Jom tengok pulak Wajah Selebiriti Maskulin

Sejak pelakon kelahiran Singapora ini berhijarah ke Malaysia, rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurahRamai anak gadis cair bila tengok hero Malaysia ini beraksi atau berlakon di kaca TVPelakon yang berbulu di dada ini mula dikenali ramai setelah membintangi drama popular 'Nur Kasih'Melihat dari bentuk badan dan imejnya yang sporty itu pun sudah menunjukkan pelakon dan pengacara ini minat bersukanImej macho yang selalu dibawa oleh Hans Issac betul-betul menunjukkan dirinya itu seorang lelaki yang maskulin.Bila sebut sahaja nama vokalis daripada kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman ni, pasti ramai sudah terbayangkan tubuhnya yang berketul-ketul dan rambut ikalnya dengan fesyen yang tidak terurus itu.

Wajah selebriti lelaki manakah yang akan anda bayangkan bila di kaitkan dengan lelaki maskulin? Sudah pasti anda bayangkan lelaki yang berbadan sasa dan berbulu di dada serta berpenampilan menarik. Kali ini murai.com.my bawakan anda beberapa pelakon lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki maskulin.
 
Fahrin Ahmad
Ramai anak gadis cair bila tengok hero Malaysia ini beraksi atau berlakon di kaca TV. Lebih-lebih lagi, Fahrin adalah di antara pelakon lelaki yang mempunyai paras rupa yang menarik dan tubuh yang besar dan berketul. Di sebabkan aura kelelakiannya itu, dia telah bverjaya mencairkan hati dua selebriti jelita wanita sebelum ini iaitu Linda Onn dan Scha Al-Yahya. Namun, percintaannay dengan kedua-dua selebriti wanita ini tidak menjadi. Fahrin juga gemar ke gym. Dia berpendapat, ia adalah satu kewajipan, Lebih-lebih lagi,dia adalah seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian ramai.
 
Aaron Aziz
Sejak pelakon kelahiran Singapora ini berhijarah ke Malaysia, rezekinya dalam bidang lakonan semakin mencurah. Ramai penerbit serta pengarah drama dan filem yang berebut-rebut untuk menga,bilnya berlakon. Namun ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolaknya kerana memenuhi jadualnya sebagai seorang pelakon serta suami dan ayah kepada keluarganya. Sikap komited Aaron terhadap keluarganya juga membuatkan perempuan di luar sana kagum dengannya.
 
Awie
Bila sebut sahaja nama vokalis daripada kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman ni, pasti ramai sudah terbayangkan tubuhnya yang berketul-ketul dan rambut ikalnya dengan fesyen yang tidak terurus itu. Badannya itu, bukan sahaja menunjukkan yang dirinya seorang maskulin tetapi ia turut menonjolkan imej rocknya. Untuk memiliki tubuh badan yang sebegitu, Awie gemar menghabiskan masa di gym. Ia juga sebagai salah satu cara untuknya meningkat staminanya sewaktu beraksi di atas pentas.
 
Remy Ishak
Pelakon yang berbulu di dada ini mula dikenali ramai setelah membintangi drama popular 'Nur Kasih'. Sungguhpun begitu, dia sudha pun terpalit dengan beberapa kontroversi yang melibatkan hubungan percintaannya. Pada awalnya, kontroversinya hanya melibatkan pergaduhannya dengan abang kepada bekas kekasihnya yang juga seorang pelakon iaitu Ummi Nazeera. Tak lama selepas itu, dia dikaitkan pula dengan aktres jelita Maya Karin yang ketika itu masih lagi bergelaristeri orang. Namun dia hanya berani mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya hanya sekadar kawan.
 
Norman Hakim
Berlainan pula dengan Norman Hakim, disebabkan imej maskulin serta tubuh badannya yang sasa itu, dia dipilih oleh pengarah Datuk Yusof Haslam untuk memegang watak polis dalam drama 'Gerak Khas'. Norman juga gemar ke gym untuk mengekalkan bentuk badannya yang 'tough' itu kerana dia berpendapat aktiviti ke gim bukan hanya untuk bersukan malah boleh menenangkan fikirannnya.
 
Jehan Miskin
Melihat dari bentuk badan dan imejnya yang sporty itu pun sudah menunjukkan pelakon dan pengacara ini minat bersukan. Ini diakui sendiri oleh Jehan yang kerap bersukan untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Tidak hairanlah, mengapa terpilih untuk mengacarakan program yang berbentuk kesihatan.
 
Hans Issac
Imej macho yang selalu dibawa oleh Hans Issac betul-betul menunjukkan dirinya itu seorang lelaki yang maskulin. Walaupun Hans bukan jejaka berdarah Melayu, namun kefasihannya berbahasa Melayu dalam setiap lakonannya membuatkan ramai yang menggilainya. Hans juga seorang yang meminat bersukan kerana dia akan meluangkan masa untuk menyelam di tengah lautan untuk melihat keindahan alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...