Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Kim Hyo Jin Derma kasut

AKTRES Kim Hyo Jin menyerahkan beberapa barangan peribadi untuk dijual pada bazar kelolaan Lee Hyori, pada 3 Oktober lalu. Dalam status twitternya Hyori berkata, Kim memberi tiga pasang kasut tumit tinggi berjenama selepas mengetahui bazar yang akan diadakan pada Rabu ini.
Kasut tumit tinggi itu dipercayai bernilai ribuan ringgit kerana ia kasut yang unik rekaan pereka terkenal antarabangsa. Malah, Hyori dalam status laman sosial sama menyimpan keinginan untuk turut memiliki kasut itu.

Hyori bakal mengadakan jualan bazar untuk mengutip derma bagi tujuan kebajikan hak haiwan dan berkaitan. Pada Mac lalu, bazar sama dikenali Golden 12 mendapat sokongan artis K-pop ternama lain seperti Yunho dari TVXQ, Suzy dari MissA dan HyunA dari 4minute yang turut menyerahkan badan peribadi mereka untuk jualan amal.
Hyori menyerahkan semua hasil wang jualan daripada aktiviti itu kepada Penganjur Hak Haiwan Korea pada Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...