Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Aidil, Jue makin serius?

INI satu lagi kisah ahli sukan. Tapi sebab ada kaitan dengan artis, maka ia kami kena tulis juga sebab orang hendak baca. Kami dapat tahu hubungan antara pemain bolasepak bernama Aidil Zaquan dengan pelakon Jue Aziz pun sudah semakin serius sekarang. Hubungan khabarnya memasuki ke fasa memanggil dengan panggilan sayang- menyayang, begitu. Amboi, sungguh romantis kau.
 
Kalau tak sayang, masakan Aidil sanggup membeli beg tangan berjenama mewah di pusat membeli-belah Pavillion baru-baru ini, bukan? Opssss.....
Katanya beg itu sebagai hadiah sebab Jue merajuk. Amboi, untung sungguh badan jadi orang cantik yang seksi macam Jue, selalu dapat hadiah. Nak juga tanya kepada Rita Rudaini, selama berkahwin, pernah ke dapat hadiah beg tangan jenama terkenal?
 
Kami sebenarnya langsung tak kisah Aidil nak bercinta dengan siapa pun, tetapi masalahnya kes dia belum selesai dengan isterinya.
Bagi kami, hal yang paling tidak bertanggungjawab dilakukan oleh lelaki ialah meninggalkan anak isteri terkapai-kapai tanpa pembelaan yang wajar. Dan Aidil tergamak melakukan itu, apatah lagi belum sah bercerai, sudah pasang kekasih baru yang juga satu industri kenal dan tahu tentang hubungan terlarang mereka itu.
 
Kalau tak mengaku pada orang media pun, orang dalam industri seperti krew, tukang solek, tukang pegang lampu pun boleh bercakap juga. Tak usah hendak menafikan sangatlah, nanti pekung lebih besar tersebar, tak manis.
Khabar terbaru yang kami dengar, Aidil akhirnya bakal menceraikan Rita dalam waktu terdekat ini. Khabarnya, surat permohonan untuk bercerai sudah dihantar Aidil kepada peguam Rita sehari dua yang lalu. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu sajalah sebab dalam kes Aidil dan Rita ni selalu saja ada kejutan tak terduga.
 
Kalaulah benar ini berlaku, maknanya ini sudah kali kedua Aidil membuat permohonan untuk bercerai. Bagaimanapun kes yang terdahulu ditarik balik oleh Aidil sendiri. Kita tengoklah apa Aidil hendak buat selepas ini pula apabila hak jagaan kedua-dua anaknya telah pun diberikan kepada Rita oleh mahkamah baru-baru ini.
Kami bukan hendak menyebelahi Rita Rudaini, tetapi ikut akal yang logik dan waras, cara dan tindakan Aidil memang tidak menggambarkan dia lelaki yang pandai menyelesaikan masalah personal dengan berhemah. Maaf cakaplah ya.
Harap keluarga Aidil dapat bagi nasihat yang betul kepadanya sebelum tersasar lebih jauh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...