Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

Johan (Raja Lawak) Tidak Mahu Disamakan Dengan Din Beramboi

 
PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak, Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 28, menolak tanggapan segelintir pihak bahawa dia bakal menggantikan tempat populariti pelawak tersohor, Allahyarham Din Beramboi.
Johan berkata, dia enggan lawak yang dilakukannya dikatakan sama dengan Din yang pernah menjadi penyampai radio Era FM.Sebaliknya dia ingin mewujudkan fenomena baru di kalangan para peminatnya.
"Saya tak mahu gantikan sesiapa termasuklah Allahyarham Din Beramboi kerana saya ingin memberikan satu pembaharuan dalam bidang komedi industri tempatan kita dan kalau boleh mahu mewujudkan satu fenomena baru buat masyarakat."Bagaimanapun, tak dinafikan, saya mengambil ilmu daripada pelawak-pelawak senior ini dengan belajar cara mereka memperoleh kejayaan yang besar," tegasnya.
Tambah Johan, walaupun dia sering dikatakan antara pelawak muda yang hebat, Johan yang juga penyampai tetap di radio Era FM bagi slot Riuh Pagi Di Era bersama Ray dan Haniff berkata, sehingga kini di sukar menilai dirinya dalam setiap persembahan yang dilakukan.
Namun dia percaya nilaian atau kritikan daripada pemerhatian penonton adalah yang terbaik.
Dalam pada itu, dia sedar, membuat orang ketawa bukannya mudah lebih-lebih lagi jika pengikut setianya sudah tahu idea lawaknya sebelum ini, justeru itu ilham baru sangat diperlukan agar penonton tidak bosan dengannya."Saya seorang yang sukakan pembaharuan dan percaya penonton juga begitu. Jadi saya perlu mempelbagaikan lawak mengikut isu-isu semasa selain kehidupan masyarakat Malaysia yang terkini.
"Oleh itu, saya akan belajar apa sahaja untuk mengasah bakat termasuklah baru-baru ini saya dan Zizan telah ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mengetahui penggunaan bahasa yang sesuai apabila berdepan dengan penonton kanak-kanak selain mengasah bahasa Malaysia saya," ujarnya.
Johan bergandingan dengan Zizan (Jozan) kini sedang sibuk dengan persembahan 'stand-up comedy' Lawak Ke Der yang telah pun memulakan pementasannya pada 3 Februari lalu.Pemenang tempat ketiga Raja Lawak musim pertama ini juga akan tampil dengan dua buah filem yang masih menunggu slot tayangan iaitu Berani Punya Budak dan Papadom 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...