TAHNIAH - Upin, Ipin duta UNICEF Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Mac - Watak animasi terkenal tempatan, Upin dan Ipin dipilih oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sebagai Duta Negara bagi mewakili Malaysia baru-baru ini.
 
Wakil UNICEF Malaysia, Wivina Belmonte berkata populariti dan komitmen dua Duta Negara muda itu boleh membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan kanak-kanak, di samping menyemai sikap menghormati wanita.
 
"Siri Upin & Ipin telah memberi mesej yang bermakna sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini dengan memberi mesej penting bahawa wanita tidak harus dicederakan, sebaliknya patut disayang dan disanjung," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.
 
Sejak animasi ini ditayangkan di TV9 pada 2007, siri itu telah mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau Asia sehingga impaknya amat mendalam kerana ia dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Siri TV terbitan Les' Copaque Production itu menurut Ketua Bahagian Pemasaran Antarabangsanya, Karyabudi Mohd. Aris, akan membantu UNICEF melalui laman sosialnya seperti Facebook yang telah mencecah 6.5 juta peminat serta medium lain seperti Twitter dan YouTube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...