Kereta Nissan Fairlady ABPBH hilang ditemui semula

KUALA LUMPUR: Hadiah utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012 iaitu kereta mewah jenis Nissan Fairlady yang dicuri di pusat servis kereta di Segambut pada Sabtu lepas ditemui semula awal pagi ini di Taman Skudai, Johor.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kereta mewah yang bernilai kira-kira RM400,000 itu dipercayai dilarikan suspek (lelaki) yang sama dengan tiga kes curi kereta mewah di Jalan Chan Sow Lin dan Bukit Bintang sebelum ini.
"Pada hari kejadian kira-kira 10.25 pagi, suspek memasuki perkarangan pusat servis sambil membawa fail dan berlakon seolah-olah ingin melihat kereta berkenaan.

 
Suspek kemudiannya melarikan kereta tersebut dengan mudah kerana kunci kereta telah berada di dalam kereta itu.
"Kita percaya kejadian ini dilakukan suspek sama berdasarkan petunjuk dari rakaman kamera litar tertutup dan modus operandi yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Katanya lelaki itu sebelum ini pernah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 namun gagal hadir di mahkamah selepas itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...