau iya pun mahukan kekasih, cari yang masih bujang dan jika berkenan, jadikan sebagai suami. Ini tidak, yang sebaliknya pula berlaku.

Baru-baru ini, perkara yang sama turut terjadi kepada keluarga penyanyi dan pelakon tanah air. Nak dijadikan cerita, keretakan rumah tangga mereka dikatakan berpunca daripada orang ketiga.
Akhirnya, pasangan itu bercerai dan kini tinggallah si isteri dengan anak tanpa bimbingan. Bagi Gayah, wanita yang merampas suami orang ibarat muka tak tahu malu dan kejam! Sampai hati kau buat kerja macam ini sampai memusnahkan mahligai orang lain? Gayah tak mahu cerita panjang. Namun ingatlah, dunia ini ibarat roda. Malah, hukum karma juga ada waktu pembalasannya.

Mungkin hari ini hari malang si isteri. Namun esok lusa siapa tahu? Bila terkena batang hidung sendiri, baru padan muka! Gayah tumpang gelakkan saja.
 
Sumber: Hmetro
 
" tak baik tau"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...