Saya juga sediakan perkhidmatan percuma menghantar cerita baru kat blog ni terus ke email rakan2.

GAMBAR Tiz Zaqyah dan Izara Aishah. Tiz Zaqyah Akui Rapat Dengan Remy Ishak

Cover BiPop semalam memanglah sangat-sangat awesome. Mana taknya, tunjang utama drama Soffiya iaitu Tiz Zaqyah dan Izara Aishah memakai baju kebaya menambahkan lagi kecantikan mereka berdua yang memang sudah sedia cantik.
 
tiz zaqyah izara aishah
 
Dengar ceritanya drama Soffiya memang mendapat sambutan hangat sekarang ini. Saya tak sempat nak tengok lagi. Khabarnya lakonan Tiz Zaqyah masih hebat seperti biasa. Tambah mengkagumkan dengar cerita lakonan Izara sebagai pelakon baru pun not bad jugak. Itulah yang kita mahukan. Bukan jual rupa sahaja, yang penting bakat ada. Tak gitu?
 
tiz zaqyah izara aishah
 
Bercerita tentang Remy Ishak, Tiz Zaqyah mengakui yang dia sedang rapat dengan Remy:-
Saya bukannya tak nak mengaku bercinta dengan Remy, tapi jika belum ada sebarang pengesahan, bila nak kahwin, saya tak berani cakap apa-apa, saya malu sekiranya dah pukul canang kami bercinta, di penghujungnya kami tak jadi kahwin. Jadi, saya hanya boleh katakan, ketika ini saya memang berkawan rapat dengan Remy. Dia ada sifat seorang lelaki yang memenuhi cita rasa saya. Remy juga memiliki kualiti seorang ketua, jadi saya nampak dalam dirinya memang ada ciri-ciri seorang suami, itu yang membuatkan kami serasi.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...