Tom Cruise sewa jet demi Suri

Demi kasihnya buat anak tercinta, Tom Cruise bersungguh-sungguh mahu bertemu Suri yang kini menetap bersama ibunya, Katie Holmes di New York dengan menyewa jet peribadi Cessna Citation untuk membawa Suri melawatnya.
Satu sumber memberitahu akhbar The Sun di mana wang bukan halangan buat Tom untuk bertemu Suri dan dia sanggup buat apa saja semata-mata mahu melihat anak kesayangannya itu.
"Mungkin ia kedengaran melampau, namun Suri sudah biasa ke sana-sini menaiki jet peribadi. Itulah yang berlaku apabila ibu bapa anda bintang Hollywood," kata sumber itu.

Datang bertemu Tom hanya untuk menyambut hari lahirnya pada 18 April lalu, Suri juga mempunyai akses berterusan kepada jet terbabit yang berpangkalan di Manhattan.

Ini bukan pertama kali aktor berusia 50 tahun berkenaan menyewa jet terbabit sejak bekas isterinya juga aktres, Katie diberikan hak penjagaan terhadap Suri.

Dia pernah menerbangkan Suri untuk bersama­nya di London selama lima hari pada Februari lalu sewaktu menjalani penggambaran filem All You Need is Kill.

Malah dia juga sanggup berbelanja banyak untuk menghiburkan Suri dengan membawanya melawat Disney World di Orlando, Florida Ogos lalu di mana mereka meluangkan masa bersama-sama di sebuah istana Cinderella eksklusif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...