Download Kalendar 2012 Di sini

BUKANKAH tahun baharu lama lagi? Kenapa sudah sibuk dengan kalendar tahun 2012 pula?
 
Download Kalendar 2012 Di Sini!
 
Tidak salah bersedia lebih awal kan? Tidak ada ruginya memuaturun kalendar penuh 2012 untuk memudahkan perancangan tahunan. Banyak gunanya merancang awal.
 
Tidak janggal juga mengetahui atau mungkin menghafal jadual tarikh cuti-cuti umum di sepanjang tahun 2012. Iya.. Memang ada di antara tarikh cuti umum Malaysia yang akan disertakan ini berubah. Itu biasalah. Tapi biasanya ia tidak lari jauh. Hanya selang sehari dua daripada tarikh jangkaan yang dinyatakan dalam kalendar.
 
Satu lagi yang akan menjadi perkara penting dalam perancangan kita ialah cuti penggal sekolah. Percutian, kenduri kahwin, promosi barangan dan pelbagai acara besar lain bersangkut-paut dengan cuti persekolahan. Ini memang cukup penting untuk diambil perhatian.
 
 
Diharapkan dengan perkongsian ini, akan memudahkan lagi pengurusan masa dan mampu membantu menjimatkan wang anda. Seperti yang anda ketahui musim cuti sekolah atau cuti umum akan mengundang kenaikan kos bagi sesetangah perkara misalnya harga tambang penerbangan dan kos penginapan hotel.
 
Lebih awal anda menempah, lebih murah. Tidak menempah di waktu cuti, lebih murah. Bagaimanapun, ini semua amat bergantung kepada tarikh-tarikh penting itu yang hanya terdapat dalam kalendar 2012. Jadi gunakan kalendar 2012 dengan bijak!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...