Ashraf, Bunga buka restoran TGI Friday

Jakarta: Pasangan suami isteri, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya berjaya merealisasikan impian mereka yang tertunda gara-gara banjir.
Impian mereka, membuka sebuah restoran, TGI Friday, direalisasikan semalam apabila ia dibuka secara rasmi di Lippo Mall Keman Village di Jakarta Selatan.

Ketika ditanya sama ada ia pelaburan hari tua, Bunga menjawab: "Sebenarnya tidak juga kerana saya mahu terus berada dalam dunia hiburan hingga ke hari tua. Restoran ini sebenarnya adalah impian Ashraf." Menurut Bunga, dia sendiri pada awalnya bimbang kerana takut usaha itu tidak berhasil. Bagaimanapun, melihat kepada kesungguhan Ashraf, keyakinannya meningkat.
"Bimbang memang bimbang. Tetapi Ashraf bersungguh-sungguh, termasuk belajar selok-belok berniaga," kata artis itu.

Kini, yang hanya difikirkan pasangan itu ialah cara untuk membahagikan masa. "Dia perlu memikirkannya kerana ini perniagaannya," kata Bunga

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...