Psttt.. berita pasal Aaron Aziz ni

KUALA LUMPUR 3 Jun - Pelakon popular Aaron Aziz akan melakukan larian amal bagi mengisi tabung Yayasan AIDS Malaysia dengan mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula pukul 8 pagi Rabu ini.
Larian amal tersebut bertujuan mengumpul dana bagi mengisi keperluan yayasan itu untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang disisihkan akibat menghidap AIDS.
Selain itu, larian yang turut disiarkan secarakan lintas langsung menerusi radio ERA.Fm selaku penyiar rasmi itu juga bagi mempromosi filem terbaharu lakonan Aaron, Lari.
Turut serta memeriahkan Larian Amal Aaron Era itu adalah pengarah filem Lari, Ahmad Idham dan beberapa artis lain.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...