APA KES RAJA AZURA SAMPAI PIJAK NUR FATHIA?

Cemburu dengan kecantikan rupa paras yang dimiliki watak lakonan Nur Fathia, Raja Azura yang berlakon sebagai permaisuri kejam bertindak ganas dengan menarik rambut, memukul dan memijak pelakon berusia 26 tahun itu.

Perasaan amarah yang menyelubungi segenap ruang dirinya dilontarkan dengan penuh rasa benci kerana wanita terbabit tidak mahu ada insan lain yang lebih cantik daripadanya.


Permainan emosi Raja Azura yang lebih mesra disapa Kak Engku ketika membawakan watak Permaisuri Laila Sri yang jahat, dilihat paling menyerlah, seterusnya menghidupkan lagi pementasan teater Bidasari kini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, sehingga 17 Februari ini.

Sinonim dengan watak antagonis sebegitu, Kak Engku meluahkan sisi hitamnya dalam pementasan itu dengan penuh berkesan. Tidak dinafikan watak lakonannya seakan menenggelamkan karakter utama, Bidasari, lakonan bintang Ariana Rose itu.


Aura dan tenaga yang dikeluarkan pelakon dan pengacara terbabit cukup terserlah, seolaholah beliau melepaskan geram yang sekian lama terpendam dalam diri untuk kembali beraksi di pentas teater. Lakonannya juga dilihat lebih berkesan daripada pelakon asalnya, Zahara Ahmad, dalam filem arahan Datuk Jamil Sulong itu yang diterbitkan pada 1965.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...