Pilihan 48 selebriti lelaki

PADA 3 Oktober lalu dalam siaran One Night of TV Entertainment di saluran SBS, aktres Ha Jin Won mendedahkan kisah berpacaran dan berkongsi pendapat selepas pernah menjadi pilihan 48 selebriti lelaki sebagai teman ideal.
Bila ditanya mengenai pacaran, aktres itu berkata, dia bertemu ramai lelaki hebat pada penggambaran drama.

"Saya fikir 'standard' saya untuk lelaki semakin meningkat. Jujurnya, saya ingatkan selama ini saya menjalani kehidupan yang penuh imaginasi. Saya selalu berkhayal melalui karakter dalam drama yang saya lakonkan," katanya.
Seorang wartawan hiburan mendedahkan sebuah kolaj mengandungi keratan 48 selebriti lelaki yang memilih Ha sebagai wanita ideal mereka sejak aktres itu muncul pada 1999.

"Itu mustahil! Jika betul, pasti mereka sudah nyatakan terus kepada saya," kata aktres itu malu.

Wartawan itu juga mendedahkan, aktor Cha Tae Hyun sanggup berjumpa Ha pada bila-bila masa dan tempat jika Ha menghubunginya. Manakala aktor Oh Ji Ho pula pernah meluahkan rasa ingin berkahwin dengan aktres itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...