Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Yusof Haslam enggan komen hubungan Syamsul-Puteri Sarah

KUALA LUMPUR 29 April - Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam mahu anaknya, Syamsul, 29, yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan pelakon Puteri Sarah Liyana menumpukan perhatian kepada pembikinan filem.
 
Enggan membuat sebarang komen mengenai hubungan itu,menurut Yusof buat masa ini dia mahu Syamsul memberi tumpuan kepada filem arahannya, KL Gangster 2 yang masih di dalam pembikinan.
"Sama ada saya tahu atau tidak saya tidak mahu komen (mengenai hubungan cinta Syamsul).
"Syamsul kini berada di Bangkok, Thailand untuk urusan filem arahannya, jadi saya minta dia tumpukan perhatian untuk menyiapkan filem itu dahulu," katanya.
 
Ditanya sama ada dia merestui, jika benar anaknya itu menjalinkan hubungan dengan Puteri Sarah, bagi Yusof sebagai seorang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat keputusan.
"Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini.
"Sebagai seorang yang dewasa Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu," katanya.
 
Kisah percintaan Puteri Sarah dan Syamsul mula menjadi perhatian apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian baru-baru ini membuat pengakuan terbuka mengenai hal itu kepada sebuah portal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...