Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Black berkahwin selepas Aidilfitri - Gambar tunang Black

Walaupun ada desas-desus mengatakan majlis perkahwinan penyanyi yang meletup dengan lagu Teman Pengganti bakal berlangsung September depan berdasarkan cerita kononnya dirinya sedang sibuk membuat persiapan hari bahagia, seperti menempah perancang perkahwinan untuk menguruskan majlis, namun ketika dihubungi semalam, Black menafikan perkara itu.
"Memang pada awalnya kami memilih bulan September untuk majlis perkahwinan ini, tetapi tarikh itu masih belum dapat disahkan lagi kerana masalah lokasi.
Black di samping tunang, Cira Khairi.

"Kebanyakan hotel sudah ditempah pada waktu itu dan kami masih mencari tempat yang sesuai. Apapun, kami memang merancang untuk melangsungkan majlis kami ini selepas Hari Raya nanti," kata Black kepada HIP.

Menurut Black, memandangkan hari perkahwinan ialah perkara yang baik, justeru dia tidak akan sesekali menyorokkan tarikh perkahwinannya kepada media.

"Jika kami sudah mendapat tarikh serta lokasi yang sesuai untuk majlis itu, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkannya kepada semua pihak. Insya-Allah bulan Mac nanti kami akan menghadiri kursus perkahwinan," ujarnya

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah melangsungkan pertunangannya secara senyap-senyap pada 26 Januari lalu. Bagaimanapun perkara itu dapat juga dihidu media.
Mengulas lanjut perkara itu, Black berkata, tindakannya merahsiakan majlis itu bukanlah kerana mahu menyorokkan statusnya atau bimbang populariti merudum, tetapi atas sebab peribadi.

"Bukan tidak mahu bercerita mengenai majlis pertunangan dan siapa tunangan saya, namun saya melakukannya kerana menghormati permintaan pihak perempuan," katanya dalam temubual sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...