Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Rahsia cinta Tiz Zaqyah

SUSAH sebenarnya nak mengorek rahsia hati pelakon wanita cantik ini, semakin dikorek semakin berahsia rupanya bintang Nur Kasih ini.
Tidak lain tidak bukan apa yang Hits ingin sangat ketahui adalah perjalanan hubungan cintanya dengan pelakon kacak Remy Ishak.
Memberitahu masih berkawan dengan Remy, Tiz nampaknya kurang selesa untuk terus bercakap mengenai hal ini dengan pihak media.
"Kami masih lagi berkawan, dan kini kami sedang terlibat didalam penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi sebagai pasangan kekasih.
 
"Kalau ada jodoh kami akan teruskan. Dan saya pun, tak pernah letakkan sasaran bila akan melangsungkan perkahwinan," katanya yang baru dilantik sebagai duta produk mandian May di ibu negara baru-baru ini.
Sekian lama berkasih, Tiz memberitahu dia langsung tidak takut untuk menerima ujian di dalam hubungan yang kini sedang terjalin.
"Saya boleh terima segalanya. Nak tak nak, kena hadapinya juga," katanya ringkas.
 
Ditanya perkembangan terbarunya menurut Tiz buat masa ini dia hanya akan menumpukan perhatian untuk penggambaran drama bersiri Cinta Jangan Pergi sahaja.
Bakal meneruskan penggambaran di Eropah, Tiz memberitahu tumpuan utamanya kini hanya kepada kerjaya.
Pada ketika orang masih suka dan industri masih memerlukan khidmatnya sebagai pelakon, Tiz mahu mengambil seberapa banyak peluang, selagi berkeupayaan.
"Buat masa ini saya tumpukan kepada Cinta Jangan Pergi sahaja, rasanya lebih senang untuk memberi tumpuan kepada satu kerja dalam satu-satu masa.
"Kemungkinan hujung tahun ini saya akan memulakan penggambaran untuk sebuah filem pula," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...